“Salah ke ank seorang”. Sbb xnk tambah, ini yg aku terima. Tp jwpn balas aku buat ramai pndg serong.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Pertama sekali, aku lelaki, suami dan seorang bapa kepada seorang anak. Sudah berkahwin hampir 8 tahun. Anak kini berumur 7 tahun.

Satu masalah dalam hidup aku adalah tekanan dari masyarakat. Aku nak anak seorang je. Tak nak tambah. Semuanya bertitik mula bila lahir anak aku ni. Isteri aku bekerjaya, tak tentu masa. Kadang-kadang tak balik lama.

Aku faham, aku izinkan sebab aku percaya yang wanita perlu bekerjaya. Aku sangat mengalakkan wanita bekerja, ada duit sendiri, boleh jaga diri, independent. At least kalau aku m4ti, dia tak terkontang kanting.

Aku pun bekerja, office hour 8-5. Stabil, kewangan lebih dari cukup kami sekeluarga. Tak makan duit isteri untuk belanja anak dan keperluan rumah. Jadi, bila anak sorang tu lahir, mostly aku lah yang uruskan dari baby sampai sekarang.

Sebab banyak kerja isteri memerlukan travel selalu. Aku rasa betapa penatnya jadi parent mengasuh. Tu baru sorang anak, belum banyak lagi. Sebab tu aku respect and kagum dengan perempuan yang anak ramai dan uruskan sendiri. Kau orang memang power.

Aku awal-awal tu nak surrender, hantar rumah mak bapak suruh jaga. Tapi memikirkan kesian orang tua, aku jaga sendiri. Sekarang dah masuk darjah satu. Isteri aku pun mula tanya, bila nak tambah korum. Aku confident jawab, cukup la sorang.

Mula-mula tu masam muka gak dia. Tapi bila aku dengan berhemah explain yang aku tak larat nak jaga berdasarkan pengalaman lalu, kerja dia yang travel sana sini (bah4ya if pregnant), aku agak dia mula paham dan tak bertanya lagi.

Oh ya, aku yang mengamalkan family planning, bukan isteri. Segala pil ke, iud ke, cucuk ke ikat ke, dia tak buat. Selesai bab isteri, mula la extended family, kawan2 rapat, kawan2 office tanya benda sama. Aku explain mcm mana aku explain kat isteri. Tapi jawapan tipikal yang aku terima

A. Anak ni bawa rezeki.

B. Anak ni nak jaga mak ayah nanti.

C. Anak tak de kawan.

D. Nanti sunyi bila anak besar.

So aku jawab

A. Alhamdulillah rezeki aku cukup walau anak satu.

B. Bila aku dan isteri tua nanti, aku tak nak bebankan anak aku. Aku check in je sendiri ke rumah orang tua-tua yang high class. At least ada kawan kat sana. Or, kemungkinan besar aku tak sempat pun tua bila umur tak panjang.

C. Aku kawan baik anak aku.

D. Bila anak besar dan ada life sendiri, aku nak travel dan buat hobi aku utk hilangkan sunyi.

Jawapan aku dibalas dengan cebikan dan di pandang serong. Yang lelaki, sedap la cakap anak banyak best. Ye la, bukan kau orang jaga pun. Yang perempuan, macam2 diumpatnya aku kat belakang. Kau orang rajin jaga, good for you.

Salah ke aku nak anak sorang? At least anak sorang aku tu cukup terjaga dan penyejuk hati, buah jantung hati aku. Letih rasa melayan masyarakat. Sekian… – Papa John (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Noor fathin – Hanya kita yang tahu kemampuan diri kita. Suami saya pun macam tt juga, uruskan anak-anak bila saya bekerja. Kami sama-sama jaga dan uruskan anak. Saya kerja siang, suami kerja malam. Bila saya wfh, suami keluar kerja siang.

Waktu kerja kami flexible. Memang tak hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan suami tahu memang penat jaga anak, tapi masalahnya kami berdua ni lain cerita pula. Walaupun dah tahu penat jaga anak,

tapi tetap pasang impian nak anak seramai yang mungkin sebab kami berdua saling support each other dan laksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Shopea imri – Izinkan saya menjawab dari perspektif seorang anak. Anak sunyi tu betul sangatt. Kawan baik sy anak tunggal, dia selalu rasa terpinggir bila geng kami bercerita pasal adik beradik masing2. Memang nampak la air muka dia berubah, terus tunduk kepala.

Kadang kalau perasan dia macam tu, kami tukar la topik tapi kadang seronok bercerita tak sedar ada orang yg terasa. Anak confessor tak pernah ke cakap nak adik? Kalau dia takde cakap mungkin ok la kot,

kalau dia sendiri minta memang perlu difikirkan permintaannya tu. Lagipun bila membesar, tak semua benda anak boleh cerita kat mak ayah, ada benda yg hanya selesa diceritakan kat rakan/adik beradik.

Cik shasha – Kalau la semua suami merasa jaga anak a-z mcm ni jugak, mesti suami2 jd lebih memahami isteri masing2. Ramai sgt tgk aduan2 pasal suami x hargai bla3.. Balik kepada tt ni, gini la senang tt kalau nk kurangkan sikit mulut2 bising ni. Setiap kali org tanya bila nk tambah, jwb je “Itu la tu..

Xpela, sorg ni pun syukur sgt dh..”. Ha jwb gitu. Dah stop. Lari dan tukar topik lain. Yg penting tt dan pasangan ok. Tu je. Suami isteri kena sepakat sama2 bahagia. Peduli la org lain tu, nama pun org lain, byk persepsi sendiri.

Kadang lebih elok xyah bgtau org luar apa plan hidup kita ni walaupun adik beradik/mak ayah sendiri, lebih tenang kot. Sekadar pendapat.

Nabilah zaki – Bagus tt ni. Saya ada 1 prinsip je, family kita pandai2 lah kita plan macamana. Family planning untuk keluarga awak tak mungkin sama dengan family planning keluarga dia. So, nak beranak ramai ke, sikit ke, tak beranak ke, beranak rapat2 ke, beranak jarak 10 tahun sorang ke, semua tak salah.

Sebb family kita, kita je yang paham dan tau. Explain bagai nak rak siap buat slideshow kat orang luar pun kalau dia taknak paham, dia takkan paham. Manusia ni, sentiasa akan carik salah orang lain. So, you do you. Kalau awak rasa itu yang termampu, then go on. Macam saya, anak rapat2, pun kena kec4m.

Hakikatnya, kami bukan takde family planning, cuma kami memang plan begini. Nak beranak 2,3 orang rapat2, besarkan sekali. Kalau ada rezeki lepas mereka dah start sekolah, saya nak berkerjaya balik. Saya nak sambung belajar lg.

Nak buat bisnes sendiri utk diri saya pulak. Tapi takkan nak explain panjang lebar kat semua org kan. Haha. So. Tu jelah. Panjang pulak aku komen hahaha. Maaf ye

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.