“Kalau dia jaga mcm bini jaga suami”. Raptnya suami aku dgn Manan. Bila aku xde, mlm tue sekatil mereka. Myesal aku bg cadangn dkt suami.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum wbt kepada para pembaca dan salam ramadhan. Nama aku Nico Robin. Aku menulis sebab aku rasa pembaca sini semua boleh bagi komen-komen yang murni dan cerdas

berbanding kalau aku kongsikan dekat platform lain. Jadi aku harapnya korang boleh bagi pendapat korang melalui penceritaan aku ni. Okay, aku mulakan. Cerita ni berkaitan dengan tajuk dekat atas. Bestfriend suami aku. Suami aku dulu sebelum kahwin dia ada tinggal dekat sebuah rumah sewa

yang mana kebanyakkan penghuninya bukanlah orang-orang yang suami aku kenal. Bestfriend dia ni pun dia kenal dekat rumah tu. Dulu suami aku selalu jugak la cerita pasal bestfriend dia ni. Kita namakan dia Manan saja lah. Suami aku cakap Manan ni seorang yang berhati lembut,

sejenis yang jaga kawan kaw-kaw punya, sejenis yang caring and so on. So masa aku dengar tu, aku macam okay saja la. At least sakit pening bakal suami aku tu ada orang boleh tolong usha sebab kita orang masa tu duduk jauh. Sampai la dah kahwin pun. Jadi macam aku cakap tadi, aku okay saja.

Suami aku cerita dulu, kalau dia demam ke apa ke si Manan ni jaga kemain. Kadang tolong belikan makanan ke masak makanan ke, macam bini jaga suami. Sampailah kita orang decide nak bertunang, suami aku cakap masatu Manan macam sedih. Pada aku dan suami, kita orang anggap kesedihan seorang kawan sebab member tinggalkan zaman bujang

dan akan masuk zaman baru macam tu. Jadi, aku pun okay. Aku siap comfort kan suami aku suruh dia comfort kan Manan yang persahabatan dorang takkan terputus sebab kita orang bertunang saja. Fast forward, masa kenduri kahwin belah suami aku, si Manan cakap dia tak dapat datang.

Pujuk macam mana pun, dia tetap cakap tak boleh datang. Dia kata dia takut penyebaran kobit dan sebagainya. Memang masa kita orang kahwin tu, kobid baru nak reda, Tapi aku okay saja even pelik. Yelah, aku kalau member baik macam ni kahwin, awal-awal lagi aku tolak urusan lain bagai.

Mesti kosongkan masa nak datang jugak. Tapi Manan tak lupa member. Manan tetap bagi hadiah kahwin. Aku pun suka sangat hadiah yang dia bagi. Tak lama lepas kita orang kahwin, permohonan pindah tempat kerja aku diluluskan. So kita orang dah duduk sekali. Suami aku pun dah keluar dari rumah sewa.

Sampailah baru-baru ni aku balik kampung, aku balik sorang saja sebab ada urusan penting. Suami aku pun tak boleh nak follow sebab kerja dia. Cuma aku pesan dekat suami aku, kalau rasa bosan atau sunyi, ajaklah Manan atau sesiapa teman sementara aku balik kampung ni.

Suami aku cuma mengiyakan. Dia cakap tengok dulu macam mana, takut Manan pun busy dengan kerja. Minggu depannya tu aku balik semula ke rumah kita orang, masa tu aku balik dengan masalah. Tapi aku nampak suami aku pun bermasalah. Dia diam dan macam tak berapa nak happy.

Sejenis aku pulak, kalau aku tengok suami aku macam tu, aku biar saja dulu. Biar dia yang sendiri buka cerita. Sebab dulu pun dia sendiri pesan macam tu. Malam tu lepas sampai rumah, aku dah siap-siap nak tidur bagai sebab esok aku nak kerja, aku tengok suami aku macam ada benda nak cerita.

Jadi aku bagi la dia ruang dan peluang nak cerita. Maaf gais panjang pulak intro ni ha, tapi dah nak masuk content ni. Suami aku cakap, malam yang aku balik kampung tu dia dengan Manan lepak makan malam sekali. Dan malam tu berakhir macam tu saja. Takde tidur dekat rumah kita orang bagai.

Cuma esoknya tu hari Ahad, Manan datang rumah kita orang. Suami aku ajak lepak dan tidur satu malam dekat rumah tu. So datang la si Manan ni. Suami aku cakap Manan ni semangat nak datang even agak jauh plus Manan tak ada kenderaan. Manan datang naik Grab. So petang tu dorang chill-chill saja dekat rumah.

Suami aku cakap petang tu dia tertidur dekat ruang tamu, tapi masa dia tertidur tu dia rasa lain. Rasa macam ada orang sentuh dia ‘punya’. Suami aku cakap dia terkejut, dan terus terbangun. Dia nampak Manan dekat sebelah. Tapi Manan buat muka tak bersalah, so suami aku anggap khayalan atau mimpi dia.

Then, suami aku masuk bilik kita orang, tinggalkan Manan dekat ruang tamu dan sambung tidur. Betapa husnudzonnya suami aku ya Allah. Lepas Maghrib, suami aku bawak Manan pergi makan malam dan jalan-jalan area rumah kita orang. Habis makan terus balik sebab suami aku kerja esoknya.

Manan tak apa, dia kerja sendiri. Malam tu demi menghormati tetamu, suami aku tidur sekali dengan Manan dalam bilik tetamu kita orang. Suami aku cakap dia ada saja rasa macam tak selesa sebab kes petang tadi, tapi sebab tak nak kecilkan hati tetamu, suami aku abaikan perasaan tu.

Tapi sepanjang dia nak on the way tidur tu, dia rasa macam Manan memerhatikan dia even keadaan bilik tu gelap. So suami aku alihkan badan dia membelakangi Manan. Sebab of course lah kalau kita pun ditenung masa tidur kita rasa tak selesa kan? Lepas tu suami aku cerita, masa dia dah nak terlelap,

dia rasa macam ada benda taj4m-taj4m dekat bahu dia. Means dekat sini dia rasa ada orang cium dia. So yang t4jam-t4jam tu adalah misai si Manan. Maka terkejutlah lagi suami aku, dia terbangun. Dia cakap dia duduk sekejap tepi katil sebab tengah nak brain.

Dan dia bagi alasan dekat Manan dia nak pergi bilik kita orang sebab nak video call dengan aku yang masa tu dekat kampung. Tapi actually suami aku tak call pun aku. Dia cuma beralasan macam tu sebab nak keluar dari bilik tu. Then suami aku terus tidur dalam bilik kita orang siap kunci bagai pintu bilik tu.

Sebab dia tr4uma dengan apa yang jadi sebelum tu. Esoknya on the way nak pergi kerja, suami aku angkut Manan sekali. Terus drop dia dekat rumah sewa dia. Cuma dalam hari yang sama, suami aku cakap Manan ada whatsapp dia. Bagi explanation apa yang jadi dan Manan confess yang dia sayangkan suami

aku bukan sebagai kawan, tapi lebih lagi. Allahu, tepuk dahi aku masa tu. Ni bukan calang-calang ‘madu’ ni. Dan rupa-rupanya dia dah lama sukakan suami aku. Sejak dorang duduk satu rumah lagi. Dorang duduk sekali hampir dua tahun jugak la. So aku assume sepanjang masa tu.

Bila aku tanya suami aku dulu ada tak dia buat macam ni, suami aku cakap tak ada. Ni first time dia buat macam ni. Explanation dia kenapa dia buat macam tu sebab dia tak tahan tengok suami aku. Rasa nak peluk, nak cium. Dia puji-puji suami aku cakap suami aku handsome,

caring dekat dia dan sebagainya. Dia minta suami aku jangan tinggalkan dia dan dia minta maaf. Aku yang masa tu rasa mengantuk, terus hilang rasa mengantuk bila dengar cerita suami aku ni. Terkejut pun ada. Rasa macam tak percaya Manan macam tu pun ada.

Tapi masa tu aku masih lagi berhati baik, aku cakap jangan sampai putus kawan sebab macam ni. Cuma abaikan perasaan Manan tu, layan macam tak ada apa jadi. Dan sekarang aku menyesal dengan apa yang aku suggestkan dekat suami aku.

Sebab baru-baru ni dia whatsapp suami aku, cakap dia rindu suami aku. Pesan dekat suami aku jangan tinggalkan dia. Yang ni aku sendiri pun tak faham apa maksud dia. Jangan tinggal sebagai kawan atau apa. Kali ni aku dah rasa lain, aku rasa benda ni sangat-sangat tak betul.

Aku terus cakap dekat suami aku, stop berkawan dengan Manan ni. Bl0ck dia dekat whaltsapp ke apa ke. Yang penting jangan contact dah. Kalau dia whtsapp pun jangan reply, bluetick kan saja. Suami aku pun diam. Dia rasa serba salah nak putuskan kawan dengan cara macam ni.

Aku pun rasa serba salah sebab aku suruh suami aku putuskan silaturrahim dengan kawan dia. Jadi, inilah akhir cerita aku dan inilah pendapat yang aku nak tanya sebenarnya. Betul atau tidak apa yang aku suruh suami aku buat? Apa cara kita orang nak handle Manan ni or seumpamanya?

Tolong ye guys. Harap boleh bagi komen yang bernas dan bukan caci maki atau maki hamun. Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih siap-siap ye. Selamat berpuasa. – Nico Robin (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zulhilmi jol – Hi nakama, saya setuju dengan tindakan confessor dan suami. Ikut pada cerita, confessor dan suami dua2 sentiasa husnodzon dan mungkin agak naif tapi benda dah jadi, lain kali boleh berwaspada jika orang baik melampau, kita tak tahu niat orang terlampau baik,

takut takut ada udang di sebalik misai manan. Hahaha. Okay pada saya sememangnya tak elok putuskan persahabatan tanpa sebab. Tapi dalam kes confessor, even dia dah tau suami dah berkahwin, dia masih berani pegang pegang, confess perasaan dia pula lepas tu.

Elok tindakan suami bl0ck nombor manan, jangan diberi harapan kat dia, masa mungkin bantu dia untuk move on. Jika selalu berhubung, melalui mesej etc, makin dilayan nanti makin bertambah perasaan manan pada suami. Minta dielakkan. Okay itu je, Moga dipermudahkan untuk confessor dan suami.

Puan zueara – Betul dah apa yang puan buat tu.. Jangan bagi peluang dan ruang buat Manan merayu,g0da dan rapat dengan suami puan selagi dia masih ada perasaan pada suami puan.. Bahaya… Takut suami terjerumus dalam cinta Manan..

Selagi boleh elak dan jauhkan suami dari dia, jauhkan.. Bl0ck segala media s0sial suami dari dia.. Debar debar saya baca confession ni, tajam tajam di belakang bahu, rupanya misai si Manan.. tengok macam mana Manan g0da suami awak.

Puan pun w4rning Manan tu jangan ganggu suami puan lagi.. Suruh dia bertaubat.. Sekurangnya Manan tahu yang puan dah tahu apa yang dia buat kat suami puan.. Lindungi suami puan… Tak rugi hilang kawan macam Manan tu.. Semoga Manan berubah jadi lelaki sejati

Farz fazlina – Manusia ni sifatnya sentiasa ingin mencuba benda baru. Dikhuatiri suami TT nak mencuba pula madu itu. Cuma sy pelik dah tua bangka pun tido nak berteman dah kenapa. Sy kalau ada tetamu tidak pulak nak jaga hati dia sampai nak kena temankan dia tido kat sebelah. Lelaki pulak tu.

Kot pempuan yela nak tido nanti gosip2 girl dulu ke kan. Dah nama pun tetamu, tido kat bilik tamu haaa dok la diam2 kat bilik tu. Aku tuan rumah aku tido la bilik aku. Nak pape kang hello jela. Bukan budak 2 tahun tido nak kena teman . Tindakan pantas harus dilakukan bagi mengelakkan suami TT terjebak

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.