“Sebantal dgn musuh, bknnya suami”. Thegeh2 aku dkt dia takut dcerraikn. Bila bgaduh mnangis meluntut minta maaf. Mgkin sbb h0doh suami aku geli.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum para readers Confession, aku antara pembaca tegar confession di sini dan hari ini aku tergerak nak kongsi satu sisi gelap kehidupan aku yang orang tak pernah tahu apa lagi hidu melainkan keluarga terapat sahaja.

Baca tajuk macam keliru kan, tapi itulah apa yang aku hadapi kini, berkongsi bilik, selimut malahan bantal dengan musuh bukannya suami seperti yang aku impikan. Bercinta 4 tahun sebelum menamatkan zaman bujang, ini masuk tahun kelima perkahwinan aku. Kenapa tajuk aku macam ni, sebab aku teringat lagu seseorang pernah beritahu aku kenapa dia takut nak kahwin dan terlalu tr4uma hingga memilih.

Alasannya takut terjumpa musuh bukan pasangan. Lama aku nak hadam ayat ni sehinggalah aku berkahwin dan melaluinya sendiri baru aku faham. Mempunyai musuh di luar adalah lebih baik daripada mempunyai musuh yang kamu berkongsi kehidupan seharian. Aku cuba explain sedikit sebanyak tanpa ada pengaruh KRT dalam confession ini,

aku taip sambil menangis sebab terlalu sakit jiw4 ini. Suami aku datang dari latar belakang keluarga susah, pendidikan biasa dan kerja biasa. Berbeza dengan latar belakang keluarga aku, agak senang, ayah aku pesara jawatan tinggi kerajaan manakala adik beradik ku semua mempunyai latar pendidikan dan kerjaya yang baik.

Tapi sedikit pun mereka tidak memandang rendah suami ku malahan melayan baik suami ku. Ayahku walaupun berpendidikan tinggi namun beliau tidak meletakkan syarat terhadap bakal menantu. Sifir dia mudah, baik dan anak dia suka cukup. Saat aku ingin berkahwin ayah aku malahan tidak letak hantaran siap berkata kami tidak jual anak,

biarlah anak anak bincang sesama mereka. Perkahwinan aku serba sederhana, suami aku ada memberi sedikit wang hantaran tetapi aku pulang balik ke dia semula lepas kahwin. Harapan aku bila banyak tolak ansur, suami akan menghargai aku. Aku kerja keras siang malam,

untuk bantu suami sambil menghulur wang saku buat mertuaku dan barangan dapur. Tak keterlaluan andai kata sepanjang aku kahwin, kebanyakan hal sara diri aku dipikul aku sepenuhnya dari pakaian hingga ke barangan mandi. Walaupun suami tidak pernah membelikan aku apa-apa sepanjang perkahwinan, aku tak kisah kerana aku tahu taraf kewangan dia,

malah aku selalu membelikan apa sahaja kemahuan yang dia mahu tapi tak mampu kerana kasihan. Syukur ibu bapa aku paling banyak bantu aku, menyediakan satu rumah sewa yang selesa dan tak kisah suami aku tak mampu sedia rumah atau apa-apa. Bagi mereka asalkan usaha sama-sama.

Tahun demi tahun aku makan hati, bukan kerana aku tak ikhlas tetapi aku rasa usaha aku sia sia. Suami bukan sahaja tidak menghargai aku malahan mertua ku sendiri menyakiti ku. Mertua yang ku sayang dan anggap seperti ibu sendiri, aku bantu dia jual kuih semata nak ringankan beban hidupnya

walaupun masa tu aku sarat mengandung, gigih berjual ke sana sini lepas pulang kerja, Bulan-bulan aku hulur wang saku belikan barangan dapur hadiah semuanya. Semua guna duit gaji aku. Tapi betullah sebaik mana kamu, belum tentu orang baik semula. Hati aku berkecai bila dalam pantang mertua aku bagitahu,

dulu dia nak anak dia kahwin dengan ustazah atau cikgu. Tapi dia terima aku sebab adik beradik dia pujuk, so dia terimalah. Masa tu hati aku tertampar berder4i rasa terh1na macam aku tak layak untuk dia. Aku tidaklah alim macam ustazah tapi bab solat aurat hukum agama insyaAllah ayah aku didik sebaiknya malahan aku yang banyak dorong suami jaga solat,

kira lepas kenal aku dia mula jaga solat. And maybe aku tak cantik bergaya kot, dulu mertua aku selalu rasa aku selekeh, tak malu ke naik motor buruk berniaga. Sedangkan aku selesa plus aku kerja keras downgrade cara hidup aku nak senangkan anak dia. Aku ingat lagi, saat aku pantang ibu mertua ku cakap di hadapan ibuku supaya aku bekerja secepatnya,

untuk membantu anaknya membeli susu kerana dia takut anak aku tak mampu. Pernah juga aku ingin membina rumah di atas tanah yang ayah aku berikan, ayah aku beri modal, then kami berdua share bayar semula. Tahu apa mertua aku cakap, kalau cerrai macam mana? Dia usulkan buat di belakang rumah dia yang merupakan tanah pakcik suami aku atas alasan cerai mungkin rugi anak dia nanti.

Hancur hati aku bila dengar sebab niat aku taknak susahkan suami aku, malahan ayah aku siap mahu meminjamkn modal dan memberikan tanah kerana tak mahu susahkan menantu. Akhirnya rancangan tu terkbur sebab hati aku sakit. Banyak sebenarnya cemuhan yang menyakiti aku sehingga aku hilang sabar, tapi aku pilih untuk pendam dan menjauhkan diri.

Suami ku? Aku pernah meluahkan apa aku rasa namun akhirnya suami aku akan memulaukan dan menjauhkan diri dari aku. Tahun lepas, tahun keempat perkahwinan kami yang terbina atas nama cinta, teruji sekali. Suami mencerraikan aku namun kemudian rujuk semula. Hancur hati aku kerana aku tak sangka dia cerraikan aku atas alasan yang remeh, kecil.

Aku marah geram kecewa sedih kerana dia selalu menganggap aku isteri yang jahat, yang teruk. Aku depr3ss teruk sebab aku selalu salahkan diri aku bila dia bandingkan diri aku dengan isteri orang lain. Bagi dia aku isteri yang tidak taat. Aku mula blaming diri aku sampailah kawan aku tegur betapa dia nampak aku orang yang b0dh, terdesak dan buta demi cinta.

Dia selalu perasan aku terhegeh hegeh dengan suami aku, try hard untuk bagi apa suami aku nak. Mungkin kawan aku marah dan terkejut atas berita pencerraian, sebab prinsip aku apapun jadi aku takkan luah di media s0sial. Selepas suami rujuk, dia ada beberapa kali ug0t untuk cerraikan kadang hampir tiap minggu sampai aku lali dan kebal.

Paling melukakan hati aku, dia kata bagus kalau cerrai dengan aku, dia boleh tanggung adik adik dia dan sara ibu bapa dia. Dalam hati aku tersentak, sepanjang kahwin sejak ada anak baru dia bagi aku duit, itulah susu pampers anak, itulah duit dapur, itulah duit api air dan sewa bilik.

Tak cukup malahan aku yang topup, kadang belum hujung bulan dia pinjam duit aku. Bahagian aku sesen pun tiada hatta pakaian dalam dan seketul sabun aku guna duit sendiri. Ayat dia seolah aku habiskan duit dia, Sedih sebab aku tak tuntut pun nafkah aku, aku redha andai kena beli sendiri sebab aku kesian dia.

Itu belum aku berg0lok gadai emas emas aku nak bantu dia, Tapi kena c0p macam ni terus hati aku sakit, kereta bil telefon makan etc semua aku bayar, itupun bagi dia aku habiskan duit dia. And paling sedih dia pernah kata punca dia stay dengan aku sebab aku saja akan tolong dia bila susah. Rasa macam dipergunakan pun ye.

Aku masih dalam fasa depr3ss blaming lagi, terutama bila aku tengok keliling ramai kawan aku yang tak sampai cerrai even diuji hebat, berm4ki hamun ser4ng suami, bergaduh di umum tapi sekali pun perkataan cerrai tak diungkapkan sang suami. Dalam kepala otak aku suami syangkan dia, tu sebab dia tak pernah ungkap kata cerrai, adakah suami aku tak sayang aku.

Macam aku yang diam pasif end up kena cerrai sebab bincang isu kecil. Huhuhu btw sepanjang kahwin bergaduh sentiasa aku yang minta maaf melutut menangis, suami aku tak pernah cakap i love you dekat aku kadang sampai aku merayu nak dengar, cakap pun tak ikhlas. Aku cuba faham mungkin malu.

Tapi bila dia selalu tepis aku bila nak bermanja, atau bangun bila aku duduk sebelah and banyak kali elak dekat dengan aku. Kadang aku baring sebelah dia terus bangun trun katil bentang tilam kat bawah. Aku cuba sangka baik panas kot tapi bila kerap sangat aku paham la isyarat dia tak suka aku dekat dekat.

Aku mula rasa down sebab mungkin aku h0doh kot sampai suami pun geli. Aku beli produk nak bagi wangi cantik habis ribu end up sama saja. Aku give up. Suami aku jugak tak pernah berborak dengan aku tanya aku okay ke etc. Harinya busy dengan tengok movie dan hadap fone. Aku sunyi end up sekarang aku isi masa buat part time meniaga.

Aku ada cerita dengan mak aku, mak aku sedih tapi itulah nanti dia ungkit sebab aku tolak pinangan beberapa orang sebab aku suka sangat kat laki aku ni dulu even dia biasa biasa. Yang pinang aku semua berpendidikan datang dari keluarga baik dan bagus kira sekufu, tapi entah end up aku pilih suami aku yang berbeza bagai langit dan bumi.

Tahun ni aku macam dah tersedar dari keb0dhan bertahun, aku stop belikan dia barang branded dan gadjet mahal. Duit aku, duit aku, aku dah tak pinjamkan dekat dia. Aku mula tutup hati aku untuk dia. Kalau dulu gaduh aku melutut minta maaf merayu rayu even bukan salah aku,

sekarang gaduh aku ambil kunci drive kereta lepak minum luar sampai aku tenang. Aku tak terkejar dia, aku tak dekat dekat dia, minta dimanja. Aku cipta jarak. Aku kerja pagi petang malam supaya hati aku tenang, entah lama lama aku tawar hati. Apa yang tinggal sekarang semata demi anak.

Dan jujur tak seronok berkongsi bantal dengan musuh, dan orang yang kau pernah cintai adalah musuh kau. Aku tak tahu sampai bila jodoh kami, tapi aku tengah latih diri aku supaya kuat jadi bila sampai harinya tu aku tak titiskan setitik air mata pun. Doakanlah aku kuat cari rezeki untuk anak dan keluarga aku,

doakan juga agar apa jadi akan datang aku jadi lagi kuat. Aku kadang nak failkan pencerraian sebab selain isu atas, aku serba salah biar suami aku hidup memilih antara ibu dan isteri, Pernah dengar ayat ‘seorang lelaki memeluk dan bersama wanita yang bencikan ibunya’, boleh relate kan dengan situasi aku sekarang

even laki aku tak peluk aku sangat pun tapi dia bersama aku. Syurga dia masih ibu dia. Sedangkan aku dah tak baik dengan ibu dia. Jadi aku taknak letak suami aku satu langkah ke neraka sebab derhaka pada ibunya. Thank you semua sudi baca luahan hati aku yang aku rasa serabut di baca serabut difahami serabut ditanggung. – Doremon (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Hayati mohd – Yes totally indeed. Aku nak masuk 3 series ni benda ni aku takut. Dh sememangnya gaji sndiri tak cukup, ni awak bersyukur ada mak ayah hulur sikit2. Syukur lah awk ade mak ayah mampu lagi. Tapi jgn hambakan diri kat suami mcm ni. Mengngkng je. Ke ni kes baik sgt ke terlampai manjakan suami? Aduhai.

Kau tanggung, gaji dia mana? Mertua mcm tak pandang anak sendiri yg sengkek tu ke? Dah beranak heboh dulu ade kenenkan anak dengan ustazah. Ingat ni samarinda tv ke? Ramai yg jadi ibu tunggal tp success besarkan anak. Memg minta dijauhkan tp kalau ade kebaikan cubalah. Astaghfirullah makhruh puasa kite tauu ishhh.

Khadijah aiman – Dah tak ada point nak hidup bersama … Gaji kau lagi tinggi kan ? Ha blah biar dye terduduk baru dye nampak langit dan bumi … Tak payah tunggu tawar hati sekarang pun dah boleh pergi minta fasakh … Nafkah isteri tak mampu bagi isteri dah tolong pijak kepala pula …

Tak payah nak fikir stay sebab anak … Tu lagi t0ksik kat anak … Blah buat cara hidup kau sendiri dengan anak kau … Love yourself more … Pergi cantik kan diri kau … Lepas kau buat tu semua percaya lah masa tu dye akan terkedek kedek nak kat kau … Itu time kau reject dye sampai mampus.

Indra putra – Ini di namakan satu keb0dhan nyata. Awak rasa bertahan dalam perkahwinan itu awak membahagiakan orang lain? Nope. Awak lagi siksa suami dan mil awak sbb mereka memang tak suka awak anak beranak. Tapi sebab awak dengan muka tak malu masih menenggek dalam perkahwinan itu, mereka terpaksa hadap!!

G1la ke tak tahu yg suami tak suka awak, tapi awak masih menenggek dengan musuh yg awak sayang sangat tu! Jadinya, pls lah buang mereka dari hidup awak sebab awak berhak bahagia. Manusia macam suami dan mak suami tu, kene ajar. Cuma saya rasa, ada lah kot sebabnya mak mertua dan suami awak tak suka awak kan?

Yg awak tak ceritakan.. jadi, jangan buat muka tak malu or buat muka kesian duk menenggek dalam perkahwinan tu. Sementara muda ni, melambak lagi yg nak kat awak ok!!

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.