“Adik..baliklah”. Aku trgamam, air mata ni laju turun. Lama aku mbeku, ape nak jd jadilah. Aku nekad.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Ku mengharapkan Ramadhan kali penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna… Hai, ter menyanyi ke tu? Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Ramadhan buat semua..

Pejam celik pejam celik dah hampir seminggu kita semua berpuasa.. Ini adalah kali kedua aku menulis di sini, tulisan pertama aku adalah beberapa tahun sudah, Mat Si Kacang Hantu, mungkin ada yang pernah baca sebelum ni, tahulah siapa aku.. Kali ni bukan Mat isi ceritanya tapi Pak Amid, bapak aku..

Raya yang bakal menyusul ni, adalah tahun ke dua tanpanya.. Rindu, aku benar-benar rindu saat ini, rindu yang tiada penghujungnya pada yang tiada.. 22 Ramadhan 2020, hilangnya seorang insan yang sangat aku sayangi, seorang insan yang tanpanya siapalah aku hari ini..

Masih segar dalam ingat, hampir setahun yang lalu, hampir sahaja aku tak sempat melihat wajah itu buat kali terakhir.. hmm. Penghujung tahun 2018, atas tuntutan kerja, aku bertolak ke Dubai dan itulah kali terakhir tangan itu aku cium, badan itu aku peluk erat, selepas itu panggilan video sahaja penghubung rindu kami.

Takkala dunia sedang di landa kobid, akulah insan yang paling gembira kerana aku akan di hantar pulang semula ke Malaysia, menyambung tugas di sini.. Awal April 2020 aku selamat pulang dan di kuarantin wajib.. Masa tu aku di khabarkan bapak dah tak berapa sihat dan aku memang sedia maklum sebelum ni dari Ajim

(abang aku yang kedua) yang bapak memang tak sihat tapi kali dah tak mampu nak berdiri, berjalan.. Hati aku masa tu memang tak tenteram, risau tapi apakah daya, aku masih lagi di kuarntin masa tu dan di khabarkan tidak boleh merentas negeri, hanya boleh video call sahaja..

Ajimlah yang selalu hari-hari akan update pasal pasal bapak dekat whtsapp group family, hati ni lega sikit, walaupon jauh.. Aku ingat lagi, hampir penghujung puasa, aku dah mula bekerja, petang tu aku dapat panggilan dari mak, nampak saja panggilan masuk tertera nama mak di skrin telefon,

Automatik berderau drah, sebab mak tak pernah call aku waktu bekerja, secepat mungkin aku jawab panggilan, mak cakap abah nak dengar suara aku, seboleh-bolehnya nak dengar, sebab tu mak call aku dan telefon pun berganti suara, “Adik…” “Baliklah…”, Aku tergamam, air mata ni laju turun..

Pendek sahaja percakapannya tapi hati aku rasa macam di r0bek-r0bek, aku jawab ke bapak “Yee, nanti esok adik balik yee”… Habis ja panggilan tu, aku terus buat keputusan, aku kena balik, aku mesti balik! Aku tolak tepi semua kerja, aku minta tolong kawan sekerja aku

dan aku naik bilik boss sendiri minta cuti dan nasib aku baik, boss sangat memahami.. Benda first aku buat, aku ambik grab sebab kereta aku masih di kampung, aku terus ke balai polis untuk minta kebenaran merentas tapi aku tak di benarkan merentas, atas alasan yang tak kukuh katanya,

Aku siap tunjuk whatsapp gambar-gambar bapak yang uzur, aku dah dua tahun tak balik, semua aku cerita dan aku minta belas kasihan dekat anggota yang bertugas tapi apakan daya, aku bukan siapa-siapa untuk di berikan keistimewaan. Anggota bertugas mohon maaf dekat aku, dia tak dapat lepaskan aku kecuali kecemasan seperti mennggal..

Petang tu aku rasa macam lalui hari-hari penuh perit, fikirkan abah lagi… Aku yang keseorangan di kota raya ni, tanpa along, tanpa angah yang akan selalu ada waktu aku perlukan, sentiasa hulurkan bahu untuk aku menangis tanpa malu semahu-mahunya, aku buntu masa tu..

End up aku dapat call, dari kawan serumah aku, tanya aku macam mana, aku dekat mana dan dialah yang datang ambik aku dekat balai polis, dia minta aku banyakkan doa dan bersabar.. Dalam perjalanan balik, aku minta singgah masjid sebab aku masih belum solat Asar, waktu pun dah nak berbuka,

kawan aku singgah kedai tapaukan makanan untuk berbuka nanti, Sambil-sambil tu aku cuba telefon mak tapi tak berangkat, aku biarkan dulu dan cadang aku selepas berbuka nanti aku telefon semula.. Usai berbuka, solat maghrib, aku cuba telefon sekali lagi mak tapi tak berjawab,

aku call Ajim pun sama, hati dah mula tak tenang.. Akhirnya selepas Isyak, aku tengok ada tiga panggilan tak di jawab, Ajim yang telefon rupanya, hati ni dah berdebar-debar.. Aku call semua Ajim dan rupanya bapak sekarang dekat hospital, kr1tikal,

Ajim cerita yang bapak tiba-tiba sesak nafas lepas berbual dengan aku dan Mat petang tadi, Mak call ambulans, dalam perjalanan ke hospital, jantung bapak tiba-tiba terhenti dan sekarang masih kr1tikal.. Zap zap zap, masa tu macam di panah petir.. Lama aku membeku, menangis sendiri dan akhirnya, aku fikir apa nak jadi, jadilah,

aku buat keputusan nak balik malam tu jugak, aku siap-siap packing baju, aku minta tolong kawan aku hantar ke balai polis lain, aku mesti kena balik jugak! Masa dalam perjalananan ke balai polis, 12.35 pagi, 22 Ramadhan, 15.05.2020 hari Jumaat, Ajim call aku dan khabarkan bapak dah tak ada..

Terasa macam hilang separuh ny4wa aku, melayang-layang terbang melayang.. Tak tergambar, perasaan masa tu.. Bapak yang besarkan aku dengan meniaga ayam sebagai sumber rezeki, yang bawa aku dengan motor suzuki lama ke sekolah tiap-tiap hari dulu,

Bapak yang selalu akan menangkan aku kalau aku bergaduh dengan Mat dan Ajim, bapak yang lagi cool dari mak aku, bapak yang tiba-tiba baru petang tadi minta aku balik, tiba-tiba dah tak ada.. hmm. Aku langkah lemah ke dalam balai di temani kawan serumah aku, aku mohon merentas negeri,

ayah mennggal ujar aku, jawab anggota bertugas, ada bukti tak? Duniaaa.. sesungguhnyaa aku harus bersabar, aku berkata dalam hati, aku cuba fahamkan tugas mereka. Aku teringat pesan Mat semasa dalam perjalanan ke balai polis, “Adik, sabar, ingat Allah, ingat bapak, cakap baik-baik nanti, insyaAllah,

akan di permudahkan”.. aku geleng cakap tak ada surat, sebab baru mennggal.. Aku dah mula menangis masa tu, aku dah tak peduli, aku hanya nak balik, satu ja permintaan aku dan akhirnya alhamdulilah, aku di beri kebenaran merentas dan kawan aku sebagai peneman.

Dekat pukul 2 pagi kami gerak dari Kl ke Kedah.. Dan dugaan demi dugaan.. rasanya dah hampir Subuh, kami sampai di Peneng dan kawan aku singgah ke Shell di Juru untuk hilangkan lenguh-lenguh, basuh muka dan kereta tak boleh nak start!!! Dan sebab tulah aku sampai ke rumah dengan kereta peronda polis,

betul betul depan rumah depa parking dan di sebabkan tulah, aku sempat tengok bapak, indah wajahnya… San mungkin ini sebuah perjalanan yang panjang demi bapak untuk terakhir kalinya.. “Bapak, adik dah balik…” Masa dekat Juru tu, ada peronda polis yang baik hati,

tolong tengokkan kereta kawan aku dan dia tahu aku dalam perjalanan pulang ke Kedah sebab bapak aku mennggal, Dan mereka tawarkan untuk untuk hantar aku sebab dah tak jauh dan mungkin depa tengok aku pun dah macam orang hilang akal masa tu.. Dan lepas bapak mennggal, aku terus apply cuti sebulan tanpa gaji,

temankan Mak Nab dekat kampung tapi lebih pada tenangkan jiw4 sendiri sebenarnya. Dan kalau ikutkan hati, aku nak cari kerja ja dekat kampung tu, macam Ajim, boleh berkepit bawah ketiak mak tapi Mak Nab membebel bertubi-tubi tak bagi berhenti dan tengoklah, kan anak bongsu dia tak boleh balik raya kat kampung tahun ni… – Adik Mat (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Rosmah mohd – Situasi yang sama, menangis depan anggota polis mohon kebenaran rentas negeri untuk menjengok mak yang s4kit tenat, namun tidak dibenarkan. Akhirnya dapat balik,

namun hanya sempat menatap jasadnya yang dah kaku… Allahuakbar… Mak pergi pada 5 April 2020. AlFatihah untuk aruwah mak.
Hingga kini, masih rindukan mak.

Puteri hannah – Mcm sy ayah mennggal mac 2020.. pkp pertama kali sejak wabak berlaku. pkp start Hari rabu.. ayah mennggal sabtunya tu..tp Masa tu kbetulan mmg plan nk balik kg n xtau pun ayah Masuk wad n xsihat.. Sampai kg baru tau tp sempat jumpa di hos..

tp Masa tu belum ada sekatan jln raya di hgway..nasib baik sempat balik seminggu.. tp ahad depan balik dah ada sekatan.. mmg ramai knew patah balik.. km bernasib baik dpt teruskn perjlnan sbb isnin tu suami Kne bertugas.. so polis mmg xpercaya walaupun dah tunjuk surat m4ti..

suami ckp esok dah Kne bertugas n dia mintak kad waran.. Bila tunjuk kad anggota baru dia bg lepas..mmg rezeki km nk jumpa aruwah buat kli terakhir.

Fatimah hamid – I feel you bro! ayah aku mennggal 1/3/2019. aku masa tu dkat Portugal tgh study. ayah mennggal waktu zohor time org jumaat. Aku masa tu subuh, aku pelik kenapa banyak whatsapp pagi tu, aku solat subuh dulu. tgok ada 5 6 call tak berjawab. then aku buka whatsapp family, aku tgok banyak whatsapp dah di delete.

sekali aku bukak whatsapp group kawan2 aku, tetiba diorg cakap takziah dkat aku. aku terus bukak fb, tgok fb akak aku. rupanya ayah dah takde tak lama lepas tu anak buah aku call cakap ayah aku dah takde, then masa jen4zah ayah tgh disiapkan, diorg vc je dengan aku.

yelah aku jauh mana sempat nak balik. last sekali masa nak masuk dalam li4ng lahad pun diorg vc kan je. aku dapat pergi kbur aruwah ayah pun lepas 2 hari ayah mennggal. Alfatihah buat Haji Abdul Hamid bin Mohamd

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.