Sbb ank2 dia bjaya, dia cuba buuli aku. Kenangkn suami baik aku brtahan. Trdiam mertua bila aku mula brtindk.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi.. kebelakangan ni aku selalu baca dekat sini kisah mak mertua, mak kandung yang macam-macam hal memeningkan kepala. Untuk korang-korang yang tak alami akan rasa cerita tu semua macam tak real kan?

Tapi hanya sebab kita dikelilingi oleh orang-orang yang baik, dan ada keluarga yang baik, tak bermakna tak ada mak yang macam tu dalam dunia ni. Ok.. aku pun nak cerita tentang aku. Aku harap cerita ni boleh jadi panduan dekat menantu-menantu yang memendam perasaan dekat luar sana. Tapi boleh aplikasikan kalau situasi korang seperti aku ya..

korang nilailah sendiri situasi masing-masing. Mak mertua aku ni dah lama kem4tian suami sejak suami aku masih sekolah lagi. So dia ni basically wanita yang berdikari, garang dan sangat mementingkan pelajaran anak-anak. Adik-beradik suami aku semua graduate oversea dan ada beberapa orang yang ada phd hasil didikan mak mertua aku.

Tapi dalam beberapa tahun lepas, mak mertua aku dah tak boleh duduk sendiri. Ada saja drama nak pitamla, langgar kereta orang dan lain-lain. Mula-mula dia duduk dengan anak perempuan dia (adik ipar aku). Tapi bila anak perempuan dia kerja dekat luar negara, kami bawa dia duduk dengan kami.

Aku ada 4 anak kecil, bekerja dan suami ketika tu bekerja di negeri yang berlainan. Kiranya aku suami isteri pjj. Masalah mak mertua aku ni ialah, suami aku bukan anak pilihan dan kesayangan. Dia nak duduk dengan anak sulung tapi isteri anak sulung dia (biras aku) tak berapa suka sebab mak mertua aku selalu gaduh dengan mak dia

(mak biras aku duduk sama dengan dia). Bila duduk dengan aku, dengan suami aku kerja jauh, aku tak kisah pun. Bukan sebab tanggungjawab aku jaga dia, tapi sebab mengenangkan betapa baiknya suami aku dengan mak bapak aku, Maka aku rela mak mertua aku duduk sama walaupun suami aku tak ada.

Walaupun anak-anak dia yang lain ada saja berdekatan tapi sorang pun tak pernah offer nak mak dia orang duduk dengan dia orang. Mak mertua aku ni kan aku cakap wanita yang independent sebelum ni. Dia boleh bawa kereta sendiri, melancong sana sini. Tapi sejak kejadian drama dia yang selalu pitam tu anak-anak dia ambil kereta.

dan dia duduk rumah aku patah kaki la kiranya. Jadi dia selalu str3ss sebab dia cakap boring duduk rumah. Dia tak nak jaga cucu sebab dia kata dia dah puas jaga anak dia dulu. So dia duduk rumah hanya dengan maid. Anak-anak aku, memang mak aku jaga. Bila dia bosan, dia mula buat perangai.

Aku kesian kadang-kadang suami aku balik weekend tak sempat duduk lagi, dia dah tanya bila nak hantar dia ke rumah anak yang lain. Masalahnya bukan kami tak nak hantar tapi anak dia yang tak nak dia ada. Dia cakap dengan suami aku macam tak suka sangat duduk rumah kita orang.

Aku tau suami kecik hati tapi aku cakap lantakla mak nak cakap apa u diam aje. Bila suami aku tak ada, dia selalu cakap dekat aku berulang-ulang tempat isteri di sisi suami, patutnya aku sebagai isteri kena ikut suami aku yang kerja dekat negeri lain. Mula-mula aku diam je.

Satu hari aku penat balik kerja jalan jammed, dia ulang ayat sama. Aku naik angin, aku cakap dekat dia, “Bukan saya tak nak ikut, tapi anak mak yang tak boleh bawa sebab kerja dia dan dahla tak boleh bawa isteri, tinggalkan isteri dengan anak-anak kecik dengan mak dia lagi nak kena jaga”.

Aku dah cakap baru aku sedar apa aku cakap. Mak mertua aku diam saja lepas aku cakap camtu. Surprisingly, lepas tu dia langsung dah tak pernah cakap macam tu sampai sekarang. Sejak dari tu aku nampak perangai dia macam mana. Dia akan bvli orang yang diam tak melawan. Sekali aku lawan cakap dia, pandai pula dia diam.

Insiden kedua, mak mertua aku selalu gaduh dengan anak sulung aku masa tu umur dalam 5/6 tahun. Dia suka bandingkan anak aku dengan sepupu (cucu dia) iaitu anak-anak adik beradik suami aku. Aku selalu dengar dia cakap anak aku b0d0h tak macam ABC anak MNO. Tapi dia cuma akan cakap kalau aku tak ada.

Padahal aku ada dekat tangga dia tak perasan. Bila aku munculkan diri, dia bersayang-sayang dengan anak aku. Satu hari aku dengar dia cakap, rumah kita orang ni kecil tak macam rumah anak dia yang lain. Anak aku boleh tahan mulut, jawab kalau rumah ni kecil, opah dudukla rumah anak opah yang besar tu, jangan duduk sini.

Dah mak mertua aku marah, dia cakap ini rumah anak dia, dia ada hak dekat rumah tu. Aku dengar, aku cakap, “mak, rumah ni rumah saya, saya beli dengan loan saya, saya bayar bulan-bulan dengan duit gaji saya, bukan rumah anak mak ya”. Aku kena cakap macam tu sebab aku letih dengar

dia asyikla cakap kenapa pasang aircond kesian anak dia nak bayar rumah nak bayar bil mahal. Suami aku sangat baik dan sangat manjakan anak memang rumah kami aircond 24 jam. Sejak dari aku cakap tu, dia dah tak pernah cakap itu rumah anak dia. Jadi, aku semakin faham bahawa dia adalah orang yang perlu dilawan kalau mulut dia dah tak reti jaga hati orang lain.

Nak duduk sama-sama, jaga hati sama-sama. Jangan ada rasa anak kau seorang yang hebat, kerja gaji banyak, dan isteri ni hanya habiskan duit suami. Habis, anak orang lain (menantu) ni tak hebat? Silap orang mak… banyakla lagi sebenarnya kata-kata yang keluar dari mulut mak mertua aku yang menyakitkan hati.

Mana yang aku rasa tak melampau, aku diam je. Kalau aku rasa dia ni dah melampau, kena sedarkan, baru aku jawab. Biar dia tau orang lain ada mulut berbisa jugak. Tapi aku faham kenapa dia jadi macam tu.. dia bukan tak suka aku, tapi dia ibu yang ada pride yang tinggi sebab anak-anak dia semua bijak pandai berjaya dekat kampung dulu.

So dia ada sikit sombongla sebenarnya.. ini suami aku dan anak-anak dia sendiri cakap memang mak dia orang ada perasaan dan perangai macam tu. Dan bila dia kena duduk dengan aku, dia bosan sebab tak ada apa nak buat, tak boleh ke sana sini jadi dia cari pasal dengan siapa yang ada.

Bukan aku tak nak bawa dia berjalan, tapi aku pun kerja, bila weekend, suami aku balik dah penat memang nak duduk rumah je. Anak kecil-kecil memang kami tak biasakan jalan dekat mall. Kesimpulan yang aku nak cakap ialah, kalau isteri-isteri di luar sana dibvli oleh mak mertua, bangkit, jawab.

Jangan biar orang lain pijak kita macam kita tak ada langsung sumbangan dalam rumahtangga. Walaupun isteri suri rumah, tetap ada sumbangan dalam rumahtangga, disebabkan isteri jadi surirumahlah, anak mak mertua kita boleh kerja dengan tenang tanpa fikir hal pengasuh dan sekolah anak.

Apatah lagi isteri yang terpaksa keluar bekerja demi membantu suami. Kalau itu kau beli guna duit kau, kau cakap dengan mertua kau kalau dia bising. Jangan ingat anak dia saja yang ada duit, anak orang ni tak ada duit. Dah kalau suami belikan untuk isteri memang patut pun sebab itu isteri dia.

Aku berani sebab aku tau suami aku bukan anak emak. Malahan tak pernah sekali pun mak dia puji dia, apatah lagi nak cakap terima kasih untuk apa yang dia buat dekat mak dia. Selalulah anak yang tak nak jaga tu dipuji puja depan suami aku. Tapi kalaulah suami aku anak emak sekalipun, aku tetap akan melawan kalau aku rasa dia tak betul.

Tapi aku pegang nasihat mak aku, jangan biar diri dibvli oleh sesiapa pun. Memang kita kena hormat dan taat pada mak ayah, tapi bukan taat yang membuta tuli. Mak aku cakap, apa yang kita buat jadi contoh pada anak-anak. Kalau anak-anak kita tengok kita diam saja bila dibvli, dia orang akan membesar membiarkan diri dibvli.

Aku tak nak tunjuk contoh macam tu dekat anak aku atas alasan takut derh4ka. Aku nak tunjuk contoh, benda salah kena betulkan, kalau itu hak kau, pertahankan, kalau orang h1na kau, bangun bangkit pertahankan diri kau. Jangan biar maruah kau dipijak-pijak. Sekarang, mak mertua aku masih duduk dengan aku. Dah tua dan dah nyanyuk pun.

Lagi merepek perangai dia sejak nyanyuk ni. Tu aku cerita lain kali sebagai panduan macam mana jaga orang nyanyuk. Its not easy i tell you.. apatah lagi menjaga orang yang tak ada memori manis pun dengan aku semasa sihatnya dulu.. Apapun, kita nilai situasi kita, persekitaran kita.

Tak guna bertahan memendam rasa sebab kesannya pada anak-anak lebih teruk. Aku doakan semua yang ada masalah dengan mertua, keluarga mertua, dipermudahkan urusan korang. Semoga pengakhiran yang baik untuk korang semua. -Aku menantu baik tapi jangan cuba bvli aku – Anak Orang (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fik adiera – Aku setuju dengan confession ni. Kita sebagai menantu kadang kena menjawab juga. Maybe akan ada orang kata jangan kurang ajar, diam je anggap itu ibu kita. Nope. Kita dibesarkan dengan orang yang berbeza dan mak mertua kita pun tak kenal kita pun. Jadi kalau benda yang dia cakap tu salah wajar kita betulkan.

Tolonglah jangan diam je alasan hormat. Kalau dah kena bvli dengan mak mentua, adik ipar, akak ipar & biras pun kena diam ke? Mak ayah aku pun kalau salah aku betulkan. Zaman dia dengan zaman aku berbeza. So dah nama manusia banyak kesilapan.

Bukan suruh kau tengking dia pun, cukup tegur bebaik.Kadang suami ni silap juga diam je isteri kena buli dengan mak dia alasan takut emak kecik hati, habis bini takde hati ke? Kenalah seimbang.

Norlaila din – Kan…sebenarnya kes bvli oleh mertua ni disebabkan komunikasi problem.. kita selalu expect org tua mesti bijak n tahu….padahal mereka juga perlu teguran n sering terkhilaf. kita juga kerap salah sangka, kalau tegur ibu bapa tu di kira derh4ka tak masuk syurga nak nak ibu bapa dok dendang lagu tu utk menang,ternyata silap besar kita tu..

masuk syurga tu kalau kita patuh suruhan Allah,termasuk suruhan patuh ibu bapa selagi mengikuti syariat,tapi patuh sehingga menz4limi pihak lain itu tidak boleh.. setiap kita kena ada iltizam utk masuk syurga n bantu org lain masuk syurga juga…itu lah maknanya dakwah yg wajib bagi setiap kita yg mengaku muslim….

bantu lah ibubapa kita dgn mengajak mereka menjadi adil…paling tak tegur dgn cara yg paling baik.kerana org yg bijak tahu cara teguran kpd ibubapa berbeza dgn teguran kpd kawan n anak anak….selain itu byk kan doa…senj4ta seorang muslim

Arda firus – Dulu sy mmg pendiam. Pendam.. sabar.. redha.. dn bnyk lg ciri2 lembut telus lain. Tp tu la.. slalu d buli ipar2 dn mertua. D perli d kutuk.. d arah2 sesuka hti.. d b0dh2 kan.. bila ada perlu dr kita mulut manis. Bila xda perlu d pandang mcm najis. Dgn anak2 skali kena tempias.

Pandang kita mcm setakat mnyusahkan suami wahlal kita mmg x suka show off apa yg kita buat dgn smua yg kita ada.. bila sedar keadaan smkin d buli ahkirnya sy bljar melawan. Jawab. Bidas smua yg x betul. Skrg ipar2 dan mertua smua senyap. Xde yg brani masuk campur or perli2 lg..

sy pnh kata, jaga percakapan. Hormat orglain klu mau diri dhormati jgk. Orglain pn bukan hti batu xtau sakit hti. “Klu nak hidup bhgia jangan benarkan sesiapa pun buli mental dan em0si kita”

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.