“Ko nk kawen dgn aku x”. Sbb tlalu yakin aku luahkn. Bila dgr jwpn F, aku bhenti brharap.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Ok aku Mila. Umur sebaya 27 jugak. Case aku lebih kurang macam Alya. Dulu zaman sekolah aku tak ada boyfriend. Mak aku tak bagi. Kene habiskan sekolah dulu.

Kalau kant0i ada boyfriend mak aku ug0t kahwin kan dengan boyfriend tu. G1la kau kene kahwin muda so aku yang lurus ni pun pendamkan feeling nak bercinta macam rakan sebaya. So aku ada crush saja. Aku crush dekat seorang senior ni. Good looking macam Remy Ishak giteww. Tapi nama dia F (bukan nama sebenar) haha

tapi aku letak F sebab dia yang mematahkan hatiku jadi retak seribu. Tapi lepas dia keluar sekolah, aku pun lupa dah dia. Senang betul move on haha. Pendekkan cerita akhirnya aku masuk universiti sambung degree. Ha time ni aku jumpa Yusri. Yusri ni coursemate aku, certain subjek kita orang akan sama kelas.

Aku dengan dia boleh satu kepala la. Lama lama close tanpa sedar rupanya aku dah tersyok dekat dia. Tapi aku tak tahu dia syok dekat aku ke tak. Aku baru nak cerita dekat roomate aku merangkap bestfriend memandangkan dia pun kenal gak Yusri, tapi akhirnya aku yang memendam rasa wehh.

Rupanya bestfriend aku ni dah banyak kali keluar dengan Yusri. Aku yang tak perasan and diorang dua tengah develop feeling love tu. Laa nasib baik aku tak confess lagi. Tu pun sebab bestfriend aku ni excited cerita sebab dia baru saja balik dating dengan Yusri. Huhuhu selama ni Yusri friendz0ne aku saja la ye.

So it’s ok girl, kumbang bukan seekor. Lalu aku pun move on dan jarakkan diri aku dengan Yusri. Yusri perasan aku berubah tapi aku malas nak layan. Aku cakap aku busy saja. Maybe yusri dah tau kot awek dia tu roomate aku. Dia pun chill saja buat normal. Oh lupa. aku ni agak introvert sikit.

so kawan aku tak ramai dekat uni. So aku kekadang lone ranger saja bila pergi mana mana. Satu hari dekat cafe fakulti aku tu penuh g1la, tapi dah lapar sangat aku beli makanan dan terus gamble saja pergi meja seorang mamat ni. Bila aku tanya kosong ke rupanya F weh. La dekat uni pun F senior aku ke?

Dan tak sangka, F kenal aku weh. Yelah zaman sekolah dia ni lemb4ga pengawas. Aku ni manusia biasa saja tak pegang jawatan pape. Since that, aku pun terus close dengan F. Sebab roomate aku pun selalu berdating dengan Yusri, kawan kawan lain pun busy dengan aktiviti masing-masing,

maka bila F ajak aku lepak dengan dia aku onz saja. Kekadang balik kampung pun aku tumpang dia. Nak save kan hehe sebab F ada kereta. So memang apa apa masalah semua aku share ngn F. Lalu kisah perasaan menyukainya pun kembali semula. F pun grad. before dia balik kampung menjadi penanam anggur yang berjaya dia ajak aku keluar lepak, farewell katanya.

Oh kali ni aku rasa lepak ni mcm lain macam sikit. Selalu level lepak kita orang pergi mamak or pergi pasar malam pastu makan dekat taman sebelah pasar tu. Kali ni dia ajak aku pergi tengok wayang pastu makan dalam mall. Tetiba kan aku pun dengan over confidentnya tanya dekat dia “weh F, ko tak de awek ke?” dia jawab

“kalau aku ada awek, tak de aku keluar dengan kau Mila. haha kau dah kenapa?” “F, kalau aku dah graduate, dah keje, kau single aku single, ko nak kawin dengan aku tak”. Muka F terus lain weh. Aku pun macam lost, asal lancang sangat mulut ni. Aku rasa nak sorok muka dalam baju weh. Maluu.

And lepas 5 minit F jawab “boleh saja. kau grad lagi setahun kan. dalam 2 tahun tu sempat la aku kumpul duit. ok je” Aku rasa nak lompat bintang gaya cheerleaders and finally aku dengan dia pun couple la kononya. The best thing, F sanggup jadi R.A kan uni aku sebab kononnya senang nak dating senang.

Ku sangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Lepas bercinta aku rasa semua tu berubah. F yang sekarang bukan F yang dulu. F busy dengan kerja. Honestly, selama setahun nak tunggu aku grad tu, tak pernah sekali pun kita orang dating. Keluar makan lagilah. Alasan F busy, banyak projek. Plus dia buat freelancer jugak.

Birthday aku? Sekadar wish happy birthday. Aku sebagai awek yang husnozon yang kononnya nak kawin lagi 2 tahun tu redha saja. Pendam perasaan tak pergi dating semua tu. Ada jugak aku keluarkan hint dekat media s0cial, dia sekadar ya. Ok. Ok yang tak tahu bila. Aku konvo dia tak datang pun. Tu lagi sedih.

Time ni F dah kerja dekat company lain. Akhirnya aku buat keputusan break. Penat la jadi awek dia. Haha better single. Dia pun redha saja lepaskan aku. Tak kejar aku pun. Aaa sedih. Time ni memang aku br0ken yang tak tahulah. Aku yang mintak putus, tapi aku yang menangis macam di putuskan.

Nasib baik aku dapat kerja lepas konvo. Tak delah hari hari menangis. Rezeki aku boss aku tu hensem g1la. Haha bila tengok muka dia, dapat la move on. Walaupun sebenarnya aku ingat jugak dekat F. Setahun survived kerja baru aku tahu, company F selang 2 bangunan dengan company aku.

Alaaa kenapala dunia ni kecik saja weh. Terserempak dengan F. Akhirnya aku dengan dia kawan balik. Time ni F pun minta maaf sebab tak kejar aku. Dia kata dia salah. Dia tak jadi macam boyfriend orang lain. Aku sebagai ex yang kurang bijak ni “tak apa F. Benda dah lepas. Kita mulakan chapter lain la ye” kami jadi kawan.

Close back and tanpa sedar we were get back. He is new F better then before this. Birthday aku boleh bagi hadiah. Sometime aku teman dia siapkan kerja freelance dia. Sometime dia tolong aku siapkan kerja aku sebab kami ni 1 bidang. Kekadang konvoi balik kampung or balik kl sesama.

Suatu hari kita orang dapat jemputan majlis perkahwinan kawan aku. Which si isteri tu kawan aku, si suami kawan dia. So kita orang pergi la sesama. Oh sebenarnya, time ni aku dengan dia dah jarang contact. Dia busy dengan projek baru, aku pun busy dengan projek aku.

So bab kenduri kahwin, bila kita orang pergi sesama (time ni kobid belum wujud tau) automatik jadi majlis reunion. Semua kawan kawan. Kamilah pasangan yang kena sorak tu. Tak de angin, tak de ribut, F dengan mila ye. Gitulah ayat ayatnya. Tapi F relex jawab “eh kita orang kawan je” zuppppp “kawan” ?? Aku sebenarnya nak terc3kik time ni. Terus minum air.

So dapat cover ye. On the way balik dari rumah pengantin aku try sembang dengan F and tanya “F bestkan kenduri Yana dengan Adam” dia jawab “yee”. “Nanti kita kahwin, ambik pakej macam yana nak? Ala kita share saja la kenduri tu” dan panjang lagi lah luahan hati aku pasal kenduri and F suddenly jawab

“mila boleh tak ko stop pasal kenduri kahwin ke kahwin bila ke. Aku serabut la. Tolong jangan ungkit lagi bab kawin kawin ni” analisis aku dah berakhir. Yes. F memang anggap aku kawan saja. Aku saja pancing bab kawin lepas aku kaciwa ayat dia “kita orang kawan je”. Sejak dari tu aku dah tak contact F.

Oh masa balik kl pun dia tak whatsapp aku ek. Dia balik sendiri cantu saja. Eleh ingat kita tak berani balik kl seorang ke. Haha. Aku pun niat dalam hati, aku nak move on. No more cry cry to guy yang tak nak dekat kita. Takpe, nanti ada la tu orang ngorat kita. Haha confident kan aku ni. Surprisingly, lepas 3 bulan aku tak contact F, F upload story inst4gram dia, gambar dia dengan awek baru.

Dengan caption “my love”. Time ni aku punya feeling biasa saja. Aku tak tau aku heartless or dah fully move on. Ye ramai dm, whatsapp aku tanya status aku dengan F. Aku jawab “kan F kata haritu kawan. Haha korang ni. Kawan lah. Nanti aku upload gambar aku dengan bf aku ye. Bf aku tengah outstation ni. Sebab tu dia tak dapat teman aku pergi wedding yana.

Ingat aku tak de bf ke. Hahahaha”. Maaflah dosa aku banyak haritu. Siapa tanya, itulah skema jawapan aku. Jujurnya, waktu tu aku tak de boyfriend pun. Main jawab saja. Tapi sedih bila terkenang aku masih single. Tapi aku percaya Allah dah plan dengan someone, cuma belum masanya nk jumpa lagi tuan punya badan tu.

Ye lepas 2,3 minggu F upload story tu elok saja dia whatsapp aku tanya khabar. Aku pun macam ko dah kenapa F. Tapi aku reply saja. Saja nak tengok motif dia apa cari aku. So tenang saja aku layan whtsapp dia. Tapi satu saja yang aku perasan, bila aku dengan F berkawan. Kawan without hard feeling kita orang ok.

Tapi kalau bercinta ada saja benda tak kena. Tu la asbab aku boleh redha dan move on. Kekadang kita memang di takdirkan sebagai kawan saja. Bukan sebagai pasangan. Bulan julai last year, F selamat jadi suami orang. Masa F jemput aku tu, lepas dapat kad tu aku menangis. Tak tahu kenapa aku nangis. Mula mula mak aku tak bagi aku pergi wedding F.

Mak aku risau aku mer0yan kot. Hahaha aku degil, aku pergi saja. Tapi family F baik. Masa aku datang, elok mak dia sambut aku. Peluk siap cakap “minta maaf mila, Mila tak de rezeki dengan jodoh nak jadi isteri F dan menantu makcik. Tapi mak cik sentiasa doakan semoga mila jumpa orang yang tepat ye.

jangan sedih nak”. Semua whole family dia sambut aku. Aku rasa macam aku pulak insan yang diraikan. Sebak la tapi tenang saja. Aku pun tak tahu macam mana dapat ketenangan tu. Tenang dan gembira. Mungkin inilah orang yang F cari selama ni. Mungkin ciri ciri yang dia nak ada memang ada dekat wife.

Wife dia lagi cantik dari aku pun. Sesuai la tu. Kini, sebab keyakinan aku dulu yang Allah mesti dah plan something yang better untuk aku, Allah bagi aku naik pangkat, naik gaji. Dan yang lagi best, Allah dah temukan aku dengan someone. Kali ni aku bijak sikit, sebulan kenal aku terus buat solat istikharah.

Bukan gelojoh, cuma aku rasa dah 27 tahun ni, aku malas nak syok sendiri. Nak bercinta untuk kahwin. Memandangkan kerap hujan sekarang, aku doa kalau dia jodoh yang terbaik di dunia dan akhirat, moga Allah mudahkan semua urusan pernikahan kami. For this moment, nampaknya semua macam positif, mudah-mudahan teruslah positif.

Guys, if u feel br0ken heart, janganla tutup pintu hati. Yakin lah Allah dah plan something yang terbaik. Kadang kadang kita fikir dia yang terbaik, tapi Allah punya plan lagi baik untuk kita. Takpe ambik masa untuk heal, sentiasa bersangka baik dengan plan Allah. Thanks baca confession aku. – Mila (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nor fauziyah – Baca cerita mcm ni.. Teringatttt zaman muda2 dulu… Hahaha.. sekarang tua sangat ke? Adoi mak… Hahaha.. Good job TT. Anda pandai jaga hati dan em0si anda sendiri. Tak boleh meletakkan sesuatu perkara macam ni too personal bila melibatkan hati dan perasaan.

Kena tau nak exit jugak bila dah tak nampak jalannya. Moga TT bahagia dengan yang orang terkini tu dan dia akan jaga TT baik2. Betul kata TT, kalau kecewa sekali pun, jangan tutup hati. Yakin lah ada yang Allah atur terbaik untuk kita.

Nia iza – Saya umur dah 37, masa umur akhir 20an Ada la lelaki tu bg harapan,dia keje beruniform. Sukala jugak,one day dia kata dah nk kahwen. Nnti saya bg kad. Katanya. Saya pun,terkejut,jadi murung. Dok termenung Sana sini. Lepastu,mak saya offer pergi umrah,temankan mak abah pegi Sana.

Saya pun ikut mak abah umrah. Kat Mekah n Madinah,saya beribadah sepenuh hati,doa mintak lupa segala psl menyakitkan hati. Hati saya pun sembuh Dan saya dah lupa apa yg berlaku. Lepastu,saya f0bia apa yg berlaku. Saya lebih suka hidup single.

Rinn haniz – Bila difikir, kesian dekat perempuan. Hanya boleh berkahwin kalau ada lelaki yg sudi kahwin dgn seseorg prpmn tu. Perempuan cantik takpela senang dpt jodoh kecuali kalau memilih nak mmpos tu susah la kan. Yg biasa2 ni, if ada keinginan nak kahwin, terpaksa la pendam kalau x de lelaki yg sudi…

btw sedih gak kisah confessor nih… haha… btw perihal jodoh ni normal sebenarnya. Utk yg nak single taknak kahwin tu, better korang just senyap jelah ye, x payah duk ajak org berfikiran macam korang… peace… just shut up.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.