“Hebat makcik”. Umur 25thn, dgn phd lg , dgn jaga 4org ank buah. Bila ty hal kawen, jwpn dia buat aku terharu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terima kasih andai confession ini tersiar.. Sekarang kan tengah panas isu Faizz Nur makan harta anak yatim tu.

Tp aku tak nak komen kes tu, yang nak dicerita dI sini adalah kisah yang terjadi dalam keluarga aku tentang mak cik aku. Sorry kalau paniang cerita ni. Aku ada sorang makcik, mak cik Nonie anak bongsu dalam family mak aku. Makcik aku ni rapat dengan mak ngah aku.

Tok dengan tok wan aku mennggal masa makcik umur 3 tahun, and mak aku masa tu baru belajar di uitm. Jadi, mak sedara aku yg lain survive, dan tinggal dengan moyang aku. Habis bab ni. Kebetulan rezeki mak cik, tempat study dekat dengan rumah mak ngah. Kerja pun dekat dengan rumah mak ngah.

Jadi, anak-anak mak ngah aku ni rapat la dengan mak cik aku ni. Tapi, mak cik aku ni garang taw. Tak pandai sangat nak main dengan sepupu aku yg kecik-kecik tu. Dengan aku pun, dia tanya kalau perlu ja. Tapi, mak cik bukan jenis kedekut.

Time nak mula skolah, dia akan bawak semua anak sedara, masa tu kami ada 8 orang, pergi beli barang sekolah. Kalau birthday, semua akan dapat hadiah. Mungkin sebab makcik aku ni yatim piatu dari kecik kot. Tahun 2004, pak ngah aku mennggal sebab k4nser pr0stat. mak ngah aku jd ibu tunggal.

Mak cik aku tinggal dengan mak ngah aku lagi. Tapi tak lama, setahun lepas tu, mak ngah aku pulak mennggal. He4rt att4ck! Masa tu, anak mak ngah aku yang kecil tu, baru umur 3 tahun. memang sedih sangat. Tapi, mak cik aku tak menangis langsung. Masa tengah bincang siapa nak jaga sepupu-sepupu aku ni.

Tiba-tiba mak cik aku bangun dan cakap, dia sanggup nak jaga ke semua 4 anak mak ngah aku. Sepupu aku pun, bila tanya, 3 orang semua cakap nak duduk dengan makcik. Jadi, makcik aku lah yang jaga deorang semua. Macam tak percaya, dalam usia 25 tahun, mak cik aku sanggup nak jadi ibu kepada anak yang ramai tu.

Pada masa yang sama, mak cik aku dapat sambung PhD. Mak aku cakap, mak cik aku frust sebab mak ngah dengan mak aku tak bagi dia kahwin dengan sorang lelaki ni. Sebabnya, nanti aku crita kat bawah. tapi, mak cik aku tekad, nak jaga jugak semua sepupu aku ni. Memang aku respect la.

Susah aku tengok mak cik masa tu. Bukan susah sebab apa, susah sebab dia kena handle semua. Mana yg asrama, pengasuh, tadika. Tapi, sikit pun dia tak mengeluh. Tapi, adalah family Lain tolong kalau makcik aku tak sempat. Time cuti, sepupu aku akan duduk rumah aku, sebab kami semua ada.

Bab duit sepupu-sepupu aku. Memang makcik tak guna pun. Semua duit yang sepupu aku dapat setiap bulan, rm 100 mak cik aku invest. Aku tak sebut la kat mana, nanti cakap promote pulak.hehe.. Yang lebih masuk tabung haji. Duit belanjan lain, semua guna duit makcik. Baju ke, rombongan ke, jalan-jalan ke.

Tak sentuh langsung duit budak-budak tu. Yela, tak dinafikan mak cik aku mampu dari segi kewangan. Mak aku ada tanya, mak cik aku ni tak nak kahwin ke? Dia cakap, kalau dia kahwin, sapa nak jaga budak-budak ni? Suami dia nak ke terima.? biarlah, kalau ada jodoh tu, ada la..

Mak cik memang fokus dan berusaha sehabis daya besarkan semua sepupu aku. Yang lelaki, mengaji di tahfiz, yang perempuan, mrsm bitara. Dia sanggup drive pusing satu malaysia nak hantar semua sepupu aku pergi sekolah. Mak cik layan sepupu aku semua macam anak dia.

Now, sepupu aku yang 1st tu, dah nak kahwin dah. Mak cik aku?? Jawapan di bawah.. hehe.. Tapi, mak cik aku memang membuka mata aku tentang kekuasaan Allah. Mak cik dapat habiskan PhD dalam tempoh 3 tahun setengah ja. Dan sekarang dah menyandang jawatan tinggi dalam kementerian..

Siapa sangka, dalam usia dah nak sampai 40 an, mak cik jumpa semula dengan lelaki yang dia tak dapat kahwin dulu. Dan dah kahwin pun awal tahun haritu. Dan baru ja bersalin bulan ni. Rupanya, pakcik aku tu suami orang. Sebab tu mak aku tak bagi makcik aku kahwin.

Tapi, sekarang pakcik aku tu duda. Sekarang makcik aku ada sepasang kembar anak sendiri, 3 orang anak tiri dan 4 orang anak buah dalam rumah dia. Memang meriah. Perancangn Allah. 10 tahun berlalu jumpa, dan kahwin. Dari sini, aku sedar yang rezeki tak pernah salah alamat.

Di Dunia lagi Allah dah tunjukkan kekuasaannya jika kita ikhlas dan amanah dalam sesuatu amalan yang kita lakukan, ganjarannya tidak terkata. Dan perancangan Allah tu yang terbaik. Buat sepupu aku, kalau baca, aku yakin korang baca, (jangan tag aku kat fb) ketahuilah bahawa, kami semua, terutama makcik, sayang sangat kat korang.

Sampai kami tak mahu korang rasa kurang kasih sayang walapun pak ngah dan mak ngah dah tak ada. Buat adik Amira Aqilah, semua mendoakan yang terbaik untuk adik dan sudi melimpahkan kasih buat kalian.. Alfatihan buat mereka yang telah kembali kepada pencipta.. – Anak sedara makcik

Reaksi warganet

Firah adib – Terbaiikk la confession nih… smbil baca mbyangkn makcik awak…jodoh dia ada…lmbat tp rezeki Allah bg anak kmbar juga…Allahuakhbar…moga sentiasa keluarga ni dilindungi.

Nor nadia – Hebatlah makcik penulis… sanggup berkol0rban ..jujur dan amanah…. serius tuh tanda dia tegas … tgk dia cekalkan hati demi nk berikan yg terbaik…. alhamdulilah… semoga jadi ikhtibar kpd org lain… jujurlah dgn amanah yg diberi nescaya besar gnjarannya.

Izhan mokhtar – Indah nya perancangan Allah. Confession paling best aku pena baca. Memang betul ade hikmah bg org2 yg bersabar. Alhmdulillah. Moga makcik awak, sepupu2 awak, dan awak sekeluarga bahagia hingga alam syurga . Allahumma Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.