Pulg dari bcuti, suami dpt “durian runtuh”. Sbb xtahu apa2 aku bsyukur. Bila suami ajak bbincg, tdudk aku dibuatnya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Perkahwinan aku dan Amir diuji. Segalanya bermula 3 tahun lepas. Aku dan Amir di satukan setelah hampir 3 tahun berkenalan.

Awalnya kami hanya kawan biasa sehinggalah Amir melamarku. Kami berkahwin atas restu kedua ibu bapa kami. Rupanya mama Amir dan ibuku kawan baik yang terpisah lama. Makin gembiralah mereka. Aku dan Amir bahagia sangat. Amir melayanku dengan baik sekali.

Tak pernah sekali dia menidakkan keberadaanku. Kami seperti kawan baik malah segalanya berjalan lancar. sehinggalah setahun kemudian… Aku dan Amir pergi bercuti ke Jogjakarta. Sedang kami enak melayan romantis di tiba – tiba kami ditegur seseorang.

Aku perasan muka Amir yang begitu terkejut dengan kehadiran dia. Rupa – rupanya, dia adalah Mimi bekas kekasih Amir. Itupun setelah aku bertanyakan pada Amir berkali kali. Aku cuba untuk positif. Itulah kali terakhir aku nampak Mimi.

Keadaan berubah setelah kami pulang berbulan madu. Amir kelihatan sungguh gembira. Senyumannya lebih dari biasa. Bila aku bertanyakan, dia hanya berkata, ‘durian runtuh’. Aku tak mengerti, kemungkinan naik gaji atau bonus, fikirku. Dan aku cuma mengucapkan ‘alhamdulillah’.

Tiga bulan selepas itu, Amir pulang kerumah. Dia mengajakku berbincang. Aku yang tidak mengerti hanya mengikut sahaja kata suamiku. “Yarah, kalau abang cakap ni abang harap sayang tak marah kan abang. Abang tak sangka perkara ini akan berlaku” Amir memegang tanganku lalu diusap perlahan.

“Kenapa ni abang? Ada perkara yang merunsingkan abang ke?” Aku melihatnya seperti orang yang takut. “Abang nak minta izin untuk berkahwin dengan Mimi” Terasa seperti renjatan elektrik menjalar disekitar badanku. Aku menarik tanganku dari pergelangan Amir.

Aku memandang wajah suamiku dengan pandangan yang aku sendiri sukar tafsirkan. “Macam mana abang dengan Mimi…” Tak sanggup aku untuk meluahkan. “Abang minta maaf, Yarah. Abang tak mampu pendamkan perasaan abang padanya. Lagipun….” “Lagipun ape??” Aku memotong…

“Abang mahukan anak. Dah setahun kita berkahwin tapi belum ada tanda yang kita akan mempunyai anak.” Aku tersentap. Airmataku mula menitis. Amir yang perasan aku menangis, segera mendekat untuk menenangkan aku. Pantas aku menjauh. Aku berlari masuk kebilik tamu.

Malam itu aku menangis semahu – mahunya. Tidak menyangka selama ini suamiku tidak bahagia yang sebenar benarnya denganku. Besoknya, aku menemui Amir dan mengatakan jika mamanya bersetuju dengan cadangan Amir, aku akan ikut sahaja.

Malam itu, ibu mertuaku menelefonku. Dia memarahiku membenarkan Amir untuk berkahwin lagi. Mama tak sanggup jika aku menderita. Aku hanya memberi jawapan, “tak apa lah mama, Amir mahukan anak” dan mama hanya mengatakan itu adalah alasan sahaja.

Akhirnya 3 bulan kemudian, mereka berkahwin tanpa restu dari ibu mertuaku. Suamiku menyewakan sebuah rumah untuk Mimi selang 3 buah rumah dengan kami. Amir bijak membahagikan masanya untuk aku dan Mimi. Tapi aku nampak bila dia bersama Mimi, Amir bahagia sangat.

Dan aku, aku menangis semahunya. Tipulah kalau ada yang kata dia akan bertabah kalau suaminya begini. Setelah setahun berkahwin, Mimi disahkan mengandung. Amir begitu gembira tapi tidak mamanya. Dia mahukan zuriat dariku bukan dari Mimi. Aku memujuk ibu mertuaku supaya menerima Mimi dan bakal cucunya.

Mama hanya berdiam diri. Setelah Mimi bersalin, aku dan suamiku berpisah secara baik memandangkan aku rasa aku hanyalah duri dalam perhubungan mereka. Amir tidak mahu melepaskan ku. Lagi lagi mamanya. Menangis nangis ibu mertuaku memujuk tapi aku hanya mengatakan yang hubungan kami hanya disini.

Kebetulan takdir Allah, mungkin keputusan berpisah kami adalah benar, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran sambil bekerja di syarikat yang sama di UK. Keluargaku tidak membantah, mungkin mereka tahu yang aku berpeluang untuk menenangkan diri.

Aku tidak menyangka yang setelah dua tahun kami berkahwin, aku disahkan hamil 6 bulan. Mungkin kerana badanku yang kecil, keadaan perutku tidak nampak lagi pula aku yang sememangnya kuat makan tak perasan seleraku makin bertambah.

Aku khabarkan perkara ini pada keluargaku dan meminta mereka supaya rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Amir. Tapi Amir tahu juga kerana ibuku tanpa sengaja memberitahu pada mama Amir. Kata ibuku, teruk juga Amir kena marah dan dia seperti tersedar kesalahannya kerana tidak sabar dengan rezeki Allah.

Amir mencariku di UK. Dia memujukku untuk rujuk kembali. Tapi aku menolak. Aku tidak mahu menyakiti hati Mimi. Mungkin inilah takdirku untuk bersendiri bersama – sama anak anak yang kukandung. Doakan aku ya semua. – Yarah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Rohaida ismail – Bila yarah dh hbs belajar n balik ke malaysia, masa tu dia akn jumpa seorang lelaki yg kacak, yg kaya.. amir pula gila tal4k sbb mimi dh x.layan dia mcm dulu. mimi pula jadi cemburu buta. Akhirnya selepas berhempas pulas, amir dan yarah kembali disatukan semula

dengan syarat jgnlah disakiti hati yarah lagi sebab yarah tidak mampu menerima lelaki lain dlm hidupnya..mimi pula meninggal dunia sebab apa entah.. hhappy ending.

Mawar blue – Ada pulak yang pertikai macam tak logik tak perasan peri0d tak datang sampai 6 bulan.. Meh nak bagitau.. Bukan semua perempuan datang peri0d sebulan sekali.. Ada yg jenis tak pernah datang langsung.. Ada yg datang jarang2.. Saya sendiri datang peri0d kadang setahun sekali..

Time pragnent anak sulung dulu saya pun tak perasan awal nya sebab dah 7 bulan tak peri0d.. Kebetulan pergi farmasi nak beli kan ubat abah.. Saja la beli upt.. Tup2 double line.. Bila scan saya baru pragnent 6 minggu.. Ada pesakit saya seumur hidup tak pernah period.. Tapi helok ja anak ramai.. Asal loya munt4h ja cek upt ok..

Double line.. Ada pesakit saya memang bleeding tiap2 bulan.. Tarikh pun helok ikut tarikh period biasa.. . Dia ingat itu period.. Dia pun tak cek la.. Bila dia asik rasa macam ada benda gerak2 dalam perut dia.. Baru lah dia pi klinik.. Doctor scan dah pragnent dah 6 bulan..

Rahim wanita yang Allah kurniakan ni unik.. Bukan semua sama..dan bukan semua wanita peka dengan tanda2 hamil lebih2 lagi untuk yang 1st time pragnent.. Yang penting selagi ada rahim jangan berputus harapan untuk pragnent..

Norhuda ismail – Sekarang ni trend penulis novel dlm IIUM ni ialah….bila suami ada perempuan lain, berkahwin lain atau curang dlm perkahwinan, si isteri akan dpt peluang belajar atau bekerja di luar negara….

Dan agak kebetulan, biasanya si isteri atau bekas isteri tadi berhijrah ke UK atau US. Kalau US mesti BOSTON…haha….X pernah lg terbaca mereka futher study atau bekerja di Korea ke, Jepun ke, Rusia ke, Indon ke, Aussie ke…. Apa2pun, best jln cerita novel ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.