“Pak Mad.. Pak Mad xjd mennggal”. Tgh merewang kelibt pak mad bkeliaran. Rupanya ak bolh nmpk “mereka” yg sdh pergi.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kalau orang tak nampak, orang akan kata kita mengarut. Jarang ada nak percaya. Tapi menyakini sesuatu yang ghaib itu perlu. Tanpa kita sedari semua manusia mempunyai deria ke enam.

Cuma ia jelas atau tidak sahaja, dan tingkat deria ke enam itu melalui beberapa peringkat, iaitu hanya boleh merasa, boleh mendengar dan boleh melihat. Kadang-kadang boleh melihat pun melalui beberapa fasa. Boleh melihat secara terus, atau melaui mata b4tin, atau cuma sekali imbas, melalui ekor mata dan sebagainya.

Boleh melihat juga mungkin kerana ada khadam, atau didampingi mkhluk alam sana ataupun memang boleh melihat atas izin Allah… Aku tak boleh tahu atau melihat siapa yang akan menemui kem4tian, tetapi aku boleh melihat sesiapa yang sudah aj4l. Betul, sesiapa yang sudah mennggal, maka terputuslah urusan dunia ke atasnya.

Tetapi apa-apa juga boleh berlaku atas izin Allah. Dipertunjukkan sesuatu yang ghaib, untuk disampaikan agar menjadi pengajaran dan pedoman kepada manusia lainnya. Aku Lana. Kali terakhir aku menziarahi jenzah apabila aruwah nenek aku mennggal. Selepas itu aku tak pernah ziarah mana-mana rumah yang ada mennggal.

Dahulu, mak ajak aku terpaksa ikut. Mau kena pelangkung. Mak paling tak suka perangai yang tak pandai hidup berjiran. Tapi itu hal paling rumit untuk aku, untuk orang lain mungkin tak sebab jenzah tinggallah jenzah, hanya jas4d yang akan disemadikan. Tapi untuk aku yang mampu melihat, istiqhfar berulangkali sampai berpeluh.

Aku bukan takut, sebab ia hanya tinggal r0h, tapi aku insaf.. insaf atas diri sendiri.. takut bila ia terjadi atas diri sendiri. Cerita ini berlaku lama dahulu. Emak ni semangat kejiranan dia kuat. Sesiapa yang perlukan bantuan dia akan sampai dahulu tak kira kenduri kendara, kem4tian, perkhawinan. Dan anak-anaknya akan diser3t sama.

“Nanti ko kahwin, mennggal takda sapa nak datang.” Itulah ayatnya. Cerita di kampung memang cepatlah tersebar, sesiapa yang s4kit, kahwin, bercinta cintun pun cepat saja tahu. Jadi tersebar satu pakcik ni,Pak Mad di masukkan ke hspital sebab s4kit tenat. Dekat n4zak, sampai berita dia dah mennggal. Orang kampung pun sedia untuk menyambut jenzah..

Kudin, berlari anak mendapatkan orang kampung. Masa tu belum ada aplikasi whtsaap, kalau adapun belum meluas seperti sekarang. Kudin mengah. Turun naik nafasnya. “Ha, mengapa Kudin?” Pak Imam Long, abang kepada mak aku bertanya. Dia siap mengerah anak-anak buahnya menyiapkan papan ker4nda. Renik peluh di dahi diseka.

“Pak Mad… ”bicaranya terhenti. “Ha, kenapa dengan aruwah. dah sampai ke jen4zahnya.?” Tujah Pak Imam Long. “Tak, belum..belum sampai lagi.” laju ayat Kudin. “Kenapa pulak belum sampai? dah lepas waktu zuhur ni, menghampiri waktu asar. Lambat lagi la nak kebumi ni.”

Keluh Pak Imam Long. “Pak Mad… Pak Mad tak jadi mennggal.” bisik Kudin perlahan. Takut orang dengar. “Ha..? apa kau merepek ni Kudin. Tadi kan dah kata mennggal?” Garang suara Pak Imam Long. Dia fikir Kudin bergurau. “Betul pak imam, Pak Mad tak jadi mennggal.” Orang-orang Pak Imam Long melongo, kedengaran berbisik-bisik.

Pak Imam Long menegur marah. Jangan sampai benda-benda ni tersebar, takut jatuh fitnah. Berlegar-legar berita Pak Mad mennggal kemudian hidup semula. Dua, tiga, kali keempat baru dia benar-benar mennggal. Jen4zahnya di bawa pulang ketika menghampiri maghrib.

Jadi malam itu jenzah bermalam di rumah mereka. Kebiasaan di sini, akan ada malam berjaga-jaga. Jiran tertangga akan datang. Yang perempuan membantu di dapur, yang mengaji datang mengaji quran. Itulah kebiasaannya. Malam tu emak, dipanggil untuk buat kuih penyaram. Sedap kuih emak, ngam dengan rasa dan lemaknya.

Tentu saja emak ajak aku dan kak long. Mak ni, jiwa dia macam kak long, tak pandai takut. Malam tu kami menyusur jalan denai. Rumah aruwah Pak Mad cuma berhadapan jalan dengan kami, cuma rumahnya tunggal. Tiada rumah lain. Satu-satunya di tengah-tengah kebun kelapa. Lorong ke rumahnya pulak gelap. Halaman luas tetapi tiada cahaya bulan. Langit pulak gelap tiada bintang.

Masa ini aku nampak mak macam gelisah. “Laju, jangan toleh kiri kanan.” arah mak tegas. Laju kak long memgikut langkah mak yang cuma berkain batik, berbaju opah, kain tudung atas kepala. Tapi aku ni degil. Mata tetap melilau kiri kanan. Satu susuk tubuh aku nampak terhendap-hendap di sebalik rimbunan pokok kelapa.

Sebab gelap, tak jelas wajahnya. Bila tulis cerita ni, baru aku ingat aku sudah boleh melihat sisi ghaib cuma tidak sejelas sekarang. Susuk tubuh itu berhenti dan memandang tepat ke arah aku. Aku ternganga. Mukanya persis..serta merta bulu roma ku mencanak naik. Apabila aku toleh kembali kelibat itu hilang.

Tapi batang leher ku di belakang sejuk. Makin berderau drahku. Aku tak berani pandang belakang. Hmmm…suara seakan menderam tepat di belakang telinga. Cepat-cepat aku mengikuti langkah kak long dan emak. Kami sampai, mataku memerhati rumah aruwah Pak Mad. Luas rumah ni. Anjungnya besar, halamannya luas. Kiri kanan pokok kelapa merimbun segar.

Selalu aku nampak waktu siang, rumah ni cantik, antik..rumah kayu yang besar dan antik. Cuma malam tu, aku rasa ser4m. Suasana yang kelam tu menambah perasaan ser4m. Aku yang ser4m sendii agaknya. Beberapa pemuda asyik bersembang di bawah kolong rumah. Halaman cuma disinari oleh jamung pelita buatan sendiri.

Sampai di atas, mak mulakan tugas membuat kuih. Kak long ikut kumpulan mengaji. Aku jadi pembantu mak. Dapurnya luas, tetapi ada satu pintu yang terbuka luas di belakang rumah. Ada pangkin untuk golongan wanita menyuci pinggan mangkuk. Dari pintu tu memang jelas terlihat kebun kelapa di belakang. Ser4m siot, tak tahu macam mana nak gambarkan.

Aku memang tak lari dari sisi emak. Dari pintu terngaga luas tu, memang terlihat kelibat terintai-intai. Aku sangkah jiran-jiran yang datang melawat. Baju hitam, seluar panjang melepasi lutut. Dia terintai-intai dari balik reban ayam. Bila mata kami bertemu pandang aku cepat-cepat tunduk memandang lantai.

Tiba-tiba riuh dari bawah, beberapa pemuda lari naik atas anjung rumah. Riuh sebentar. Mak yang mengadun kuih terhenti. “Dia ada di bawah..ada di bawah kolong.” Satu pemuda tercungap berkata. “Siapa.. Aku lempang kau cakap sembarang.” Marah satu pakcik yang agak berusia. “Tu di bawah..dia ada di bawah..”

jarinya menunding ke bawah, sesekali menunding ke dalam, menunjuk jen4zah di ruangan tengah. “Balik Runi, aku lempang nanti.” Arah pakcik tu. Runi terjun ke bawah, lari lintang pukang membelah malam. Laju. Masa ni mak mengadun kuih serba tak jadi. Tak pernah tak jadi kuih mak. Kali ni macam kena sumpah. Adunan jadi lembik, keras..adjust lagi.

Berpeluh-peluh mak. Tak pernah tengok mak macamni. Pandanganku m4ti di satu sudut, di tepi jenzah. Atas tu ada tingkap. Dia berdiri di situ. Nafasku macam terhenti. Susuk tubuh yang aku nampak terintai-intai tadi berdiri sambil memandang jenzah. Kelihatan sedih. Lama dia berdiri di situ sambil memerhati kumpulan membaca Al Quran.

Memerhati, orang melihat jenzah. Paksu, adik bongsu emak, acah-acah berani menyingkap kain pelitup muka jenzah. Bila tersingkap, mata jenzah buntang terbuka. Perlahan-lahan Paksu tutup mata jenzah, kunun berani. Tapi matanya tak terkatup. Paksu tarik semula kain pelitup. Aku rasa nak tergelak.

Acah-acah berani lah lagi. Tengah ralat melihat mak mengadun kuih yang tak jadi-jadi, Dommmmmm……atap rumah berdetum macam ada benda jatuh. Terangkat pungg mak. Cepat-cepat dia berdiri. Masa ni aku lihat mak macam ketakutan. Tak pernah mak begini, selalu dia hati kering. Rupanya buah kelapa jatuh atas atap. Suspen.

Tapi mak rasa tak sedap hati. Dia berhenti mengadun kuih. Dia kata akan sambung esok. Malam tu, kuih tak selesai diadun. Mak ajak kami balik. Takut pulak selusur jalan pulang dalam gelap, mujur ada anak muda mak panggil Rolan teman kami keluar. Masa nak hantar kami balik, Rolan cerita pasal keriuhan di bawah rumah.

‘Pak Mad’ ikut sekali duduk rewang sambil memerhati mereka berbual. Dua, tiga kali ‘dia ‘ round keliling rumah. Ser4m sejuk mak. Aku pun terasa seramnya. Dalam perjalanan balik tu, aku memang terasa ada ikut di belakang. Cuma tak berani menoleh. Tengkuk rasa sejuk. Bunyi rrrrrrrrr….

halus terdengar di cuping telinga. Rolan hantar kami sampai kaki tangga. Anjing kebun ayah menderam marah, gelisah. Matanya tepat melihat belakangku. Aduhai. Apabila sampai atas rumah, perlahan perasaan ser4m kami hilang. Muka mak beransur pulih. Tapi sebenarnya benda tak habis di situ.

Dua tiga hari jugak la ‘dia’ berlegar di kawasan rumah aku. Sesekali diselang bau busuk. Di dapur tu ada tingkap,’dia’ selalu melihat ke atas arah tingkap dan aku mengintai dari balik lubang dinding kayu. Sesekali mengetuk pintu dapur. Atas sebab apa ‘dia’ ikut sampai rumah, aku tak tahu.

Mungkin sebab dia tahu aku nampak ‘dia’. Cerita tu akhirnya berlalu. Hampir dengan kem4tian Pak Mad, ada kisah hampir serupa. Makcik ni n4zak.Terbujur kaku atas tilam. Ustaz Hairi dengan Pak Imam Long melawat Mak Na. Walaupun n4zak, dia masih belum menemui aj4lnya.

Ada khabar dia memutuskan nafas, tetapi dadanya kembali berombak lemah. Ramai yang datang menziarahi, ramai jugak yang membacakan Al quran. Dia masih begitu. M4ti tapi hidup, hidup tapi m4ti, begitulah keadaanya. Masa ni, mak tak pergi. Cuma ayah dan abang saja. Berita n4zak sampai ke pengetahuan mak, tapi mak tak pergi.

Sebab waktu sihatnya, dia banyak aniaya mak, tak termasuk s1hir-s1hir yang dihantar. “Susahni ustaz, selagi tak dilepaskan apa yang patut dia susah nak ‘pergi” Cetus Pak Imam Long penuh bimbang. Makin teruk Mak Na terlantar. Tubuhnya kering tinggal tulang. Sesekali nafasnya terhela berat, tersekat-sekat.

“Ada sesiapa lagi ka yang tak datang pak imam, maksud saya,ada sesiapa ka yang pernah bergaduh dengan dia sampai hari ini belum berbaik? Macam-macam sebab dia tak boleh ‘pergi’ni.” Pak Imam Long diam.Dia teringat mak. “Kalau ada,boleh panggil dia datang, untuk memudahkan dia ‘pergi’.”

“Iya ustaz,in Sya Allah,saya usaha.” Malam tu aku ingat, malam ramadhan, Pak Imam Long datang ke rumah. Perlahan dia mencicip kopi O panas. “Neng, datang la. Lupakan perkara lepas.” panggilan Pak Imam Long untuk mak, adik perempuannya. Aku mencuri dengar dari daun pintu bilik. Sibuk.

“Aku tak berdendam apa-apa long,cuma aku tak nak pergi. Cukup la ayah durang yang pergi.”
“Tapi neng,..” “Dia tak dapat ‘pergi bukan sebab aku long, dia tersekat antara alam kem4tian dan dunia long, dia kena minta ampun dengan Allah. Tuhan maha kuasa. Long tahu kan apa yang dia buat yang dia amalkan?”

Pak Imam Long mengangguk kepala. “Aku tak pergi pun takpa long, aku maafkan dari sini, lillahi Taala, aku dah maafkan dia. Sampaikan la pada dia.” Selepas Pak Imam Long pergi, mak mencapai sejadah, selesai solat lama dia berteleku atas sejadah. Malam tu dia baca surah Yassin berulangkali. Aku yang ada di situ rasa hening.

Keadaan sunyi, hanya terdengar lantunan suara mak mengaji. Tak semena-mena daun tingkap terbuka sendiri. Angin menerobos masuk. Aku bingkas bangun nak menutup daun tingkap.Tingkap ni menghala tangga depan. Mataku pegun melihat satu batang tubuh berdiri tegak memandang beranda atas.Mak makin kuat melantun ayat suci.

Terhentak-hentak daun tingkap terhempas sendiri.. “Mak..” Panggilku. Peluh dingin merenik di dahi. Mak behenti membaca, menyudahkan bacaannya. Dia bingkas bangun.
“Tutup cepat tingkap tu.” Dengan perasaan takut,aku cepat mengunci daun tingkap.Emak suruh kak long tutup semua tingkap dan pintu.

Kemudian kami berkumpul di ruang tengah.Ayah dan abang masih belum pulang, masih berada di rumah Mak Nah. Jelas bunyi seretan dari luar dinding, berkeliling setiap penjuru rumah. Berdetum atas atap zink. Kriuk-kriuk berbunyi macam dipijak. Masa ni achik dan kak ipar aku hampir menangis. Kedengaran bunyi macam tulang-tulang yang patah. Kruukkk. krukkkk.

Pintu depan di ketuk bertalu. Aku bergegas nak buka pintu tapi mak tegah. Kalau ayah mesti dia bersuara. Aku duduk diam di situ. Perlahan mengesot tepi dinding. Dinding papan kan, ada lubang-lubang kecil boleh mengintai keluar. Ya Allah, dia berdiri di situ, di beranda atas depan pintu depan.

Lama begitu, sampai benda tu beransur pergi. Sedar-sedar malam makin mendekati subuh, kak long menapak perlahan ke dapur. Juadah sahur perlu di sediakan. Di dapur, kak long teriak kecil melihat kepala kucing hitam tepat memandangnya. Hanya kepala yang kelihatan di sebalik lubang kecil dekat atap.

Kucing tu perhati saja kak long buat kerja, tidak berganjak walaupun di halau. Bila kak long cerita dengan kak ipar. “Mana ada tempat kucing tu berpijak, kosong… dinding ni kosong.” melongo kak long. Betul memang tiada tempat untuk kucing tu berpaut ka berpijak. Esok awal pagi ayah datang bagitau Mak Nah dah mennggal.

Semalam kecoh kat rumah Mak Nah, dia sakaratulm4ut tapi susah nak menghempuskan naf4s. Sampai la ada satu orang berdiri di sisinya berbisik. Atap atas di buka kecil. Tidak berapa lama dalam kepayahan, nafasnya tersentak berat. Dan dia telah pergi. Kemana r0h selepas kem4tian?..

orang-orang tua kata, mereka masih ada di situ hari pertama sampai hari ke seratus. Mengarut. Aku pun tak tahu. Tapi saat jen4zah baru mennggal, aku selalu nampak ‘mereka’ di sisi jen4zah mereka sendiri. Ada yang menangis. Ada yang tersenyum, ada yang meraung memanggil-manggil. Allahulam. – kredit cinta

Sumber fiksyenshasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.