3thn aku buat “kerja” diam2. Bila suami nk kawin lg. Aku nekad minta cerrai. Tgamam dia aku tunjk hasil “kerja” aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam to Warga page semua. Aku adalah bekas pelajar perundangan di IIUM. Selepas tamat belajar aku terus dinikahkan.
Dalam keluarga aku, tidak boleh anak gadis bujang lebih umur 25 tahun.

Walid dan ummi aku terus carikan pasangan dan majlis pun berlangsung. Ikutkan memang aku tak nak menerima perkahwinan ini. Cita-cita aku tinggi, teringin nak kerja ada duit sendiri. Tapi dah memang suratan takdir aku dinikahkan oleh waliku sendiri. Sepanjang perkahwinan 3 tahun, sebenarnya aku tidak bahagia.

Aku mengalami masalah komunikasi dan jarang berbual dengan suami. Suami seorang technician di JPA. Tugasnya selalu outstation. Kalau balik pun lebih melayan tv dan handphone. Kadang aku teringin nak berbual meluahkan masalah aku. Tapi selalu dia mengelak. Yang dia tau nafkah batin wajib walaupun nafkah zahir selalu culas.

Alasannya kami tinggal dirumah mentua. Apabila anak seorang, aku usulkan untuk tinggal diluar. Mentua mulalah meng4muk dan mengatakan aku menantu yang tak tahu untung. Dah la tak kerja, mengharap suami 24 jam bagi duit. Suami mengatakan tanggungjawab dia masih lagi kepada emaknya.

Dia takkan tinggalkan emak dan menyuruh aku keluar sendiri kalau itu yang aku inginkan. Bila aku luah kepada keluarga aku, semua memarahi aku sebab mengatakan aku isteri nusyuz derh4ka. Suami aku dengan abang aku memang kuat tabligh. Selalu suami aku mengadu yang aku tak pandai menjaganya. Aku tahu aku bukan isteri perfect.

Tapi aku telah cuba yang terbaik menjadi seorang isteri, menantu dan ibu. Bukan mudah apabila tinggal bersama mentua. Serba tak kena dibuatnya. Anak menangis minta susu ibu mentua sudah marah mengatakan aku malas nak jaga anak. Telinga aku sendiri dah tak tahan dengan m4kian, sebab itu aku usulkan untuk tinggal berasingan.

Warga IIUMC, adakah aku dikira jahat dan nusyuz? Adakah aku tidak berhak untuk usulkan sebarang kebaikan untuk kami semua? Tahun lepas, aku dikhabarkan yang suami aku berhajat untuk menikahi lagi. Kononnya gadis tu sama-sama jemaah usrah. Sama-sama berkenan dan tidak mahu z1na hati kononnya.

Aku ni kalau suami aku adil dan layak berp0ligami aku tidak kisah lagi. Masalahnya antara ibunya dengan aku sekalipun dia tidak boleh adil. Sekarang dah nak kahwin dua. Anak pun dia jarang lihat apatah lagi nak bermain dengannya. Aku sabar, aku tak meng4muk. Aku tahu kalau aku mengadu dekat parents, benda yang sama jugak yang aku dapat.

Sebab kononnya aku tak pandai jaga suami. First sekali yang aku buat, aku cari pekerjaan. Alhamdulillah aku dapat pekerjaan walaupun gaji bukan taraf degree. Aku bersyukur kerana ada juga company yang sudi menerima aku. Aku bagitahu company tu tarikh sebulan untuk aku lapor diri.

Selepas aku dapat kerja, aku cari rumah sewa, dan juga dipermudahkan kerana owner rumah itu amat baik dan tinggal berdekatan dengan rumah sewa aku. Dan owner tu jugak ada menawarkan khidmat menjaga kanak-kanak. Alhamdulillah! Allah tolong aku. Niat aku memang akan meminta cerrai bukan sebab tak rela dimadukan.

Tapi aku ada bukti yang memang aku kumpul sejak 3 tahun lepas iaitu pend3raan ment4l dan fizikal, mesej2 m4ki h4mun dan berbaur uguut. Dan juga nafkah zahir yang memang hak aku tapi tak pernah dapat. Berkat aku belajar perundangan, aku mudah untuk plan segalanya. Lagipun buat apa lagi aku tinggal dengan keluarga yang memang serba tak betul dimata dorang.

Apabila aku bagitahu aku akan berpindah luar, suami aku hanya diam. Aku tahu dalam hatinya memang seronok sebab boleh bawa bini muda masuk kerumah family dia. So jimat dan tk perlu menyewa luar. Mentua aku pun dah suka kat gadis tu kerana kononnya satu aliran dan belajar hingga master di mesir.

Aku diam dan sabar apabila mentua perli dan siap offer untuk kemaskan kain baju aku. Dengan kereta second hand yang aku dapat beli dari kawan aku, aku pindah keluar dengan rasa gembiranya. Suami aku cakap, ini aku yang nak, dan dia takkan beri sedikit pun duit untuk kehidupan aku.

Itu dari mulut seorang sheikh yang selalu memberi ceramah di usrah dan majlis tabligh. Aku senyum sahaja dan mengatakan aku akan menuntut fas4kh dan permohonan cerrai. Dia mulanya terkejut dan mengatakan tidak akan mencerraikan aku. Apabila aku tunjuk semua bukti, dia seperti orang b0doh dan merayu jangan diberitahu semua orang mengenai perangainya.

Wahai suami, lupakah engkau yang aku adalah lepasan law? Mungkin dia tengok aku ni tiada harga sebab aku hanya suri rumah. Haha. Alhamdulillah Allah permudahkan pejalanan hidup aku dan akhirnya official sebagai janda muda. Aku tak kesah apa pandangan orang dan yang penting aku lalui dengan kekuatan aku dan tidak meminta simpati apabila ex suami ingin menduakan aku.

Sebab itu pentingnya pelajaran, apabila kita susah, pelajaranlah yang membuka pintu dan jalan untuk kita terus hidup dan juga menjadi asbab aku boleh survive seperti sekarang. Sekarang hidup aku cukup tenang. Walaupun keluarga aku sampai sekarang tidak boleh menerima hakikat dan memarahi aku.

Aku tahu satu hari nanti mereka akan menerima dengan hati terbuka. Ini hidup yang aku pilih, aku berhak untuk bahagia. Bekas suami sudah selamat bernikah dengan gadis itu. Khabarnya rumahtangga berantakkan kerana gadis itu seorang yang lantang bercakap dan tidak mudah tunduk. Bagi aku barulah bertemu buku dengan ruas.

Apatalagi isterinya itu lepasan master dan bekas suamiku hanya sijil vokasional. Kepada wanita diluar sana, kuatkanlah hati anda apabila diuji. Jangan jadi pengemis apabila orang melihat kita seperti sampah. Jaga harga dirimu dan bangkitlah demi kebahagiaan anda.

Jangan hanya fikir nak bertahan demi anak tapi badanmu menjadi pvnching bag kepada lelaki yang z4lim. Aku bukan wanita yang perfect, tapi aku akan mencari jalan untuk bahagia dalam kehidupan. – Mastura (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mashitah alqadri – Mastura, tahniah weh. Tak semua perempuan berani dan cerdik mcm kau. Ada yg sanggup bertahan bertahun dgn air mata. Sampaikan dah boleh berkayak dlm rumah tu sb banyak sangat menangis. Buat ape org muda cm kau muka cantik ala2 megan fox tp sebab terlalu byk menangis kat laki tagune camni tup2 muka berubah jadi niang rapik.

Sia2 je peng0rbanan mcmtu. Kau nye planning mmg baikk punye . Takde ikut em0si. Perempuan2 cmnilah banyak laki gerun walaupun dia hanyalah suri rumah. Tak sia2 mak pak kau hantar kau belajar law. Skrg ni, enjoy balik life kau dan kecapi balik cita2 kau yg tertunda tu. Jgn risau. Team single banyak kt luar sana yg boleh support utk naikkan balik aura dan zaman keremajaan kau.

Kauru kanagawa – Bersyukur lah anda seorg yg berpelajaran dan ada pengetahuan tentang undang2. Soal teraniaya sebagai isteri tidak timbul langsung kerana anda tahu undang2nya. Tapi berapa ramai diluar sana isteri2 yg naif dan disia2kan oleh sang suami kerana tidak tahu cara utk keluar dari penganiayaan.

Apakata, anda cuba bantu pula para isteri2 yg naif ini dgn khidmat nasihat percuma tentang perundangan agar mereka dpt lihat jalan keluar dari kehidupan sengsara bersama suami yg tamak dan pentingkan diri. Semoga anda sentiasa dalam rahmatNya jua.

Shira diee – Good job Allah mudahkn semuanya. Adakalanya melepaskn tu adalah jalan terbaik. Perkahwinan sepatutnya dua hala. Suami dan isteri. Tapi kalau nafkah culas, kasih syg xde, ade hati berbini lagi. U better go. Because u deserve better. Suami bukan raja, dan isteri bukan cuma simb0l s3x.

Seorang suami seharusnya adil antara ibu dan isteri. Mmg syurga suami bawah tapak kaki ibu, tapi jgn lupa, pembahagian nafkah, isteri trletak di tempat paling atas. Ni yg ramai silap dan trlepas pndang, atas alasan isteri memahami. Tapi tak perasan yg isteri makan hati.

Dan pada ibu mertua confessor, bayi menangis tu perkara biasa, takde ibu yg xsygkan anak. Kalau baby tak nanges tandanya anak tu bisu. Tak normal. Jgn persoalkan apa yg ibu tu buat, selagi ianya tak menyakitkan dan membahayakan nyawa. Bnykkan membaca. Jgn jadi katak bawah kaca. Setiap zaman berbeza.

Jgn sesekali biarkan org lain tnya tntang perkahwinan kita walaupun org tu mak ayah sndiri. Dan tak perlu pndang pndangan org lain selagi apa yg kita buat tak salah pada syarak. Selagi ada persetujuan, suami dan isteri pendapat lain, biarkan seperti angin lalu. Suami harus mainkan peranan. Sbb anda nakhoda kapal. Kuat anda, kuatlah isteri.

Mak mertua galakkan suami kahwin lain, sbb yg llaki tu anak dia, sy yakin. Kalau confessor ni anak perempuan dia, pasti dia tak rela anak dia diperlakukan mcm ni. Biasalah. Yg jahat semua anak org, yg baik anak sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.