“kalau aku mti sekali pn, kau jgn balik”. Punya xsuka nenek kt ibu. Akhirnya ibu dpt juga kawin dkt sempadan. Tp bkn sbb cinta.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam semua..First of all aku nak cakap yang aku cuba luah apa yang aku rasa dalam hidup aku ni sebab aku rasa aku patut publish kan story macam ni.

Ibu, itulah manusia yang sentiasa dekat dengan kita, marah ke, sedih ke, apa pun jadi dia tetap setia. Tapi aku bukan nak cerita pasal definisi mak ke , ibu, atau umi sekali pun. Aku cuma nak share how strong this person can be in our life, relate to my story. Kisah benar dalam hidup aku yg boleh dijadikan pengajran.

Cerita dia mula macam . Ibu aku, dia berasal dari keluarga yang agak berduit , kulit putih , rupa pun ada , cuma mungkin hidup dia murung sikit. Dibesarkan seramai 9 orang adik – beradik dan anak ke-7. Dan hidup dia agak murung pun bermula dari insan yang digelar ” IBU ”.

Okay macam ni , ibu aku dia memang tak pernah ngam dengan nenek aku , tah la kenapa jadi macam tu selalunyaa mak ni jadi yang pertama but not for her. Bermacam dugaan dan rintangan yang dialami. Sampai lah satu masa dia decide untuk keluar rumah dan cari nilai hidup dia di luar.

Dia mulakan penghijrahan dia di KL dan dia bekerja. Bermula la penghijrahan hidup baru buku baru ibu masa tu time dekat KL. Ibu time dapat jawatan eksekutif jualan untuk produk kecantikan zaman tu. Rezeki ibu dipermudahkan bekerja di KL.

Well dia agak gifted because she can speak two languages very fluent ( chinese dan english ) ibu aku tak sekolah c1na, tu aku cakap dia gifted. So ibu di naikkan pangkat dalam setahun bekerja sebab kebolehan dia tu. Ramai yang kagum dan teruja dgn ibu, tak sampai setahun sudah di naik kan pangkat.

Selepas beberapa puluh tahun dia berhijrah dia balik, tapi sambutan tak ada. Yes tiada sambutan. Kepulangan ibu seperti di benci semua orang. Kau bayangkan, kau balik tapi? mak kau tak de buat apa apa , ilek seems nothing happen that day . Sumpah sedih, tapi ibu tak.

Dia cekal, bukan sahaja mak dia tapi adik-beradik pun sama memperlekehkan ibu, yalah mulut orang kita bukan boleh tutup. Tak terhingga tohmahan dan h1naan yang dia dapat, sampai kan adik beradik datang rumah nak solat pun dia boleh mintak mak gune surat khabar ganti sejadah. Tapi takpe.

Allah ada, Allah suruh kita sabar lawan semua benda yang mnyesakkan jiwa. Even aku sendiri pernah tanya nenek aku macam ni… Aku: Nek…., nek benci ibu sgt ke? Nenek diam, she had no answer for that, jadi macam mana aku nak tahu apa jadi antara mereka berdua.

Ibu pernah cerita nenek aku cakap macam ni dekat dia “kalau aku mti sekali pun, kau jangan balik” dia nangis. Untuk pengetahuan korang semua, ibu aku memang tak pernah berahsia dengan aku, aku la tempat dia meluahkan perasaaan dia selama berpuluh tahun ni layanan mereka dekat dia, aku hanya mampu mendengar tap tak berani judge.

Aku hanya berdoa supaya hati ibu semakin tabah. Ibu sendiri cerita yang dia dianak tirikan sejak kecil lagi sampai dah tua. Sampailah hari kejadian nenek aku skit tenat, dan semua balik. Masa tu aku darjah 6, tapi tak lah bdoh sangat tak tahu apa jadi.

Semua berkumpul dekat ruang tamu rumah nenek. So aku ingat masa nenek dah tenat , dia tak boleh cakap apa apa , then hanya satu je yang keluar dari mulut dia iaitu ” NAMA IBU AKU “.. ” ROS”. Even hujung hujung ny4wa tu dia panggil mak aku , aku syak dia rindukan mak aku.

Memang nenek rindukan ibu aku!! Mungkin dia takut nak luah atau eg0 but the end dia menyerah. Tapi aku tak pernah membenci nenek, aku sayang nenek even apa yg dia buat kt ibu selama ni. Fullstop untuk cerita nenek aku . Let’s move to another chapter . Disebalik apa yang jadi tu , terselit lagi memori pahit .

Which bila ibu aku kahwin dengan bapak aku . He’s a good man , tapi bukan attitude ( sorry ) . Actually , ibu aku isteri no-2 jadi yaaa . Dia kahwin dengan bapak aku dekat Siam tapi certificate kat Malaysia ada je . Ibu aku cerita yang dia kahwin dengan bapak aku bukan sebab cinta , tapi bapak aku guna-gunakan dia.

Ko rasa sebab apa nk guna guna ibu aku? Sebab mak berasal dari keluarga yg agak berada yg aku mention kt intro td. Mungkin ayah aku ni nk guna ibu sebgai perantaraan untuk bolot semua harta. Korang pon kan maksud keluarga “berada”, maksudnya kaya la tu.

Ayah pandai, bila harta tak dapat diwarisi oleh ibu, cepat2 dia atur planning lain. Planning untuk masa depan keluarga 1 lagi tu. Nnt korang tahu la apa yg ayah aku da buat.. Ibu aku kahwin lewat, jadi dapat aku pun lewat. Selepas aku dilahirkan, lingkungan umur dalam 3 tahun, mak aku jatuh s4kit.

Ye dia s4kit, 6 bulan dalam ICU. Sedih tak ? mak kau s4kit masa kau kecik lepastu kau macam kurang kasih sayang. Siapa jaga aku? Nenek aku yang jaga, drah daging dia takkan dia nak buang. Hidup aku agak drita hidup menumpang orang, ye orang tak suka, macam macam lagi sebab kami susah.

Act, masa mak aku s4kit dia dah bercerrai dengan bapak aku, lepastu dia s4kit . Punca dia s4kit sebab ( kena buatan ) dapat tahu selepas bapak aku mencraikan mak aku. Kenapa bapak aku tak jaga aku ? HAHAHA, aku kena buang, dia hanya tinggalkan RM 15.00 dengan aku kat rumah nenek aku, dan akhirnya bertahun lama dia tinggalkan aku.

Sampailah , ibu recover dari penykit dia, dia ibarat lumpuh. Aku ingat lagi, dia terkedek kedek hantar aku pergi tadika, sebab tu aku cakap dia kuat. Dan hari ini dia berdiri teguh sebagai seorang manusia yang dipertahankan hak sendiri.

Alhamdullilah kehidupan kami semakin membaik, ibu ada perniagaan sendiri, aku nampak jatuh bangun dia nak besarkan aku. Susah senang bersama. Paling tak boleh lupa, bila ibu hanya ada 10 ringgit untuk sara hidup kami dua beranak sebulan can you imagine ?

Tapi dia tak pernah berhenti berdoa untuk tabah dan sabar teruskan hidup , walau c4ci m4ki penuhi telinga dia tapi mukanya teguh mengukir senyuman. Well , bapak aku cari aku masa aku sekolah rendah . Mula – mula aku tak boleh terima , tapi lama lama aku lapangkan hati dan tenangkan jiwa.

Aku belajar terima ayah aku, tapi bukan nya mudah unutk aku lupakan apa yang terjadi semasa ibu membesar kn aku tanpa ayah disisi. Yang aku paham dan nampak sekarang, ayah cuba nak berbaik degan ibu selepas perniagaan yang ibu jalankan semakin maju. Cuma aku pesan dan beringat dekat ibu supaya berhati2.

Jangan jadi pisang berbuah berpuluh puluh kali. Allah memang adil , dan aku bersyukur dikurniakan seorang insan yang tabah macam Ibu. Dunia akhirat , aku sayang Ibu.. Assalamualaikum. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.