“kenal pun kat tmpt m4ksiat, kau hrpkan bidadari ke?”. Tsentak dgn nasihat ibu. Bila kawen kali ke2, aku akui kesilpn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku cuma seorang lelaki biasa, yang ingin berkongsi cerita. Kisah diri aku sendiri. Bagaimana sebuah perkahwinan memberi pengajaran.

Aku seorang suami kepada seorang isteri & 4 orang anak. Ini merupakan perkahwinan kedua aku. 3 orang anak aku hasil perkahwinan pertama, dan seorang anak dengan isteri ini. Banyak pengajaran dari perkahwinan pertama yang aku pegang supaya rumahtangga kedua aku mampu pertahankan & jaga sebaik mungkin.

Untuk perkahwinan pertama, aku bercerrai hidup setelah 6 tahun berumahtangga. Tidak berniat untuk menuding jari kesalahan & kesilapan lampau, cuma untuk dijadikan pengajaran kepada suami & isteri yang mungkin sedang mengalami apa yang pernah aku alami, atau menjadi sedikit input kepada bakal suami isteri.

Aku berkahwin pada usia muda 24 tahun & bekas isteri 19 tahun. Kesilapan aku yang pertama & utama adalah niat berkahwin itu sendiri. Aku langsung tak memikirkan tentang tanggungjawab seorang suami, seorang ketua keluarga, seorang ayah. Yang aku fikir, aku hanya nak bernikah untuk hidup bersama orang yang aku cintai, menatapnya siang malam & memilikinya.

Bekas isteri juga masih terlalu muda, hanya menurut kata hati yang berbunga-bunga kerana dilamar sang kekasih hati untuk diperisterikan. Kesilapan aku yang kedua apabila kami sama-sama berkenalan & bernikah bukan kerana Allah. Aku akui zaman muda aku nakal, kerap ke kelab malam, melepak, racing kereta & berhabis duit untuk perkara-perkara melalaikan.

Dan aku berkenalan dengan bekas isteri juga di kelab malam. Bekas isteri aku juga sama seperti aku, suka berhibur, menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Dan pada ketika itu, kami sama-sama tidak memikirkan sikap masing-masing. Cinta membuatkan kami hanya memikirkan keseronokan.

Bak kata mak aku selepas aku bercerrai “Nak perempuan baik, lelaki kena jadi baik dulu. Dah kenal pun kat tempat m4ksiat, kau harapkan bidadari ke?” Salah aku yang ketiga, aku tidak berfungsi sebagai seorang ketua keluarga & imam. Aku tidak mengajar bekas isteri ku solat, aku tidak menegurnya bila dia tidak berpuasa & menutup aurat.

aku turutkan segala kemahuan dia tanpa memikirkan akibat-akibatnya. Aku b0d0h kerana mengharapkan seorang perempuan yang masih muda dan mentah dalam mencorakkan kehidupan kami. Aku memang tak pandai nak mengarah, mengajar mahupun menegur. Aku lebih gemar berdiam diri jika ada yang tidak kena, tapi cukup sehari hatiku dah kembali sejuk & aku lupakan apa yang terjadi.

Mungkin sebab itu, bekas isteri aku tidak terdidik. Aku juga sering lalai akan tanggungjawabku kepada Allah. Aku tidak solat, tidak berpuasa, tidak ke masjid. Salah aku yang keempat, aku masih menempek dengan keluarga dan orang tua aku walaupun selepas aku berkahwin.

Selepas aku mendapat anak pertama, anak aku lebih banyak dijaga oleh ibu aku berbanding aku & isteri. Kami sama-sama bekerja. Aku bekerja kilang (shift) & bekas isteri aku bekerja cashier jadi anak kami pada masatu dibawah jagaan ibu aku. Dan aku akui jugak, kami telah mengambil kesempatan diatas kebaikan ibu aku.

Ibu aku sangat sayangkan anak sulung aku memandangkan itu cucu sulungnya. Ibu aku juga masih muda pada masa itu (umur akhir 40-an) maka ibu aku sendiri merelakan untuk menjaga cucunya. Aku dan bekas isteri aku serahkan semuanya pada ibu aku. Sebelum ke tempat kerja, anak sulungku dihantar ke rumah ibu ku (jarak dekat, cuma berjalan kaki) dengan hanya berbekalkan susu.

Pakaian, makanan & keperluan lain ibuku yang sediakan. Apabila kami pulang dari kerja, akan ke rumah ibu aku terlebih dahulu, berehat & makan sebelum pulang ke rumah untuk tidur. Kami langsung tak berfungsi sebagai ibu & ayah yang sepatutnya menjaga, mendidik & membesarkan anak kami.

Kesilapan aku yang kelima, aku kerap meninggalkan isteri & anak aku di rumah apabila kami bergaduh. Aku akan duduk di rumah orang tua aku berhari-hari. Aku akan jauhkan diri dari isteri, tiada komunikasi, buat hal sendiri & aku lebih selesa kerana keluarga aku jarang bertanya tentang hal aku & isteri.

Aku selalunya akan terperap di bilik untuk tidur sepanjang hari jadi ibu ku jarang tahu kewujudan aku di rumah. Kadang-kadang aku habiskan masa bekerja & melepak. Seperti orang bujang yang tiada komitmen. Dan bila bergaduh, isteri aku akan mula meninggikan suara, men3ngking, menc4rut, meng4muk & kerap minta cerrai, buat aku makin berat untuk selalu di rumah.

Setiap kali bergaduh & bekas isteri aku mula men3ngking, aku terus angkat kaki tanpa cuba menenangkan keadaan. Kesilapan aku yang keenam, tidak pandai mengurus keluarga & terlalu menurut kata isteri. Kehidupan aku dan bekas isteri memang payah. Kahwin di usia muda, tiada sumber pendapatan yang stabil, tidak merancang anak (jarak anak pertama dan kedua hanya setahun) membuatkan aku menghadapi masalah kewangan.

Bekas isteri aku pula berhenti kerja selepas melahirkan anak kedua kerana ibu aku enggan lagi menjadi penjaga anak-anak aku. Ibu aku ingin fokus kepada ibadah katanya. Maka aku dengan fikiran yang cętek telah mengusulkan untuk membuat pinjaman dengan ahlong, dan keputusan aku ini disetujui oleh bekas isteri aku.

Lebih p4rah, pinjaman tersebut bertambah setiap bulan kerana kegagalan aku untuk membayar & aku telah berhutang dengan lebih dari 1 ahlong. Konsep k0rek lubang sini tutup lubang sana. Tapi lubang yang dik0rek semakin banyak bahkan bekas isteri aku turut memberi kad ATM kepunyaannya untuk aku gunakan meminjam dengan ahlong yang lain.

Dan bila kami dikejar ahlong, bekas isteri aku akan mula meng4muk, menc4rut, men3ngking & menghina aku kerana tidak mampu membayar hutang. Ini antara kesilapan aku terdahulu. Setelah bercerai, aku bertemu jodoh dengan seorang gadis yang telah banyak mengajar aku apa itu tanggungjawab. Ketika aku bernikah untuk kali kedua, aku tak punya apa-apa.

Isteriku seorang yang bekerjaya & matang. Aku berusia 33 tahun & dia 28 tahun. Dia yang banyak mengajarku apa itu hidup berkeluarga, bukan dengan lisan tapi dengan perbuatan. Isteri aku seorang yang berdikari, sebelum bernikah, kami sama-sama telah mencari sebuah rumah sewa kecil & murah berdekatan tempat kerja dan tidak terlalu dekat dengan orang tua kami.

3 hari selepas bernikah, kami telah berpindah masuk ke rumah sewa & bermulalah hidup kami sebagai suami isteri tanpa attachment kepada orang tua. Dari A to Z isteriku uruskan seorang diri. Aku melihat, memerhati & secara perlahan-lahan aku terpengaruh dengan cara isteriku. Setiap pagi, isteri aku akan siapkan sarapan pagi & kami akan makan bersama sebelum ke tempat kerja.

Isteri aku akan merajuk kalau aku terlupa untuk menjamah makann yang disediakan. Sehingga, kadang-kala bila aku tengok isteri aku kelihatan penat, aku sendiri akan menyediakan makanan untuk kami bersarapan & aku rasa ralat jika tak dapat bersarapan bersama di rumah. Secara jujurnya, aku dulu tak pernah bersarapan di rumah air tangan bekas isteri aku.

Selepas dia tidak lagi bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, dia bangun pagi selepas aku ke tempat kerja. Dan aku sendiri tak pernah menyediakan makanan sebelum aku keluar bekerja. Aku hanya bangun pagi, menyiapkan diri aku & terus keluar.

Isteri aku juga sangat menjaga keperluan dan kebajikan aku & anak kami. Walaupun bekerja, isteri aku berusaha untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada anak. Selepas anak kami boleh makan, isteri aku sendiri memasak untuk setiap makanan anak aku. Tidak pernah sekalipun anak aku ke taska tanpa bekalan makanan dari air tangan isteri aku. Dan aku sendiri, secara perlahan-lahan telah terikut-ikut perangai dan sikap isteri aku yang perihatin pada kebajikan anak.

Aku selalu membantu isteri aku mencuci kelengkapan pam susu, botol susu, bekas makanan. Setiap pagi telah menjadi tugas aku untuk mengemas beg pakaian anak aku & beg kerja isteri aku & meletakkan semua keperluan itu di dalam kereta untuk memudahkan isteri aku. Dan isteri aku juga lebih gemar memasak sendiri untuk makan malam kami walaupun dia kepenatan seharian bekerja di pejabat. Dari makanan yang ringkas kepada makanan-makanan istimewa isteri aku akan cuba masak sendiri. Google resipi sana sini, gigih sungguh.

Boleh aku katakan, rutin seharian isteriku sangat padat bermula dari bangun pagi sehingga waktu malam. Disebabkan aku lihat depan mata kepenatan isteri aku, secara perlahan-lahan aku jadi turut sama membantu isteri aku. Aku takkan benarkan isteri aku buat apa-apa kerja lagi selepas dia menghidangkan makan malam. Aku yang akan mengemas dapur, tidurkan anak kami, melipat kain baju.

Dengan rutin harian begini, aku juga sudah tidak lagi keluar melepak. Aku rasakan kehidupan sebagai seorang bapa rupanya sangat padat & memenatkan. Semasa bersama bekas isteri, kami jarang makan bersama di rumah. Bekas isteri aku jarang memasak. Keperluan makan minum kami hanya sekadarnya sahaja. Aku lebih gemar membeli makanan ringan seperti burger untuk kami mengisi perut. Sekali sekala bawak bekas isteri & anak makan di kedai.

Tidak pernah bekas isteri aku masak sesuatu yang istimewa untuk hidangan kami. Lauk kami selalunya ikan goreng, telur goreng bersama kicap. Kebanyakanannya kami makan di rumah ibuku, atau aku makan & lepak bersama kawan di luar & aku tapaukn makanan untuk dia & anak.

Satu tabiat kecil isteriku juga aku percaya menjadi pengikat kami. Isteriku akan menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum keluar dari rumah sama ada hendak ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja yang memakan masa. Sehingga aku juga sudah jadi ralat jika tidak menghulurkan salam kepada isteriku apabila hendak keluar dari rumah. Dan aku extra kan, aku akan cium tangan & dahi isteriku juga.

Jujur, aku tidak pernah amalkan perbuatan ini bersama bekas isteri. Kami dulu seperti di dunia masing-masing. Aku melakukan kerja seharian aku tanpa dia dan dia juga membuat perkara yang sama. Hanya hal berkaitan anak sahaja akan kami kongsi dan lakukan bersama jika aku berkelapangan, tetapi kebanyakkannya aku serahkan pada dia & ibu ku untuk menguruskan anak-anak kami.

Seperti yang telah aku sebut, isteri aku seorang yang berdikari & telah mengajar aku juga untuk berdikari & mengurus keluarga sendiri. Isteri aku tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan anak pada jagaan orang tua. Dia juga kerap berpesan kepada aku untuk kami bersusah menjaga anak kami dan bukannya menyusahkan lagi ibu bapa yang telah tua untuk menjaga anak kami.

Tidak akan sesekali isteriku meninggalkan anak kami pada orang tua semata-mata untuk dia keluar atau menyelesaikan urusannya. Anak kami akan tetap dia bawa, dukung dan kelek ke mana-mana dia pergi (kecuali ke tempat kerja), dan semasa anak kami demam dan tidak boleh dihantar ke taska, isteri aku meminta aku bergilir mengambil cuti dan menjaga anak, bukan dengan menyerahkan jagaan kepada orang tua.

Selepas hampir 3 tahun berumahtanga, aku sekarang mampu menjaga & menguruskan anak kami seorang diri jika isteri aku bekerja luar kawasan atau tidak sihat. Semua ini aku belajar dari sikap isteri aku sendiri.

Hutang-hutang ahlong aku juga telah banyak diselesaikan sejak aku bernikah kali kedua. Isteri aku menjaga kewangan aku, membantu aku membayar hutang, dan aku serahkan kesemua kad ATM aku pada isteri aku, supaya aku tidak lagi terjebak dengan hutang ahlong. Isteri aku seorang yang sangat amanah. Setiap bulan dia akan mengeluarkan duit gaji aku dan mencatat setiap perbelanjaan sama ada untuk membayar hutang ahlong, sewa rumah, bil, keperluan makanan & rumah.

Dia akan meminta izin dari aku setiap kali ingin menggunakan duit tersebut. Sedangkan aku tahu, walaupun dengan duit aku sepenuhnya di tangan isteri aku, belum tentu mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan kami dan aku yakin, isteri aku akan menggunakan duit gaji dia sendiri untuk keluarga kami.

Tambahan pula, 3 orang anak aku & bekas isteri menetap bersama kami. Walaupun sudah berpuluh kali aku pesan untuk tidak lagi minta izin & dia bebas menggunakannya, dia tetap meminta izin tanpa jemu.

Tugas mendidik adalah tugas suami. Tapi perlu diakui this bitter true, bukan semua lelaki dididik untuk menjadi pembimbing & pendidik. Bukan semua lelaki mampu menjadi tauladan & teladan. Isteri adalah penyokong terkuat seorang suami & bagi diri aku, isteri aku lah pembimbing aku yang sebenar.

Dengan 2 kali perkahwinan aku sendiri yang mampu aku lihat perbezaannya, sudah tentu aku turut akui kesalahan utama adalah berpunca dari aku sang suami. Tapi sokongan dan bantuan yang betul dari seorang isteri mampu merubah seorang suami yang jahil.

– Riz (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Awani said – Aku rasa mcm baca novel pulak😭.. Aku sendiri pernah gagal dlm perkahwinan. Ye semua org xsempurna beb. Tapi aku respect kau sbb kau sedar diri. Nak2 kau kaum adam.. Biasanya org lelaki ni ego sombong tinggi melangit. Tp bagusnya kau ni kau blh rewind semua silap kau. Kau betulkan semula. Yang penting bila berbini baru, anak2 yg lain kau x abaikan. Ada Org lain masa isteri mengandung dah buat perangai.. Smpai anak dah masuk sekolah pon haram nk ambik tau.

Ana tajul – Alhamdulilah,sejujurnya saya kagum dgn confessor,berjaya lalui hidup berumahtgga,sebenarnya apa bila kita mengambil keputusan utk mendirikan rumahtgga,kita perlu ilmu,dlm berumahtgga pelbagai ujian dan cabaran akan kita hadapi,ujian akan dtg dlm pelbagai bentuk,kesusahan,
Kelakuan sebenar psgn akan terserlah,syabas saya ucapkan pd confessor,kerana berjaya melaluinya,Allah hadirkan isteri confessor adalah bersebab,agar confessor berubah dr yg negatif ke Arah yg positif,Alhamdulilah confessor mendapat keluarga yg sakinah,bila kita meletakkan Akhirat di hadapan,ternyata bahagia mmg milik kita,bkn sj di dunia tetapi Di sana. Di negeri abadi.

Amy zuliflie – Entahlah.. rasa mcm completely kesian kt wife yg pertama. Seems like confessor not deeply in love dgn first wife. Yelah.. kawen muda. Sekadar utk suka2. Kesian sgt kt ex wife tu. Bila masuk part confessor kawen baru, yelah.. bila dh cinta kan…. mmg hati tu redha dan ikhlas pun nk buat yg trbaik. And.. if im not mistaken… 3 anak dgn ex wife dlm tempoh 6 tahun perkahwinan kan..? No wonder ex wife tu mcm tak sempat nk bg full commitment kt marriage.

And dia just masak ikan goreng, telur goreng and lauk2 simple but yet still sedap ya amat if u know how to appreciate her. Keluar lepak je keje.. tggal anak2 dgn ex wife trkontang kanting nk jaga 3 org tu. Mau dia x minta tlg dgn mak confessor. Aduh.. entahlah.. rasa mcm nk baling selipar kt confessior ni. Tak boleh nk cari kebaikan from this posting sbb dia ni sbnarnya x cintakan ex wife dia je.. bkn sbb2 wife skrg ni hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.