Sbb aku “ank ner4ka” mereka jual aku rm5k. Mgkin ini pluang ke2, aku nekad. Tp bila dh bjaya, mereka buat aku tsepit.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kehidupanku amat berbeza dari orang lain. Sejak kecil lagi ibarat “terasing” daripada keluarga. Sifatku yang pendiam dan hanya menurut membuatkan mereka lebih membuuliku.

Aku selalu digelarkan “anak ner4ka” apabila melakukan kesalahan walaupun hanya kesalahan kecil. Aku kurang berjaya disekolah. Kerana selalu dikatakan “anak ner4ka”, aku menjadi liar dan bergaul dengan budak-budak nakal. aku mer0kok, hsap gnja tapi alhamdulillah aku tidaklah kearah merosakkan anak gadis orang lain.

Aku hanya buat jahat terhadap diri sendiri, tapi aku tidak pernah menyentuh orang lain. Pergi sekolah setengah hari sahaja, lepas tu lompat pagar. Malik, sahabatku selalu menjadi “penaja” untuk membeli r0kok dan gnja. Sahabatku ini anak orang berada. Walaupun dia nakal, tapi amat pandai dalam pelajaran.

Itu membuatkan guru pening untuk menghkumnya. Apa taknya, pelajar paling suka buat masalah, tapi selalu mendapat nombor 1 di sekolah. Kalau aku ingat balik, memang unik si Malik ni. Dia amat baik diluar, selalu membeli makanan kepada orang miskin, tetapi disekolah dia menjadi amat nakal dan selalu membuat masalah.

Berbalik kepada masalah aku, ibu tidak pernah menunjukkan muka manis setiap kali melihatku. Kalau aku terpecah pinggan pasti ayat yang sama disebut, ANAK H4RAMJ4DAH! Aku pun tak tahu apa salah aku ni, salah waktu ke mereka lahirkan aku? Ayah? haha, jangan haraplah dia nak ambil tahu pasal aku.

Bagi mereka hanya kakak dan abang saja yang memberi kebanggaan kepada mereka. Abang aku supervisor Kilang. Kakak aku Cikgu. Disebabkan umur yang jarak antara aku dan adik beradik lain, aku tak dapat nak berbakti memberi ibu bapaku duit seperti abang dan kakak. Bayangkanlah, umur ku baru 16 tahun, masih sekolah tetapi selalu diperli ibarat menyusahkan keluarga.

Berapa kali aku ingin behenti sekolah dan bekerja. Yelah, aku pun teringin nak dipuji macam abang dan kakakku, dapat berikan mereka duit belanja. Aku impikan ibuku dapat membelaiku sayangkan aku sekiranya aku dapat mewahkan dia. Sebab itu aku dapat idea, dari aku ponteng sekolah, baik aku kerja cuci kereta untuk tambah belanja.

Malik menghalang, siap cakap nak bayarkan gaji aku. Tapi aku berdegil sebab ingin betul melihat ibu gembira bila tengok aku bawa duit pulang. Tapi sangkaan ku meleset, sambil kubawa duit RM50 didalam kocek untuk kuberikan kepada ibu, ibu memarahi aku dan bertanyakan dari mana aku dapat duit sebanyak ini?

Aku ceritakan segalanya tetapi mereka tidak percaya. Abang aku siap mengh4sut mengatakan aku menjadi pengedr gnja. Kebetulan bekas plastik gnja ada lagi didalam beg aku. Aku dihalau keluar malam itu dan disumph seranah mengatakan aku ini anak yang tiada membawa untung.

Ya, aku dihalau sehelai sepinggang. Malik, sahabatku menjemputku datang ke rumah. Nasib aku baik, Ayah Atan, ayah Malik menerima aku dengan baik. Ayah Atan sanggup bersemuka dengan Ibu ku dan aku ingat lagi ayat yang terpacul dari wanita yang melahirkanku. “Hisyam sudah aku anggap bukan anakku, menyusahkan kami sekeluarga”.

Bederai air mataku ketika itu. Ayah Atan memohon hak penjagaan supaya aku dapat menjadi anak angkatnya. Keluargaku mengambil kesempatan sekiranya ingin mendapatkanku, Ayah Atan harus membayar RM5000 sebagai persetujuan. Terkejut Ayah Atan dan berkata, aku bukan barang dagangan yang boleh dijual beli.

Tetapi kerana kasihankanku, Ayah Atan membayar RM7000 dan membawa aku pergi. Ayah Atan siap berkata, satu hari nanti keluargaku akan menyesali kerana membuat “anak ner4ka” ini. Bermula hidupku dirumah Malik. Ayah Atan berkata, Sejak Malik berkawan denganku, Malik semakin baik dan menjadi rapat kepadanya.

Sebab tu Ayah Atan tidak menjadikan aku sebagai bebanan dan menerima aku menjadi anaknya. Aku seperti tersedar dengan peluang kedua ini dan aku janji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas budi kepada Ayah Atan. Aku dan Malik setiap hari belajar dan kami berjanji untuk melupakan seketika r0kok dan gnja kerana SPM semakin hampir.

Berkat tekad kami, aku mendapat 4A dan Malik mendapat 8A. Tidak pernah lagi aku mendapat A didalam subjek sewaktu belajar, terima kasih kepada Malik yang berotak geliga menolongku disaat aku perlukan bantuan. Kerana Malik adalah pelajar cemerlang, dia mendapat biasiswa kerajaan melanjutkan pelajaran ke UK.

Yang lucunya, Malik mendapat tawaran kursus Doktor Perubatan. Terkejut Malik waktu tu kerana dia adalah ‘bekas’ remaja liar dan kini akan menjadi bakal doktor. Aku pula mendapat tawaran matrikulasi dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke IIUM didalam bidang perundangan.

Ya, Anak ner4ka ini mendapat tawaran ke Universiti ISLAM Antarabangsa. Sewaktu hari pertama aku menjejak kaki ke IIUM, aku rasakan bertapa berd0sanya diri ini dan berasa tidak layak menjejak kaki ke sana. Sedih kerana tidak dapat bersama Malik ke luar negara, tetapi rupanya Allah sudah tetapkan yang aku perlu berada di Malaysia.

dan IIUM kerana Ayah Atan diser4ng s4kit lumpuh, Allahu, nasib baik lagi aku ada disini. Kerana Ayah Atan sudah lumpuh, Ayah Atan membuat keputusan untuk menjual kesemua share didalam company dan segala bas dan lori. Ayah Atan juga telah menjual rumah besarnya dan membeli rumah teres dua tingkat di Gombak.

Sebelum beliau membuat keputusan, beliau telah berunding dengan aku dan Malik. Kami menyokong setiap keputusannya lagipun hanya aku dan Ayah Atan sahaja berada disini. Buat apa rumah besar-besar dan aku sedikit pun tidak kisah sekiranya kami menjadi susah kerana aku tahu aku boleh menjaga Ayah Atan yang selama ini berusaha memewahkan aku dan Malik.

Malik menangis kerana tidak dapat balik, apatah lagi kami sudah tidak mewah, dia tidak dapat balik selalu. Aku dengan kuatnya berkata, Ayah Atan masih ada aku. Aku boleh menjaganya sambil menghabiskan ijazah aku kerana rumah kami amat dekat dengan IIUM. Kerana kesebukkan aku menjaga Ayah Atan, aku sudah lupa hal keluargaku.

sehinggalah aku teserempak dengan kakak kandungku yang menjadi cikgu itu sewaktu membeli barang untuk keperluan Ayah Atan. Rupanya kakakku sudah berkahwin tetapi hidup seperti ner4ka. Kerana suaminya menggunakan namanya untuk membuat pinjaman peribadi. Diluahkan segalanya kepadaku, semenjak aku dihalau, ibu bapaku bercerrai kerana ayahku ada orang lain.

Abangku pula selepas kahwin terus lupakan keluargaku. Apatah lagi nak berikan duit seperti selalu. Kakakku pulak dikejar bank dan ahlong gara-gara suaminya. Kakakku merayu untuk aku pulang dan ingin meminjam sedikit duit untuk membayar hutang. aku ingin mendapat nasihat dari semua adakah perlu aku membantu keluargaku sendiri?

Sejak kecil lagi aku dih1na sebegitu teruk sehingga Ayah Atan terpaksa membeliku. Mereka telah membuang aku jauh sewaktu aku didalam kesusahan. Aku sekarang masih belajar dan apa yang ada sekarang adalah duit dari Ayah Atan. Walaupun Ayah Atan memberikanku setengah hartanya kepadaku dan setengah lagi kepada Malik.

tapi aku rasa tidak wajar aku menggunakan duitnya untuk menyara keluargaku. Ibuku, selepas tahu aku sudah hampir berjaya dan akan menjadi peguam tidak lama lagi, terus mengucapkan SAYANG dan RINDU. Seriously hidup aku hanya ada AYAH ATAN. Aku tidak mahu menjadi anak derh4ka, tetapi situasi aku ini aku tidak dapat menerima mereka lagi.

Akhir sekali, aku memberikan duit RM50 kepada kakakku, dan meminta dia memberikan kepada ibuku. Duit RM50 yang masih ku simpan sewaktu aku membawa pulang hasil gaji pertamaku dan saat hari yang aku dihalau keluar dahulu. Aku masih simpan rapi didalam dompetku kerana dah niat aku dari dahulu lagi RM50 itu aku ingin memberi kepada ibu dengan harapan ibu dapat menerimaku dan menyayangiku.

Tetapi sudah terlambat. Hati aku sudah kering untuk menerima mereka kembali, dan aku tahu kerana aku sudah berjaya berkat hasil titik peluh Ayah Atan, mereka ingin menumpang kesenangan aku. Bayangkan kalau aku sekarang hanya pengih ddh, adakah mereka aku menerimaku seperti sekarang.

Hip0krit dan mata duitan! Itu yang aku dapat gambarkan keluargaku sekarang. Aku tidak akan menggunakan duit Ayah Atan untuk kesenangan mereka apatah lagi Ayah Atan amat memerlukan untuk rawatan kesihatannya. Sekiranya aku ingin berikan kepada mereka nanti, biarlah dengan gajiku sendiri dan yang paling utama tetap AYAH ATANKU!

Doakan semoga Ayah Atan kembali sihat dan Malik dapat kembali kesini dan dia dapat kesempatan untuk merawat bapanya sendiri. Inilah perjalanan kami dari budak-budak nakal sehinggalah sekarang. Seperti novel, tetapi inilah hidupku. Kepada yang menjadi ibu dan ayah, hargailah anak-anakmu, kerana anak-anak ini membawa rezeki kepada keluarga.

Sekiranya sudah tidak mampu atau tidak menerima anak lagi, janganlah melahirkan mereka kerana anda akan merosakkan masa depan mereka seperti mana aku hadapi. Nasib aku sekadar baik kerana aku ada Malik dan Ayah Atan. – Hisyam (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

She sue – Itu ujian untk kamu,smga tabah dan hadapilah dngn tenang,kerana ujian dmi ujian yg tlh Allah titipkan dan perjalanan hidup kamu yg pnh berliku itu pasti ada hikmahnya,kamu bertuah kerna di pertemukan dngn seorang insan yg mulia sprti ayah atan dan malik dan berjaya menjadi seorang pelajar yg berjaya ke menara gading

(itu hikmahnya),kesimpulannya,kamu tenang dan aman besama ayah atan dan malik tanpa di ganggu gugat lgi,cumanya kini ketenangan kamu sedikit sebanyak terganggu tatkala kamu di beritakan akan perkabaran ibu dan keluarga yg semakin di himpit musibah, sebagai anak yg tersingkir pastinya kamu akan berada di persimpangan dilema dlm menentukan ke manakah arah kamu nanti.

samada ke kanan atau ke kiri,kamu tlh matang maka fikirlah sebagai seorang muslim yg profesional dlm menangani permasalahn yg di hadapi dngn tenang, cuma apa yg dpt di komentarkan disini secara peribadi seandainya saya berada di tempat kamu,tiada halangan meletakkan ayah angkat di tempat yg tertinggi dlm hidup kita dan membalas jasa2 nya.

Nmun perlu dikisahkan juga tentang susuk yg melahirkan dan menumpangkan rahimnya selama 9 bln meskipun kelahiran anak itu di anggap sebagai menyusahkan,fitrah manusia tidaklah sempurna dan ada khilafnya,ianya amatlah sukar untk melupakan kan? oleh itu ketika melayari kehidupan atas muka bumi ini biarlah kita menjadi seperti ‘pokok yg berbuah lebat di baling batu tetap menjatuhkan buah yg ranum’ ..

Allah sudah meletakkan kita di atas jalan2 yg Dia pilih mengikut kemampuan kita sekadar menguji keimanan diri.Soal ibu kamu itu, berbaktilah selagi dia masih hidup mengikut kemampuan kamu,itu tangungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa ,seburuk2 mana pon mereka ttap insan yg tidak blh di nafikan hak,jika kamu menafikan hak mereka maka kamu tidak ubah seperti merka.

belajar memaafkan tidak beerti menunduk sekali lagi,skrng kamu perlu tegas dan serius,jngn biar sesiapa menghidu setiap kelemahan kamu,.saranan sy.berbaktilah kepada kedua orng tuamu sekadar termampu dan sentiasa berdoa smga mereka insaf dan percaya karma itu ada..dan tentang ayah atan jngn dilupa akan jasa2 nya,jagalah dia sebaik mngkin kerana dia insan yg mulia,. smga berjaya

Rose bahar – Allahu, sedih sungguh Jalan cerita. Alhamdulillah Peng0rbanan Ayah Atan sungguh besar, dan memberi kesan yang besar untuk Hisyam berjaya sehingga kini. Bagi akk, utama kan Pak Atan.. Kalau perlu just bantu yang termampu, sebab macam mana pun ibu tetap orang yang melahirkan. Semoga Hisyam dan keluarga sentiasa bahagia dan dirahmatiNya.

Adilah sabri – Yang bermasalah family awak..ibu ayah awak yg gagal didik ank dgn baik, sbb tu awk bermasalah di sekolah..dan plg sy xboleh terima, ibu ayah apa yg tergamak jual anak sendiri..tp alhamdullilah awk bangkit, jgn sia2kan jasa ayah atan..

hadiahkn kpd ayah atan segulung ijazah dan tunaikn la impian awk utk mnjadi seorang peguam.. semoga berjaya dan dipermudahkn urusan..psl keluarga awk tu tiada siapa boleh paksa awk utk maafkn mereka..cuma nnt ibu awk dh tua, jgn abaikn dy..sbb tnp ibu awk, awk xkn lahir dn jadi diri awk yg skrg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.