“Besar ke gaji keje gomen”. Tiap kali raya mesti aku “dibahan”. Bila aku Sekolahkn ttg rezeki tdiam xmjawb. Aku puas.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Admin tlong hidekan profile saya
Assalamualaikum. Terima kasih pihak admin kerana menyiarkan cerita saya. Nama saya Hajar berusia 35tahun dan belom berkahwin.

Ok saya ada sedikit luahan perasaan untuk dikongsikan bersama. Bila tiba je hari raya mesti akan ada keluar soalan2 seperti, dah kerja ke? Kerja apa? Bila nak kahwin? Tak ada isi lagi ke? Boleh dah nak tambah tu. Bila nak beli rumah? Bila nak tukar kereta? Bila suami nak kerja dekat dengan rumah? BIASA?

Ya. Memang biasa. Saya seorang wanita yang bekerjaya tetapi masih belum mendirikan rumahtangga. Memang selalu diasak soalan2 begitu. Saya tak pernah rasa rimas bila ada org tanya soalan pasal jodoh cuma agak sedikit geram bila mereka seolah2 mempermainkan rezeki Allah. Makcik Pakcik Kakak Abang takkan tak tahu, Jodoh Aj4l M4ut Anak kan ditangan Tuhan.

Siapalah kita untk menidakkan. Isu ni memang tak kan pernah habis. Kalau bukan jiran bertanya, saudara mara bahkan nenek sendri pon ada. Rimas bukan? Bukan saya tidak pernah mencuba, saya pernah tetapi gagal. Saya jadi takut dan tr4uma dimainkan oleh seorang lelaki. Waktu mula2 kenal bermacam cara, bersungguh2 dia cuba untk dapatkan.

Bila dah dapat dia main kayu tiga. Memang die menyesal tapi mana mungkin saya akan terimanya balik. Memaafkan ya. Selepas saya tenang dengan kehidupan saya sambung belajar, Alhamdulillah sekrang dah ada PhD. Saya xputus berdoa agar Allah hadirkan seorang insan dalam hidup saya. Setiap hari saya berdoa.

Xminta yang kaya ckuplah bukan suami orang. Kadang2 rimas bila asyik diperli anak dara tua. Kadang2 mahu sahaja hati ini terima tawaran jadi isteri no2. Sudah beberapa orang yang cuba. Tapi tak kan. Saya masih boleh berfikiran waras. Xsemudah tu untuk saya hancurkan kehidupan rumahtangga orang.

Ibubapa saya paling 4nti dengan p0ligami. Ya terutama bapa saya. Alhamdulillah setelah bekerja disebuah syarikat carigali terkenal dimalaysia. Rezeki saya makin murah. Saya dah mempunyai sebiji kereta, 2buah rumah dan 2bidang tanah. Rezeki bukan? Ya tapi orang xkan pernah nampak.

Yang dinampaknya anak dara tua. Sebenarnya bercakap hal rezeki, masih ramai yang xtahu tentang konsep rezeki. Ketika saya masih belajar saya tak pernah minta sesen duit orang tua. Bahkan menggunakan duit ptptn saya ikat perut untuk bayar semua yuran dan peralatan belajar.

Bila tiba musim raya saya akan beli pakaian raya untk kedua ibubapa saya. Perangai itu terbawa2 sampailah saya kerja. Saya bayar bil elektrik dan air dirumah. Keperluan dapur saya beli. Setiap bulan saya akan masukkan 1000 ke akaun ibubapa saya. Pendek kata ayah dan ibu saya xperlu bekerja.

Macamana saya mmpu buat smua tu sedangkan saya ada asset untuk dibayar? REZEKI. Lagi banyak kita memberi lagi banyak kita dapat. Allahuakbar sehingga hari ini rezeki saya xpernh kurang, xpernh putus. Dahla rumah saya dekat dgn rumah ibubapa, setiap tahun dapat beraya bersama. Berbuka puasa bersama.

Allahu nikmat mana yg hendak aku dustakan. (saya tak tinggal sekali kerana adik perempuan dn adik ipar saya tggal disitu). Sebenarnya bukan la saya hendak membuka a1b, tetapi sekadar perkongsian. Lagipon saya tidak sebutkan nama. Abang saya bekerja disektor swasta, isterinya tidak bekerja.

Dari dulu saya pernah bagitahu, hulur2 lah pada mak ayah walau rm50 sebulan untuk ambil berkat. Untuk permudah kan rezeki. Ya saya tau dia dah berkahwin isteri tidak bekerja. Ada 3orang anak yang perlu ditanggung. Tetapi saya cuma ingin membantu melancarkan rezeki dia. Dia dan isteri sgt berkira2. Duit dalam bank ada.

(adik lelaki pernh hendak pinjam jadi saya tahu mereka ada duit walaupun sedikit). Pernah dulu ketika saya kata padanya supaya masuk kan duit pda mak ayah sedikit setiap bulan, dia menjawab yang tak ckup. Macamana saya xgeram bila anak2 diberi handphone setiap sorang. Kalau rosak dibeli baru.

Sampaikan anak bongsu die (4tahun) sekrang masih tak boleh bercakap. Doktor suspect aust1sm. Allahu kadang saya rasa itu ujian pada abang saya, tapi dia masih tak sedar. Dikatanya saya ni tak apa gaji besar tak ada tanggungan. Saya ni berkira lah. Saya xpernah berkira.

saya xkisah kalau saya seorang yang menanggung kedua ibubapa saya tapi saya nak kami semua adik beradik murah rezeki. Memang gaji saya paling besar dlam adik beradik tetapi jumlah bayaran untk asset saya dah sampai 3/4 gaji. Tetapi saya xpernah xckup. Xpernah kurang.

Adik lelaki saya seorang lagi sangat boros, xpandai uruskan kewangan. Dahulu ketika bujang setiap bulan pasti meminjam dgn saya. Kadang2 geram pon ada. Saya dah pesan mcm2. Jaga solat. Jaga diri. Tapi masih sama. Macamana rezeki nak masuk kalau solat pon masih xckup 5waktu? Nak kahwin pon xckup duit. Majlis belah kami, mak ayah yang tolong.

(Saya geram sebab mereka guna duit yang saya bagi tiap2 bulan). Yang ni xperlu suruh kalau bab membeli barang pada mak ayah. Tapi apa yang dibeli selalu xkena dengan selera mak ayah saya, yela orang tua. Nak beli apa2 tanyalah pendapat orang dlu. Ini tidak semua main beli, harga pula mahal. Bila akhir bulan xckup duit. Mula lah meminjam.

Saya harap bakal isteri dia nanti dapatlah nasihat skit adik lelaki saya ni. Ok dah habis cerita pasal rezeki, sebenarnya saya sedikit terkilan dengan pakcik saudara saya ni. Waktu raya haritu pantang nampak saya selalu sahaja mempersoalkan soal jodoh. Kadang2 dicerita pada tetamu2 yang hadir.

Ingat saya ni tunggul? Tiada hati dan perasaan? Dan dia terlalu bangga kerana anak2 dia semua kahwin awal. Dan boleh katakan semua kerja kerajaan. Dan pakai kereta mahal pada saya. Ya sy masih pakai kereta proton persona. Saya xkisah asalkan boleh bawak mak ayah saya kemana2 mereka nak pergi.

Tak pernah buat hal. Bayar bulan pon sedkit. Dan semua org tahu harga kereta makin lama makin murah xmacam rumah. Setiap kali jumpa pasti topik kerja kerajaan yang hendak dibanggakan. Kenapa? Teruk sangat ke kerja swasta. Anak dia yang paling tinggi pon kerja guru. Besar sgt kah gaji guru? Saya tengok dekat portal kerajaan tak adalah besar sangat.

Yang lain tu kerja dibidang perubatan. Gaji pekerja kerajaan ni semua kita boleh tengok di portal Spa. Kenapa nak bangga lagi? Saya pon xpaham. Saya ni jiwanya lembut, ketika diasak pelbagai soalan, diperli itu ini mahu sahaja saya bidas. Tetapi saya masih ingat adab. Saya diam dan senyum sahaja. Tetapi tahun ni dia pakngah makin melampau2.

Saya syak em0si dia xstabil sebab dia beraya berdua. 3orang anak dia giliran umah mertua. 3orang lagi xdapat cuti raya. Ketika die sedap memb4ham saya, saya pon jawab- wah mesti besar gaji anak2 pakngah. Mesti dah ada 2,3buah rumah. Ada 2,3ekar tanah. Mesti masing2 gaji dah besar boleh cuti suka hati balik beraya dengan mak ayah.

Mesti setiap sorang masukkan 1000 kt pakngah n makngah. Pakngah dh boleh pencen awal dahni. Terus dia diam seribu kata sebab saya tahu anak2 die sorang pon masih xada rumah! Masa tu mak ayah saya tak ada dekat saya, kalau ada pasti saya dicubit manja. Hiks. Masa tu rasa puas sangat hati.

Saya xfaham. Kenapa masih lagi ada orang yang xfaham tentang konsep rezeki ni? Bukan kah rezeki ni bermacam2 aspek. Contohnya

1) Rezeki KAHWIN AWAL , habis belajar terus dipinang orang muda yang kaya. Rezeki terpijak namanya.

2) Rezeki KERJA AWAL, habis belajar terus kerja.

3) Rezeki KERJA YANG DISANJUNG contohnya guru, walhal SPM dulu dapat 2A je.

4) Rezeki ANAK, walaupun gaji kecil tapi anak berderet!

5) Rezeki KERJA DEKAT dengan suami, tak pernah PJJ. Allahu nikmat yang paling best kan? Terutamanya pasangan yang dua2 berniaga.

6) Rezeki DUDUK DEKAT dengan rumah MAK AYAH, yang ni rezeki paling besar.

7) Rezeki DAPAT BERAYA BERSAMA setiap tahun, contoh adik saya selalu beraya dengan anak2 shaja, dikala suami beraya dilautan.

8) Rezeki DAPAT SUAMI MUDA, MEMAHAMI DAN ROMANTIK. Siapa yang tak nak kan. Perempuan dan perhatian tak dapat dipisahkan. Kawan saya sering mengadu yang suami die ni tak romantik la, selalu sibuk dengan kerja la.

Tak pernah bawak pergi honeymoon la. Kalau honeymoon xsuka pergi travel backpack sebab suaminya 5tahun lebih tua dari dia. Dan dia sendiri pernah berwhatsapp dengan lelaki lain.

9) Rezeki HARTA BENDA, kadang2 manusia yang tak ada anak mereka dimurahkan rezeki harta benda. Ada yang dapat buat rumah secara cash. Ada yang dah beli 2,3biji rumah. Ada yang tengah mengumpul tanah. Ada yang mampu pakai kereta mewah 2,3biji.

10) Rezeki KESIHATAN, ada orang diuji dengan s4kit. Kalau bukan diri sendiri, anak2. Pelbagai jenis peny4kit zaman sekrang ya?

11) Rezeki KECANTIKAN. Tak semua orang yang dikurniakan raut wajah yang cantik serta tubuh badan yang langsing. Tambah lagi bila mendapat pasangan yang sama padan. Dan dikurniakan anak2 yang cantik dan comel. Rezeki kan. Alhamdulillah.

12) Rezeki KAWAN-KAWAN. Tahukan anda, hidup tanpa kawan ibarat teh tanpa gula. Hambar. Beruntung la jika anda seorang yang peramah sentiasa disenangi oleh orang sekeliling.

13) Rezeki DISAYANGI MERTUA, beruntung kan jika dapat mertua yang baik malah jika kita disayangi mertua.

14) Rezeki KELUARGA BAHAGIA. Keluarga bahagia ini tak kan dapat dibeli dengan wang ringgit. Beruntunglah jika rumahtangga anda sentiasa bahagia. Keluarga yang sakinah, mawaddah, dan wa rahmah. Mendapat pasangan yang saling melengkapi. Saling tolong menolong dan bertolak ansur.

MACAM2 ASPEK REZEKI kan? Anda punya rezeki yang mana satu? Alhamdulillah saya rasa semua saya punya kecuali jodoh. ” Ya Allah Ya Tuhanku jika ada kawan2 yang senasib denganku, Engkau kuatkanlah iman mereka. Engkau berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisi-Mu, pasangan yang bakal menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”. Amin – Hajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.