“Akulh wanita malang itu”. Sbb spucuk surat, aku “dibuang” ayah. Bila dh kawen, suami pula kaki hutg.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Nama aku Ika. Aku nak share kisah hidup aku. Aku tak janji it gonna be interesting tapi aku perlu tempat untuk lepas kan apa yang ada di dada. Aku anak ke-3 dan perempuan bongsu.

Aku ada abang, kakak dan sorang adik lelaki. Mak ayah aku bercerrai masa aku umur 5 tahun. Lepas bercerrai ayah aku masih attached dengan kami adik beradik walaupun dia dah kahwin lain dan ada anak lain. Kami tinggal dengan mak. Ayah masih kerap datang jenguk kami, bagi duit belanja, kadang-kadang bawak pergi bercuti.

Makan pakai masih ayah bagi macam biasa. Mak aku suri rumah masa bercerrai jadi tak ada sumber pendapatan. Lepas bercerrai mak start belajar menjahit lepastu ambil upah jahit baju & ambil upah hantar budak sekolah. Mak pandai drive & ada sebuah kereta yang ayah beli masa masih suami mak, tu ayah bagi kat mak lepas cerrai.

Kira harta sepencarian la. Ayah ada kereta lain. Bila aku meningkat remaja, aku mula berperangai as a teenager yang suka member0ntak. Tapi aku tak ada buat benda bukan-bukan. Aku cuma create confl1ct with my father. Aku luahkan ketidakpuasan hati aku kat ayah aku. Aku cakap ayah aku lebihkan adik-adik lain mak aku tu dari segi kewangan dan keperluan.

Semua ni aku luahkan kat surat which i planned to give to him tapi aku tak sempat bagi pun. Aku sorok surat tu tapi ayah aku jumpa dan baca. Ayah aku memang baran. Dia meng4muk sakan dan disebabkan luahan aku dalam surat tu, dia buang aku & adik beradik aku. Dia dah tak jenguk, dah tak bagi duit belanja.

Nafkah bulanan yang mak aku dapat untuk aku adik beradik cuma yang mhkamah arahkan untuk bagi bulanan melalui potongan gaji (which less than RM500 dan hanya cukup untuk beli beras dan lauk). Dah tak ada duit belanja sekolah asing, tak ada pergi holiday. Aku & adik beradik hilang ayah & hilang kebanyakan hak kami sekelip mata.

In fact, ayah pernah minta mak buat surat untuk batalkan potongan gaji (nafkah bulanan) juga sebab dia cakap dah taknak ambil tahu langsung. Makan ke tak, duk bawah jambatan sekalipun dia tak kisah. Sampailah aku habis sekolah, masuk universiti then kerja. For years ayah tak ambil tahu. Semua mak yang urus.

Dari pendaftaran sekolah, hantar sekolah, daftar universiti, teman pergi interview kerja. Semua mak. Tapi kitorang tahu je ayah kat mana. Sesekali ayah contact abang aku tapi gitu-gitu je la. Actually before that meng4muk inc1dent happened, ayah memang rapat dengan abang and abang was his favourite child, tapi kena tinggal juga senasib dengan aku, kakak & adik.

Masa aku nak nikah, hubungan aku dengan ayah ada la baik sikit. Sebab aku dah matang & ayah dah tua agaknya. Dia baik aku pun baik la. Kalau dia nak tunjuk baran, aku blah je la. Itu prinsip aku. Lagipun aku perlukan dia sebagai wali. Aku kahwin tak ada 1 sen pun dia keluarkan duit walaupun itu tanggungjawab dia untuk kahwinkan anak perempuan.

Setiap belanja dari kenduri, baju, pelamin, door gift semua aku kumpul duit sendiri. Lepas kahwin, Allah uji aku lagi melalui suami pulak. Suami aku ada masalah attitude. Dia suka ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah lagi-lagi bab kewangan. Kalau dia tak cukup duit, dia pinjam. Tapi tak bayar. Dia berhutang keliling pinggang.

Parents, adik beradik, sedara pun ada, kawan-kawan. Dengan aku jangan cakap lah. Puluh ribu dah kalau nak betul-betul kira. Aku dah banyak kali nasihatkan dia. Kalau tak cukup duit, usaha untuk tambah duit, pendapatan. Bukan dengan cara berhutang. Dia selalu diam bila aku nasihat, macam dengar & ambil, tapi lepastu ulang buat lagi.

Berhutang lagi sini sana. Paling worst, berhutang dengan along. Memang sampai m4ti lah tersepit dan gaji habis bayar along je tapi hutang tak surut apatah lagi langsai. Dia guna duit untuk apa sampai banyak hutang? aku taknak cerita panjang dekat sini sebab terlalu panjang & complicated.

Cukup lah aku cakap itu masalah attitude dia sejak dari remaja sebelum kami kahwin (tapi sebelum kahwin aku taktau). Jadi hutang semakin bertambah sebab dia tak usaha untuk bayar (kat family, kawan etc kecuali along). Dia cuma bayar hutang along, tapi hutang tu takkan habis sebab dia mampu bayar bunga je.

Aku tanggung makan minum dia, rumah, bil dan segala keperluan atas bahu & kepala aku. Sekarang usia perkahwinan kami masuk tahun ke-5, anak sorang. Aku teringin nak tambah anak, kesian anak aku sunyi & tak ada kawan lagi-lagi bila aku sibuk dengan kerja (WFH). Tapi bila fikir perangai suami aku, terus terencat plan nak ada anak lagi.

Masa aku mengandung anak pertama, aku tak dapat makan apa yang aku mengidam. Selalu telan air liur tengok kawan makan sedap-sedap. Harga makanan RM7 pun aku berkira nak beli sebab fikirkan keperluan kat rumah yang mungkin perlukan RM7 tu. Gaji aku semua untuk tanggung aku & dia. Dia kerja tapi duit habis bayar hutang along je.

Kalau aku suara kan teringin apa-apa, dia diam je. Kalau aku complaint dia tak layan aku, dia guna alasan banyak hutang. Aku ke salah bila dia banyak hutang? Despite tanggung keluarga, banyak kali dah aku tolong dia bayar hutang juga. Masih aku ke yang salah then?

Bersalin & berpantang pun aku sediakan duit sendiri untuk aku & anak. Tapi aku tak dapat sediakan keperluan aku dan anak dengan sempurna. Kadang aku terfikir, aku dilahirkan kat dunia ni untuk dik0rban kan ke? Untuk senang kan orang je. Tapi bukan takdir aku untuk disenangkan?

Aku tak minta lebih. Aku cuma fikirkan hak aku je. Tak lebih. Sebelum kahwin, hak aku sebagai anak perempuan dinafikan & tak dapat. Lepas kawin, hak aku sebagai isteri pun dinafikan & tak dapat. Memang aku tak ditakdirkan untuk merasa hak-hak aku agaknya.

Kadang bila aku nampak post-post kawan lelaki aku kat FB pasal penghargaan kat isteri diorang, mahupun post kawan perempuan yang dapat penghargaan dari suami, aku akan rasa sayu. Aku senyum tapi sayu. Aku bisik kat diri sendiri ‘Alhamdulillah rezeki diorang dapat pasangan yang menghargai dan tak segan nak tunjuk yang diorang hargai isteri.

Tapi belum rezeki aku nak rasa semua ni. Kalau hak yang wajib pun aku tak terima, apatah lagi yang lain kan. Surpise? Belanja makan? Birthday? Anniversary? Jauh sekali. But it is OK for me now. Masa tahun ke-2 perkahwinan, aku merajuk sebab suami tak wish birthday aku. Tapi suami bentak & melenting sampai baling handphone pecah berderai.

Dia cakap tak perlu ingat benda tak penting. ‘Masa bercinta boleh la nak ingat nak sambut. Dah kahwin mana ada orang nak ingat lagi’ ni antara ayat dia yang aku ingat sampai sekarang. Dia pun cakap banyak benda dia nak kena fikir. Pastu aku tanya benda apa dia kena fikir yang banyak tu?

Hal kewangan keluarga semua aku tanggung sorang, dan tak pernah pun aku suarakan kesempitan kewangan aku nak tanggung keluarga ni kat dia. Dia tak perlu fikir dah sebab aku yang s4kit kepala fikir macam mana nak cukupkan duit belanja. Hal anak pun banyak aku uruskan. Then dia senyap tapi masih marah mencuka je muka.

Fine aku minta maaf dan kata, ok takpela kalau tak penting birthday saya lepas ni saya dah tak sebut-sebut lagi dan tak mengharap apa-apa. Saya minta maaf. beberapa hari lepastu baru dia mula bercakap dengan aku balik. Aku tak minta hadiah. Aku tahu dia tak mampu. Aku cuma harap dia ingat. Tu je.

Jangan tanya, kenapa aku tak bercerrai je dengan suami. Dalam perkahwinan, percerraian bukan semudah disangka dan diungkap. Dia pun ada kebaikan & banyak berbuat baik dekat aku juga. Tapi tak dinafikan aku ada terfikir ke arah percerraian. Sekarang suami dah berubah sikit. Sikit je.

Ada satu kejadian yang berlaku 2 tahun yang lepas buat hati aku dah tawar. Sejak kejadian tu, suami macam ada ambil pengajaran sikit & agak berubah. Kebetulan dia tukar kerja dengan gaji yang lebih baik dari sebelum ni. Dia dah mula beli barang dapur, keperluan rumah, bayar bil, sediakan susu & pampers anak.

Kadang ada hulur duit belanja kat aku juga. Dia pun banyak bertolak ansur dengan aku berbanding sebelum ni. Dan dah beberapa bulan aku perhatikan ni dia tak ada meminjam duit lagi. Kalau ada pun tak obvious sebab aku tak perasan. Bagi aku, adalah perubahan juga walaupun sikit mungkin.

Tapi sayang, dah terlambat sebab hati aku dah tak sepenuhnya ada cinta untuk dia macam dulu. Aku rasa hati aku macam bateri. Makin lama digunakan makin habis power sampai satu tahap kong terus. Sekarang fasa bateri tengah berkelip-kelip n4zak. Cuma bezanya, bateri boleh cas. Tapi hati aku macam tak boleh.

Kalau boleh pun, mungkin makan masa bertahun & kesabaran suami aku kena tahap tertinggi dewa sakti. Walaupun sekarang dia ada bagi aku duit belanja, ada sumbangkan kewangan keluarga, tapi aku dah tak rasa apa. Aku say thank you tapi hati aku kosong. Aku selalu berdoa minta Allah sembuhkan hati aku. Rasa sakit, perit & tr4uma dengan kejadian 2 tahun lepas tu masih aku terasa.

Sangat. Sampai tahap aku dah tak mampu sebut nama suami aku dalam doa aku. Aku tak mampu nak doa yang baik-baik untuk diri suami aku. Tapi aku tak doakan benda buruk untuk dia pun. Aku tahu aku salah aku tahu aku tak patut macam ni. Aku minta maaf because i just can’t.

Aku selalu menangis & berdoa Allah hilangkan rasa sakit yang aku tanggung dalam hati. tak ada siapa yang tahu even my family. Aku masih senyum & tunjuk mesra dengan suami depan semua orang. But deep in my heart, I am hrting & aku dih4ntui tr4uma kisah buruk tu. I am not sure will he improve himself forever or this is just temporary.

Aku rasa aku dipergunakan, diperb0d0hkan, diambil kesempatan & dit1kam. Bukan sekali tapi berkali-kali benda sama berulang dan kemuncak nya adalah kisah 2 tahun lepas itu lah. Ibaratnya, aku baring dilandasan keretapi dan digilis berkali-kali dengan keretapi tu, tapi tak mati mati. S4kit. P4rah. Sangat. Even after years.

Am I worth living? Untuk tanggung rasa sakit & pedih ni seumur hidup, aku rasa terlalu berat. Sebab tu aku selalu minta kesembuhan hati. Aku minta Allah hilangkan rasa ni dari hati aku. Aku minta Allah hilangkan perkara ni dari fikiran aku. Baik sebab ayah aku mahupun suami aku. Aku minta supaya aku tak kej4m pada diri aku mahupun orang lain.

Adakah aku tak layak untuk dapat hak aku sebagai anak mahupun isteri? Adakah aku memang tak ditakdirkan untuk tu semua? Adakah hidup aku selamanya untuk memberi tanpa menerima? Adakah hidup aku selamanya untuk berk0rban dan terk0rban?

Duhai lelaki, jadilah pelindung.BAdakah berat bebanan mu dan aku memberatkan lagi dirimu? Aku cuba sedaya upaya untuk meringankan bebanmu wahai lelaki, ayah, suami. Tapi mungkin aku gagal. Mungkin aku belum melakukan yang paling baik yang sepatutnya aku lakukan. Atau aku sebenarnya tak ber hak untuk semua itu?

Mungkin ini memang takdir aku. Wahai suami.. Banggakah dikau memilikiku sebagai isteri? Sejukkah hatimu mempunyai aku sebagai surimu? Atau aku menambah beban dan bahang di dalam hidupmu? Susahkah menjaga diriku? Aku tak merasa kasih dan sayang dari seorang ayah..

Dulu.. Aku teringin benar rasa kasih sayang & perhatian mu suami Kenapa kau biar sampai air kasih cinta aku padamu kian kering baru kau ingin cuba memberi apa yang hak untukku? Kenapa perlu kau buat sampai hati aku kosong begini.. Aku minta maaf andai rasa ini sudah tiada. Aku minta maaf andai perananku sebagai isteri tidak sempurna dulu.

dan kini, Aku minta maaf sebab gagal menjadi yang terbaik dan gagal membuat kau sayangkan aku sepenuh hatimu, suami. Kerana, andai kasih sayang kau padaku besar, tak mungkin kau akan khianati aku dulu. Tapi itulah yang tergamak kau lakukan. Aku minta maaf akan ketidaksempurnaan aku sebagai perempuan. Ye, akulah perempuan malang itu. – Ika (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mujahidah hasnah – Sedih baca confession ni. Nak komen tentang isu ayah tt tu. It might be differed from komen2 di sini. Memang betul tt dah kecikkan hati dia, tapi itu tak menjadi lesen utk dia lari dari tanggungjawab dia utk anak2nya semua.

Ramai ibu bapa bersedih hati dengan kelakuan anak2 remaja i.e kurang ajar, melawan, member0ntak, memalukan ibu bapa. Tapi hubungan ibubapa diikat dgn d4rah daging, tanggungjawab dan amanah. I blame him mostly, sebab “tantrum” dan “tak matang”nya tindakan dia terhadap perbuatan anak yg masih sekolah.

Senang betul buang putuskan hubungan, cuci tangan macam tu shj. Mohon maaf tt, tak ada solution dapat diberikan. Saya doakan keadaan dan situasi tt menjadi lebih baik dari yg sekarang. Doa banyak2 pada Allah, mudah2an kebahagian dan ketenangan menjadi milik tt sekeluarga.

Kak ain – Tt diberikan bapa yg begitu, sebagai persediaan bila mempunyai suami dengan ciri2 tersebut. Baran dan lepas tanggungjawab tanpa rasa bersalah. Andai belum berubah, tak terlewat utk tinggalkan dia. Tapi nampaknya dia sudah berubah sedikit demi sedikit.

Ada 2 perkara yg perlu kita letakkan dlm panduan sama ada ingin terus bersama dan bersyukur dan sama2 memperbaiki diri, atau utk bawa haluan masing2. Pertama, dia solat 5 waktu. Kedua, dia tiada wanita lain selain tt. Jika ciri ini dia penuhi, teruskanlah. Ada cahaya di hujung jalan.

Raja norkhini – Ayah awak dah cuba berlaku adil dengan semua anak-anak. Tapi, bila ayah awak baca apa yang awak tulis tentang dia lebihkan adik-adik lain dari segi kewangan dan keperluan, walhal dia tak buat macam tu pun, jadi dia rasa marah.

Ayah awak nak awak rasa macam mana dia lebihkan adik-adik lain tu, supaya awak sedar kesilapan awak dan minta maaf. Tapi awak biar je keadaan macam tu. Sebab tu perkara tu jadi berlarutan dan berpanjangan. Sekarang ni, awak pergi la minta maaf dengan ayah awak. Apa pun, semoga Allah permudahkan semuanya.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.