“Kesian ibu cakp sorg2”. Aku jenis bckp, suami pndiam. Bila ty muka ketat. Sejak “kerja” nie, hilang rasa bosan.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Saya dah berkahwin hampir 10 tahun, jujur amat sukar nak mencari keserasian kami suami isteri.
Suami jenis pendiam tapi sebenarnya tak berapa pendiam dengan kawan-kawan.

Saya pula jenis suka bercerita dan bersembang. Acap kali bila saya bercakap, respon suami buat don’t know.. sampai anak saya sekarang yang dah mula mengerti bercakap, “Bila ibu cakap, ayah diam je, ibu ketawa, tapi ayah tak, kesian ibu cakap sorang-sorang”.

Ya, selalu saya sedih dengan respon suami. Saya cerita, saya gelak, tapi suami gitu je, macam cakap dengan dinding Apa lagi waktu saya jadi suri rumah. Apa sahaja pendapat saya tak diendah suami, suami selalu cakap, dia lebih tahu semua benda daripada saya.

Suami memang tua 2 tahun daripada saya, tapi pengalaman hidup masing-masing berbeza. Tak bermakna saya tak tahu apa-apa. Mak mertua pula anggap anak dia perfect g1ler. Tak ada salah apa pun anak dia, semua betul. Bukan pada suami je, pada anak-anak dia yang lain pun sama.

Saya perhatikan anak-anak mertua boleh kata self esteem tinggi, sebab mak ayah selalu back up, tapi tak sedar-sedar buat salah walaupun anak dah tua, berkahwin dan beranak. Anak bercakap kurang ajar dengan orang lain, tak apa, anak perempuan tidur dengan orang lain, tak apa.

anak lelaki duduk menumpang rumah mertua, tak apa, anak menguutuk orang lain, tak apa. Saya selalu diam, menjadi pemerhati sahaja. Mak mertua selalu mengutuk menantu lain secara beralas dengan saya, tak mustahil dia boleh buat benda sama pasal saya.

Saya jadi kurang benda dah nak bercakap dengan suami, tak ada perasaan, kalau bercakap pun, last-last saya makan hati. Suami pula jarang bercerita hal kerja, hal keluarga dia, hal anak. Kalau weekdays, tak payah la nak cakap apa, malam tidur, esok ulang rutin.

Weekend pula tengok la mood dia kalau boleh saya nak bercakap. Kadang-kadang dia nak saya buat apa-apa, dia tak bercakap. Dia ingat saya ni ada kuasa telepati boleh nak faham apa dia nak. Tapi naluri saya memang perlukan berkawan untuk berborak.

Umur macam saya, kawan-kawan semua busy dengan kehidupan masing-masing. Nak ajak keluar pun, masing-masing tak ada masa. Keluarga saya pula jauh, saya merantau ikut suami. Nak call selalu risau orang tua saya tak tenang nanti tau saya ada masalah apa-apa.

Lama-lama rumahtangga jadi bosan, hanya buat kerja rutin, bercakap pun hal anak. Akhirnya saya bekerja semula nak bantu ekonomi keluarga, syukur juga, di tempat kerja, lepas lah rasa nak bersembang dengan orang lain. Saya ada kawan, lelaki, we can talk almost everything.

Saya tahu tak boleh kawan rapat sangat dengan lelaki, tapi dengan dia saya rasa content. Wavelength kami sama, dia bukan mudah terasa, tak judge saya. Boleh nak gelak sama-sama. Saya rasa bebas nak bersembang. Kalau saya down di tempat kerja, dia selalu bagi kata-kata semangat.

Kalau saya luahkan benda negatif, dia tak mudah judge dan dia faham kenapa saya luah. Dari situ saya belajar how to get along with others, juga ubah perspektif saya jadi lebih baik. Pr0blem dengan suami, dia selalu b4d thinking tentang saya. Suami dibesarkan dengan menganggap orang lain ni tak berguna.

Cara dia bercakap dengan saya macam saya ni msuh. Kerap kali saya bagitau suami, saya bukan msuh dia untuk dia bercakap cara macam tu dengan saya. Saya tak faham kenapa reaksi dia macam tu, sedangkan bila dia dengan kawan, elok pula dia senyum-senyum, tapi bila bercakap dengan saya, muka dia asyik la ketat.

Saya lagi rela buat benda lain daripada tengok muka ketat suami. Sebab muka ketat tu menjejaskan em0si saya… How to be a happy wife dalam keadaan macam ni? Saya kena hadap situasi ni sampai ke tua? By the way, kami ni berkahwin atas dasar dah jodoh. Bab lain saya ok, boleh tolerate dengan suami, tapi bab komunikasi ni saya rasa fail.

Banyak kali saya terus terang dengan suami, saya tak boleh terus menerus berkeadaan macam ni. Saya tak boleh nak baik sangka selalu dengan dia, sebab makin lama saya rasa menyampah dengan keadaan ni. It can’t work if only one side give effort. – Suraya (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Suhaila syahida – kesian Puan. Saya doakan rumah tangga Puan diberikan sakinah, rahmah dan mawaddah. Cuba Puan pergi Darul Syifa. Kdg2 ada berlaku kes b0m0h nk pisahkan atau tawarkan hati pasangan. Kita pun x tahu kan hati org. Apatah lg bila Puan ada kwn lelaki yg memahami ni….

hurmm, sy4itan mudah sgt nk berbisik2. 10 tahun tu lama tak lama la jugak kan.. klu ada anak, kesian. Cuba juga dapatkan kaunseling rumahtangga. Jgn mudah mengalah. Tp saya juga faham pend3raan em0si begini sgt menyakitkan sbb pasangan sepatutnya jd support system yg paling kuat.

Kalau dah ambil semua langkah baik pulih dgn bersungguh2 tp masih x de kesan, Puan lebih tahu apa yg Puan mahu. – virtual hug

Syida madina – Suami sy pendiam juga. Tapi syukurlah dia diam atas dasar Yang baik. mksdnya..klu bercakap benda Sia Sia pun xguna Kan.. Dan sy tak pernah jadi hsewife. Sy mmg kluar bekerja. N sy mmg jenis susah nak bercakap dgn lelaki. Klu FB adelah tapi depan2 sy put a gap.. cz kita tahu yg kite isteri orang. Jgn mula compare suami. Pasti ad kelebihan dia.

Ad juga kekurangan Kita. Cuba puan klu mmg dh xsuka. Tak bole get along. Better berpisah. Tapi 10 tahun. Fikir2kan.bukan sekejap. Kebetulan,sy pun sama dah 10 tahun berkahwin. Sama. Biasalah marriage ade Naik ad turun. Kdg gaduh kdg baik.kadang bosan.maybe dia pun juga Rasa benda yg sama.

Nabihah johari – Sbnrnya diam itu lebih baik. Cuba pkir byk2 berckp berapa je patah perkataan yg pekdah..berapa perkataan mengumpat, mengata org lain, yg xde isi. Tu blum kisah borak2 mesra dgn lelaki lain. Perempuan ni byk di neraka sebab selain tak ttp aurat tp sbb mulut juga.. ak paham perempuan ni mmg suka berckp.

Klau suka sgt berckp cr lah kwn perempun join usrah adalah lebih baik. Bkan kwn lelaki. Suami tu ko kene igt tak sempurna jd takpayah la expectation tu tinggi sgt. Tang mesra dn kwn2 tu mngkin sbb tu imej ‘luaran’ yg dia kene jaga. Dgn family dia mngkin dia ada ego dia sbb mcm ko ckp dah dia mmg membesar dlm keadaan mcmtu.

Lpstu ko da tau dia jenis mcmtu, takpayahla dicari pasal lg. Klau nak selesaikan masalah biarlah secara berhikmah. Learn the psyc0l0gy of marriege. Embrace the difference. Ak cdgkan ko cr lah hobi cth membaca bku, tulis blog ke, atau belajar trading. Msti da takde masa nak berckp je. Klau nak sembang sembang dgn anak je la.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.