“Aku nak gigi putih”. Gusi mula mbengkak dan kedepan. Tiba2 xbo mgunyah. Tgamam aku bila jump pakar utk nasiht.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam dan hai semua. Aku harap sangat admin dapat publish confession aku ni. Tolong aku untuk educate semua orang supaya jangan repeat kesilapan aku.

Nama aku Ms Insecure. Aku dah lama sangat rasa sedih dengan warna gigi aku. Bagi aku, warna gigi aku ni kuning yang amat macam orang tak gosok gigi sejak lahir. Warna kuning macam aku minum air kunyit, tapi segala plak, karang gigi, tahi gigi semua clear, susunan gigi pun not bad.

Mulut aku pun selalu wangi pasal aku memang suka pakai mouth rinse and mouth spray. Aku sedih pasal aku memang jaga gigi aku sejak kecik sampailah tua bangka macam sekarang ni. Aku pergi scaling 2 kali setahun, aku pakai ubat gigi beli dekat dentist saja, aku buat whitening dekat dentist berkali-kali.

kos pulak bukan murah, paling murah aku pernah dapat ialah RM550. Tapi, warna kuning ni memang tak nak pergi dari gigi aku. Pakai lipstick pun rasa sedih pasal kadang-kadang ada warna lipstick yang lagi menaikkan lagi kuning gigi aku. Nampak macam warna emas celup 7 keturunan yang kusam turun warna.

Aku ni nak sangat gigi putih bersih berkilauan dan tersusun rapi bak gigi retis-retis dan instaf4mous yang aku selalu tengok. Aku nak gelak tanpa tutup mulut, tak nak risau takut orang nampak gigi kuning ni. Rupa aku ni tak teruk sangat, gigi saja yang paling merisaukan aku.

Kalau dah gigi kuning, memang hancur semua usaha aku jaga muka ni. Korang bayang la kalau Elizabeth Tan gigi kuning? Hilang kecantikan dia tu kan? Pakai make up mahal-mahal pun kalau gigi kuning memang turn off wei. Maka aku mencari-cari dari mana dorang dapat gigi putih tak masuk akal macam tu.

Takkan la semua dorang ni memang kebetulan tuhan takdirkan lahir dengan gigi flawless macam tu? Pencarian aku membawa kepada pelbagai page Ig. Aku dah tak sabar nak ada gigi putih berseri dan mampu sengih luas-luas 24 jam. Tambah-tambah lagi kerja aku memang melibatkan banyak bercakap, jadi orang memang akan focus dekat mulut aku.

Banyak page ig tu letak testimoni F4KE VENEERS before and after, tapi takde la dorang tulis F4KE. Gigi berkarat pun jadi macam gigi Iman Troye. Gigi rongak pun boleh nganga dengan confident pasal gigi dah helok macam gigi Nora Danish. Aku pun gigih DM satu-satu page tu, sampailah aku berkenan betul dengan satu spa ni.

Ye, SPA. Dalam banyak-banyak Ig real dentists yang aku stalk, aku pilih SPA ni. Pasal apa? Of course pasal harga dia murah. 16 gigi hanya RM1700, berbanding dengan dentist yang harganya around 300-500 untuk sebatang gigi. Lepas tu, interior spa dia nampak cantik dan classy, aku jadi yakin nak pergi.

Aku nekad terus set appointment on the next day. Aku tak macam aku yang biasa. Normally nak buat apa-apa aku akan research and g00gle thoroughly. But kali ni, aku dah macam kena b0m0h, terpesona sangat-sangat tengok testimoni orang-orang dekat Ig tu. Dorang punya sengih lebar berkilau-kilau putih memancar-mancarkan suria sampai aku termimpi-mimpi. AKU NAK GIGI PUTIH!!

Hari yang aku tunggu pun tiba. Aku pergi spa tu walaupun jauh dari rumah aku. Aku sanggup redah jem tu semua. Tapi bila aku stepped into the spa, aku rasa macam tak sedap hati. Tapi aku biarkan saja rasa tu pasal apa? Pasal aku nak gigi putih macam iklan Colgate! Aku nak get rid of masalah gigi kuning ni yang selalu merosakkan confidence aku.

Beberapa kali masa menunggu tu, aku rasa nak bail out. Rasa takut salah pilih tempat, pasal aku tak pernah buat rawatan gigi dekat tempat selain dentist. Bila masuk bilik, lagi aku rasa nak lari. Pasal kerusi macam dekat dentist tu pun tak ada, just katil macam biasa dekat spa tu dan alatan yang aku tak berapa nak yakin.

Tapi, lagi sekali, pasal n4fsu aku dah nak sangat-sangat gigi putih, aku husnudzon saja dan nganga dekat mamat tu selama 2 jam. Yes, dekat dua jam aku rasa nak tercekik dengan air liur aku sendiri pasal mana ada dia pakai penyedut suction semua macam dekat dentist. Bagi peluang meludah pun tak ada.

Halfway done, aku betul-betul rasa menyesal tapi apa nak buat. Aku teruskan saja nganga sambil kadang-kadang berbunyi macam lembu kena sembelih dan doa tak m4ti terc3kik. Dah siap, masa tu dia tanya ada rasa tak selesa tak? Mana lah aku dapat rasa apa-apa pasal mulut dah kebas g1la duk tadah dekat dia berjam2.

Tengok cermin, yes, aku nampak gigi kuning aku dah lesap. Putih seputih-putihnya. Aku bayar RM1700 dan aku balik. Sepanjang perjalanan balik sejam tu, aku rasa sangat-sangat tak selesa. Tapi aku pujuk hati, kebas dan lenguh lagi ni. Sampai rumah aku tengok muka aku. Aku tengok gigi aku.

Aku rasa gigi aku ke depan dan besar-besar, aku macam jongang. Warna gigi aku pulak, memang putih. PUTIH MACAM JAMBAN RUMAH AKU. Memang sangat-sangat tak natural dan pelik. Itu hanya permulaan. Bila nak makan, aku tak dapat kunyah. Gigi geraham atas yang aku biasa mengunyah tak sentuh gigi bawah.

Macamana nak kunyah makanan? Makanan tak dapat h4ncur. Mulut aku rasa lenguh sangat-sangat, jaw sakit pasal mulut tak dapat tutup dengan betul. BIla aku tanya, dia cakap ‘biasa’. Tunggu 2 minggu untuk sesuaikan diri dengan gigi baru. Bermula lah episod air liur basi aku meleleh sampai basah bantal pasal mulut tak tutup rapat, walaupun selama ni aku tak de macam tu.

Aku tunggu seminggu sampai aku dah betul-betul tak tahan. Dia suruh pergi dekat spa dia balik. Never in my life! Aku terus ke dentist dan dentist tolong trim 4 gigi fake veneer yang buat aku tak boleh mengunyah dan tutup mulut dengan betul. Dentist tu memang baik dan bagi macam-macam advise dekat aku.

Dia advise supaya aku buang semua 16 fake veneers ni sebelum jadi lebih teruk. Tapi masa tu, aku dah habiskan RM300 untuk dia trim dan dia nak caj RM100 sebatang untuk removal. Aku sayang duit lagi masa tu, so aku cakap aku nak trim 4 batang dulu. Fast forward sebulan.

Aku ters3ksa dengan gigi putih jamban aku, jongang aku dan bila bercakap, aku tak boleh sebut words yang ada S dengan betul pasal gigi depan aku panjang dan berlaga dengan gigi bawah. F4ke veneers ni pantang kena makanan berwarna, kita akan struggle nak cepat-cepat gosok gigi pasal kalau tak, warna tu melekat dekat f4ke veeners tu.

Paling teruk, mulut berbau sangat busuk. Aku sentiasa floss gigi, aku gosok gigi, aku pakai listerine 2 kali sehari. Tapi busuk tu memang aku sendiri tak tahan bau dia. Aku ingatkan itu semua dah paling teruk, rupanya ada yang lagi teruk. Gusi aku bengkak dan sentiasa berd4rah.

Tengah duduk relax-relax pun boleh tiba-tiba berd4rah. Bila gosok gigi, aku takut tengok d4rah yang keluar. Sakitnya semua gigi aku, macam rasa ngilu yang nonstop, bercampur dengan berdenyut bengkak gusi. So that’s it! Aku kira kos nak buang semua f4ke veneers ni. Ada klinik yang caj 100 per tooth, ada yang RM150 per tooth.

Aku cuba cari klinik lain yang caj murah sikit, akhirnya aku jumpa dentist yang caj RM1100. Aku terus tak fikir panjang dan terus pergi klinik. Tuhan saja yang tahu sakit dan s3ksa aku membuang f4ke veneers ni. Dentist sampai duk minta maaf berkali-kali dengan aku sepanjang procedure. Memang mengalir air mata.

Dentist tu cakap ada patient yang baru pakai fake veneers ni 3 hari dah datang untuk tanggalkan. Ada yang berbulan tunggu dah teruk dan mulut busuk g1la baru datang. Maybe pasal kos nak remove ni bukanlah murah. Bukan semua orang mampu. Sebaik sahaja dah settle, aku terus rasa 50% lega. Sakit yang aku tanggung selama ni terus berkurang.

Balik rumah, the next day, aku rasa I was 90% better dan gusi aku dah stop berdarah. Ada sikit-sikit saja masa brush. Semua yang aku lalui ni, sama sebijik macam yang aku g00gle tentang the side effects of fake veneers. Semua yang dentists duk cakap dekat y0utube, dekat fb, dekat tw1tter semua jadi pada aku.

Confession ni adalah untuk memberi pesanan kepada dua golongan orang yang obs3ss nak helok macam aku dan spa owners. Please, aku merayu korang yang tengah bercita-cita nak pasang fake veneers, f4ke braces atau apa-apalah tentang gigi dekat spa atau beauty centre, tolonglah cancel niat tu. Simpan duit banyak-banyak dan pergilah buat dekat dentist.

Mana nak cari ganti kalau kita hilang gigi asal kita yang tuhan bagi ni. Aku takut sangat-sangat gigi asal aku dan beberapa batang veneers original aku (yang kosnya RM1000 masa aku buat dengan dentist sebelum ni) patah atau rosak masa removal tu. Alhamdulillah semua ok, dentist yang merawat aku sangat cekap dan professional.

To the spa owners yang bagi service f4ke veneers ni, banyak duit korang dapat atas kesngsaraan customer korang, rezeki tu dah jadi tak berkat. Korang bagi ayat standard nak melepaskan diri saja dan tak peduli pun apa jadi dekat kitorg lepas tu. Tapi aku memang salahkan diri aku, kerana b0doh sangat terikut trend dan terpengaruh dengan iklan.

Kos aku tanggung hal fake veneers ni semuanya RM3100. Aku boleh beli Iphone baru dengan duit tu, haha. Aku harap aku dapat sampaikan mesej ini pada korang semua dan mengelakkan lebih ramai yang jadi mngsa. Terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni. Terima kasih kerana sudi membaca. – Ms. Insecure (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Anne rosland – Masa sy pakai braces ni, ade kwn sy dengan bangga cite dia nk buat veneer dalam rm1200 / rm1300 whole gigi. Sy mcm, mak aih aku buat gigi braces nk dkt 5k kot blum lagi tambah 2 gigi lagi sebab gigi jarang sangat lagi 4k.

Tapi lepas dia tunjuk hasil gigi veneer dia (dia send video sebab kitorg duduk jauh), memang putih pelik g1ler. Not natural at all. Patu gigi besar besar. Yg kelakar gigi bawah pun besar, mcm katun dah tengok. Dia takda cite lepas buat veneer whatsoever tu apa jadi but im totally not regret pakai braces.

Walaupun gigi takda putih mcm jamban but its still my own teeth. Memang betul mcm sis ni cakap kalau pakai lipstick certain kaler akan menyerlahkan gigi lgi kuning BUT thats why i choose to love orange kaler. Nampak lagi manis, gigi pun tak nampak kuning sgt.

Afifah azam – Gigi ni putih dia ada banyak shade, ada org memang akan kekuningan sikit, janji bersih dari plak dan karang itu pun dah sejuk hati memandang. Btw benda-benda f4ke veneer f4ke crown f4ke braces ni tak perlu check mendalam pun nak tau benda tu f4ke.

Kalau yg buat tu bukan dentist confirm f4kelah tu. Aku pun tumpang sedih dan patah hati tau bila patient datang minta buka f4ke braces, f4ke veneer. Bab caj buang f4ke veneer semua tu, maaf tau kena mahal sbb kadang tukang buat tu pun tah lekat pakai bahan apa, susah wei nak trim.

Nak kena deep scaling lagi, penat tau huhu. Oh ye btw kalau dah jadi mangsa, please buat laporan supaya diorang ni terima hukman sewajarnya. Tak nak la orang lain kena pulak kan huhu.

Cik lin – I pn prnh buat ni..info dkt insta shop tu mengelirukan smpai i percaya yg itu adlh composite veneer..tula gigih sgt nk putih merepek pdhl gigi yg asli mmg da ok kesan die sgt2 teruk smpai malu kite nk bercakap ngn org..end up tpkse g klinik gigi swasta utk bkk blk sume..

buat f4ke veneer 16 btg gigi kat illegal clinic tu cost rm1,300.. then bukak blk dgn klinik biase.. dentist kat Klinik Pergigian Qistina cas rm50 sbtg gigi, utk 12 btg = RM600, recommended! dentist pn memahami keadaan kite…4 btg lg buat kt klinik lain RM400..so mmg habis RM2,300…rugi dan menyesal sgt2 sis.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.