“Bkn mnantu pilihan”. Terasanya dgn keluarga mertua. Nie adik ipar pula jenis amik kesempatan.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi semua. Tujuan aku post confession ni hanya nak minta pendapat pembaca semua. Nama aku Rose. Seorang guru, suami aku Shahrull, seorang pegawai tentera.

Suami ada 2 orang adik lelaki Ahmad dan Badrul. Aku jarang sangat balik kampung suami sebab kekangan kerja suami aku yang asyik ke luar negara dan operasi berbulan2. Bila suami dapat cuti sebelum dan selepas operasi barulah kami balik ke kampung nya.

Dalam adik beradik aku, semua berjaya habis belajar dan dapat kerja mengikut ijazah masing masing tapi berlainan pula dengan adik beradik suami. Suami anak sulung, adik beradik dia yang lain hanyalah tamat SPM dan bekerja biasa. Dari dulu lagi, adik beradik suami sangat mengharapkan pertolongan suami setiap bulan.

Aku tak kisah suami nak tolong sebab suami tak pernah pun kurangkan perbelanjaan kami anak beranak. Yang menjadi masalahnya ialah, sejak akhir2 ni aku perasan, keluarga mertua mempergunakan suami dengan alasan aku pun bekerja dan gaji kami besar.

Sebelum kawen lagi, Kami dipaksa berkongsi majlis dengan adik lelaki (Ahmad) atas alasan Ahmad tak cukup duit nak buat majlis sendiri, tapi apa makna kongsi kalau dari sekecil kecil benda sampai lah yang besar menggunakan duit suami.

Aku beli sendiri gelang batal wuduk bagi pada suami aku sebab kesiankan dia pening fikir mana nak cari duit. Tapi suami dah bayar balik harga gelang tu selepas kawen. Rumah mertua aku hanya mempunyai 3 bilik. Bilik utama, bilik tengah dan bilik belakang. Bilik tengah ada tingkap tapi masih ada udara panas keluar masuk tapi bilik belakang panas nya macam oven.

Setiap kali kami balik, kami akan ditolak ke bilik belakang sebab tak ada siapa nak duduk bilik tu sebab panas. Kami redha tak nak berebut dengan adik2 yang lain. Ahmad dan isteri akan duduk bilik tengah. Bila anak sulung kami lahir, aku cadangkan supaya suami untuk pasang air cond.

Nak bagi anak kami selesa. Yelah, kalau tido dalam bilik tu, panas nya sampai peluh boleh mengalir dari kepala masuk telinga. Suami beli air cond dan panggil orang pasangkan atas persetujuan ayahnya. Raya haji tahun lepas, berkali kali Ahmad call suami tanya bila nak balik.

Rupanya Ahmad plan balik awal sehari dari kami sebab nak rebutkan bilik air cond tu. Kami ditolak ke bilik tengah pulak. Badrul pulak ada Gf yang belajar di University. University Gf Badrul hanya sejam dari rumah mertua. Jadi setiap minggu Gf Badrul akan datang dan tido rumah mertua.

Cuti semester pun datang duduk rumah mertua. Mertua beli kain nak sedondon waktu raya tapi kain bahagian aku boleh bagi pada Gf Badrull. Semua pakai sama kecuali aku dan suami yang tak diberitahu pun warna apa nak pakai untuk tahun tu.

Aku dan wife Ahmad bersalin pada tahun yang sama cuma bulan berbeza. Masa aku nak bersalin, cuma wassap doakan aku selamat bersalin. Macam2 alasan nak datang tengok aku pantang, jauh la apa la. Padahal 3 jam perjalanan je. Tapi bila wife Badrul nak bersalin, 3 hari sebelum dah berkampung kat rumah Badrul tunggu dia nak bersalin.

Kalau kalian jadi aku terasa tak? Aku cakap pada suami aku terasa. Barulah sebenarnya suami luahkan yang dia pun perasan apa yang jadi cuma malas nak memperbesarkan isu. Aruwah mak suami dah mennggal tapi ayah dia dan kahwin lain. Dia tak nak ayah dia ingat dia tak suka mak tiri dia.

Setakat ni kami balik buat muka tak malu lagi tapi lama2 jadi malas nak balik. Bila cuti, kami lebih suka balik rumah keluarga aku atau pun pegi bercuti mana2 yang dekat. Semalam, adik suami, Badrul wassap minta bantuan duit untuk majlis kawen dia nanti. Banyak jugak la amount yang Badrul minta.

Tak lama lepas tu ayah mertua pulak wassap tanya boleh tolong tak. Suami aku kena keluarkan lebih dari Badrul keluar duit untuk majlis dia. Aku cakap pada suami, kalau macam tu, macam dia pulak yang kawen lagi sekali kan. Cuti chinese new year ni suami ajak balik kampung dia untuk bincang.

Aku iyakan je sebab kesian jugak lama tak balik kampung dia. Tapi tulah, dua2 pun tak hepi bila fikir kena balik sana. Aku tau aku takde hak nak terasa dengan keluarga mertua, tapi aku pun manusia biasa yang ada hati perasaan… huhu.

Betul cakap orang, kita boleh anggap keluarga mertua kita macam keluarga kita, tapi belum tentu dia boleh anggap kita macam keluarga dia.

Reaksi waranganet

Riniz evrina – Saya dah merasa camni,,kemas elok bagi cantik dan wangi sebab mertua memang suruh balik selalu untuk bantu dia di kampung tapi bila balik bilik bau r0kok dan atas katil pula kotor bersepah kesan dikeronyok macam orang dah tidur atasnya..

dikhabarkan pulak makwe adik ipar tumpang tidur dalam bilik kami dan bilik sebelah kami tu bilik si adik ipar, siap main lagi adoii jemmm.. camne saya tau tu biarlahh rahsia..

nak ikutkan tu umah mertua sukahati dialah nak usik bilik mana pun tapi yelah bila dia harapkan kita balik selalu kenalah ada satu tempat khas supaya bole rehat sebaik sampai.

Pija akbram – Ini bukan sebabnya belah sini semua ijazah belah sana semua takat spm punya sebab…ini sebabnya hati akal dan jiw4 manusia tu yg tak guna sebaiknya…rasa x patot nak compare hal pelajaran sbb tak kena gaya tak kena mengena dgn sifat manusia…

klu saya ditempat tt saya bertegas sikit hal duit suami… tolong adik beradik ni mmg bagus sgt dan amat digalakkan tapi bukanlah perkara2 remeh…klu betol2 perkara susah… klu nak belanja kenduri kawin adik badik tu xde masalah… kita support mana mampu tapi nak lebih dari dan meminta2 kita lebih kluar plak..x patot rasanya… hal ekon bagai tu… nak wat camne..

bil depa tak tuntut kira bio g laaaa… balik pagi malam balik rumah sendiri xyah tdo2 x sakit jiwa nak mikir lama2 sama je perangai jadi gtu… satu je nak tekankan tegassssssss.. tolong tu bagus tapi BUAT BAIK BERPADA PADAAAAAAAAAAAAAAA .. BUAT JAHAT JGN SEKALI… fikirkanlah.

Sitimurni – Entahlaa…kku aku di tempat ko pun aku hangin satu badan.. Tapi aku kku balik kg aku tak duk umah mertua.. aku duk umah mak aku..tiap2 hari kami pi umah mak mertua.mertua ipar duai baik2 semua.umah mak metua aku elok cantik.. umah mak aku umah kg ja.duk lak dlm utan..tapi laki aku dan aku selesa duk umah mak aku..

dlm kg nyaman..sejak aku ada cucu aku buat umah sendiri kat kg..bukan apa kang penuh lak u.ah mak aku tak cukup bilik.aku buat ja umah kecik sekankang kera kat kg. Klu musim tak raya ok laa mari musim.raya penuh..takat ank cucu menantu ok lagi..ni nak masuk cicit cucu menantu.

biasa kami ank bernak duk dlm satu bilik .. mari nantu cucu cicit mak aku (cucu aku)..penuh umah ketat bilik..aku nekad buat umah sekangkang kucing aku jadilaa.habaun kami ank cucu. Tapi klu aku ditempat ko pun dik..hangin gak satu badan.

Maiya aspis – Adat… Mertua x sama mcm mak kita… Mmg betul… Mcm tu la mertua saya…. Anak punya ramai 8 orang dekat suami saya juga di kenen” apa” yg dia nak…. Sebab suami tahu perangai saya mcm mana… Sejak famili mil cakap saya orang luar… Suami dah malas nak campur tangan hal keluarga dia..

Bayangkan abang dia nak kahwin minta bantuan suami saya…. Nasib kami duduk sendiri…. Dan baru berpindah…… Mil yg baik akan faham kita mcm mana.. Itu jeki, kalo dpt mil yg kureng perangai dia… Hati kena kental…… Kena sado… Kena sabar…. Balik kg mil buat” je xde pape… Doa agar di permudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.