Aku dh bcerrai tp rujuk kmbali. Sbb suami tukang mask, aku disalhkn. Kononnya ak malu dgn keje suami. Kini aku tsepit atr suami dan ipar.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Nama aku Ina (bukan nama sebenar). Terima kasih admin jika sudi menyiarkan kisah aku. Aku cuba untuk meringkaskan cerita. Aku mahu pandangan dan kata semangat.

Aku tak mahu kecam4n kerana aku sudah lelah.
Hampir 3 tahun usia perkahwinan aku dengan suami. Kami bakal menimang cahaya mata kedua. Alhamdulillah. Kini, hubungan kami suami isteri semakin hari semakin bahagia. Lagi2 akan diserikan pula dengan kehadiran anak dalam rahim ini, kami hidup seperti apa yang orang lain idamkan.

Suamiku sangat baik. Selalu membantu aku buat semua kerja rumah, uruskan anak sulung dan sebagainya. Cuma nafkah on off sebab kerja sebagai tukang masak, tidak menentu pendapatan pada musim kobid ini. Tapi itu tidak menjadi masalah kpada aku kerana aku juga bekerja.

Suami cukupkan diapers dan susu anak, itu sudah buat aku bersyukur. Kami selalu spent time sama2, aku memang tak berkira duit tambah2 bila makan2 di luar bersama suami. Aku bahagia saja sebab layanan dia di rumah adalah layanan yang menjadi dambaan wanita lain.

Dulu, suami aku sama juga seperti lelaki yang tak bertanggungjawab. Kami pernah bercerrai sebelum pkp yang pertama kerana aku sudah tidak tahan. Adik beradik suami sering ikut campur dalam urusan kami suami isteri. Pernah mereka memujuk suami aku untuk pjj dengan aku konon bersimpati dengan gaji suamiku yang kecil.

Kakak iparku pernah mencanang namaku pada seluruh keluarganya mengatakan yang aku dalam diam malu mempunyai suami seorang tukang masak sedangkan aku bekerjaya dan mendapat gaji yang lebih besar daripada suami. Aku tak tahu perkara itu sehinggalah pada satu hari aku bertengkar dengan suami, dia terlepas semuanya.

Aku kecewa dan lebih kecewa lagi suami menyebelahi kakaknya. Katanya, aku adalah manusia yang nak menghancurkan hubungan kekeluargaan mereka sedangkan aku tak penah masuk campur hal keluarga mereka. Aku bukan jenis banyak mulut bila dengan keluarga mereka. Dipendekkan cerita, kami bercerrai juga selepas kami bertengkar.

Puncanya adalah aku menemui pesanan kakaknya yang lain bahawa dia tidak pernah menerima aku masuk dalam keluarga mereka. Dia pesan, bila balik kampung nanti, dia hanya menerima suamiku saja tapi tidak menerima aku. Tak mahu tengok muka aku lagi jejakkan kaki di rumah ibu bapa mereka.

Ya, aku sangat terluka dan lebih terluka, suami aku tidak menyebelahi aku dan percaya bulat2 apa yang disampaikan kakak dia sedangkan yang duduk serumah, tido sebantal dngan aku adalah dia. Bukan kakak dia. Aku pasrah dan reda. Aku hidup berdua dengan anak.

Dalam masa beberapa minggu (masih dalam eddah), suami pada masa itu tinggal di rumah ibu bapanya. Dia mengadu kpada aku secara berkias yang dia juga punyai masalah dengan kakak2 yang cuba mengh1na dia pula sebab mereka tidak tahu kami bercerrai. Mereka cuba psik0 harapkan kami bercerrai. Padahal kami memang sudah bercerrai.

Dari situ, suami mula nampak siapa yang harus dia percaya dan dia mohon rujuk kembali kerana rindukan anak. Anak memang rapat dengan dia. Aku pikir lebih 100 kali smpai tiada jawapan. Akhirnya aku mohon Allah tuntun hati aku demi kbaikan keluarga kami. Akhirnya kami bersatu kembali.

Rupanya ada hikmah percerraian itu berlaku. Selepas kami rujuk, suami aku berubah 360 darjah. Tidak lagi menggunakan kata2nya yang mengguris hati aku, Buat semua kerja rumah termasuklah basuh kain, angkat kain, bersihkan rumah, masak atau beli makanan jika tak larat masak, uruskan anak, uruskan rumah hampir setiap hari sehingga kini.

Aku bersyukur. Aku lebih bahagia dengan suami sekarang dan suami akan cuba memahami hati aku setiap kali aku meluah perasaan. Pujukan yang aku terima berbanding perlian pada satu ketika dulu. Dia memang memanjakan aku bagai anak kecil. Dulu em0siku did3ra, kini tidak lagi alahamdulillah.

Cuma, suami masih berusaha menjernihkan hubungan aku dengan keluarganya. Aku tidak mampu. Aku rasa maruah aku dipijak2. Aku menerima suami, bukan menerima keluarganya. Memang tak elok begitu kan? Tapi aku terkesan dengan kata2 kakak ipar yang mengatakan dia hanya menerima suami tetapi tidak aku.

Aku pernah juga balik kampung dia dua kali selepas kejadian itu, tetapi adik ipar lelaki dan perempuan aku memandang sinis pada aku. Anak aku juga tak dapat bermain dengan sepupu mereka menggunakan barang mainan mereka. Aku sedih lihat moment itu. Sejak itu aku tak mahu lagi berganjak ke sana.

Aku tak mampu lihat anak aku dilayan seperti orang yang bersalah sedangkan dia hanya kanak2 yang tak faham apa2 selain bahagia dlam dunia dia saja. Satu hal nya, mereka jenis yang tak tahu malu. Sudah menc4ci aku, masih mahu guna harta aku, kereta aku. Tapi dengan muka yang sombong.

Mereka sejenis yang mengatakan smua harta itu adalah kepunyaan suamiku walahal mereka tahu suamiku hanya ada motor sebijik sja itu pun dia dapat selepas kami rujuk. Aku tak boleh hidup dan hadap orang yang tak tahu malu. Suami ajak aku pulang lagi ke kampung, meraikan majlis perkahwinan adik beradik yang lain.

Tapi aku tak mahu. Aku tak kuat untuk did3ra em0si. Aku jenis cepat serik dan tidak mudah melupakan. Maaf aku mgkin tidak ikhlas sebab aku tersangat sakit. Aku juga tidak mahu suami balik seorang diri menggunakan kereta aku. Aku juga tak smpai hati biarkan dia naik motor saja sebab jauhnya hampir 5 6 jam.

Aku buntu. Aku memang tak mahu mereka menggunakan harta aku. Aku tak redha kerana aku tidak mampu berbuat baik kepada orang yang memijak aku. Aku bukan sebaik itu. Kali terakhir adik2 ipar aku naik kereta aku (bersama suami), mereka buang segala kulit buah mata kucing yang mereka makan di bahagian kaki.

Tak cukup dengan itu, mereka melenyek buah itu di karpet kereta aku dengan cara memijaknya. Aku jumpa banyak buah yang dah kena lenyek smpai melekat habis di karpet. Belum lagi face mask yang aku sediakan sekotak di dalam kereta, lesap smuanya tinggal kotak sahaja.

Ya Allah, aku tak mampu hidup dengan manusia berhati busuk. Aku tak tunggu lama, tak tunggu mereka hancurkan kereta aku dulu untuk aku sedar. Aku cepat sedar. Ya, aku sangat berkira dengan orang yang aku rasakan tidak layak. Sebab aku sangat bermurah hati dengan manusia lain sebelum ini. Aku tidak mampu bermurah hati pula dengan orang yang menganiaya aku.

Maaf luahan ini agak panjang. Dari cerita aku, aku mahu minta pendapat kalian. Bagaimana caranya untuk aku ikhlaskan hati aku untuk maafkan mereka dan bagaimana aku harus kuat untuk menghadapi mereka lagi. Suamiku sudah sngat baik akhir2 ini terhadap aku sehingga melayani aku seperti puteri bila di rumah.

Tapi aku rasa bersalah kerana tidak dapat memaafkan keluarga suami. Aku cuba tapi aku tak mampu. Aku tahu suami sedih. Tapi, aku tak mampu buat masa ini. Aku perlukan kata semangat untuk perbaiki semuanya. Terima kasih kerana membaca. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. Aamiin. – Ina (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur safirah – Luka hati perlu dirawat sis. Tiada salahnya tidak mampu menerima orang yang pernah menganiaya dan memijak maruah sis seolah-olah sis tiada harga diri. Masa sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa, tapi masa akan membuatkan kita lebih kuat daripada sebelumnya.

Allah pemilik hati, mohon pada Dia tunjukkan jalan yang terbaik buat sis. Mohon didekatkan dengan insan-insan yang penuh kebaikan dan dijauhkan daripada manusia yang hanya mendatangkan kecelakaan dlm hidup sis. Yakinlah, Allah Maha Mendengar. InshaAllah hati kita lebih tenang walau tidak melupakan.

Mawar kasih – TT, berhentilah menjaga hati org walau org tu adalah saudara kita/ saudara suami kita sendiri. Fokus kepada kehidupan dan keluarga kecil anda. hargai org yg menghargai kita. Rawatlah hati dan jadilah diri sndiri. Tidak perlu berk0rban demi untuk disukai sesiapa.

Jangan pernah takut dgn ayat ‘kalau susah nanti, saudara dia juga yg tolong. Bukan org lain’. Ayat ini sungguh tidak releven pada zmn ini sebab, dizmn ini lebih bnyak berlaku org yg mengkhi4nati kita adalah dri klngn dari saudara sndiri dan bnyak contoh pengabaian berlaku walau bnyak saudara.

Lebih par4h bila kita hnya digunakan apabila bekeperluan dan bila kita dlm kesusahan langsung tidak dipndg. Lebih pedih bila kejayaan kita dibenci. Segunung kebaikan kita akan hilang sekelip mata bila kita mmbuat sedikit kesilapan.

Maka nya, bersederhanalah sahaja dlm perhubungan. Jgn berada dihujung jri sesiapa. Abaikan, maafkan dan lupakan saja mereka2 yg selalu membuat mu kecewa. Doakan mereka yg baik2. Kdg2 kita berdiam diri/menjauhkan diri bukanlah sbb kita mmbnci, tp itu sajalah jln yg trbaik.

Ingat satu perkara, bila kita susah, belum tntu org yg kita jaga betul htinya akan membntu kita. Yang penting kita jgn mrnyusahkan sesiapa. Terusknlah berbuat baik tp dlm waspada. Ini hanyalah sbgai cdgn. Tidak berkaitan dgn sesiapa smada yg masih hidup atau yg telah tiada.

Ika sabiqah – Bersyukur dan bersabar. Bersyukur sbb alhamdulillah suami sis dah berubah, sis berjaya memulihkan dan menyelamatkan rumahtangga sis, sis berjaya mengekalkan keluarga yg lengkap utk anak-anak sis, sis hidup bahagia dan gembira dgn family kecil sis. Alhamdulillah.

Bersabar atas ujian ipar duai. Mmg mudah menuturkan kata sabar sdgkan menurut Imam Al Ghazali, yg paling sukar itu sabar. Kita manusia biasa, penuh cacat cela semestinya sukar untuk memaafkan org yg sentiasa melukakan. Take ur own time. Healing is a process. Bukan sehari dua boleh sembuh.

Bukan harini kata maafkan, esok boleh kembali seperti tiada apa berlaku. Hindari mereka yg menyakiti. Bukan kerana membenci. Tp kerana menjaga hati drpd mereka yg memijak maruah diri. Hati yg sering disakiti takkan memungkinkan sis utk jd ikhlas, jd ceria, jd happy bahagia utk family kecil sis.

Doakan yg baik-baik utk mereka di dlm solat sis. Itu hadiah plg ikhlas dan bermakna. Semoga Allah permudahkan urusan sis dan membuka segala jalan keluar. Insya Allah semuanya akan pulih satu hari nanti. Stay strong. Hidup ini adalah ujian yg silih berganti.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.