2kali setup nk btunang xjadi. Tiba2 dpt gambr dia dh kawin. Tgamam baca perbualn dia dgn isterinya ttg aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum..aku menulis bukan untuk meminta simpati..bukan jugak meragui takdir Ilahi.. tapi aku menulis kerana kesan terluk4 yang teramat dalam

yang aku rasa dalam hati membuatkan aku kuat melangkah menongkah hari demi hari.. aku perkenalkan diri..aku seorang perempuan lewat 20an yang lahir dari satu keluarga yang sangat bahagia walaupun tidak kaya..yer aku punyai adik beradik yang ramai, alhamdulillah masih mempunyai ibu ayah.. walaupun kadang kerap begaduh tp kami masih bersatu hati..

tidak pernah membenci, tidak pernah meninggalkan saat aku diuji.. kami tetap rapat saat berjauhan membuatkan aku tidak malu tuk meluahkan andai aku sedih atau gelisah.. aku punya ramai sahabat baik sekeliling..sahabat2 yang bagi aku terlalu amat membahagiakan..

sahabat yang sanggup bersusah senang bersama2 yang tidak pernah berlalu membelakangkan tidak pernah menolak meninggalkan tidak pernah jemu tuk saling membahagiakan.. aku bertuah memiliki semua itu.. yer aku bersyukur dikurniakan keluarga dan kawan2 yg aku ibaratkan insan2 dari syurga buat aku..

Alhamdulillah.. namun dalam kebahagiaan yang aku kecapi ada satu sudut yang aku masih sentiasa diuji..hati.. yer.. hati dan perasaan.. lebih mudah aku tuturkan adalah cinta.. aku tidak terlalu muda untuk tidak membicarakan perihal masa depan ini.. Alhamdulillah aku punyai kerja tetap ada gaji tetap ada kelengkapan kemudahan diri sendiri.

kecuali pasangan untuk sama2 ke syurga impian.. aku dikategorikn sebagai menarik.. ada jugak yang mengatakan aku comel mungkin aku jenis yang lincah dan sentiasa aktif ceria sepanjang masa.. aku ada rupa dan aku sendiri akui aku seorang yang peramah dan mudah masuk dengan semua orang..aku boleh bawak diri walau kemana saja aku berjalan..

(cth terdekat aku merantau mencari rezeki seorang diri jauh dari family dan tinggal di ibu kota..sebelum ni pernah tercampak merantau jauh hingga seberang laut cina selatan.. tp alhamdulillah aku tetap bahagia walau kemana aku pergi..aku masih mampu mencipta persahabatan dimana2..

aku bersyukur tuk itu) setelah berkali2 aku merasai kecewa hati perasaan..sampai satu saat Allah temukan aku dengan seorang insan yang betitik mulanya dari situ la aku terfikir untuk melakarkan kisah kehidupan aku disini.. Disember 2015..aku mengenali seorang insan bernama w..

cara pertemuan yang biar la hanya aku dan dia yang mengetahui..tp terlalu indah..ketika itu aku bekerja di ibu kota dan dia bekerja di utara tanah air.. Takdir Allah menemukan aku dengan dia dalam suasana yang mudah dan tenang..pejalanan pertemuan dan pekenalan kami sangat2 cantik dalam aturan tuhan..

dia seorang yang tidak terlalu tinggi,agak berisi tapi ada manisnya..saat permulaan perkenalan,jujur aku akui aku tidak terlalu sukakan dia..boleh dikatakan hati aku tidak mampu tuk menerima dia..msj2 yang dihantar terkadang aku biarkan sahaja tanpa balasan.. namun dia tidak pernah berputus asa..

sentiasa cuba untuk menarik hati aku untuk melihat keikhlasan dia.. takdir Allah itu indah..setengah tahun kemudian dia mendapat tawaran untuk bekerja di ibu kota..dan paling tidak aku duga tempat dia posting terlalu dekat dengan aku..Allah..indahnya takdirMu..

dia datang mencari rezeki sekaligus membawa hati untuk diserahkan kepadaku..Setahun dia mencuba mendapatkan hati aku dan iye..dia berjaya..dia berjaya setelah setahun sedaya upaya memikat aku.. sesungguhnya Allah yang Maha membolak balikkan hati manusia..hati aku tewas melihat keikhlasan dan kesungguhan dirinya..

aku ikhlas membuka hati menerima cintanya.. aku terima dia dengan penuh rela..keikhlasan aku bila mana die pernah mengatakan berat dia hampir 100kg (mungkin sekadar menguji wallahualam) sedangkan aku satu pertiga dari itu tp aku ikhlas terima.. aku langsung tidak memandang rupa ketika itu..yang aku damba adalah sekeping hati untuk sama2 ku bawa ke hujung dunia..

kisah dan janji kami terpateri..bahagia ya Allah.. teramat bahagia saat itu..aku dan dia saling melengkapi..saling menyayangi.. begaduh sekali skala perkara biasa tp tidak pernah melebihi 2hari..hati masing2 tidak mampu untuk terus diam lebih dari 2hari..dia ada di setiap saat aku perlukan dan aku hadir di setiap detik2 sehari2an dia..

setiap minggu berjumpa (alhamdulillah kami saling menjaga) indah..sangat indah dalam aturanNya.. setahun berlalu..bahagia itu semakin aku rasa..kami merancang untuk mengikat tali petunangan..dari pihak family aku alhamdulillah semuanya setuju dan kuat mnyokong..dari pihak family sana jugak dia mengatakan tiada halangan..

perancangan bermula..kami merancang untuk bertunang pada cuti raya aidilfitri..segala persiapan dari aku telah siap.. pelamin.. mekap..makanan..hantaran..inai semua siap. sedikit waktu masa berjalan aku mendapat pekhabaran bahawa family dia tidak dapat datang kerana masalah yang tidak dapat dielakkan..aku pasrah..

keluarga dan saudara mara aku jugak sangat positif..tidak pernah menanya yang bukan2.. bagi mereka mgkin ini ujian Allah untuk saat2 bertunang.. kami menjalani hidup seperti biasa..masih bahagia bergurau senda..boleh aku katakan kami teramat2 bahagia.. perancangan kedua kami masih berjalan..

kali ni kami rancang utk bertunang pada akhir tahun.. setelah mendapat kata sepakat kami teruskan.. segala persiapan yang tertangguh sebelum ni kembali bersambung..
cincin dipilih sndiri oleh aku dan dia.. sungguh indah saat itu.. pelamin hantaran makanan inai siap menunggu hari..

2hari sebelum majlis aku mendapat berita ibunya dikejarkan ke hospital disebabkan s4kit yang memerlukan rawatan dan ditahan di hospital..saat itu hati aku hancur..air mata aku bagai hujan yg seakan tidak mahu berhenti.. aku menangis memberitahu ibuku.. namun ibu aku insan yang terlalu2 amat baik.. dia menasihati aku supaya kuat menerima ujian..

minta supaya aku banyakkn berdoa semoga ibunya diberi kesembuhan..mulianya hatimu ibu.. Alhamdulillah duka aku sementara cuma..aku kuat mendapat sokongan dari semua even dari dia sekalipun..kami berjanji tuk sama2 merancang kembali sehingga berjaya.. janji kami kembali terpateri..kukuh di dalam kedua2 hati..

masa berlalu..kami tetap bahagia menjalani hari2 mendatang.. 2bulan berjalan..Febuari.. tiba waktu cuti,dia pulang ke negeri dan aku masih bekerja di ibu kota.. detik berjalan.. setiap hari kami berbalas msj rindu kerana jauh walaupn cuma sekadar cuti sementara..
suatu pagi..dia menghantar msj memberitahu akan balik ke ibu kota malam nanti kerana tidak mahu tersangkut jem keesokkan hari..

sedetik berlalu,aku tiba2 mendapat satu msj dari nombor yang tidak dikenali..seorang perempuan menanyakan aku siapa dan apa hubungan aku dgn w.. sesaat aku terkaku..aku mendapat satu pekhabaran hebat..Maha Hebat.. perempuan tadi menghantar satu gambar majlis akad nikah dia dan w bertarikh 24/12 sedangkan mjlis tunang aku yang terpaksa cancel adalah 16/12..

Allah..aku jatuh tersungkur..aku menangis macam nak hilang ny4wa..aku seperti hilang arah..aku terlalu lemah saat itu..aku seakan tidak mampu bangkit kembali..kawan2 datang mencari aku menghadiahkn bahu tuk aku melepaskan airmata saat itu jugak.. Demi Allah sakit yang kurasa adalah maksimum sakit setakat hidup aku sekarang..

aku lemah cuba mengapai kekuatan yg ntah dari mana.. Allah..aku buntu..bekali2 aku call dia..jawapan yg aku dapat dia terlalu sayangkan aku tp telah dipaksa kawin oleh perempuan yang aku namakan K..majlis semua telah di “set up” menunggu dia datang menjadi pengantin lelaki..

perempuan itu nun jauh di negeri paling besar di seberang laut..perempuan itu mengaku mereka pjj selama ini..Allah..aku lemah..terlalu lemah..aku mencuba tuk mencari kekuatan yang aku sendiri tidak nampak dimana letaknya.. aku terlalu sayangkan dia..sayangkan hubungan kami.. sayangkan detik2 indah aku terima dia dari hati yang benci..

aku sabar menunggu dia kembali ke ibu kota untuk menuntut penjelasan.. sekembalinya dia kami berjumpa di sebuah tasik tempat percintaan aku dan dia..aku menangis semahunya.. sungguh aku tidak kuat tuk terima pekhabaran ini..bukan hanya aku tp jugak dia turut menangis semahunya sambil mngetuk kepala mngatakan dia b***h kerana tidak mampu menolak paksaan..

dia kuat yakinkan aku bahawa hatinya cuma ada aku..berjanji mahu berkahwin dengan aku seperti janji2 sebelum ini..Allah aku lemah.. sungguh2 lemah.. dia minta aku bersabar untuk menguruskan keadaan..dia berjanji kami akan bersatu walau apa cara sekalipun kerna dalam hati die cuma ada aku..

cinta dalam hati dia untuk aku sedangkan untuk perempuan itu adalah dend4m dan simpati semata2.. dend4m kerana disebabkan paksaan itu dia hampir kehilangan aku..dia jujur memberitahu K menalefon ibunya menangis2 minta dia datang untuk melangsungkan pekahwinan.. K menuntut janji2 lama 7tahun lepas untuk dia tunaikan..

dia jujur memberitahu saat dia berjumpa aku dahulu..dalam hatinya tiada K dan hanya aku semata2 yang dia kejarkan..dia memberitahu walaupun mereka sah dan halal tapi dia langsung tidak pernah ambil tahu perihal isterinye nun di kejauhan..d4yusnya hatimu lelaki..

aku khilaf..aku mempercayai dia..aku memberi dia peluang..aku menerima dia kembali dengan syarat maafkan perempuan itu jangan berdendam dan lepaskan cara baik..aku mengambil kira pelbagai sudut..andai K yang dia pilih aku berk0rban..namun andai kebahagiaan dia ada bersamaku jangan gantung K tanpa tali..lepaskan dan maafkan..

yer aku dapat janji2 itu..dia memilih untuk tidak sesekali lepaskan aku..dia mengulang ayat betapa dia bersusah payah setahun cuba mendapatkan aku..melalui lisan melalui tulisan semua itu berbukti..dia siap bersumpah dengan kawan2 aku bahawa dia terlalu sayangkan aku dan kami akn berkawin..

dia keep on ulang yang dia akan melepaskan K kerana dihatinya tiada langsung terdetik kebahagiaan..yang masih bersisa adalah simpati dan dend4m..aku tidak tahu masih halalkah mereka kerana ayat yang terkeluar adalah dari mulut seorang suami yang mempunyai kuasa talak kepada si isteri.. Allah.

hampir sebulan berlarutan..tiada menampakkan jalan..dia masih diibu kota tidak jauh dari aku..sedangkan K masih nun di seberang laut cina selatan..Takdir Allah mengatasi segala2nya.. dia tersepit tidak mampu membuat keputusan ikut kata hati..yg tinggal cuma harapan aku yang telah hancur musn4h..hati aku seakan2 pecah..

pecah yang aku ibaratkan takkan pernah bercantum lagi walau diubati.. aku terbayangkn wajah ibu ayahku.. Allah..aku tersungkur lemah..aku terbayangkan segala persiapan aku selama ini..aku terbayangkan wajah2 saudara mara aku..ya Allah aku lemah longlai..sungguh aku lemah..

di atas sejadah aku seakan2 meronta meminta pertolongan dari Allah semoga ada kesudahan yang baik untuk aku dan dia.. aku bertahajud di waktu malam..aku solat hajat memohon pertolongan Allah..andai dia untuk aku permudahkan la..namun andai dia bukan untuk aku redhakn la aku tuk melepaskan..

sebulan berlalu..janji2 nya masih kuat aku pegang..dia masih seperti dahulu caring loving setiap hari rindukan aku..dia mengatakan antara dia dan K cuma menunggu detik untuk selesai..sesungguhnya Allah itu tidak tidur..dalam tidak aku sedar disana jugak menerima mesej yang sama..

semua itu terbongkar saat aku mendapat petunjuk selepas solat asar..ketika itu telefon nya ada di bag aku sewaktu kami keluar menyelesaikan urusan..selesai solat hatiku terdetik untuk membuka whatapp nya..dan terbongkar la cerita bahawa nama aku hampir div1ralkan kerana dikatakan cuba menjadi perampas..

Allah..aku dib***hkan K sesuka hati dalam perbualan mereka tanpa ada pembelaan.. adilkah??..K dijanjikan untuk tidak akan dilepaskan..dan di depan aku dia menjanjikan untuk menunaikan sumpah dan janji dia untuk kami bersatu..ya Allah.. sesaat aku terfikir smpai bila kah penghujung kisah 3segi kami..aku bukan perampas..

aku sekadar insan teraniaya yang menjadi mngsa keadaan..aku masih punyai maruah.. suatu malam selepas solat hajat memohon kekuatan dari Allah..aku menghantar msj kepada dia..msj dari sudut hati aku yang terlalu cintakan dia..aku harus akur andai dia untuku dia tetap akan kembali..aku menaip karangan panjang terakhir untuknya..

aku cintakan dia kerana Allah dan kerana Allah jugak aku melepaskanya..aku menangis semahu2nya..berakhir kisah kami.. saat aku menulis ini..aku menanggung kes4kitan perasaan yang Maha dasyat..aku tersungkur lemah selemah2nya..yang tinggal untuk aku hanya sajadah yang menjadi tempat aku meluahkan..

aku tidak kisahkan hatiku yang berkec4i.. yang aku kisahkan hati tua ibu ayahku yang dihancurkan harapan..aku redha dia milik orang tp aku tidak sesekali redha dia mempermainkan aku..memperb0dohkan aku.. menipu aku dengan janji2nya..membuang aku seh1nanya..Allah bantulah hambaMu ini..

saat aku menangis menaip luahan ini..dia sedang berbahagia honeymoon bersama isterinya yang terbang jauh datang bercuti di sebuah pulau utara tanah air..aku dapat melihat gambar2 honeymoon mereka tersenyum di media sosial..yer aku melihat insan yang aku angankan adalah suamiku imamku sedang tersenyum bergmbar di samping perempuan lain yang halal untuknya..

perit ya Allah..jiw4ku seakan melayang..
namun aku bersyukur aku masih dikurniakn insan2 sekeliling yang kuat menyokong aku..
keluarga yang terlalu memahami aku..sehingga ke hari ini aku masih menyimpan a1b dan rahsia kisah dia dari pengetahuan keluarga aku..itu janji aku pada dia..insyAllah aku pegang smpai m4ti..ibu ayahku sekadar tahu mungkin antara kami tiada bernaseb..

tuk kwn2 aku yang aku anggap insan dari syurga..terima kasih awak2 semua..sumpah aku bahagia mengenali dan memiliki persahabatan ini.. tuk keluarga aku..terima kasih mak ayah dan adik beradik yang tetap setiap bersama aku walau aku meringkuk jatuh kelemasan..

buat dia dan pasangan..kifarah Allah itu wujud..selamat mencipta kebahagiaan diatas pend3ritaan hebat seorang umat Nabi Muhammad.. buat diri aku..aku bersyukur masih diberi kesempatan mendekatkan diri padaNya..maafkan kekhilafan aku ya Allah.. sesungguhnya insan yang bertaubat itu lebih mulia dari insan yang mengaku baik tanpa dosa..

buat semua pembaca terima kasih sudi luangkan masa membaca..doakn aku tuk terus kuat..aku akan mengerjakan umrah bersama keluarga dalam masa tidak smpai sebulan lagi..doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan..doakan semoga aku diterima menjadi tetamu Nya dlm keredhaan..mungkin Allah temukan jodoh aku di rumahNya nanti tiada siapa yg tahu..

ya Allah..terima kasih untuk suatu ujian yang hebat ini..aku terima dan aku percaya tidak akan seseorang itu diuji melainkn atas kemampuanya..yer aku mampu..insyAllah.. yakinkan aku ya Allah bahawa takdirMu adalah takdir terindah. aku yg cuba mngapai secebis kekuatan – aku-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.