“Duit tepi yg halal”. Sekali je buat pastu tggu. Nant cukup bulan dpt gaji. Yg pentg masa keluarga tue ada.

Saja aku kongsi memandangkan zaman2 covid ni ramai hilang kerja. Jadi aku cerita la macam mana suami aku buat duit tepi selain dari kerja hakiki dia. Jangan risau halal ok. Sesuai untuk korang yang ada laptop atau PC.
Sedikit latar belakang pasal suami aku, dia ni budak akaun, tapi suka sangat IT. Kenapa IT? Sebab senang buat duit kalau kau tahu cara dia.

Dia belajar pasal IT ni semua sendiri, mostly dari Y0utube. Ok berbalik pada tajuk, duit tepi apa dia buat, dia jadi independent publisher dekat Amazon. Dia design low content book pastu jual dekat Amazon. Contoh buku dia macam buku cara nak tulis abc, 123, diari dan yang sama waktu dengannya.

Apa yang best tentang benda ni, kau cuma design buku tu, bagi dekat Amazon softcopy tu, pastu tunggu Amazon review, dah lepas, tunggu jela pelanggan beli. Amazon yang akan urus dari print sampai pos. Kita tunggu royalti masuk jela. Setahun juga la suami aku tunggu, sebab awal2 tu dia main taram je buku apa dia nak design.

pelanggan memang tak ada la, buku merepek dia buat. Haha. Tapi bila dia dah buat research sikit pasal buku apa banyak terjual dekat Amazon, baru la sale dia naik. Mula bulan 10 tahun lepas royalti dia cecah 500++$ US/bulan. Tukar duit Malaysia, hang pa kira la sendiri. Kerja dia cuma design buku tu, pastu bagi Amazon.

Yang lain semua Amazon buat. Sekali kau dah dapat rentak, duit masuk tiap hari. Macam Shoppee la, bila lagi ramai yang beli, makin visible la kedai kau. Harga buku kita tentukan sendiri, selalu suami aku letak 6++$ US, jadi royalti dia dapat dalam 1++$ US. Sikit je kan, tapi kalau sehari kau dapat jual 10-20 buku pun dah cukup, kali 30 hari dah berapa?

Tukar plak duit Malaysia. Mula2 aku anggap benda ni hobi dia je. Macam nak percaya tak nak. Yela kerja kau senang je kut, tapi dapat duit. Link plak dengan Amazon, lagi la aku macam serba salah nak percaya, tapi bila dah nampak hasil, Alhamdulillah. Masa dia tak banyak guna sebab selalu 1 buku dia boleh ambil masa tak sampai sehari pun nak design.

selalu dia design kulit buku je, design banyak2 warna & corak, dalam dia sama je untuk semua buku dia. Aku pun sebenarnya nak juga try, sebab dah penat dengan kerja hakiki aku. Jadi dah ada hasil nanti, senang aku nak berhenti kerja. Haha. Kau tak yah buang masa nak pos barang, tak yah buang masa nak kejar pelanggan, hadap perangai pelanggan.

Yang paling penting masa kau banyak untuk keluarga. Ada orang buat duit jadi streamer, tapi masa banyak habis. Ada orang buat duit guna Y0utube, pun masa banyak habis nak fikir content, editing semua. Pastu kena update selalu video. Ada yang sampai buat perkara yang memalukan diri sendiri atau viralkan diri sendiri semata untuk lakukan jualan.

Tapi jual buku dekat Amazon ni, sekali tu jela kerja kau. Tak yah malukan diri, orang tak kenal kau pun. Kau kekal anonymous. Suami aku ada cerita, ada orang lain dapat 100k $ US/bulan, buku dia ada banyak, tapi yang terjual, ada la dalam beberapa buku je macam suami aku la. Buat buku dalam 20++ macam tu, yang terjual 2/3 buku je.

Sebab warna buku tu lawa. Aku lah yang suruh suami aku masukkan warna tu. Haha. Jadi yang penting bukan banyak mana buku kau, yang penting buku apa yang menarik perhatian pelanggan kau. Sebab kalau sekali pelanggan dah puas hati, ada tendency dia akan beli buku kau banyak kali lepas tu.

Sebenarnya boleh je kalau kau nak print & pos sendiri buku kau, lagi banyak la duit dapat, tapi banyak masa la kena luang macam kau jual dekat Shoppee. Kalau kau sanggup go on jela. Buat masa ni, aku rasa cara suami aku ni da ok. Duit masuk tapi masa & tenaga tak banyak guna.

Aku ada tanya kenapa suami aku pilih Amazon, kata dia sebab omputih ni tak kisah keluar duit. Sebab buku b0doh2 (aku cakap b0doh sebab dalam buku tu tak ada isi sangat pun, garis2 je) tapi omputih beli walaupun harga 6++$ US. Tukar duit Malaysia RM20++ kot. Contoh buku macam cara nak tulis abc untuk budak2, aku boleh beli buku yang sama dekat kedai eco, berlambak ada.

Tapi omputih beli harga RM20++. Lantak hang la. Duit hang. Haha. Hujung bulan 2 hari tu baru la suami aku bawa keluar duit Amazon dia untuk bulan 10,11,12. Amazon masuk duit dalam akaun bank kau dalam tempoh 2 bulan bagi setiap bulan berakhir. Jadi dia tunggu yang bulan 12 tahun lepas masuk, baru dia bawa keluar.

Ambil masa dalam 2/3 hari bekerja ikut waktu sana, baru duit masuk dalam akaun bank Malaysia. Untuk 3 bulan tu, dia dapat RM5k++ hampir RM6k. Simple kan kerja dia, design buku sekali tu je weh pastu tunggu la duit masuk. Kalau guna ads selalunya lagi banyak la kau dapat, tapi suami aku belum guna ads lagi sebab tak nak guna duit sendiri untuk ads. Dia nak guna duit royalti.

Jadi tak ada la kacau duit kita, ye dak. Kena pandai la kan urus duit zaman la ni. Aku ada nampak hint2 dia nak buat ads, sebab semalam dia dok search cara nak run ads dekat Amazon. Aku tak kisah la sebab dah dapat duit RM5k++ tu, jadi dia nak guna duit tu, lantak dia la, duit dia.

Nanti kalau dah ada hasil, aku juga untung. Haha. Bukan nak perabih duit laki ok, tolong simpan je. Simpan dekat kedai. Haha. Ok la, kalau ada yang nak tahu lagi details macam mana suami aku buat, nanti aku cerita lain. Kalau tak ni jela cerita aku.

Semoga dengan penceritaan aku ni, dapat la bantu korang2 yang nak tambah duit halal. Dah dapat duit jangan lupa bayar zakat, baru lah berkat rezeki. Ok bye. Assalamualaikum. – Na (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Amy samad – Bijak mencari peluang.Sebab tu kena belajar sungguh2 dlm apa pun bidang. Nak2 zaman serba maju,pantas sekarang teknologi canggih yg jauh terasa dekat sisi je, penangan ilmu tanpa sempadan.Bagus,bagus orang muda mcm suami tt ni… Tak serabut tenaga jiwa dlm situasi pendemik begini.

Moga boleh berkongsi ilmu dgn ramai graduan yg tanam anggur di luar sana.Hendak seribu daya tak hendak tak dapek nak nulong….
Syabas…anda mmg bijak merebut peluang menjana ekonomi rumah & keluarga.
Teruskan.. biar jadi pencetus dunia dagangan moden,rezqi atas angin. Be the best among the best.

Ima dewiputri – Confession macam ni la baru membina minda dan harapan kepada anak bangsa kita. Terima kasih confessor. Mohon TT sambung lagi cerita confession ini. Saya lah seorang yang membeli ebooks di amazon tu. Ebooks disini murah2 (cheaper than print) and boleh dibawa kemana2 dalam app Kindle.

Sy setuju dengan TT, kene study dulu target market: kepada siapa kita nak jual tu? Orang putih, selain tak kedekut keluar duit beli buku, cakna bab kualiti juga. Mereka rajin tulis review (yg berkualiti) product di amazon yg boleh membantu potential buyers lain buat decision nak beli ke tak sesuatu product tu termasuk la ebooks.

So pada saya (sbg pembeli), kalau nak buat buku biarlah yang berkualiti, tak kisah niche apa pun. Biar dapat review elok.

Annie mohd – Actually dotted lines tu bukan bodoh dik. Tu utk kanak2 yg baru nak belajar menulis. Mungkin you nk maksudkan “simple” book tapi bukan bodoh ye. Omputih ni bab buku nombor satu. Sanggup beli tak berkira. Anyway akak ada komen sblm ni, korg buat la buku arabic atau malay.

Belajar muqaddam/quran versi melayu/ Indonesian. Yg ada tu byk ikut syllabus negara india dan middle east. Anyway confession you ni bermanfaaat, tq dik.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.