Gaji suami 15k. Pelik, tiap2 bulan hy rm500 je utk aku. Sedih bila tgk msg suami, 3 ke 4k sbln dia transfer.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Tujuan saya menulis di sini hanyalah untuk meluahkan perasaan saya kerana saya tiada tempat mengadu. Saya seorang isteri sepenuh masa. Mempunyai seorang anak lelaki 4 tahun dan sekarang sedang mengandung 2 bulan.

Sebelum ini saya bekerja tetapi diberhentikan atas alasan syarikat rugi. Nasib baik suami saya masih mampu menampung. Sebelum ini saya duduk berjauhan dengan suami tetapi selepas diberhentikan saya berpindah untuk duduk bersama dengan suami saya. Saya ingatkan selepas duduk dengan suami kurang la sikit bebanan saya. Rupanya tidak.

Dari mengemas rumah, basuh baju, masak, urus anak, buang sampah, beli barang dapur dan sekecil kecil hal pun semua saya yang uruskan sendirian. Pendek kata tak ada beza pun ketika saya duduk sendirian dengan anak saya. Lebih baik saya duduk sendiri dengan anak saya. Saya penat tapi saya malas nak cakap dengan suami saya.

Sebabnya suami saya bila balik dari kerja mata dia tak lekang dari fon. Cakap pun kena ulang banyak kali. Jadi saya malas nak buang tenaga saya. Saya kesian dekat anak saya. Bila ayah dia balik dia akan buat macam macam untuk tarik perhatian ayah dia tapi ayah dia masih mata dekat fon.

Budak bila tak dapat perhatian, dia akan menangis ataupun akan member0ntak. Tau pula suami saya meng4muk bila anak saya menangis. Dia kata dia penat. Saya faham dia pun penat tapi saya pun penat sama. Saya buat kerja rumah dari pagi sampai ke malam sendirian. Suami saya selalunya akan sampai lewat malam setiap hari dan dia tak ada off day.

Jadi bayangkan saya terpaksa gagahkan diri buat semua benda dari isnin sampai ahad seorang diri. Kalau lauk habis saya terpaksa bawa sekali anak saya pergi beli barang dapur. Sebelah pegang tangan dia sebelah lagi pegang beg barang. Satu hari saya mengadu dengan suami saya yang saya penat dengan anak anak jiran yang setiap hari akan datang bermain di rumah saya.

Budak biasalah main sepahkan mainan berebut mainan. Kalau saya tidak mengandung mungkin saya larat untuk kemas rumah setiap hari. Saya harapkan untuk suami saya sabarkan saya atau cakap la apa apa bagi penat saya hilang. Tapi tak. Dia suruh saya berfikir balik. Mungkin mak budak budak tu nak berehat jadi dia hantar anak anak dia bermain di rumah saya.

Dia suruh saya fahamkan situasi jiran saya. Saya jadi terkedu. Suami jiran saya tu 24/7 wfh. Saya malas nak gaduh jadi saya diamkan diri dan bawa diri tidur walaupun saya sedih sangat. Saya jadi lagi sedih bila saya ternampak whtsapp suami saya dengan mak dia.

Rupanya selama ni setiap bulan dia bagi allowance dekat mak dia 3-4k sebulan sedangkan saya cuma 500 sebulan. Itupun saya kena berjimat cermat sebab saya kena berkongsi duit tu dengan mak ayah saya. Dulu waktu saya bekerja bolehla juga saya tolong lebih sikit mak ayah saya.

Suami saya adik beradik dia semua dah bekerja dan belum berkahwin dan mereka masih tinggal bersama dengan mak ayah mertua saya. Setiap bulan mereka akan bagi duit belanja kepada mak ayah mertua saya. Saya faham suami saya nak balas jasa tapi kenapa dia tak adil. Kadang kadang duit 500 tu saya guna juga untuk beli barang rumah ataupun anak saya.

Suami saya gaji nya melebihi 15k sebulan dan saya tau dia memang lebih dari mampu. Soal hospital bersalin pula, musim kobid ni saya nak bersalin di swasta sebab saya nak suami saya masuk sekali dalam LR tengok macam mana seks4nya untuk keluarkan seorang zuriat. Tapi suami saya taknak. Dia suruh saya bersalin di government sahaja.

Dulu waktu saya bersalinkan anak sulung saya pun suami saya tak ada temankan atas urusan kerja. Dan mak mertua saya pesan dekat saya jangan kacau anak dia bekerja. Saya menahan sakit contr4ction seorang diri sambil menangis. Saya keseorangan di LR ditemani nurses dan doc. Anak saya pun orang lain yang azankan.

Dah 4 tahun berlalu tapi setiap kali terkenangkan detik tu mesti saya menangis. Saya dah pernah ceritakan hal ni kepada suami saya. Kalau dah orang lain pun dia suruh saya utamakan dulu apetah lagi mak dia. Dia cuma cakap mak dia taknak bagi dia risau. Saya yang bersalin sorang tapi suami saya pula yang orang suruh jangan risau.

Kadang kadang saya penat dengan semua ni. Tolong doakan urusan bersalin anak kedua saya dipermudahkan. Biar la ayah dia tak nak temankan. Saya akan sentiasa temani anak anak saya. Dan tolong doakan saya dapat kerja secepat mungkin supaya saya dapat hidup bertiga dengan anak anak saya sahaja. Sebab saya sebenarnya dah terlalu banyak makan hati dengan suami saya dan keluarga dia.

Kepada suami di luar sana, tolong hargai isteri anda. Kalau anda penat, isteri anda lagi penat tapi kami masih tetap gagah untuk uruskan keluarga.BKami tak minta gelang emas kereta porsche dan sebagainya tapi cukupla dengan membantu kami di rumah. Tanya apa yang perlu ditolong. Tanya bagaimana hari kami. Letakkan fon bila kami bercakap dengan anda.

Hargai isteri anda. Mungkin hari ini isteri anda masih lagi mampu untuk bertahan tapi esok lusa tak tahu. Jangan tunggu sampai isteri anda sudah tidak mahu ambil kisah tentang diri anda. Jangan tunggu sehingga isteri anda merasakan dirinya sebagai pembantu rumah sahaja dan bukan sebagai teman sehidup anda. Tolong doakan saya kuat. Terima kasih… – Anon (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Atikah jamaluddin – Next time duit beli mkn, minum, brg dapo semua mintak kt suami..duit utk beli pampers susu ank pun mintak dgn suami jgk sbb tu kewajipan suami & dia pun mmg mampu. Duit rm500 dia bg tu simpan kemas2 utk masa dpn. Ada masa bodek2 la suami tu mintak gelang ke, cincin ke, boleh jgk buat simpanan di masa dpn.

Untuk mak ayh awak, bg bila yg awak mampu shj melainkn mak ayh xde pendapatan. Awak & suami sebenarnya terlalu pnt. Awak penat di rmh, suami pula penat di tempat kerja jd dia harapkan di rmh xde gangguan & boleh baring melepaskan lelah saja.

Pujuk suami ambil cuti sehari dua dlm seminggu untuk spend time dgn keluarga. Masa cuti boleh keluar jln2 mkn sama2. Lps ank kedua lahir nnt buat family planning utk jarakkan kehamilan andai suami x mampu nk bg perhatian kpd ank.

Akhir skali semoga dipermudahkan urusan awak tt. Kalau menangis tu boleh redakan em0si awak, menangislah sekejap lps tu bangkit semula dgn semangat baru.

Cik puan ria – Sis kalau saya la kan, saya tak kisah kalau suami nak bagi 5 juta sekali pun kat mak dia, tapi kalau berkira dengan saya, memang pelan pelan saya rangka plan kesedaran rumahtangga kat dia…SPEAK OUT je sis…..tak cukup cakap, tak suka cakap, penat cakap, apa pun cakap jangan pedam…

suami melenting tuh dia punya pasal, selagi ada upaya untuk bercakap cakap ja..jangan bagi diri tuh dibuli…ketuk selagi boleh ketuk…..disamping tuh plan masa depan.. sbb tang mana pun suami yang pegang kuasa talak….merancanglah sis bab anak kalau tak nak burnt out..

bukan sbb kita tak nak anak, tapi sbb dapat suami kalau jenis pentingkan diri memang isteri akan mudah burnt out….. nak tambah anak ni kena tgk pencapaian suami jugak.. grad A ka, B ka atau fail terus….apa pun, cuba dulu cara berhemah, tak jalan guna cara singa pulak..tak jalan jugak, siap siap jelah plan masa depan yang mungkin suami tak wujud.

Farizah ramli – Semoga puan dapat kerja cepat dan dipermudahkan urusan bersalin. Lepas anak 2 ni mohon jgn pregnant lagi.Tapi saya lebih suka tt keluar dpd perkahwinan t0ksik.Dah pernah rasa bersuamikan lelaki gaji 5 digit tp kedekut dgn anak bini.Bagi nafkah sgt berkira.

Bukan tak pernah bincang tp ex h mmg tak nak bagi dan jenis kedekut.Lebih suka belanja utk diri sendiri dan entah apa lagi yg saya tak tahu. Akhirnya saya pilih jln sendiri dan hidup tenang dgn anak yg meningkat remaja. Moral of the story, kalau dari awal suami mmg kedekut, culas bab tanggungjawab tak mudah mereka nk berubah.

Pilihlah jln utk bahagia dgn anak2x. Suami camtu tak syg isteri dan anak sekalipun mulut ckp syg. Jangan buang masa hidup dgn lelaki yg tak tau hargai kita.Keep your head up, keep your heart strong. Selamat Hari Wanita.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.