Muliakn suami itu perlu, tp jgn btuhankn suami. Taat itu perlu, tp jgn jadi hamba suami. Tips utk “ajar” biawak hidup.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi siaran confession ini. Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk berkongsi cara bagaimana aku handle rumah tangga yang hampir menjadi t0ksik dan racun kepada aku.

Kisah yang dikongsikan oleh puan sebenarnya hampir sama dengan kisah saya. Cuma bezanya suami saya bukanlah pemandu lori tetapi bekerja dalam bidang pembinaan. Sentiasa keluar pagi, balik malam. Usia perkahwinan juga baru masuk tahun keenam, mempunyai 2 orang puteri yang juga berumur 3 dan 1 tahun.

Saya juga wanita berkerja yang perlu keluar rumah seawal 6 pagi dan pulang pulang 5 petang. Suami saya juga seorang yang tidak tahu membuat kerja rumah, menjaga anak, malas mengambil tahu hal2 dapur, eg0 dan pantang ditegur, suka sentap tanpa sebab, Dan suruh saya fikirkan sendiri apa salah saya, hanya basuh pinggan yang dia guna sahaja.

makan berhidang, dan suka tidur sepanjang hari kalau cuti. Saya pula? Seperti puan terlalu mengalah, terlalu lembut, terlalu manjakan suami sehingga dari a sampai z tentang urusan rumah tangga, anak-anak, Bil-bil kadang saya bayarkan, barang dapur saya belikan, barang keperluan anak saya belikan sehingga gaji saya sendiri saya tidak merasa.

Makan ditempat kerja kadang2 bercatu. Waktu itu saya pendam segalanya, kalau saya suarakan mesti akan bergaduh dan saya yang kena mengalah. Saya yang akan minta maaf dan mengaku itu salah saya. Kenapa? Sebab kalau saya melawan, saya akan dibuat seperti tidak wujud, dia akan membiarkan anak2, dia akan tidur seolah-olah m4ti.

Dia akan keluar rumah dengan muka amat menyampah pada saya. Saya ketika itu menjadi terlalu penat, tertekan sehingga terpaksa dirujuk kepada pakar ps1ki4tri. Itu pun sebab rakan sekerja yang perasan tentang perubahan diri saya. Terlalu cengkung, pucat, terlalu kurus dan nampak tak terurus.

Mereka memaksa saya berjumpa doktor dan akhirnya saya disahkan menghidapi depr3ssion dan anx1ety. Tak pasal-pasal kena makan ubat setiap hari. Akhirnya saya tekad, selagi saya yang tak berubah, saya terus hidup begini. Jadi apa saya buat? Saya tukar cara layanan, cara menguruskan rumah tangga, cara berkomunikasi dengan suami.

Tiada lagi perkataan ‘maaf’ kalau bukan saya yang bersalah. Tiada lagi saya seorang yang kena handle anak2, bil-bil saya langsung tak ambil tahu, barang rumah saya langsung tak belikan (kalau habis, saya cakap habis), susu pampers anak saya senaraikan harga dan bagi pada suami, minta dia belikan (dia terkejut masa pertama kali tengok harga).

Pendek kata, urusan yang sepatutnya suami uruskan memang saya serahkan sepenuhnya kepada dia. Saya langsung tak ambil peduli. Bagi saya, itu saja cara supaya dia sedar tentang tanggungjawab, tiada lagi suami yang manja dan mengada-ngada. Pernah suatu malam, anak sulung mengajak ayah dia bermain tetapi suami saya sibuk dengan telefon.

Entah macam mana, anak terbaling patung lembut (patung baby) dan terkena dahinya. Tiba-tiba dia meng4muk dan baling semula patung itu sekuat hati kepada anak saya. Patung itu terkena dahi berhampiran mata anak. Menjerit anak saya kesakitan dan cakap matanya s4kit tak boleh buka.

Masa ini, untuk pertama kali sepanjang perkahwinan, saya JERKAH (bukan tinggi suara ya) suami sekuat hati, saya sepak kaki dia dan m4ki dia dengan ayat ‘PERANGAI MACAM ORANG B0D0H!’. Muka dia sangat terkedu, mungkin tak sangka saya boleh jadi begitu. Kalau dulu saya akan minta maaf, tapi sekarang saya langsung tak hiraukan dia.

Nak mengajuk? Mengajuklah kau sendiri, nak sentap? Sentaplah. Nak tidur tak nak bangun2? Tidurlah, saya tolong tutupkan pintu. Buatlah apa pun, saya tak pujuk dan minta maaf seperti dulu. Sekarang semuanya dah berubah, eg0 nya dah hilang ke mana,

Saya juga lebih berterus terang sekarang. Saya tak simpan perasaan saya lagi. Kalau saya tak suka, saya cakap straight saya tak suka. Kalau saya marah, saya zahirkan perasaan marah, saya cakap yang saya marah. Kalau saya nak dia buat sesuatu, saya akan terus arahkan dia buat, tak ada minta lembut2 sampai kena minta maaf sebab susahkan dia bagai.

Kalau dia beralasan, memang saya cakap saja saya tak puas hati. Kalau saya penat, saya cakap saya penat, saya tak nak buat apa2, saya tak nak uruskan rumah, saya tak nak masak. Kalau saya mengantuk, saya cakap saya nak tidur dan terus tinggalkan anak-anak pada dia. Yang penting komunikasi dua hala.

Tiada lagi pendam2, tiada lagi nak jaga hati sampai kita sendiri makan hati. Kau dah janji dan bina rumah tangga sama-sama, jadi kita hadap, kita susah senang, kita str3ss, kita penat sama-sama. Itu yang saya selalu cakap pada suami. Kini, saya semakin sihat, ment4l saya sihat, jiw4 saya bebas daripada bebanan em0si.

saya boleh ketawa semula, saya lebih berkeyakinan, saya lebih sayangkan diri, anak2 juga happy, suami juga sudah mula berubah lebih baik, rumah tangga semakin harmoni.. Satu ayat suami yang membuatkan saya pasti kehidupan saya sudah semakin baik ialah apabila dia cakap

“abang tengok awak selalu ketawa sekarang, tak macam dulu, selalu nampak sedih.” Mungkin cara saya tidaklah sesuai untuk semua rumah tangga, cuma yang penting di sini ialah kita sebagai isteri kita kena kuat dan berani untuk bertindak. Jangan terlalu lemah dan selalu mengalah. Ada masa suami kita juga membuat salah.

Memuliakan suami itu perlu, tapi jangan bertuhankan suami. Taat itu perlu, tapi jangan sampai jadi hamba suami. Apa guna perkahwinan yang menjanjikan neraka sedangkan pada awalnya yang didambakan adalah syurga? Terima kasih. – Kekwa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Cik adiera – Kadang suami ni kalau perangai dia sebelum kahwin memang pengemas, pandai masak, tahu urus rumah memang lepas kahwin tak payah suruh dia memang tahu. Mak ayah diorang main peranan juga dalam hal ni. Dapat suami manja teruk tak tahu apa, jenis dah raja sejak bujang, payah ler nak lentur.

Macam saya, haritu kena kec4m sebab saya cakap suami saya lipat kain. Ramai lelaki komen takut bini, saya bagi nasi kangkang, dan sebagainya. Dah dia tak bagi lipat kain, kemas rumah, takkan saya nak bergaduh dengan dia. Start kahwin sampai sekarang, sekali dua je kot saya lipat kain. Yang duk kata takut bini tu mesti raja dekat rumah . Tak jatuh pun maruah tolong bini.

Anissa nur – Yesss..ayat last tu betul.. memuliakan suami itu perlu tapi tak perlu bertuhankan suami..laki ni bg muka lebih2 nnti..so list siap2 apa dia nk kena buat utk esok.hari.. hahaha.. Sy mlm sblum tdo sy akan bgtau suami esk nk buat ape semua.. means buat sama2..

klau dia cuti, mlm tu sy akn ckp, bgn pgi nnti abi basuh baju n sidai baju..ummi nk masak..pastu abi mndikn ank..nnti ummi kemas umh n siapkn ank..mmg cmtu lah rutin kalau cuti..so husbnd dh tau dh apa dia nk ken buat..kdg2 xperlu suruh, ank bgn je dia mndikn.

Nur hijratul – Hm. Awal lagi boleh lagi dibentuk. Syukur si isteri sedar utk bertindak awal. Macam kes kenalan saya, Usia perkahwinan dah 30tahun. Awal2 dulu macam ni lah caranya, terlalu bagi muka pada suami. Si Suami jenis panas baran. Jenis tak boleh ditegur. Tegur sikit, memang berdas2 kena belasah ngn suami (jantan d4yus).

Sampai sekarang sikap seperti raja. Jangan kata nak bawak pinggan pi dapur. Makanan tk siap hidang atas meja on time, habis mengamuk satu rumah. Masa muda bel4sah bini. Dah tua bangka, m4ki hamun bini. Sejenis anggap bini tu kuli. Tu lah jadinya.

Alasan time mood dia elok, tak pun nak ajak bini k0ngkek atas katil, mesti kena main mood bini sama. abang saja buat keras macam ni sebab nak bawak awak masuk syurgaaa. But0 nokharam

Kesian kenalan saya tu. Buat report kt balai, suami taknak bagi kerjasama. Surat mahkmah sampai, si isteri kena bel4sah balik sebab mintak cerrai. Sekarang Masing2 dah tua. Suami 56 tahun, isteri 54 tahun. 30 tahun hadap benda tu.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.