Abis belajr aku masih mganggr. Xkisah pn org nk kata apa pn. Tp bila mak sndiri “brpesan” aku sentap.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum, hai semua. Aku terpanggil untuk menulis confession kat sini sebab aku rasa sangat kecewa dengan mentaliti ibu-ibu zaman sekarang terhadap fresh grads.

Aku lepasan degree di sebuah universiti awam dan sedang mencari kerja. Aku berusia 25 tahun, and yes, masih menganggur, Baru nak mulakan hidup sedangkan ramai kawan-kawan yang dah ada kerjaya dan mengumpul aset. Ada juga yang dah berkahwin. Walau bagaimanapun, aku sentiasa positifkan diri.

Pada aku, life is not a race. Semua orang ada achievement masing-masing. Tapi tak bermakna aku tak berusaha. Aku berusaha dengan buat small business untuk jana income sendiri sementara tunggu dapat kerja tetap. Kalau ada order, alhamdulillah sangat pada aku. Korang doakan bisnes aku yang kecil ni semakin maju ya.

Dengan keadaan sekarang ni, peluang nak dapat kerja tu sangat tipis, lagi-lagi kawasan kampung macam aku ni. Macam-macam aku dengar orang persoalkan kenapa tak kerja, ada yang cakap aku memilih kerja, nak kerja yang taraf ijazah je walhal benda tu tak betul pun.

Berpuluh resume aku hantar, berapa banyak interview aku pergi satu pun tak dapat. Cakap je kat mana aku tak hantar, fast food, kilang, stesen minyak, kedai farmasi dan lain-lain. Hampir semua aku hantar. Cuma tak ada rezeki lagi je. Pada aku, bila orang luar yang cakap macam tu, aku tak terasa sangat pun.

Tapi bila mak sendiri yang cakap, sentap betul rasa kat hati ni. Paling menyedihkan bila ibu cakap, “kalau tahu dulu lepas SPM terus kerja je, tak payah sambung belajar sampai ijazah, dapat kerja yang taraf SPM juga”.

Ibu cakap tu masa waktu makan, terus putus selera aku. Sedangkan masa aku kerja dulu dia yang bersungguh suruh aku sambung study, sebab nak ada at least seorang anak yang ada ijazah. So aku turutkan je, lagipun memang aku ada impian nak tuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi dan buat keluarga aku bangga.

Ya aku tahu, sekarang zaman duit, semua perlukan duit tapi bila ibu cakap macam tu sumpah rasa us3less sangat. Aku rasa aku bukan anak yang baik sebab tak mampu lagi bagi duit dan belikan hadiah untuk ibu macamana anak kepada kawan-kawan dia buat.

Bila teringat semua ni confirm airmata ni mengalir sendiri. Masa aku tak dapat kerja lepas interview tu, aku harapkan support daripada ibu tapi sebaliknya. Ibu siap cakap, “hmmm tak dapat lagi”. Menangis sendiri kecewa sebab tak dapat kerja.

Aku perlukan semangat daripada ibu! Perkara sama berlaku pada sahabat baik aku, dia juga baru habis belajar, dan rezeki dia dapat kerja kerani di sebuah kilang. Dia selalu mengadu kat aku yang mak dia suka perli dia, belajar tinggi pun kerja kilang je.

Ya Allah sesak dada ni bila ingat semula. Aku akui, ibu memang baik dan aku sangat sayangkan dia. Aku selalu nak berikan yang terbaik untuk dia. Tapi aku belum capai lagi ke tahap itu. Oh ye ayah aku dah lama mennggal dunia. Al fatihah untuk aruwah ayah. Ibu seorang yang kuat agama dan rajin bersedekah.

Aku sangat menghormati ibu dari segi itu tapi ibu tak pernah cakap takpe kakak dah buat yang terbaik. Dulu time result aku drop siket dari semester lepas, ibu tak pernah comfort, yang dia tahu cuma salahkan aku je sebab belajar main-main. Takpelah aku maafkan ibu, sebab semua orang ada kelebihan dan kekurangan.

Aku berazam, jika suatu hari nanti aku direzekikan untuk berkahwin dan mempunyai anak, aku akan jadi ibu yang supportive dan isteri yang baik. Aku tak nak semua orang rasa yang dia us3less macam mana yang aku rasa sekarang ni. Jika perkara sama berlaku pada kalian, aku doakan korang tabah juga.

Kepada yang dah kerja, kerja la dengan bersungguh-sungguh. Jika penat bekerja, ingatlah bahawa kami lagi penat menganggur haha. Stay safe semua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Aamiin… – Haura (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Natasha ramli – Nasihat saya pekak kan telinga sis. Mak Saya dulu macamtu jugak. Kalau tak macamtu sis sendiri makan hati. Tapi orang tak pernah faham susah payah cari kerja bagus. Manusia mmg takkan puas sis. Jadi buat jela apa yang mampu. Nak tenang? Keluar rumah hidup sendiri, merantau.

Kebanyakkan orang ni cakap memang sedap mulut, mana nak fikir hati kita penat kita susah kita.. yg tahu dah sampai masa utk kita ni balas jasa.. ada parent yg faham situasi tu beruntung sgt.. yang tak faham tu dgr jela bebelan.. kejap suruh cari keje kejap suruh berenti sbb tak setaraf pendidikan.

Fatin nurfarhana – Jgn risau. Mak ayah kita mmg mcm tu. Depa ckp sbb risau kat msa dpn kita (pk mcm ni ja). Mcm sya bljq smpai dgree jgk.. menganggur je smpai skrg. Thun ni msuk 30thun dah. Dah kawen ank msuk 2. Tapi spnjg sya tanam anggur tu.. Sya buat bisnes online. Smpai lah skrg pun..

Bygkan habis bljar je trus pi cri keja. Kilang..ofis ke mcm2 tmpt pi interview pun x dpt. Bkn rezki. Mak ayah mmg sedia2 suruh aply bdn unifom lab itu lah ini lah..sbb masa tu bisnes online lps ckup2 je. Diorg tak nmpk income dri side bisnes ni.

Jdi sya mmg pulun sguh buat bisnes online. Smpai boleh byr keta. Beli brg dpur. Byr bil ke.. Bgi duit belnja.. Bila benda ni konsisten. Baru diorg x memaksa dah sya cri kerja. Just diirg pesan beringaf utk saving. Sbb berniaga ni ada psg surut.

Jdi u can do it. Klu berniaga.. Niaga ja sguh2 bg nmpk hasilnya. Insyallah diam lah nanti.. Rajin2 bagi duit dpur..duit blnja ke.. Bg dia nmpk hasil kita. Tu je.

Ilianis amran – Haura, aku nak nasihat sikit. Nasib semua orang tak sama dan sebagai anak biar lah kit ayang mengalah nak2 lagi kau hanya ada ibu. Kadang2 mak kita tak faham tekanan kita waktu result drop atau sedang menganggur tapi kena ingat sebagai ibu kita pun tak faham keresahan yang ada pada seorang ibu bila mana result anak dia drop atau menganggur.

Husnuzon je dengan kata2 mak kita sebab jauh di sudut hati dia, walaupun cakap dia tu sampai ke tulang hitam tapi tetap rasa risau utk diri kita. Semoga urusan kau dapat kerja dipermudahkan. Kena kuat yakin dengan janji rezeki Allah ya.

Nurina lylia – Zaman skarang gov banyak bagi dana untuk train and place program untuk graduan 2019-2021. Boleh refer career centre uni masing2 baik ipta atau ipts. Train and place ni bagus, die bg program, sijil profesional dan lepas training, terus dapat kerja. Tak perlu cari kerja pun. Gaji pun minimum RM 1800.

Kalau graduan 2019-2020 boleh pegi ke portal Great KPT. (KPT CAP) Kalau graduan 2021 boleh start pergi career centre. KPT PACE untuk graduan 2021. Also buka je website perkeso, hrdf. Banyak sangat2 kerja kosong untuk fresh grad. Cuma tak boleh la memilih sangat. Lokasi x boleh la sebelah rumah.

Gaji ambil la apa ada dulu, dari menganggur. Sebab experience bekerja penting untuk dapatkan next kerja tu. nak dapat info pasal kerja kosong atau apa yg gov dan banyak company nak bg, buka semua ipta punya career centre. Jangan terhad uni kita je. Ada 20 uni awam di malysia ni. Semua kita boleh apply. Sbb gov help all students.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.