“Aku b3nci ibu aku”. Pelik, bila adik bradik lain pulang ibu ok. Tp bila semua tiada, “pyakit” dia mula dtg. Aku tersepit.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kau benci kawan, kau boleh unfriend, block and ignore dia. Kau benci bos, kau boleh berhenti kerja. Kau benci boyfriend kau, kau boleh minta break. Tapi, what if kau benci ibu kau?

Saya gadis berusia 26 tahun, ada 8 beradik, dan hanya tinggal berdua dengan ibu yang berusia 70 tahun. Saya tak rapat dengan ibu, dan memang tiada pengalaman ibu-anak yang banyak dengannya. Sebelum masuk ke asrama pada usia 13 tahun, ibu mengalami depr3ssi teruk. Dia tak bagi ayah pergi kerja sebab cakap ayah cari perempuan lain. Ibu tak bagi saya pergi sekolah sebab dia kata saya pergi merayau.

Ada waktu dia akan bawa par4ng marah orang katanya cuba h4ncurkan keluarga kami. Ada waktu pada tengah malam dia berh4lus1nasi ada org dtg buat kacau dan cuba halau orang tu keluar dari rumah kami. Secara jujurnya, saya membesar merasa takut padanya. Jadi usia kanak2 saya banyak dihabiskan bersama ayah. Dan pada usia 13 tahun, ayah hantar saya keasrama untuk saya belajar dengan tenang.

Depr3ssion ibu masih berterusan. Seringkali dia halang saya balik ke asrama sebab dia kata ada orang nak cul1k saya. Ibu suruh saya berhenti dari asrama dan duduk dengannya sahaja. Tapi ayah selalunya akan lindungi saya dan hantar saya balik. Depr3ssion ibu berkurangan bila saya berada di tingkatan 5. Ayah mennggal 2 tahun kemudian.

Adik beradik saya kebanyakannya perempuan, masing2 selepas berkahwin ikut suami dan tinggal jauh. Jadi ibu tinggal berseorangan. Saya ambil keputusan tinggal dengan ibu lepas habis belajar, 4 tahun lepas. Ibu seorang yg sangat tradisional. Saya ada curfew. Pukul 6 habis kerja kena ada kat rumah. Lewat, kena marah. Weekend kena ada kat rumah. Keluar, kena marah. Saya bukan jenis yang kuat bers0sial.

Tapi ada masa kita akan terima undangan perkahwinan, ada masa rakan dari jauh datang ajak jumpa, ada masa company ada family day or farewell party. Jadi, saya akan join dan kena marah. Ada masa saya kena keluar beli barang office lepas kerja. Masih kena marah. Pernah satu tahap, ibu call rakan sekerja saya terus marah kenapa saya belum balik. Dan pada ketika itu jam baru pukul 8 malam.

Ibu marah bukan biasa. Dia marah h3rdik dan terus hembur dengan nada yang tinggi. Tanpa tanya. Saya bukan orang yang penyabar, bila berterusan kena marah tanpa sebab saya mula melawan. Saya mula naik angin. Saya mula start r3bel. Sebelum ni bila kena marah saya cuba terangkan kenapa saya lewat, tapi dia akan tetap marah. Kemudian, saya ambil pendekatan senyap. Masuk bilik dan biarkan dia terus marah dan memb3bel.

Tapi bila saya diam, marah dia makin menjadi, benda yamg takde kena mengena pun dia ungkit. Saya mula member0ntak. Saya mula hemp4s, baling barang, hent4k pintu. Saya tak faham, saya buat salah apa. Saya bukan balik lewat pukul 4 pagi, saya bukan keluar tak tentu hala. Yang mengenali saya tau saya tak keluar malam. Dan jika saya keluar pun saya hanya keluar dengan rakan2 terdekat dan untuk perkara tertentu.

Saya cuba untuk bersangka baik, tapi semakin lama tinggal dengannya semakin saya lihat sikap ibu yang sangat berbeza. Bila adik beradik saya balik dia akan kelihatan ok. Tapi bila semua orang balik kerumah masing2, dia mula marah2. Dan dia akan lepaskan marah pada saya. Kakak tak basuh tilam anak dia k3ncing saya kena marah. Anak buah saya tak basuh pinggan, saya kena marah.

Anak abang pecahkan pinggan, saya juga kena marah. Saya tak faham, bila orang tu ada depan mata dia tak marah. Saya sampai pernah cakap ‘ibu tak puas hati pergilah call kakak cakap, marah adik kenapa?’ Ibu juga suka bandingkan pekerjaan saya dengan adik beradik. Adik beradik saya kebanyakannya kerja kerajaan dan golongan profesional.

Disebabkan peluang kerja yg kurang dikampung dalam bidang saya, saya bekerja dalam sektor yg berlainan. Saya pernah dapat tawaran kerja dia bidang saya tapi saya tolak sebab jaraknya merentasi 2 negeri. Saya bukan merungt, dan saya pun dah mula belajar adapt dan selesa dengan pekerjaan sekarang. Tapi ibu sering cakap dengan org sekeliling ‘itu je kerja yang ada’.

Secara jujurnya, saya tak cemburukan adik beradik saya. Rezeki orang berbeza dan saya tau mereka pun tak pernah memperlekehkan pekerjaan sesiapa dalam keluarga. The only person yg care about it is mum. And she keep repeating the same story line about my work to whoever she met. Saya sampai satu tahap tak faham, dia suka ke tak saya duduk dengan dia. Saya cuba untuk jadi anak yang baik.

Tapi setelah empat tahun bertahan saya tak rasa keadaan jadi makin baik. Saya perasan satu kecenderungan saya mula marah2 dan melawan balik kebelakangan ini. Akibat selalu sangat kena marah tanpa sebab saya cepat naik angin. Bila saya start kena marah saya mula baling2 barang. Saya nak ibu diam. Saya nak terangkan pada dia itu bukan salah saya. Tapi dia selalunya dia akan kekal pada nada marahnya.

Dan selalunya saya pula akan mula bertindak di luar kawalan. Saya akan pegang ibu secara kasar untuk diamkan dia. Saya nak dia dengar penjelasan saya. Saya nak bagitau saya tak buat apa2 salah. Saya balik lewat bersebab. Saya keluar hujung minggu hanya memenuhi undangan majlis rakan. Dan selalunya ianya takkan berhasil. Ibu akan tuduh saya kurang ajar dan membandingkan saya dengan anak yg lain pulak.

Dia akan ckp ‘anak aku yang lain tak pernah buat aku macam ni’. The fact, that’s because they are living far from home and they doesn’t have to meet you even they arrive home at 5am. Lepas meng4muk saya akan masuk bilik dan menangis teresak-esak sehingga s4kit kepala. Dan saya dah mula ambil pil supaya saya boleh tidur. Saya tau saya bukan anak yang baik. Saya cuba kawal diri dari melakukan phys1c4l contact dengan ibu.

Tapi i get str3ssed much hearing her voice. Kadang2 kalau dia marah, saya cuba kuncikan diri dalam bilik. Saya takut saya keluar saya buat apa2. Kadang2 saya telan ubat tidur bg saya terus tidur dan tak dengar suaranya. Saya banyak kali terlintas untuk pindah keluar, beribu kali saya nak angkat beg keluar dan bermalam kat hotel. Saya tak tau apa patut saya buat.

Saya tak rasa keadaan makin baik bila saya tinggal dengan dia. Hampir setiap malam saya amik ubat tidur. Dan em0si saya juga dah terbawa bawa ke tempat kerja dan hubungan s0sial saya. Saya menangis bila kena teguran simple. Saya dah tak nak jumpa kawan2 saya. Saya cuma nk pergi kerja. Duduk selewat yang boleh di office. Balik dan tidur. I av0id meeting people cause i aware my em0tion unstable.

I’m easily crying and become d4mn s3nsitive with simple comment by colleagues. Saya hanya akan tenang sikit bila adik beradik saya balik. Mereka tak pernah mengabaikan tanggungawab masing2 sebagai anak tapi saya juga faham masing2 ada komitmen pada suami dan keluarga masing2. Selalunya bila diorang balik ibu tak marah-marah sangat dan selalunya saya cuba have some escape time during that moment.

Pergi kl shopping ka. Pergi solo travel ka. Pergi weekend getaway ka. And after they gone, the pr0blem datang balik. Saya akan kena marah for unnecessary things, saya meng4muk, menangis, sakit kepala dan telan ubat tidur. When i say unnecessary, its really mean unnecessary. Contohnya saya baru lepas kena marah sebab nak keluar beli barang dapur at 6pm.

Da tentu nak beli kat pasar malam, takkan saya nak pergi pukul tiga. Pasar malam pun tak buka lagi. Sampai saya balik, dia marah saya. Saya pun tak faham. Saya patut buat apa? Tak payah beli barang dapur? Takde makanan saya juga kena marah. And yes, we end up having a f1ght.

Saya meng4muk. Saya sedang menangis dan having that he4d4che again. I need to sleep. I’m sorry guys, ini bukan cerita anak yang baik. I’m the worst daughter alive. I confessed here because i need help. I nak make things better. Please advice me. – Anak

Reaksi warganet

Nik fauziyah – Bila usia lanjut ada pula perangai yg “buruk” biasanya pihak perubatan akan kaitkan dgn nyanyuk. Xbyk yg dpt dibantu oleh pihak hspital lebih2 lagi she dont wants to listen atau mmg dh pekak. Makcik sgt phm dgn cabaran org tua yg begini. Mereka sgt degil, minda tertutup, hati kotor dan biasanya hubungan dgn Allah pun ada yg xkena.

Biasanya semua adikberadik maklum sikap ibu tapi lepas tgn krn ada yg jaga dia. Konfesor perlu berterus terang kp mereka minta amik tanggung jawab bersama menjaga ibu secara bergilir. Selagi konfesor tinggal sebumbung dgn ibu, sistem giliran tidak menjadi krn org lain tetap rasa org yg tinggal serumah yg kena lebih amik tgjwb.

Oleh itu cari kerja ditempat lain atau pindah supaya keluar dari persekitaran yg buruk dan elak kebencian. Urus diri krn awak juga perlu rawatan.

El lysa kyra – I’m worry u juga akan berakhir dgn perangai yg seakan2 sama dgn mak awak yg mengalami depr3si. So get some help, bawa mak awak jumpa ps1k1atri utk rawatan…so with u. Ada baiknya prtimbangkn utk walk out dari rumah dgn alasan bertukar kerja ke tempat lain.

Dgn cara ni dpt kurangkan ketegangan antara u & mum. Bukannya tak peduli dgn mak, cuma utk beri ruang bernafas agar tak terus depr3ss. Terangkn jg masalah ni dgn adik beradik yg lain supaya dorang memahami hal ini dan dpt turut sama membantu.

Anita kamaruddin – Pernah bawak mak pegi bercuti tak? Rasanya korang berdua sama2 ketandusan kasih sayang. Cuba bawa mak bercuti jauh2. Tgk negeri orang. Tinggalkan dan lupakan sekejap semua kerja2 rumah dan ofis tu. Masa bercuti berdua dgn mak tu, cuba masing2 luahkan perasaan. Apa yg tak kena selama ni? Kenapa mak asyik marah2.

Kenapa saya asyik marah2. Supaya dia lebih faham kita. Dan kita lebih faham dia. Saya teringat ustaz kazim pernah cerita, masa nabi dalam kesedihan sangat2 sebab ibarat jatuh ditimpa tangga, Allah ‘bawa’ nabi ‘jalan2′ ke 7 petala langit (israk mikraj)’. Jalan2 tu boleh hilangkan depr3ss.

Dekatkan diri dgn Allah tu boleh hilangkan depr3ss. Saya dah cuba kaedah ni dan ianya berkesan. Bercuti jauh rumah dan dari rutin hidup, dan mengadu menangis kepada Allah. InsyaAllah. Allah Maha Mendengar dan Dia Maha Mengetahui. Semoga awak dan mak berkasih sayang semula, sebagaimana awak masa b4yi dulu.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.