Tgh bpantg, istri minta aku “puasa” smpai ank 4thn. Aku hy mmpu senyum. Bila tegur aku ditendngnya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Saya Zairil, berusia 37 tahun, telah berkahwin selama 5 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun. Saya dan isteri (37 tahun) berasal dari Alor Setar, Kedah dan kami menetap di Skudai, Johor.

Saya bekerja di sektor penerbangan, manakala isteri pula seorang penuntut ijazah (penyelidikan) di sebuah universiti berdekatan. Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersyukur dan sangat sayangkan anak saya. Titik permasalahan rumah tangga saya bermula semasa isteri saya sedang berpantang.

Dengan nada yang serius memberi tahu saya supaya untuk berpuasa (dari nafkah batin) sehingga anak kami berumur 4 tahun. Mungkin beliau masih terasa keperitan semasa bersalin sehingga beliau berkata sedemikian, ia juga mungkin sekadar gurauan, dan saya pun tiada niat untuk meminta pada isteri yang masih berpantang. Saya membalas dengan sedikit senyuman dan tawa melihat isteri.

Saban bulan, melihat anak semakin membesar, hubungan kami menjadi semakin keruh kerana saya sering menegur sikap kecuaian isteri saya kepada anak saya, sehingga menyebabkan anak tr4uma dan ceder4 seawal 5 bulan dari kecuaian isteri. Saya sebagai suami faham, membantu dan menasihati isteri, tetapi apabila saya bertugas di luar negara, sering kali menerima rungut4n isteri tentang anak.

Perkara seperti membiarkan anak seawal 8-10 bulan, yang baru dapat belajar duduk, tetapi dibiarkan berend4m seorangan di dalam besen di tandas, meletakkan pis4u memasak/ gunt1ng di merata2 rumah (sikap yang masih tidak di ubah sehingga kini), Mengh3rdik anak kecil, dan banyak lagi tidak cukup untuk saya luahkan disini. Ya, saya nampak dan saya bantu, tetapi bagaimana pula jika saya tiada di rumah?

Oleh itu saya sering menegur sikap kecuaian beliau. Tidak saya jangka lama kelamaan wujud perasaan benci dalam diri beliau terhadap saya. Saya juga telah beberapa kali cuba berbincang untuk mendalami masalah beliau, tetapi sering kali tidak diendahkan dan kadang kala berakhir dengan pertengk4ran. Beliau juga langsung tidak teragak untuk berkel4hi di hadapan anak yang baru berusia 2tahun tercengang melihat kami.

Akibat hilang sabar saya, saya telah menepuk bahu kiri isteri selepas dih3rdik oleh isteri. Anak saya terkejut dan berlari ke tengah untuk menghentikan perkel4hian kami, saya tergamam melihat anak yang kecil lebih memahami. Saya mengambil anak dan mendukungnya masuk ke bilik. Ia diikuti oleh jeritan m4kian daripada isteri yang memukl dan menendng saya dari belakang.

Saya beristighfar dan masuk ke bilik. Jika diikutkan n4fsu dan kudrat saya, sudah pasti lain jadinya. Akibat dari seringkali bertengkar, saya kadang kala hilang rasa hormat dan mengeluarkan kata kesat akibat tertekan. Ini belum lagi soal layanan isteri, yang meminta saya berpuasa sehingga anak saya berumur 4 tahun, ternyata itu benar.

Sehingga kini anak saya telah pun masuk usia 4 tahun, dan sepanjang 4 tahun ini, kurang dari 5x kami bersama dan lebih tepat sudah hampir 3 tahun saya tidak menyentuh isteri saya. Berbagai alasan diberikan untuk menolak permintaan saya, kadang kala saya menegur, tetapi saya masih bersabar dan tidak memarahinya. Segala kemahuan beliau saya tunaikan, segalanya, hanya sebut, saya sediakan.

Hendak berniaga, saya hulurkan, bermacam2, tetapi hanyalah hangat hangat tahi ayam dan hanya membazir. Program ijazahnya pula telah berlanjutan sehingga ke semester ke-9. Masa dirumah lebih banyak dihabiskan menonton drama melayu di internet termasuklah kisah drama melayu perpecahan rumah tangga yang beliau sering kali terbawa2 ke realiti.

Keadaan menjadi semakin kr1tikal setelah saya diberhentikan kerja tahun lalu oleh sebuah syarikat penerbangan dan hilang pekerjaan selama 7 bulan. Mujurlah saya masih mempunyai simpanan dan pelaburan semasa tempoh menganggur. Hubungan juga menjadi semakin keruh ketika saya menganggur, apabila meminta isteri untuk fokus pada pembelajaran beliau atau meringankan beban dengan bersama mencari sumber rezeki bersama.

Banyak wang telah dihabiskan untuk menampung program ijazah beliau, yang telah beberapa kali diberi amaran oleh supervisor beliau. Tetapi ia menjadi sia2, dan tidak diambil peduli. Akibat dari tekanan hidup, ia telah mengidap s4kit jntung dan drah tinggi seawal usia 36 tahun. Jika ada berlaku pertengk4ran, beliau kini sudah tiada rasa hormat pada saya, dan tidak teragak untuk meminta pencerraian.

Selepas bertenang beberapa hari, beliau buat seperti biasa tanpa ada rasa bersalah. Saya sungguh tertekan dan tersepit, saya terlalu sayangkan anak saya dan tidak sanggup melihat anak saya membesar dalam keadaan ibu dan ayah bercerrai. Malah hubungan saya dan keluarga isteri juga sangat baik. Paling saya tertekan, apabila secara tidak sengaja terbaca message isteri di lockscreen telefon bimbit.

Beliau memburukkan keluarga saya, ibu saya kepada kawan baik dan juga kakak beliau. Mujur kenalan beliau juga saya kenal, dan saya telah menerangkan secara baik untuk menjadikannya lebih keruh. Beliau sering berpura2 baik dihadapan keluarga saya, tidak seperti mesej buruk yang dihantar kepada kakaknya. Saya kini baru mendapatkan pekerjaan baru di negara jiran, dan tinggal berjauhan.

Akibat dari tekanan, saya telah mula berkawan dengan seorang wanita, tetapi saya telah berhenti dalam hubungan itu setelah sedar perasaan suka saya kepada wanita itu semakin mendalam. Saya ingin mengelak dari bertambahnya masalah. Tiada seorang pun yang saya luahkan hal ini melainkan dengan Allah swt, saya tertekan sehingga ada saat saya ingin membnuh diri.

Mujur saya mempunyai seorang dua rakan baik. Akan tetapi sampai bila saya perlu tempuhi semua ini? Saya tertekan tetapi saya sayangkan anak saya lebih dari segalanya. Banyak lagi yang ingin saya ceritakan, tetapi cukuplah setakay ini. Saya mohon nasihat dan bimbingan anda. – Zairil Iskandar (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Tolongshare – mungkin wife encik ni ada depr3ssion atau masalah kemurungan. terlalu penat pun boleh jadi. bila lama-lama kumpul tu jadi macam tu. bila ada anak kecik, tak cukup tidur, cepat lupa, tambah pjj semua dia kena urus memang meletihkan. beginilah. kalau dah tiada persefahaman, lebih baik berpisah.

tu yg terbaik untuk anak encik. kesian budak tu membesar dalam suasana mak ayah bergaduh, akan effect sampai besar. kalau betul sayang anak, patut sediakan kehidupan penuh kasih sayang untuk dia. kalau tak mampu pertahankan, lepaskan. makin lama dalam t0xic relation ni makin teruk effect die pada anak.

isteri pun nampak macam dah keras hati sampai boleh tend4ng2 mungkin dah memuncak perasaan dia. pergi pejabat agama, mintak kaunseling. lebih baik bercerrai dari stay dalam perkahwinan yg menderita. anak pun menderit4 sama. selamat berjaya.

Wan zuraini – Kesiannya. Seyesly kesian.
I remember also last time ada sorang p4tient sy (pompuan) minta tlg kat sy supaya bgtau suami dia yg x bole tiduri dia 3 tahun (nk mintak sy menipu). I said, NO. U sihat kn. If nk jugak, either u tukar agama atau u cari madu utk u. U know what. Buat macam ni. Bg link confession ni kat dia sbb dlm ni byk komen, likely sgt2 dia baca pendapat org lain pastu buat analisa..dia kan PHD?.

Lepas tu awk bl0ck dia for 3 days (konpem dia meletup sbb tgk dia ni spesis Krakatau). Then dia akan mula meng4muk – cari salah awk – lepas tu sedih – then baru masuk fasa salahkan diri sendiri. Masa tu baru kontek dia semula. Org mcm ni kita x boleh tegur. Hanya keadaan diri dia yg boleh tegur diri dia sendiri.

Norsilawati – 4 tahun da..sy rasa tt dah cukup lama bertahan & bersabar..sayangkan anak x semestinya x boleh bercerrai bro.. bukan menggalakkan tapi kalau itu yg terbaik utk bro & isteri teruskan je..anak tu da 4 tahun hidup dalam family yg t0ksik..asyik tengok mak ayah bergaduh..tengok mak dia x hormat ayah dia seperti sepatutnya..

kesian dia mencontohi benda yg salah.. pilihan kat tangan tt.. sy x heran bila tt boleh terpikat dengan perempuan lain bilamana ada isteri tapi x jalankan tanggungjawab sebagai isteri.. Boleh proceed ke pejabat agama utk nasihat & kaunseling sama ada nak teruskan perkahwinan atau bercerrai..buat apa teruskan kalau x bahagia.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.