Aku curang sbb 5thn mkn hati, aku nekad balas dendm pd suami. Tapi kini aku pula yg terjerat.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku ada something nak share. Ni kisah benar dalam hidup aku. Aku berkahwin awal pada umur 21 tahun dan suami umur 23 tahun. Kami masing masing sudah habis belajar dan bekerjaya. Aku baru setahun kerja. Dan suami dah kerja dalam 2, 3 tahun. Jadi tiada masalah dalam kewangan.

Dan kami teruskan perkahwinan kami atas sebab nak elak maksiiat sebab selalu sangat dating dan suami selalu balik kampung aku, tidur kat kampung. Jadi biasa la mulut orang kampung akan bercakap. Dan kami pun diijabkabulkan pada bulan 8/2015. Bermula lah kehidupan kami sebagai suami isteri. Pada awalnya kami duduk berasingan.

Aku masih duduk menyewa dengan rakan rakan lain di rumah sewa. Memandangkan rumah sewa dan tempat kerja aku dekat. Suami masih tinggal bersama keluarga dia. Dan dalam berapa bulan tu aku ajak suami pindah ke rumah sewa sebab aku dah jumpa rumah sewa lain untuk kami tinggal sama sama lepas nikah.

Sebabkan aku teringat pesan orang tua aku dan aruwah atok aku kalau dah nikah duduk lah asing daripada keluarga. Jadi bila bincang bincang, dan suami pun dah bincang dengan keluarga dia tapi mak mertua aku tak setuju. Kata dia kenapa nak bazir bayar sewa mahal mahal. Baik duduk je rumah dia. Dan masa tu aku akur. Nak jadi isteri yang baik kena la dengar cakap suami.

Dan aku pun berpindah masuk ke rumah suami. Kemudian bermula lah kehidupan di rumah mertua. Biasa la. Awal awal tu semuanya baik baik, Indah indah dan wangi wangi sentiasa. Lama kelamaan terdengar mertua cakap kami duduk secara free tak bayar apa apa. Dan aku pun ambil keputusan dengan suami beli apa yang patut dalam rumah tu.

Jadi setiap bulan kami akan belanja barang barang dapur dan kadang kadang ada beri duit pada mertua. Dah berapa bulan tu tiba tiba keluarga mertua ada bukak bisnes dan minta suami aku berhenti kerja. Aku sangat sangat tak setuju dengan tindakan diorang. Aku dah la baru setahun jagung kahwin, tiba tiba suami aku kena berhenti kerja pulak. Jadi segala komitmen yang ada aku nak kena tanggung?

Berniaga tak mudah. Diorang macam terburu buru nak berniaga. Okay aku ikutkan jugak kalini. Setelah beberapa bulan bisnes, segalanyaa takde masalah pun cuma yang masalah aku kena tanggung perbelanjaan sendiri. Suami aku tak pernah bagi aku nafkah sepanjang perkahwinan. Aku pun amik tak kisah masa tu sebab aku pun ada duit aku sendiri.

Sampai la ada satu kejadian yang menyebabkan suami aku bergaduh dengan keluarga dia dan dia tak jalankan lagi bisnes dia bersama keluarga. Aku cukup marah masa tu sebab suami aku takde kerja, takde gaji, takde duit. Segalanya semua atas bahu aku. Aku dah str3ss tapi aku masih tanggung suami aku dan keluarga dia. Aku dah mula pandai buat personal loan.

Kemana mana diorang nak pegi, aku bawak kan. Nak makan apa aku cuba belikan sebab nak tengok semua orang bahagia. Aku ada pinjam pinjaman berlesen menyebabkan aku susah sehingga sekarang. Setelah 3 tahun aku duduk di rumah mertua. Aku nekad untuk beli rumah. Masa tu suami aku masih belum bekerja dan tiada pendapatan tetap. Hanya duduk di rumah mengenangkan nasib.

Kadang kadang dia ada buat motor dan kereta untuk hobi dia sahaja. Aku beli rumah sebab aku fikir aku dah tak tahan nak duduk di rumah mertua dalam keadaan semua pulaukan aku dengan suami. Suami bantu segala urusan. Cuma kadang kadang aku marah dengan dia sebab dia takut nak bekerja dan masih tak fikir keadaan aku yang menanggung semua benda.

Dia tak tau aku ada buat personal loan dan pinjam pinjaman berlesen. Sebab bila aku cerita semua, mesti dia akan marah aku. Jadi aku diamkan dan buat keputusan aku sendiri. Sampai la saat aku dah dapat beli rumah. Dan aku nekad nak pindah keluar dari rumah mertua. Dan suami pun nekad carik kerja. 3 bulan lebih aku dan suami macam orang asing kat rumah mertua.

Dan akhirnya suami dapat kerja ditempat lama dan pada bulan puasa 2018 kami berpindah. Alhamdulillah masa tu aku ingatkan semuanya dah berubah. Tapii….. Ada sesuatu yang lagi dahsyat berlaku pada perkahwinan aku. 4 tahun perkahwinan baru aku dapat rasa duduk di rumah sendiri. Tanpa ada gangguan. Aku dan suami masih tiada rezeki anak.

Tapi bagi kami, kami tak kisah sangat pasal anak sebab tu semua rezeki Allah. Hari berganti hari, dah setahun aku duduk asing dengan keluarga mertua. Dugaan yang lebih hebat menanti kami. Suami kerap busy dan hari minggu kadang kadang dia dengan hobi memancing dia dengan sedara dan keluarga lelaki dia.

Aku dah mula str3ss. Aku sorang sorang kat rumah. Dengan takde anak. Aku jadi macam sangat str3ss dengan kehidupan aku. Aku marah dengan suami aku sebab dia sibuk dengan aktiviti dia. Dan kadang masa gaji dia tak bagi pun aku nafkah dan duit belanja yang lain lain. Semua aku tanggung sendiri. Aku terbeban dengan hutang lama aku.

Sampai nama aku bl4cklist dengan bank dan kalini aku terjerat pula dengan pinjaman berlesen yang berpuluh ribu. Aku tertekan sebab suami tak nak amik tahu pasal rumah pasal belanja apa semua. Sampai la satu tahap aku join satu bisnes ni. Aku ada buat ig dan fb baru. Tapii aku dah tersalah langkah. Dalam masa yang sama aku nak balas dend4m dengan suami aku.

Aku jadi sangat berdend4m dengan dia sebab dia langsung tak nak amik tau pasal rumah dan barang keperluan. Aku takde duit dan selalu pinjam kawan kawan ofis dan kadang kadang pinjam adik beradik dan sedara aku. Aku malu dan aku tutup a1b suami aku cakap gaji dia lambat, bulan ni short sikit lah.

Padahal gaji suami aku banyak dia berhabis pada keluarga dia dan pada motor dia sahaja. Sampai la pada bulan Nov 2020 aku kenal seorang lelaki ni. Dia seorang tentera. Aku yang mulakan langkah mengenali dia. Sebab niat aku cuma mahu balas dend4m pada suami aku dan harap dia sakit bila dapat tahu semua benda ni.

Sakit yang aku rasakan sepanjang 5 tahun perkahwinan yang aku pendam dan simpan sendiri. Akhirnyaa. Aku kantoi curang dan suami aku bersungguh sungguh untuk berubah. Tapi dia dah lambat. Hati aku telah diambil oleh si dia. Si dia pada mulanya tak tau aku sudah berkahwin. Aku tipu dia, kata aku belum berkahwin. Dan si dia bersungguh sungguh nak dekat aku.

Dan aku pun sebenarnya dah mula sayang pada dia. Saat suami aku selalu tinggalkan aku. Aku rasa kekosongan aku terisi bila dengan si dia. Aku curi curi keluar rumah dan kadang kadang aku lari dari rumah untuk keluar bersama si dia. Suami aku menyesal atas dia buat pada aku selama ni dan ingin berubah.

Tapi apakan daya. Hati aku dah hancur dan aku tidak ada sedikit sayang pun pada dia lagi. Aku tak tau apa kesudahan cerita aku ni. Dan sekarang aku dah tak berhubung lagi dengan si dia kerana suami aku ugt jika dia atau aku masih berhubung kami akan dapat tindakan dari mahkmah.

Sebab suami aku ada pasang lawyer. Dan suami aku ada buat syarat talak pada aku. 2 kali. Sekarang aku masih menunggu keputusan mahkamah sama ada talak itu jatuh atau tidak. Dan aku dah buat keputusan sekiranya talak tersebut tak jatuh aku sendiri yang akan minta cerrai dari suami aku.

Sebab aku dah kerap bergaduh dan aku dah tiada hati lagi pada suami aku. Suami aku kadang kadang masih menuduh aku berhubung dengan si dia. Tapi tidak pun. Lelaki tu dah tau status aku, dan suami aku pun dah ugt dia macam macam. Tak mungkin dia masih berani. Suami aku berubah seratus peratus. Sebab dia masih sayangkan aku.

Aku sedih bila hati aku dah tawar dia datang kembali pada aku. Keras sangat hati aku sebab tak mampu terima suami ku lagi. Dan pada si lelaki tu. Aku mintak maaf jugak. Sebab aku tipu dia yang aku ni masih belum kawin. Dan sekarang aku tak tau kemana dia pergi. Aku cuma nak pergi dari semua orang, nak jalani kehidupan aku tanpa memikirkan orang lain.

Aku tak tau sama ada keputusan aku betul atau tidak. Salah ke aku mengambil keputusan ini? Ingin bercerrai? Aku nak mulakan hidup baru dan nak pergi dari semua orang. Semua salahkan aku atas alasan aku curang. Tapi semua tak tau apa yang aku simpan dan pendamkan selama 5 tahun perkahwinan aku dan suami. Biar la aku membawa diri aku sendiri. Dan semoga ada sinar baru dalam hidup aku. In sha Allah… – ANN (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Madamme Que – Dik. Masalahnya sebab u PENDAM, u tak luah, macam mana suami u nak tau yang u ada masalah kewangan? Yang u sunyi? Masalah utama sekarang ni adalah komunikasi. Apapun yang u rasa, perbuatan u still salah di sisi agama. Berdosa ada bf sedangkan u masih isteri orang.

Kenapa nak perhatian suami dengan cara kumpul dosa? Better u minta cerrai awal awal dulu, pastu baru cari cinta baru. Sekarang u dah buat naya kat lelaki lain pula. Nasihat saya, gi AKPK untuk bantu urus hutang tu semua. Jangan duk peluk tubuh.

Dik, tak guna bayar hutang dengan cara gali lubang tutup lubang. Tak jadi apa. Hutang bertambah lagi ada. Tambah pula dengan kes curang. Adui. Fikirla dengan matang dik. Please jangan rendahkan martabat seorang isteri.

Abel Nurr – Curang takkan selesaikan masaalah. Dalam masa yang sama TT dah lukakan hati tentera tu. Mungkin tentera tu betoi betoi sayangkan TT. Ni bukan soal dend4m, ni soal TT tak berfikir dengan bijak. Sepatotnya luah apa yang tak puas hati, bukan pendam sis.

Kena berkomunikasi baru cari jalan penyelesaian. Apa apa pun bntda dah jadi. Banyak kan solat istikorah cuba bagi peluang dekat suami. Berbincang sis. Jangan nanti menyesal bila dah kehilangan. Tak dak mnusia yang smprna dalam dunia ni. Kalau suami sis dah lalai sis tegor la. Ajak bincang. Jangan terus tnggalkan suami macam tu.

Mzai Azi – Ramai yang komplen suami biawak hidup padahal diri sendiri yang tukarkan suami jadi biawak. Tak bagi nafkah pun masih ok. Perangai buruk pun ok. Sampai menanggung beban hutang yang banyak, pun masih tak kisah lagi. Pastu lama lama sendiri yang meletup salahkan suami pulak. Sikap terlalu baik dan memanjakan suami, telah makan diri sendiri…

Hannah Saqeena – Pada penceritaan suami TT mulanya nampak kurang matang dalam perkahwinan. Tak same same dalam isu menyelesaikan masalah rumahtangge. Dan TT pun banyak ambik keputusan sendiri.. Tapi apa apapun saya tak setuju TT amek jalan mudah mengaku bujang dan berkawan dengan lelaki laen.

Kalau lelaki, macmtu da jatuh hukum da. Kena rujuk di pejabat agama.. Saya doakan yang terbaek untuk TT. Jika suami dah mengaku die culas selame ni, cubala beri pluang. Jika da tawar hati cakap dekat suami..

Sumber IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.