Masa harijadi aku, tkejut bukak bonet nmpk “gubahn ” duit printed. Ty suami knp xbagi dekt aku. Jwpn suami buat aku terdiam sayu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Intro macam biase, nama aku kiambang. Dah tentu bukan nama sebenar. Cerita ni berkisarkan kami laki bini. Aku lewat 20an. Dah berkahwin 5 tahun, anak sorang. Ha Aku si bini.

Tak pasti cerita ni bakal disiarkan atau tak. Tapi aku just nak cerita juga. Aku membayangkan aku sedang bercerita dengan someone. So tak kisah sangat disiarkan ke tak. Kalau ye alhamdulillah. Kami laki bini termasuk dalam golongn marhaen yang terjejas akibat kobid dari mac 2020. Aku sebenarnya penyumbang terasaebar ekonomi rumahtangga.

Kami ada 2 buah kereta. Satu 2nd, satu kereta baru beli hujung 2019. Sebab kereta lama asyik rosak. Alasan teringin kereta baru saja sebenarnya. Dan ada sebuah rumah yang dah dibeli tahun 2018. Semua yang tersenarai tu jatuh di pundak kepala aku. Tak termasuk lagi asbf, medical kad,dll.

Long story short, aku hilang kerja. Dan laki aku hanyalah bekerja sebagai security eventhough dia ada degree. Gaji minima. Epf tak de, socso apatah lagi. Slip gaji pun tak de. Aku ada saving kecemasan. Tapi tak mampu untuk bertahan lama. Kami decide untuk balik duduk rumah mak. Rumah sekarang sewakan. Aku beli rumah atas angin je. Jadi cepat juga dapat orang sewa.

Sekarang tengah pikir macammn nak bayar kereta, mac ni dah habis segala moratorium. Alhamdulillah, bila situasi macam ni, aku sedaya upaya untuk Jana income dan mula semula buat saving sementara masih duduk di rumah mak. Jujur sebenarnya aku tebal muka. Dari zaman belajar aku jenis yang berdikari dan cari duit sendiri.

Tapi aku anggap ni peluang dan hikmah Allah nak bagi untuk kami jadi lebih baik. Usaha lagi. Bermula dari bawah balik macam awal2 kawen. Tapi LAGI p4rah sebab dah Ada anak dan Komitmen. Situasi macam ni, Kita Akan lebih cepat str3ss dan Mudah untuk bl4me pasangan. Termasuk lah aku. Bila time aku str3ss, aku akan persoal kenapa laa laki aku ni tak macam orang lain.

Boleh support anak bini. Pandai Cari duit. Tapi percayalah keadaan tak akan bertambah baik kalau kita saling menyalahkan dan tak cuba Cari solusi. Bulan lepas birthday aku. Aku tak lah beri expectation tinggi sangat untuk laki aku buat surprise ke ape. Lol. Tapi masih mengharap. Perempuan, Mulut kata lain, hati kata lain.

Yang aku nak cerita ni, tentang esoknye tu. aku buka boot kereta. Aku nampak yang macam orang buat surprise delivery dengan duit tu. Bouquet flower. Tapi….. Alkisahnye memang nampak sangatlah gubahan tu hasil tangan laki aku. Dan…. Duit printed. Ya, Laki aku print Gambar duit dekat kedai.

Aku tanya la dia, kenapa simpan. Tak bagi pun. Dia cakap dia segan. Dia tak de harta yang dia boleh bagi dekat aku. Dia pun macam orang lain yang nak bahagiakan bini dia. Nak bagi macam orang lain. Mungkin aku pernah saja2 tag dia dekat fb gambar bouquet duit. Dia cuba untuk beri, dengan kemampuan yang dia ada.

Aku speechless. Sebab aku tak sangka dia terpikir buat macamtu demi nak gembirakan aku walaupun terbantut hajat dia nak bagi. Hati aku memang syahdu sangat rasa waktu tu. Tapi aku tak cakap apa2. Masa dia drive aku curi2 pandang dia macam orang tengah tengok crush. Tapi still tak tahu nak respon macam mana.

Walaupun dia tak dapat bagi, tapi dia dah menang di hati aku. Despite segala kepayahan sekarang ni, ada satu benda yang bertambah. Kecintaan aku pada dia. Cia cia. Silakan munt4h. Aku tak kisah. Aku ni jenis keras. Tak de jiwang2. Tapi kali ni memang betul2 mengusik jiw4 kewanitaan aku. Haha. Tulis smbil bergenang air mata sebenarnya.

Cover line dengan gelak. Laki aku mungkin banyak kelemahan. Dia tak kaya. Senang pun belum. Bukan juga alim ustaz yang pandai mengaji, solat di masjid. Orang surau pun tak pernah kenal dia. Pendiam tak reti bercakap. Aku yang selalu jadi mulut dia. Entah la tak tahu macammn dia hidup sebelum kawen.

Nak tanya harga kuih pun cuit aku. Oh ya. Kami nikah bukan sebab dia ngorat aku. Sekarang pun masih aku yang ngorat. Lol. Tapi aku tersedar satu benda, akulah kekuatan dia. Yang menampung segala kelemahan dia. Saling membantu dalam urusan kebaikan, saling berpesan2. Walaupun dia bukan siapa2 di mata orang lain, dialah hero kami.

Orang yang sangat peka dengan anak bini. Walaupun dia tengah tido nyenyak, anak menangis dia tersedar dulu. Cepat2 buat susu tak nak bagi aku terjaga. Bila aku mengadu lenguh badan, sakit kepala, dia terus datang urut smpai aku tak sedar dah terlena. Aku yakin 99% pasangan berkahwin akan ada rasa ish kenapalah pasangan aku macam ni, kenapalah tak macam tu.

Paling tak terdetik sekali saja di hati. Aku dulu rajin cari g4duh dengan dia. Sampai penat tak mau gaduh dah. Sebab tak de siapa yang sempurna. Dalam situasi sekarang ni, kami berdua sedaya usaha untuk mencari rezeki dan uruskan keluarga dengan cara kami tersendiri. Kadang kita terlalu sibuk dengan urusan tanggungjawab dan urusan sehari2.

tapi terlupa untuk ambek masa sekejap tengok pasangan dekat seboleh yang tengah tido smbil renung kebaikan dia pada kita. Betullah, bahagia tak pernah meletakkan harta sebagai syarat. Semoga Allah keluarkan Kita dari kemelut ekonomi akibat kobid ni dan beri bahagia pada semua.

Doakan kami laki bini untuk terus bahagia, sihat dilimpahkan rezeki yang berkat. Aamiin. – Kiambang (Bukan nama sebenar)

Reaksi wargane

Zurina zulkiflie – Tahniah confessor sebab hargai pasangan sebaiknya. Semoga murah rezeki buat tt yg sentiasa membantu suami. Bila tt tafsirkan suami dia ni penyegan dan pendiam, terus saya teringat watak Shrek, kalau siapa2 ikuti siri Shrek kita boleh tahu Shrek ni m0nster hijau yg tiada keyakinan diri disebabkan dia hijau dan tak hensem.

Tapi Princess Fiona yg banyak meyakinkan Shrek utk jadi berani dan yakin. Princess Fiona sampai sanggup la berk0rban tinggalkan istana dan jadi hijau. Tak semua lelaki terus2 menjadi hebat melainkan dapat sokongan dari isteri yg memahami. tibe pula cerita pasal Shrek.

Salwa syed omar – Allahu sedih pulak baca. Alhamdulillah syukur puan dapat suami yg bertanggungjawab. Cuba penuhi tgjwb dgn sebaiknya. Apa yg diluar kemampuan nak buat mcmana. Namun usaha beliau sgt mengharukan. Nampak sgt suami puan berusaha penuhi tgjwb beliau, kurang dr segi kewangan dia bantu cara lain.

Ada isteri yg lg bernasib malang, dahla semua tgjwab suami terpaksa dipikul, suami pulak mengalahkan raja, demand arah itu ini, nak makan itu ini, suami keluar pagi balik maghrib ada yang sampai rmh pegang hp sampai ke subuh.

Saya doakan puan sekeluarga dipermudahkan urusan dunia akhirat, diperluaskan rezeki, bahagia dalam redha dan rahmat Allah hingga ke jannah.

Laila zahra – bila blaja tadabbur Alquran ,kita akn fhm smua nya adalah ujian hidup, yg mna kita nk sabar atau xnk sabar, nk sabar dgn kemampuan suami atau nk kufur kpada Allah, kita sndiri nk kerja utk tlg family kn suami akn menganggap anda syg dia sbb tu la anda nk tlg dlm rumahtangga
tapi jika kita pulak dlm hati xredha.

rugi sahaja peng0rbanan itu,dia bukan biawak hidup kn kalau biawak hidup tu xlayak la
sbb dia pn x beriman Allah suruh berjalanlh dimula bumi utk cari rezeki. smoga asbab tt masuk syurga kerana redha dgn kemampuan suami, mana kita tahu apa rezeki akn dtg kn,
byk kn blja tadabbur Alquran klu nk free blh ke oage GHULAM AL DAKWAH, tiap2 hari ambik pengajaran dgn ayat Allah hugs tt

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.