“Warkah buat anak2 ayah”. Ayah xsabr nk jaga korg. Mcm2 dh diatur. Tp maafkn ayah hgga kini ayh belum jump “Ibu” kamu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Ini, adalah surat untuk anak-anak saya. Terima kasih admin sekiranya disiarkan. Kehadapan anak-anak ayah, Maafkan ayah sekiranya menggunakan platform ini sebagai tempat menyampaikan cerita kepada kamu semua.

By the time korang dah membesar, ayah tak pasti sama ada page ni masih releven atau tak. Sorry gurau admin. Tanggal 24 November 2018, Ayah menulis surat ini. Dengan gementar, ayah cuba menyusun ayat untuk dibaca oleh kamu semua. Ayah berusia 30 tahun. Ayah tinggal di ibu kota, Kuala Lumpur. Waktu sekarang, malam. Pukul 11:00 malam. Ayah ada di ruang tamu. Angin malam ni, agak dingin.

Ayah letakkan cermin mata ayah ke atas meja, ayah bukakan jam tangan ayah, ayah off-kan phone ayah. Jari-jemari ayah terketar-ketar, seolah masih lagi ada keraguan untuk menceritakan kisah ini. Namun, ayah kuatkan hati. Ayah nyalakan sebatang r0kok, dan ayah mula menekan keyboard, menyusun ayat, untuk anak-anak ayah.

Sudah lama ayah tidak menjengah ke dalam s0cial media. Sudah terlalu lama ayah mengasingkan diri ayah dari semua orang. Kamu semua mesti tertanya-tanya, apakah yang ingin ayah sampaikan. Semua. Ayah akan ceritakan semuanya dalam satu karangan yang panjang. Sons, Its been a h3ll of a ride. Kita mulakan dengan, flashback pada tahun 2007.

Waktu ni, ayah mula menjejakkan kaki ke sebuah universiti dalam tanah air. It was a sunny day. Ramai ibu bapa yang menghantar anak dorang untuk pendaftaran. Termasuk keluarga ayah. Ayah anak sulung dari dua adik beradik. Ayah menjadi kebanggan bapak ayah. Ayah berjaya ambil course yang dia kejar suatu masa dulu tapi dia tak dapat. Itu satu achievement. He was so proud of me.

Dia meletakkan harapan yang tinggi untuk ayah. Ibu ayah. She is a very loving mother. She always believe in me. She always said that, i will make it through in whatever i set my mind into it. Di sini, ayah kenal ramai kenalan yang ayah boleh katakan, teman seperjuangan di masa kehidupan muda ayah. Kalau ingin ayah senaraikan nama dorang, terlalu panjang. Dan kesemuanya, adalah lelaki.

Pada tahun 2008, Ayah student first year. Ayah join satu kelab. Kelab nerd. Tujuan ayah masuk kelab ni adalah kerana kelab ni antara kelab yang paling tak aktif. Nama kelab ni adalah, Kelab Teater. Ayah selalu ponteng kelas setiap minggu. Minta member tolong tanda tangan kehadiran. Hingga pada suatu hari, ahli kelab dikehendaki untuk menyertai satu rombongan ke Istana Budaya.

Ayah di paksa untuk join rombongan tu. Kalau tak, ayah fail subjek ni. Ni subjek sampingan, of course ayah akan cuba sedaya upaya untuk eliminate subjek ni secepat mungkin.BMaka, ayah menyertai rombongan tu. Kelab Teater masa tu, buat lawatan ke Istana Budaya. Untuk tengok satu teater. Kisah cinta. Ayah lupa tajuknya. Tapi ianya tentang sebuah cinta.

Cinta yang boleh di beli dengan wang ringgit. Dalam teater ni, ada seorang watak perempuan yang cukup cantik. Dia berpakaian kebaya dan bersanggul. Cantik dengan gaya orang lama. Sesuai dengan wataknya sebagai pengg0da. Ayah terlalu asyik menghayati teater sehingga ayah lupa, sudah lebih satu jam ayah tidak berkelip mata. Tak sangka teater boleh jadi begitu menarik hanya kerana ada seorang watak perempuan yang cantik.

Masa ayah tengok teater, ayah cuba memerhatikan keadaan sekeliling. Cuba perhatikan kawan-kawan ayah, sama ada dorang enjoy atau tak tengok teater ni. Ayah tengok kawan-kawan baik ayah semua dah tertidur. Baik lelaki dan perempuan, semua tak berminat tengok teater ni. Ayah cuba alihkan pandangan ayah ke arah belah kanan sekali lagi di baris seat ayah.

Secara tiba-tiba, jantung ayah terasa berdegup dengan laju. Terasa seperti ada hembusan angin yang lalu di depan ayah. Seolah-olah ada siulan romantik sedang dimainkan di saat ayah melihat… Seorang perempuan yang cukup khusyuk menghayati teater. It was a breathtaking moment for me. Dia duduk sebaris dengan ayah dan tak jauh dari ayah. Ayah masih ingat memori ni.

Umpama ada lagu cinta tengah bermain-main dalam kepala ayah. Romance De Amour. Ayah pandang dia dari sisi. Ayah nampak dia tersenyum. Dalam ruang yang gelap, terasa terang dengan senyuman dibibirnya yang bermerah jambu. Lirikan matanya yang redup. Barisan giginya yang tersusun cantik. Pipinya yang putih, seolah-olah baru saja dilempar tepung.

Kalau pemain watak di dalam teater sebentar tadi melihatnya, pasti dia akan berasa malu, kerana masih ada penonton yang kelihatan jauh lebih cantik darinya. Bila ayah tengok dia cuba bermain dengan hujung tudungnya, I swear i never experience something like this before. Ianya bagaikan, satu hempasan kenyataan yang seolah-olah khayalan yang ayah cipta sewaktu bermimpi.

Sekiranya digabungkan kecantikan kesemua bidadari-bidadari cantik di dalam mimpi-mimpi ayah sebelum ni, pasti tidak akan setanding dengan kecantikan gadis di depan ayah sekarang ini. Kalau, kalau ayah boleh minta Le0nardo Da Vinci, atau kalau ayah boleh panggil Michelangelo, atau Van Gogh ataupun Picasso sekalipun untuk melukis sebuah potret, pasti tidak akan pernah sama dengan kecantikan gadis di depan ayah ini.

It was, a beginning of a cr4zy little dance called, “my life”. Selepas beberapa jam, teater tu pun habis, Ayah kuatkan diri ayah untuk cuba menegur dia. Terasa menitik-nitik peluh di dahi ayah di bawah kesejukan penghawa dingin. Ayah cuba melangkah menghampirinya. Kemudian, ayah melontar teguran yang agak cliche pada zaman ayah. Ayah buat pick up line.

“Cepat tukar baju? Bukan awak ke yang berlakon tadi?”. “Eh tak la. Saya satu kelab dengan awak la.”. “Biar betul? Tak pernah nampak pun?”. “Memang la. Dah awak selalu ponteng.” Haha. Kantoi. Tapi menjadi. Ayah cuba memulakan sesi perkenalan. “So, awak suka tengok teater tadi?”. “Hurm boleh la. Sebab tema dia, women empowerment. Hehe.”

Ayah sebenarnya tak fokus sangat bila dia bercakap. Sebab muka dia yang lawa tu, mengalihkan perhatian ayah. Kami terus berbual di sepanjang perjalanan pulang ke universiti. Kami bertukar-tukar phone number. Dan saat itu, saat itu.. Saat yang sangat membahagiakan buat ayah. Tidak pernah ayah jatuh cinta, seberat ini. Nama perempuan ini, ayah namakan sebagai Ayu.

Kerana wajahnya yang sungguh ayu. Hidup ayah di universiti pada tahun 2008, sangat menggembirakan. Ayah ada kawan-kawan yang rapat, ayah study dalam course yang ayah nak, engineering. Ayah hidup dalam suasana yang positive. Dan yang paling penting, ayah ada Ayu. Ayah dengan Ayu, umpama burung yang sedang bebas terbang di udara. Terbang bebas di udara tanpa memikirkan hal-hal yang lain.

Kami begitu gembira bersama dan akhirnya, kami bercinta. Bayangkan, ayah mampu menawan hati seorang gadis yang paling cantik pernah ayah jumpa. Dan Ayu, adalah gadis yang ingin ayah kahwini. “Bila kita nak kahwin? Lepas grad?” “Haah. Saya tak kisah. Asalkan saya kahwin dengan awak Ayu.” “Awak dah ada proper plan untuk kita?” “Ada. Simple Plan. Haha”

“Ish. Tu nama band la haha. Betul-betul la saya tanya ni.” “Haha okay-okay. Kita akan sama-sama graduate. Saya kerja, awak kerja, kita kumpul duit. Kemudian kita kahwin.” “Tu je plan awak?” “Haah. Nak plan macam mana lagi?” “Bila awak plan nak jumpa parents saya?” “Lepas grad.” “Kenapa bukan sekarang?”. “Sekarang kita kat U kan?”

“Tak la. Maksud saya, bila ada semester break, datang la jumpa parents saya.” “Oh okay. No problem. Saya jumpa dorang nanti.” “Janji?” “Ya janji.” Ayah takkan pernah lupakan conversation di atas. Masih segar di ingatan ayah. Hidup ayah begitu carefree, ayah tak pernah rasa ada masalah at that moment. Dalam course ayah, ayah adalah student yang selalu buat lawak b0doh. Ayah selalu menceriakan keadaan.

Sekiranya ada satu moment yang melucukan, ayah adalah orang yang akan di amanahkan oleh kawan-kawan ayah, untuk menceritakan semula moment tu. Sebab dorang cakap, bila ayah cerita, ianya jadi lebih menarik. “Imran. Kau dah habis study untuk test esok?” “Belum.” “Kau tak cuak ke? Setiap malam dating dengan Ayu. Bila kau study?” “Takpe. Aku dah prepare t0yol.

T0yol ni canggih. Kalau kantoi, dia blah sendiri.” “Hahaha” Sons, ayah dikenali sebagai student yang sangat mahir mencipta “t0yol”. T0yol ni, adalah satu alat bantuan semasa dalam peperiksaan. Ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada t0yol yang kuno menggunakan kertas, ada t0yol yang separuh kuno yang menggunakan alat yang mampu mengaburi mata musuh (pengawas peperiksaan/lecturer).

Dan ada t0yol yang canggih menggunakan electronic device. Apabila ayah guna t0yol, no one will know about it. Sons, to be honest, im not proud of it. But to be more honest, yes i am. Haha. Ok, im joking. Jangan, jangan bergantung harap kepada t0yol. Ilmu tak berkat. Dan ianya akan bagi impak negetif dalam jangka masa yang panjang.

Dipendekkan cerita. Semuanya berjalan dengan baik waktu tu. Ayah tak mampu untuk meminta apa-apa lagi dengan Tuhan kerana kebahagian yang ayah alami, telah lebih dari cukup. Kita beralih kepada, 2 tahun selepasnya. Pada tahun 2010, Ayah menduduki third year di universiti. Ayah mula mencuba, satu benda yang cukup dibenci oleh semua orang.. R0kok. “Awak tahu kan mer0kok ni membhayakan?”

“Ya. Tahu.” “Dah tu kenapa sm0ke jugak?” “It looks cool.” “Cool? Langsung tak cool bagi saya” “Ayu, saya tak sm0ke depan awak pun. Awak ada nampak saya sm0ke?” “Tak. Tapi kotak r0kok tu apa?” “Ya. Tapi saya tak sm0ke bila ada dengan awak.” “Sama juga. Saya taknak awak m4ti awal.” “Jap, awak doakan saya m4ti awal ke?” “Bukan, tapi risik0 tu ada kan?” “Ya ada. But you should not tell me what i can and cant do. Its bvgging me.”

“Fine.” Ayah gaduh teruk dengan Ayu hanya kerana ayah hisp rokk. Untuk anak-anak ayah, ingatlah, merokk tidak memberikan apa-apa kebaikan. Ianya hanya akan memberikan penyesalan. Namun, ayah tak pernah gaduh panjang dengan Ayu. Kami selalu menyelesaikan masalah dengan meletakkan eg0 kami di tepi. Tolak ansur, communication dan persefahaman adalah perkara yang penting di dalam sesebuah hubungan.

Kami terlalu rapat, dan ayah bercadang untuk turut rapat bersama dengan keluarganya. Ayah selalu juga datang rumah Ayu dan join family event. Memancing, main catur, family day. Main layang-layang. “Awak, tinggi lah lagi. Tengok layang-layang abang saya lagi tinggi dari awak punya.” “Sebab tali dia panjang.” “Kenapa awak tak beli tali panjang?” “Kalau panjang, layang-layang jadi tinggi sangat.

Susah nak nampak. Kalau tali putus, dia terbang jauh.” Dan juga kenangan masa. “Ibu, Ayu tu tak pandai masak. Nanti jangan lah perli dia haha.” “Alah jangan risau la. Ibu suka Ayu tu. Dah la cantik. Peramah.” Dan juga kenangan.. “Kenapa awak tak dapat ikan lagi? Abah dah dapat, abang dah dapat. Awak je tak dapat. Awak tak pandai mancing ea?”

“Kalau tak pandai, takdelah saya dapat awak.” “Ish. Pandai ngayat ea.” “Hahaha. Dah awak tu yang bising sebelah saya. Memang la ikan lari.” Terlalu banyak kenangan ayah dengan Ayu untuk ayah cerita di sini. Cukup la kamu semua tahu bahawa, ayah pernah dicintai oleh seorang perempuan yang cukup baik dan sangat sesuai dijadikan isteri kepada ayah dan ibu kepada kamu semua.

Kita berganjak kepada setahun selepasnya. Pada pengakhiran tahun 2011, Ayah berjaya menghabiskan ijazah ayah. Ayah masih ingat, waktu tu, ayah tengah mengemas barang-barang ayah. Dan Ayu, menunggu di kediamannya. Kami planned untuk pulang bersama. Waktu ni, ayah dan Ayu berada dalam satu hubungan yang cukup serius. Kami dah kenal keluarga masing-masing. Dan Ayu, begitu sayangkan ayah.

Telah banyak kenangan manis yang dilalui oleh ayah dan Ayu. Kami bagaikan satu jasad. Kalau Ayu hilang, maka hilanglah sebahagian lagi hidup ayah yang lain. Ayah masih lagi mengemas barang-barang ayah. Setelah siap mengemas, ayah drive pergi kediaman Ayu. Kitorang pulang bersama. Sepanjang perjalanan, Ayu asyik bercerita. Dia cuba bagitahu planning dia untuk ayah dan dia. Dia cakap, dia nak hidup di Selangor.

Sebab Selangor adalah negeri kelahirannya. Dia nak duduk di rumah landed. Dia taknak apartment. Sebab dia nak tanam bunga. Dia suka bunga. Dan dia suka hujan. Dia cakap, dia nak ada 3 orang anak je. So it will fit in whatever car we gonna use. Dia nak anak perempuan sebagai anak sulung. Sebab dia nak dandan anak dia cantik-cantik. Dia nak namakan anak-anak dia based on nama orang-orang lama.

Satu lagi, dia nak kami sentiasa aktif bersukan. Ayu jenis yang suka bersukan. Dia tak boleh tengok ayah selalu tidur pada hujung minggu. Hidup kena aktif. Kesihatan kena jaga. By the way, she was nagging a lot back then. And i love when, she kept telling on how she potrayed our life after getting married. Our life during lazy sunday afternoon. She told me on how shes gonna cook the best meal every sunday afternoon while we as a family, sitting in front of tv in living room, just doing the normal family stuff.

It was, a happy moment for me. And that time, i couldnt wait to marry her. Pada tahun tu juga, ayah dapat satu invitation for interview. At that time, she told me, to do my best in my interview. Waktu tu, ayah dapat invitation for interview dari sebuah company oil and gas yang agak besar di Malaysia. Ayu cakap, itu adalah titik mula kepada kami. Dia tak sabar nak mengharungi hidup berumah tangga dengan ayah.

Sons, i was so lucky to have her. It seems, everything going so good. Kita fast forward satu tahun selepas tu. Pada tahun 2012, Ayah berjaya mendapatkan pekerjaan yang ayah nak. With a satisfied salary. I was so ready, to get married. Dan Ayu, juga berjaya dapat kerja. Dalam bidangnya. Interior Designer. “Free hujung minggu ni?” “Yup.” “So jom, ikut Ayu tengok rumah.”

Pada hari tu, tahun 2012, kami pergi tengok rumah yang bakal kami beli. It was a Semi-D house. With 3 rooms. Memandangkan Ayu seorang designer, dia explain satu persatu macam mana dia nak design interior rumah tu. And out of sudden, i asked her for one request. “So, saya nak satu tempat untuk saya menulis.” “Awak suka menulis ke? Saya tak tahu pun?” “Haah, saya suka. Tapi tak pernah menulis lagi.”

“Awak tak cerita pun awak suka menulis?” “Sebab, its girlish.” “Ramli Awang Murshid is girlish?” “Tak la. Bukan macam tu.” “So awak nak tulis apa?” “Novel” “Awak nak tulis novel? Novel cinta? Haha” “Bukan la. Maybe cr1me and invest1gation.” “Macam Sherlock Holmes?” “Kind of. Tapi more to Melayu vibes.” “Okay. There. Ruang tu sesuai kot untuk awak menulis.”

“Kenapa bukan bilik kat tepi ni?” “Bilik tu untuk saya buat kerja. Saya interior designer kan.” “So, tempat saya buat kerja?” “Tu. Tempat awak menulis.” “Haha. Mana adil. Awak dapat bilik, saya dapat ruang kecik ciput ni je.” That was supposed to be our house. Satu tahun kemudian, tahun 2013. Ayah berjaya beli rumah tu. Ayu dan ayah, kami mula plan untuk berkahwin. We planned for everything.

“Dah lama kita kapel kan. Awak rasa, kalau hubungan kita ni ditukar jadi lagu, lagu apa yang sesuai?” “Ntah la. Ayu rasa?” “Wanita Yang Kau Pilih. Lagu Rossa. Hihi” We are so close to get married but then.. Something happened, While i was driving to my hometown. Masa tu, ayah cukup excited untuk pulang ke kampung. Untuk bagitahu ibu dan bapak ayah, ayah nak kahwin.

Ayah drive dengan laju. Ayah buka tingkap kereta, ayah pelawa angin masuk, untuk bergembira bersama ayah. Ayah nyalakan sebatang rokok. Dengan lagu, With or Without You (U2) berkumandang di dalam kereta. Semuanya berlaku dengan pantas. Dalam beberapa saat, masa umpama terhenti seketika. Sebuah kereta datang menerpa ke arah bertentangan dengan ayah. Dan tanpa ayah sangka, kereta ayah telah mengalami impact dan berpusing menghentam pokok di tepi jalan.

Dan ayah, mengalami kecederaan yang agak serius. Ayah dikejarkan ke hospital. Everything seems blurry. Semuanya berlaku, dalam masa yang cukup pantas. Ayah dirawat di hospital begitu lama, ayah tak sedarkan diri di hospital begitu lama. Sewaktu ayah buka mata, ayah bersyukur Tuhan masih panjangkan ny4wa ayah. Ayah cuba bangun dari katil, bapak ayah pegang badan ayah. Terasa berat di bahagian kanan tubuh ayah.

Ayah cuba menggerakkan tangan kanan ayah untuk menongkat di atas katil. Tapi apa yang ayah rasa, hanya satu.. Ayah tak rasa lagi tangan kanan ayah melekat di tubuh ayah. Ayah cuba gerakkan tangan kanan ayah berkali-kali, tapi itu adalah mustahil. Kerana tangan kanan ayah, sudah tiada. Satu perasaan yang tiada gambaran menusuk di dada ayah. Ayah tak boleh menerima kenyataan.

Mengalir air mata ayah yang hanya mampu dikesat dengan tangan kiri ayah. This inc1dent, changed, my life. 360 degree. And then, my life was, Crooked. Ayu, dia selalu bagi semangat kepada ayah. Sokongan darinya tidak berbelah bahagi. Kami terpaksa menunda tarikh perkahwinan kami, supaya ayah betul-betul ready. Waktu tu, ayah tak dapat nak luahkan betapa ayah appreciate kehadiran Ayu dalam hidup ayah.

Ayah tak sangka, Ayu masih menerima keadaan ayah macam ni. Sekali lagi ayah bersyukur, company tempat kerja ayah, memberi toleransi kepada ayah. Ayah mampu meneruskan pekerjaan di company tu dengan task yang berlainan. Sesuai dengan keadaan ayah. Cabaran pertama ayah adalah, apabila ayah terpaksa menggunakan tangan kiri untuk semua hal. Semasa ayah cuba membiasakan diri menggunakan tangan kiri, ianya agak sukar.

Bukan, sangat sukar. But i managed to overcome it. It was hard. I hate that situation. Ayah tak boleh bebas melakukan kehidupan rutin ayah. Ayah tak boleh masuk site as an engineer and just stayed in office instead. Ayah susah nak drive. Ayah susah nak menulis. Ayah susah nak makan. Everything was ruined. Setiap malam ayah menangis mengenangkan nasib ayah.

Ayah dipandang lemah, dipandang dengan suatu lirikan mata simpati dari semua orang. This is not what i wanted. I supposed to be a strong man who capable doing everything. Dan waktu tu, ayah hanyalah, seorang one hand engineer. Everynight, i was thinking about Ayu. About how shes gonna live with a man like me. I will put a heavy burden on her. I cant str3ssed out that feeling in any ways. Its kiilling me, from the inside.

Pada tahun 2013, adalah satu tahun keramat bagi ayah. Tahun kejatuhan ayah. Tahun ujian yang besar bagi ayah. Selepas ditimpa musibah bertimpa-timpa. Ayah anggarkan, itu adalah ujian ayah yang terakhir. Namun, pada tahun 2013, ianya tidak berhenti di situ. Pada akhir tahun 2013, Abah Ayu datang ke rumah untuk berjumpa dengan ayah. Waktu tu, ayah tahu, abah Ayu datang untuk berbincang tentang perkahwinan ayah dengan anaknya.

“Imran sihat?” “Sihat. Family kat rumah sihat?” “Alhamdulillah dorang semua sihat.” “Imran dengan Ayu macam mana?” “Kitorang okay je abah. Abah datang nak bincang pasal nikah kami ke?” “Abah datang nak bincang pasal Ayu.” “Tu la Abah. Imran pun dah fikir masak-masak ni. Imran rasa kitorang dah ready. Imran pun tak nak lama-lama tangguh.” “Tak Imran. Abah nak cakap pasal Ayu.”

“Oh okay. Kenapa dengan Ayu?” “Abah harap, Imran faham apa yang abah nak cakap ni.” “Takpe. Abah cerita je dulu.” “Ada orang masuk meminang Ayu.” Waktu ni, hanya Tuhan yang tahu betapa patahnya hati ayah. Kehadiran abah Ayu ke rumah ayah, bukan untuk bincang pasal kami tapi, bincang untuk, ayah lepaskan Ayu. “Siapa abah?” “Anak kawan lama abah.” “Ayu macam mana? Dia cakap apa?”

“Dia suruh abah cakap dengan Imran.” “Haha tak saya tak faham. Ayu dah tahu pasal ni, dan dia minta abah tanya pendapat saya ke macam mana?” “Bukan Imran. Kami sekeluarga sepakat, nak terima pinangan tu. Termasuk Ayu.” “So ni bukan perbincangan namanya abah.” “Abah nak Imran faham. Abah hanya nak yang terbaik untuk anak abah. Nanti bila Imran ada anak sendiri, Imran akan faham.”

Sons, It was the last moment of happiness in my life. That old man, turning my life upside down by his self1sh words. And then suddenly, the flame of life within myself, slowly fading.VI’ve never cried more than on that day. I’ve never sm0ked more than on that day. I’ve never dr4nk more than on that day. I’ve never laughed more on that day. Ayah hilang satu permata dalam hidup ayah.

Waktu tu, masa tu, adalah buat pertama kalinya, ayah mula kenal dengan sifat sebenar manusia. Hati, sungguh senang untuk berubah. Setiap manusia, tidak mungkin akan memilih jalan yang memudaratkan. Dan ayah adalah, kemudaratan yang dianggap oleh abah Ayu, dan juga Ayu. Dari luaran, ayah dilihat sebagai lelaki yang hilang satu anggota badannya. Namun, hakikatnya, yang lebih menyedihkan, ayah juga telah hilang hati ayah. Hati ayah telah m4ti.

Wanita yang menjadi tempat ayah mengadukan hal, telah hilang dan lari beralih kepada lelaki lain. Dan pada waktu itu, ayah secara tidak sedar, telah belajar untuk menerima hakikat, untuk hidup bersendirian. Pada akhir tahun 2013, adalah tarikh keramat bagi ayah. Di mana pada waktu inilah, ayah isolate kan diri ayah dari semua orang. Pada tahun 2014, Tahun di mana ayah mula hidup secara berdikari. Ayah hanya ada keluarga dan Tuhan sebagai tempat mengadukan hal.

Ayah hilang kawan. Ayah hilang peneman hidup. Sepanjang tahun 2014, ayah menerima pelbagai jemputan kahwin dari kawan-kawan ayah. Tiada satu pun yang ayah pergi. Sebabnya hanya satu, ayah tak mampu melihat satu kebahagiaan yang belum tentu ayah perolehi. Ayah isolate diri ayah dari s0cial media. Ayah left group whatsapp dan etc. Kenalan ayah, hanya rakan sekerja. Sejak tahun 2014 sampai sekarang, ayah tak pernah cuba kenal mana-mana perempuan.

Setiap hari ayah membayangkan kehidupan ayah sekiranya semua ini tidak pernah berlaku. Ayah hilang keyakinan diri. Ayah tr4uma. Ayah takut. Ayah malu untuk kenal mana-mana wanita yang ingin ayah jadikan isteri, dan ibu kepada kamu semua. Pelbagai cara ayah buat untuk atasi perasaan ini. Ayah dalam keadaan sebegini selama, lebih dari satu tahun. Satu tempoh yang panjang buat ayah.

Satu tempoh yang boleh ayah katakan, tempoh yang membuang masa. Sedangkan ayah tahu, ayah harus bangkit semula. Tetapi, kekecewaan di hati ayah, begitu dalam sehingga ayah lupa bagaimana untuk tersenyum. Ayah dilanda depr3ssion setiap hari. Hidup ayah murung. Gelap. Pada tahun 2015. Ayah tahu ayah harus lakukan sesuatu. Dan ayah jumpa jalan penyelesaiannya.

Tahun ini, adalah tahun di mana ayah mula bangkit dari depr3ssion dan str3ss. Ayah mula merangka sesuatu untuk ayah keluar dari kemurungan yang berterusan. Ayah menghadap laptop, ayah cuba design satu business proposal. A project, that has been done by one of the student in my university back then. Ayah contact dia, ayah tanya balik pasal project tu. Ayah cerita situasi ayah. And he came to my house.

After a year planning, ayah buka satu business yang memberi khidmat dalam engineering. Bersama-sama dengan beberapa orang engineer. It was a part-time job. Dengan membusykan diri ayah, ayah mampu untuk keluar dari depr3ssion. And it was a turning point for me. To be happy again. Tahun 2015, adalah tahun di mana semua kawan ayah memulakan kehidupan berumah tangga dan juga membuat anak.

Tapi ayah, sibuk berusaha menjadikan business planning ayah suatu realiti. This is very important to me. Untuk ayah mendapatkan kembali keyakinan ayah. I need to stand at the top of the ladder. I can’t count how many cigarettes i’ve sm0ked. I cant count how many red bull, livita and sting that i’ve dr4nk. That year, was a very meaningful year. Pada tahun 2016, Ayah panggil tahun ini sebagai, tahun yang penuh dengan warna warni.

Permulaan tahun 2016, adalah permulaan yang cukup bermakna buat ayah. Kerana pada tahun inilah, ayah bertemu seorang perempuan yang mampu mengubah hidup ayah menjadi lebih baik. And her name is, Bunga. Kerana dia cukup sukakan bunga. “Imran?” “Ya? Eh, Bunga.” “Oh my godd. Nasib baik betul. Aku risau aku salah orang je. Boleh aku duduk sini?” “Eh duduk la. Lama betul kita tak jumpa kan”

“Tu la. Kau tak aktif langsung ea s0cmed?” “Tak. Aku dah lama delete semua account.” “Kau tahu tak, aku cuba cari kau dalam s0cmed. Tak sangka jumpa sini.” “Ye ke? Kenapa cari aku?” “Haha takde la. Kau sihat?” “Kau tengok? Haha.” “Tangan kau, kenapa Imran?” “Oh ni ea. Tangan aku takde.” Pada petang tu, ayah dan Bunga berborak panjang. Bunga adalah kawan lama ayah yang dah lama ayah tak keep in touch.

“So, kau kerja mana sekarang?” “Aku kerja bank. Ni baru balik kerja. Esok cuti. Yeayy haha.” “Sabar Bunga. Jangan excited sangat. Orang nampak. Haha.” “Biar la dorang. Kenapa kita nak fikir apa orang fikir? Hidup kena happy kan?” “Haah. Betul jugak kau cakap.” “Ayu macam mana? Kau tak contact dia?” “Dia dah ada suami. Dah ada anak. Aku rasa nama aku pun dia dah lupa kot.”

From that day, ayah sentiasa keluar dengan Bunga. Kitorang makin rapat dari hari ke hari. Dia sentiasa bersama dengan ayah. Tidak kira waktu. Dia ada dengan ayah. Ayah mula rasa yang udara itu begitu segar pada waktu pagi. Pemandangan yang indah pada waktu senja. Langit berubah-rubah warnanya. Senyuman manis yang tak pernah puas terukir di bibir ayah. Dan ayah mula ketawa semula.

Dan seterusnya, ayah kembali mengeluarkan jenaka dan lawak b0doh yang pernah ayah buat suatu ketika dahulu. Secara perlahan-lahan, ayah mula merasakan tangan kanan ayah tumbuh kembali. Terasa berat di bahu kanan ayah. Terasa lengkap anggota tubuh badan ayah. Dan tangan kanan itu adalah, Bunga. “Kenapa kita stop contact dulu ea?” “Sebab kau ada Ayu. Kau dah lupa ea? Haha” “Oh ye ke.” “Ye laa. Dulu aku balik kampung tumpang kau.

Lepas ada Ayu, kau tak ajak pun aku balik sama. Aku balik dengan bas. Sedihh” “Aduu sorry-sorry. Kau tak tanya aku pun.” “Kalau aku tanya, nanti Ayu marah.” “Sorry. Aku tak perasan dulu.” “Takpe aku faham. Ayu kan lawa.” “Kau pun lawa jugak Bunga.” “Ah kau nak ambil hati aku je.” “Kalau aku tak jumpa Ayu, aku dah tackle kau. Kau tau tak?” “Dah tu tackle la sekarang.”

“Haha. Kau nak ke laki macam aku. Aku kudung kot.” “Jangan cakap macam tu. Tak, kau tak cacat pun la Imran.” “Kau nampak tangan kanan aku?” “Nampak” “Mana?” “Ni. Aku. Aku tangan kanan kau.” “Kau tak malu ke ada suami macam aku?” “Kenapa kita nak fikir apa orang fikir?” And that day, termeterailah hubungan cinta antara ayah dan Bunga. Ayah terlalu happy, sehingga ayah terus cerita pada bapak dan ibu ayah.

Dorang gembira. Dorang kenal siapa Bunga. “Ibu dah agak dah. Kau mesti dengan si Bunga tu. Sesuai sangat. Kau cepat-cepat la kahwin dengan Bunga tu. Nanti melepas lagi macam budak Ayu tu.” Ayah terus tak sembang lama, ayah balik kampung, jumpa parents Bunga. Semua setuju. Bunga pula terkejut bukan main-main. “Ish. Kita couple tak sampai sebulan, terus nak kahwin? Tunang la dulu ke.”

“Ah takde masa Bunga. Aku tak sabar nak kahwin dengan kau.” “Tak sabar? Haha” “Haah. Aku tak sabar. Haha. Asal kau gelak?” “Takde la. Dah lama aku berangan benda ni jadi.” “Dah jadi pun. Kau tahu tak apa benda aku nak buat dulu lepas kita kahwin?” “Apa?” “Aku nak aktif balik s0cmed. Aku nak post semua gambar kahwin kita. Aku nak semua orang tahu, aku pun boleh kahwin. Lepas tu, aku nak kita honeymoon. Dah lama aku berangan ni.

Aku nak kita pergi, jap rahsia. Aku nak surprise kan kau. Aku dah janji pada diri sendiri, aku nak bawa bini aku pergi sana. Lepas tu, rumah aku sekarang, kita decorate ikut cita rasa kau. Ada satu bilik sesuai untuk kau buat kerja. Kau suka menulis dan conteng-conteng kan. Ada bilik spare khas untuk kau. Lepas tu, anak. Kau nak berapa anak?”v“Haha. Ok empat. Berpasang.”

“Ok cun. Lepas tu kau bayangkan, setiap hari ahad, aku akan tolong kau prepare makanan waktu tengah hari. Anak-anak kita tunggu depan tv di ruang tamu. Lepas siap makan, kita satu keluarga lepak depan tv sambil gelak-gelak bermalas malasan. Setiap kali cuti panjang, aku akan bawa keluarga kita jalan-jalan. Waktu anak-anak nak tidur, biar aku dodoikan dorang. Aku suka bercerita.

Aku akan cerita semua kisah dogeng sampai dorang tertidur.” “Hahaha. Okay-okay. Tapi aku nak kau start dengan berhenti mer0kok dulu.” Ayah terus lempar kotak r0kok ayah dalam tong sampah. “Done. Aku berhenti sekarang jugak. Cuma satu aku minta. Kau, kau jangan tinggal aku ea.” “Of course la tak. Aku suka dengar kau berangan tadi. Hehe.” “Kan? Haha. Kau rasa, kalau hubungan kita ni tukar jadi lagu, lagu apa yang sesuai?”

“Close To You. Hehe.” We were schedule to get married in the end of 2016. We were so closed. But, something happened. Bunga jatuh sakit. Dia dikejarkan ke hspital. Ayah tak boleh cerita panjang tentang apa yang terjadi sepanjang Bunga di hantar ke hospital. Sebab ianya sangat em0tional. Ayah betul-betul risau dan takut. Ayah risau kehilangan sorang lagi wanita yang ayah sayang.

Setelah melalui pemeriksaan lanjut. Bunga di sahkan menghidap k4nser. Pada hari itu, ayah menerima satu tamparan kenyataan yang sangat kuat. Kerap kali ayah cuba menidakkan semua yang terjadi. Tapi ini adalah satu lagi ujian yang harus ayah lalui. Ayah harus kuat untuk Bunga. Dan kami terpaksa menunda perkahwinan kami. During this time, ayah selalu melawat dia di h0spital. Ayah bawakan bunga lily yang dia suka. Ayah bacakan cerita dongeng yang ayah reka sendiri kepadanya.

Melalui sesi rawatan dan sebagainya. Ayah teman dia dari awal sampai, akhir. “Kau sm0ke ea Imran?” “Mana ada. Aku dah lama berhenti.” “Takde la. Aku saje je. Hehe.” “Kau macam mana hari ni?” “Okay je. Kau kerja okay?” “Okay.” “Bagus la. Hurm kau bawa bunga lagi ke? Dah banyak dah bunga ni. Malu la orang nampak” “Kau sendiri cakap dulu, jangan fikir apa orang fikir. Lupa?”

“Haha okayy. Kau nak cerita apa hari ni? Eh sambung la cerita detektif kau tu” “Hari ni. Aku just nak cakap pasal kita.” “Kau nampak aku macam mana kan.. Aku makin kurus ea hari ni?” “Tak la. Kau makin cantik.” “Kau nak menipu tak pandai ea” “Mana ada, betul la. Kau nampak cantik.” “Mana lagi cantik, aku ke Ayu?” “Of course la kau.” “Eiii kau tak pandai ea. Nampak muka penipu.” “Betul la. Kalau aku boleh undur balik masa, aku tak nak join lawatan Istana Budaya tu. Aku nak duk bilik je.

Aku nak text kau. Ajak kau keluar. Aku silap langkah. Patut dari dulu aku dengan kau. Patut sekarang kita dah kahwin, patut kita happy. Mungkin kalau aku dengan kau dulu, kau mungkin tak macam ni.“ “Tu Tuhan dah tetapkan la Imran.“ “Aku tahu. Aku nak kau tahu, aku hanya ada kau. Dan kau ada aku. Kita sama-sama fight. Okay?” “Okay hehe.” Ayah begitu yakin yang Bunga akan sembuh. Walaupun tubuh dia nampak lemah, tapi senyumannya, segar dan seolah-olah, dia masih sihat seperti biasa.

Hinggalah, pada satu hari, Bunga tidak sedarkan diri. Kami diberi peluang untuk memberi kata-kata semangat kepada Bunga. “Imran. Dengar pesan bapak ni. Masuk nanti, jangan sedih-sedih. Bagi kata semangat pada Bunga.“ Ayah masuk ke bilik Bunga. Ayah duduk tepi dia. Ayah nampak satu raut wajah yang dalam kes4kitan. Ayah tak mampu menahan kesedihan. Ada satu perasaan yang tak mampu ayah gambarkan mensuk dalam hati ayah yang sebelum ni, m4ti dibnuh Ayu.

Perasaan ni, berlainan. Ianya satu rasa yang lebih dari cinta. Ayah mula begitu sedar dan yakin, Bunga adalah jodoh ayah selama ini. Bukanlah Ayu. “Bunga. Kau lama lagi ke macam ni. Bangun la. Dah lama sangat kau tak sedar. Aku tak sabar nak tengok kau happy balik. Aku tak sabar nak sambung cerita kita. Kau tahu kan, kita baru je nak start. Perjalanan kita panjang lagi. Macam-macam lagi benda yang kita tak rasa.

Kau tak masuk lagi rumah aku. Kau tak tengok lagi bilik kita kan? Ruang tamu yang aku cerita sebelum ni. Dapur untuk kau masak-masak. Baju kahwin kau tak try lagi. Aku yakin kau akan nampak cantik g1la pakai baju tu. Kau nak kan baju ala-ala princess macam tu. Aku setuju nak pakai baju colour peach yang kau nak tu. Asalkan kau happy. Kau tengok ni, ni tempat yang aku nak bawa kau honeymoon.

Tempat ni, aku pernah pergi dulu. Aku janji nak bawa bini aku datang sini. Kau mesti suka. Sebab ni tempat favourite kau jugak. Bangun la Bunga. Ibu aku tak sabar nak ajar kau resepi memasak yang dia cipta sendiri ni. Dia tak sabar nak kau jadi menantu dia. Aku tak boleh kalau kau takde. Aku tak rasa aku boleh cari orang lain selain kau. Kau baik, caring, kau akan jadi isteri yang baik. Ibu yang baik untuk anak-anak kita.

Kau ingat lagi cerita detektif aku? Tak habis lagi aku cerita kat kau. Aku akan cerita tapi dengan syarat kau bangun dulu. Ada banyak lagi benda kita tak buat. Aku nak kau ada dengan aku setiap masa. Aku nak kau ada masa aku bangun dari tidur. Aku nak kau ada masa kita sama-sama tengok matahari nak terbenam waktu senja. Aku tak boleh imagine aku akan bahagia bila tengok waktu senja tanpa kau di tepi aku.

Bangun la Bunga. Aku nak tengok kau senyum sekali je lagi. Aku nak dengar kau berleter. Aku nak tengok muka kau masa kau tengah betulkan tudung kau. Please, jangan tinggal aku. ” But, she did. Akhirnya Bunga tinggalkan kami. Dan pada waktu tu, hidup ayah. Gelap. Ayah hampir g1la menahan kesedihan. Selepas pemergian Bunga, ayah kembali kepada habit lama ayah. Ayah mula mer0kok semula.

Ayah murung sorang-sorang dalam rumah. Ayah ambil cuti yang panjang. Ayah pendam kesedihan sorang-sorang. Hampir setahun ayah memendam rasa. Ben, adik ayah, pindah masuk ke rumah ayah. Dia dapat kerja berdekatan dengan rumah ayah. Company tempat ayah kerja bagi cuti tak bergaji kepada ayah. Dan business ayah terhenti seketika. Simpanan ayah berkurangan. Pada tahun 2017, sekali lagi, menjadi tahun kejatuhan buat ayah.

Ayah berterima kasih kepada Ben. Dia banyak tolong ayah dari segi moral support dan kewangan. Ayah mengambil masa yang agak lama untuk berdiri lagi sekali. Pada akhir tahun 2017, ayah bangun semula. Dan kembali focus kepada business ayah. Ayah resigned kerja tempat lama. Ayah sambung dan beri sepenuh perhatian kepada business. It was a small business. Tapi, cukup untuk tampung kehidupan ayah.

Ayah hidup dengan lebih gembira. Namun, ayah tak terfikir yang ayah mampu mencari pengganti aruwah Bunga. Yup, sons. You are my unborn children. Im sorry. Kamu semua masih belum, wujud. Im sorry i took a very long time for you to be bornt. The truth is, i dont even know, whether you will be bornt or not. But i really want you guys to be bornt right now. I cant wait to meet you guys in this world.

Macam-macam benda yang ayah nak ajar korang. Macam-macam cerita ayah nak cerita kat korang. Ayah tak sabar nak jaga korang, nak hidup dengan korang. Macam-macam perkara yang ayah nak share dengan korang. Macam, bagaimana kereta boleh berfungsi. Macam mana kapal terbang boleh terbang. Macam mana kapal boleh terapung. Macam mana nak repair tv, macam mana nak repair kereta. Macam mana nak buat drone. Macam mana nak guna penukul. Macam mana nak repair tandas.

Ayah akan daftar kelas Silat Gayong atau Wing Chun supaya korang tak kena bvli kat sekolah. Ayah akan daftar kelas tambahan english untuk korang supaya korang punya english tak macam br0ken english ayah. Dan ayah akan cerita kat korang macam mana ayah jumpa ibu korang. Banyak, banyak benda ayah nak ajar, cerita dan share kat korang. But.. Your dad, has a very bad luck in term of woman and relationship. And then im sorry, ayah masih tak jumpa ibu korang.

I dont even know where she is. Is she even exist? i dont know. Look at me. Some guy who lost his hand. Some guy who lost two women in his life. I dont even know if im capable to be in love again. I lost hope. I dont trust anyone. I dont believe that i deserved that kind of happiness like someone else. Sons, Im sorry. Who Beg Forgiveness, Your Dad. – Imran

Reaksi warganet

Aimi aisya – Syabas ayah! Aku taknak komen pasal cerita hang. Tapi aku proud baca, walaupun hang serba kekurangan…tapi semua ejaan karya hang tiada c4cat cela. Bukan ejaan alien. Insya’Allah kegembiraan akan datang pada hang suatu hari nanti.

Nurul hamdan – Ayahh. Myb ayah kena try belajar cinta kn tuhan pulak sbb ayh da sia2 kehidupan ayah sbb hlg 2 wanita. Abh saya pernah pesan. Kdng2 kita leka mencintai manusia smpai kita lupa nk mencintai tuhan sedangkan tuhan xpernah lupa cinta kn kita. Ble kita cinta kn tuhan lbh dr manusia. Baru lah warna warni kehidupan tu.

Nadzifah khalid – Cerita ni buat aku berangan. Berangan someone look at me like you look Bunga and Ayu. Its ok confessor. U r a good man. InsyaAllah one fine day, akan sampai ur sweetheart. Ur permaisuri. Aku doakan yg terbaik tuk kau. Thanks utk cerita yg boleh bawak ke mimpi ni. How i wish someone look at me like u do.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.