Pelik, ank beria tenung siling sambil baring. Aku tegur terus bteriak. Bila ty mimpi ap, terus ak rasa nk pengsan.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Okay, sejujurnya, kisah ni agak menyer4mkan. Jangan baca seorang-seorang. Dulu masa aku masih kecil, nenek selalu beritahu pada mak aku “Lukisan budak-budak tu jangan dibuang. Lukisan diorang ada semangat sendiri.”

Aku dan adik-adik aku yang memang gemar menconteng ni pun sukalah. Kami lukis banyak-banyak dan mak akan lekatkan dekat peti sejuk dan dinding bilik kami. Sekarang, giliran aku pula ada anak-anak yang gemar melukis. Tapi malangnya, aku terlupa pesan nenek dulu. Bila aku kemas rumah, lukisan anak-anak aku akan aku buang.

Bukan apa, terselit merata-rata. Sampailah pada satu hari, masa aku tengah kemaskan rak buku anak-anak, aku terjumpa satu lukisan atas sehelai kertas drawing block. Aku tenung lukisan tu. Sebab lukisan tu nampak sangat pelik. Biasanya anak-anak aku ni kalau melukis, gambar kucing, matahari, tak pun gambar kami sekeluarga.

Tapi lukisan yang aku jumpa tu menunjukkan macam gambar seorang b4yi yang berkepala besar dan berambut panjang. Mata b4yi tu merah, gigi bert4ring, tangan dengan kaki panjang luar biasa. Seriau pula aku tengok. Tanpa fikir panjang, aku ronyokkan kertas tu dan buang dalam tong sampah.

Malam tu, sebelum tidur, dada aku rasa tak sedap. Jantung berdegup kencang. Macam ada sesuatu yang tak kena. Kebetulan pula malam tu aku tidur seorang. Suami pergi outstation. Anak-anak pula walaupun masih kecil, memang kami ajar untuk tidur di bilik sendiri. Aku buat endah tak endah jer dengan rasa tak sedap hati tu.

Lepas call si suami tanya khabar, aku pun siap-siap nak tidur. Anak-anak pun dah masuk tidur masa tu. Aku jeling jam, pukul 12:30 tengah malam. Dada masih berdebar. Aku letak jer kepala atas bantal, tiba-tiba aku dengar anak perempuan aku, Izyan (6) meraung dekat bilik sebelah. Berkejar aku ke bilik dia.

Aku tengok dia tengah peluk lutut sambil menangis teresak-esak atas katil. “Kenapa ni Yan?” Soal aku. “Yan mimpi.” Dia jawab. Tak angkat muka. Mimpi rupanya. Berderau darh aku. Aku pun duduk sebelah dia, gosok-gosok belakang dia. Tersedu-sedu dia menangis. Seram sangat ke mimpi si Yan ni? Tapi aku malaslah nak tanya.

Takut nanti dia jadi lagi teringat-ingat. Beberapa minit juga aku duduk sebelah dia. Tapi yang peliknya, dia langsung tak angkat kepala. Tak pandang pun aku. Risau juga. Aku pun perlahan-lahan cuba angkat muka dia. Tapi dia berkeras nak sorokkan muka dia. “Yan, kenapa ni? Pandang ibu.”

Yan bersungguh-sungguh menggeleng. Jantung aku yang dah sedia berdegup kencang, terasa nak terkeluar dari dada. Kenapa dengan anak aku ni? Puas jugalah aku pujuk. Entah buat kali keberapa aku cuba angkat muka dia, barulah dia menurut. Aku tengok muka dia tak ada apa-apa. Biasa je. Cuma air mata je yang meleleh dekat pipi. Lega aku.

Aku pun ajaklah Yan tidur dalam bilik aku. Sebelum masuk dalam bilik tidur, aku sempat tinjau ke dalam bilik tidur anak lelaki aku, Haziq (8). Lena dia tidur. Yan masuk bilik aku, terus baring atas katil. Esoknya dia sekolah (tadika). Jadi, memang biasanya waktu-waktu macam tu dia dah tidur. Tapi sambil baring tu, mata dia celik merenung siling.

Langsung tak berkelip. Aku biarkan je. Mungkin dia tengah teringat dekat mimpi dia tadi. Aku pun baringlah sebelah dia. Masa tu perasaan aku terasa lain sangat. Aku rasa macam janggal. Padahal yang tidur dekat sebelah aku tu anak aku. Tapi rasa macam tak selesa. Nak terangkan perasaan tu, macam kau baring sebelah orang yang kau tak kenal. Macam tu.

Bila aku toleh pandang Yan, dia masih tengah renung siling. “Tidurlah Yan. Esok kan sekolah.” Tegur aku. Yan diam tak jawab. Pandang aku pun tak. “Yan?” Aku kuatkan hati untuk tegur dia lagi. Dia masih tak endahkan aku. Sedih pula aku tengok Yan masa tu sebab aku ingatkan dia terkesan dengan mimpi tadi tu.

Aku cuba juga nak peluk dia, tapi macam aku cakap tadilah, aku rasa macam dekat sebelah aku tu orang lain. Orang yang aku tak kenal. Lepas tu, tiba-tiba tak semena-mena Yan berteriak sekuat hati sambil menoleh ke arah aku dengan muka tersenyum. Macam orang yang happy sangat-sangat. Mata buntang, mulut senyum terbuka lebar.

Aku punyalah terkejut, sampai melompat dari atas katil tu. Aku berlari keluar pintu, aku kejutkan Haziq. Aku pun tak tahu kenapa aku kejutkan Haziq. Mungkin sebab memang dah tak ada orang lain lagi kot masa tu. Tinggal kami bertiga sahaja. Meraung-raung aku kejutkan Haziq. Yan pula masih berteriak dalam bilik aku. Sebaik Haziq terjaga, dia mula menangis.

Teresak-esak macam Yan tadi. Aku dah terpaku sebelah katil dia tengok dia macam tu. Sayup-sayup dia menangis. Macam mendayu-dayu sangat. Walhal, Haziq bukanlah seorang kanak-kanak yang mudah menangis. Benda pertama yang terlintas dalam kepala aku adalah untuk call suami. Tapi handphone ada dalam bilik.

Yan pula masih berteriak dalam bilik tu. Yang dekat sini Haziq menangis mendayu-dayu. Aku jadi gelabah. Aku tinggalkan Haziq, untuk pergi tinjau Yan pula. Perlahan-lahan aku jenguk kepala aku dari balik pintu. Tiba-tiba Yan tinjau semula dengan riak muka masih macam tadi. Mata terbuntang dengan mulut terbuka tersenyum lebar sambil berteriak kuat.

Itu perkara terakhir aku ingat. Esok paginya, aku terjaga jam 7:30 pagi dekat depan pintu bilik aku. Aku tertidur atas lantai. Aku tak dengar suara Yan dan Haziq dah. Cepat-cepat aku bangun, tinjau bilik aku. Aku tengok Yan tengah tidur atas katil. Nyenyak. Aku melangkah pula ke bilik Haziq. Haziq pun tengah tidur nyenyak atas katil.

Aku hembus nafas lega. Hari tu aku tak kejutkan diorang untuk pergi sekolah pun. Aku biarkan je diorang tidur. Tak lama lepas tu, diorang pun terjaga dari tidur. Berdebar juga aku, takut-takut bersambung pula benda semalam tu. Tapi nampaknya kelakuan diorang normal sahaja. Yang Yan bangun-bangun terus tanya aku kenapa dia tak pergi sekolah.

Haziq pun sama. Bila aku cakap aku terlajak tidur, dua-dua terus duduk depan TV, tengok kartun. Aku pun siapkan sarapan. Sambil bersarapan tu, aku kuatkan hati untuk tanya Yan dengan Haziq, ada mimpi apa-apa tak semalam. Dua-dua jawab ada. Bila aku tanya mimpi apa, jawapan diorang buat aku rasa nak pengsan.

Yan dengan Haziq mimpi benda yang sama. Diorang mimpi ada seorang b4yi merangkak masuk ke dalam bilik diorang, lepas tu carik-carik muka diorang. Kepala b4yi tu besar. Rambut panjang, bermata merah. Rupa-rupanya sebab itulah Yan sorokkan muka dia. Sebab dia ingat muka dia betul-betul kena carik dengan b4yi tu.

Bila diorang terangkan macam mana rupa bayi dalam mimpi tu, aku pun teringat lukisan yang aku buang siang tu. “Abang (Haziq) dengan Yan ada lukis gambar b4by ke baru-baru ni?” Haziq dan Yan sekadar menggeleng. “Abang mana reti lukis b4by.” Tambah Haziq. Aku bukanlah seorang yang percaya pada benda-benda ni. Tapi entahlah.

Bila aku selongkar semula bakul sampah yang aku buang lukisan tu, lukisan tu masih ada. Bila aku buka lukisan tu, Haziq dan Yan bersungguh-sunggu suruh aku buang semula. Riak muka diorang memang betul-betul takut. Pucat lesi. Sampai bibir diorang jadi birulah. Petang tu, suami balik, aku ceritaka semuanya.

Dia pun suruh aku bakar lukisan tu. Aku turutkan saja. Lepas aku bakar lukisan tu, tak ada apa-apa perkara pelik berlaku. Bila bapa diorang tanya memang b4yi dalam lukisan tu ke yang datang dalam mimpi diorang, Haziq dan Yan iyakan. Mulai saat tu, semua lukisan anak-anak aku, aku pantau. Tak nak kasi diorang lukis benda bukan-bukan.

Memanglah Haziq dan Yan tak mengaku mereka yang lukis gambar b4yi tu. Tapi bila aku fikir logik, siapa lagi yang lukis? Takkanlah ayah diorang pula yang lukis. Sampailah pada suatu hari beberapa hari lepas, sambil aku duduk atas meja makan sambil buat kira-kira belanja bulanan, tangan aku yang tengah pegang pen tu dok lakar-lakar kertas perbelanjaan depan aku tu.

Tanpa sedar, aku terlukis sesuatu yang aku sendiri pelik tengok. Aku taknak beritahu apa yang aku “terlukis” tu. Cepat-cepat aku keluar dari rumah dan bakar kertas tu. Sampai situ sajalah ceritanya..

Reaksi warganet

Shafinaz noordin – aish sama lah..ank aku yg sulung masa umur 3 ke 4 taun dlu ske beno lukis gmbo2 budak perempuan…rambut pnjang muke tersenyum simpul je..mmg nmpk lain muke nye .bila tye..sape? die jawab ni la kwn qeela mlm2 die dtg main…

rambut paras kaki pnjang berjela…aku pun pelik mana die tau gmbo2 antu ni padhal mase tu xpnah ku bg tgk cite antu sbb mak die pun pnakot nk tgk…tp skg da umur 7tahun xde da pelik2 dah lukisan die.

Ann ransy – cerita seram ni kena menjiw4i n imagine, baru terasa feel nya..kalau yg sekadar membaca,kadang2 mmg tak rasa seram, tapi yg melalui,walau sekadar terdengar jeritan,dh seram sgt dh..dlm cerita ni,dh la dia sorang2 hadapi dua2 anak dia yg dlm keadaan menakutkan..seram oi.

Nurlina hanis – Msa umur 5 thn…pnah jugak lukis…biasa lah…dh minat tu…lukis org byk2..msa tu dduk kt nursery…lukis n tunjuk la kt mama yg jga nursery tu…kartun je pun…tp sblah tgn kcik..sblh bsaq…mama kata…”nnty ‘org’ kt lukisan tu mai..xtau la”..dh dgq cmtu..trus pdam..hahaha..tkut punya psai..

Yeen xia – Saya ada satu frame gambr yg dilukis.. Masa tu sy umur 5 tahun. Gambar tu dh lama tergantung kat ruang tamu. dari sy kecik smpai sy form5 . Skrng gmbr tu dh dibakar. Kes s4ntau dituju oleh seorng dri ahli keluarga.. Ingt sorng je ke.. Last-ii satu famly.. Jdi bilaa rujuk ustaz”benda tu duduk dlm lukisan gmbr sy” ..

Dah lama dia” memerhati .. Yg last sy ingt time lukisn tu dibakar.. Semua pintu dlm rumah mcm ditiup angin.. Padhl tkde ribut pun.. Lama jgk laa nk lupa kes tu.. Smpai mama trbawa dlm mimpi.. Dia ckp” knp bakar ak ” …kenapa…!! Haa tu laa ceritanyaa.. Haihh

Sumber GFS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.