Masa nk solt jenazh, imam ckp ank lelaki imamkn solat. Tduduk ibu dgr, abg2 semua tunduk. Tiba2 ak rasa bdoh.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Nama panggilan aku Caje. Maaf aku tak tau nak mula dari mana jadi kalau serabut sikit, maaf ye. Aku nak ceritakan tentang hidup aku yang tak pernah solat sejak aku kecil lagi.

Tapi orang sekeliling aku macam endah tak endah dan benda ni dah jadi biasa untuk aku dan 4 adik-beradik aku yang lain. Buat pengetahuan korang, ayah aku pun tak solat. Dalam keluarga kami, siapa yang solat? IBU aku saje yang solat. Aku tahu ni aib keluarga aku. Aku tahu tak baik buka a1b keluarga sendiri.

Tapi aku nak korang jadikan cerita aku ni sebagai pengajaran untuk semua supaya tak jadi b0dh macam aku. Tak jadi b0dh macam keluarga aku. Aku bukan tak pernah tahu yang solat itu wajib. Kewajipan untuk seorang Muslim macam aku. Aku tahu semua tu tapi aku tak pernah nak buat. Aku rasa aku tak perlu solat.

Dulu aku selalu cakap kenapa aku nak solat sedangkan ayah dan abang-abang aku pun tak solat? Aku tahu ramai yang sedih dengar bila aku cakap macam tu. Dulu, aku tak kisah. Titik permulaan kesedaran aku bila ayah aku jatuh sakit. Ayah aku dah tua. Umur dia 63 tahun. Ayah aku memang ket4gih r0kk dan alk0hl. Bukan itu saje, dia ket4gih main jdi jugak. Kira pelengkap d0sa-d0sa besar ada dekat dia.

Iye, dialah ayah aku. Seorang per0kok tegar, peminum ar4k dan kaki jdi. Ayah aku disahkan menghidap penyakit k4nser lidah dan paru-paru. Allah bayar cash dua penyakit teruk terus. Aku kesian ayah aku. Aku harap sangat ada titik-titik penyesalan sebelum dia mennggal. Ye, dia mennggal dunia lepas 6 bulan menderit4 s4kit tu.

Aku ingat lagi, masa ayah aku sakit teruk kira dah n4zak dan nak mennggal, ibu aku je yang bacakan Yassin. Kami adik-beradik memang tak baca. Haa ada sorang lagi. Kakak ipar aku. Aku dan abang-abang aku nganga je lah sebelah ayah aku. Mendoakan dia dari dalam hati. Bertapa b0dh dan malangnya nasib ayah aku ada anak-anak macam kami.

Setiap kali aku ingat benda ni aku sedih. Aku tak taulah mungkin teruk ayah aku masa dia n4zak, entah apalah set4n dok bisik kat dia atau tutup telinga dia tambah pulak kami ni sikit pun tak usaha nak baca Yassin dekat dia. B0dhnya aku. Bila dia disahkan mennggal dunia, hospital settle semuanya. Aku dan kakak ipar aku balik. Kakak ipar aku je yang nampak alim sikit.

Dia cakap kita kena siap-siap jen4zah dekat rumah. Aku ingat jenzah terus tanam lepas settle dekat hospital, rupanya aku lupa ada solat jen4zah. Aku pun ikut je lah. Ibu aku pulak dengan abang-abang aku tolong pihak hospital untuk mandikan jen4zah ayah aku. Aku ingat lagi bertapa tenangnya ibu aku. Setitik pun takde air mata.

Aku terus ke rumah dan ikut je kak ipar aku pergi bagitau orang-orang surau jugak. Ini lagi satu hal. Sampai surau nak bagitau ada jenzah nak datang, bila sebut nama ayah aku terus semua orang pelik macam tak pernah dengar nama ayah aku. Sedangkan rumah kami selang berapa laluan je kot dari surau. Bila aku sebut nama ibu aku barulah diorang tahu, ohh laki si polan ni.

Aku ingat ni meleleh air mata aku. Kak ipar aku siap-siap rumah, tutup TV dengan kain, kemas-kemas rumah, nampak ada kain putih balut katil bujang dekat bilik abang aku. Dan aku tolong dia angkat letak dekat depan. Aku pun tak tahulah untuk apa. Aku ikut je. Lepas tu, dia keluar pergi rumah ke rumah cakap bapak mertua dia dah mennggal.

Dia suruh aku tunggu dekat rumah, takut jenzah sampai. Tak lama lepas tu aku dengar surau buat pengumuman yang ada jenzah bakal tiba kemungkinan lepas Asar. Aku terharu sangat dengan usaha kak ipar aku. Dalam 5 minit penuh rumah aku. Ya Allah, semua makcik-makcik yang datang aku tak pernah jumpa datang baca Yassin. Aku sambut je semua.

Sejam kami tunggu jenzah sampai di surau. Imam cakap tak perlulah bawa ke rumah. Terus sembahyangkan di surau lepas tu kebumi terus. Kami semua ke surau nak tengok jenzah ayah buat kali terakhir. Aku nampak abang-abang aku angkat ayah aku dengan air mata meleleh dekat pipi. Bila jenzah dah ada dalam masjid, imam pun tanya siapa anak si m4ti? Aku nampak abang-abang aku pun ke depan lah mengaku.

Imam cakap kalau ramai anak lelakinya lebih baik antara kamu yang jadi imam solat jenzah. Allah! Terduduk ibu. Abang-abang aku semua tunduk. Ya semua, abang-abang aku tak pernah solat. Solat Jumaat pun boleh kira dengan jari, inikan solat jenzah?? Mungkin sebab tengok abang-abang aku diam dan tunduk je, imam tak tunggu lama terus cakap takpe dia akan imamkan solat jenzah ni dan semua boleh ikut.

Aku lega imam tak memaksa. Aku tahu abang-abang aku malu. Bukan sikit orang yang ada dekat surau. Waktu tu baru habis solat Asar. Jadi agak ramai orang di surau. Waktu imam mulakan solat jenzah baru aku nampak ibu menangis. Aku tak tahu tangisan ibu sebab ayah dah takde atau sebab anak-anaknya tak dapat imamkan jenzah ayah diorang. Tapi yang aku tahu ibu sedih sangat. Basah tudung ibu. Maafkan caje dan abang-abang bu.

Selesai je solat jenzah, jenzah ayah aku terus di bawa ke kbur. Aku tak tahu macam mana proses tu jadi cepat je sebab liang kbur pun dah ada orang siapkan. Imam semua bersedia untuk bacakan talkin. Masa ni orang dah tak ramai. Aku rasa sedih, ayah macam takde ahli keluarga sedangkan dia ada 8 adik-beradik. Semua masih hidup. Lagi-lagi ayah ni anak sulung.

Adik-adik dia sorang pun tak muncul walaupun aku nampak abang sulung aku ada post dekat whatsapp group yang ayah dah mennggal. Tinggallah orang surau beberapa kerat dan aku, abang-abang, kak ipar dan ibu. Masa tengah baca talkin, hujan turun lebat. Alhamdulillah takde lah sampai banjir kubur ayah. Ayah selamat dikebmikan.

Bila dah kebmikan, ibu minta ditinggalkan di kbur. Aku ambilkan payung dan aku gerak balik rumah sebab ibu cakap nak duduk sorang-sorang je dekat situ. Mungkin ambil saat-saat terakhir dengan ayah. Aku ingat lagi dah jauh sikit dekat pagar kawasan kbur tu aku pandang ibu. Ibu macam tengah cakap something sambil menangis. Kesian ibu. Mungkin ada luahan terakhir ibu sebelum ibu tinggalkan kbur ayah.

Aku balik rumah waktu tu nak masuk Maghrib. Aku nampak abang-abang aku pakai kopiah dan songkok. Pakai kain pelikat. Aku perasan, kain pelikat ayah tu! Ya Allah tiba-tiba aku jadi sebak sangat. Sedih sangat. Ayah dah takde. Ayah yang aku asyik salahkan sebab tak pernah bagi teladan yang baik dengan anak dia dah takde.

Rumah kami dah kosong. Abang-abang aku semua tunduk. Lama diam, sorang abang aku bersuara.. Kenapa kita ni teruk sangat? Kenapa kalau ayah tak ajar pun kenapa kita taknak cari sendiri ilmu agama tu? Kenapa caje? Abang tanya aku. Aku tak tau nak jawab apa. Masa ni aku sedar sangat aku tak patut salahkan ayah aku dulu. Walaupun seburuk mana pun ayah aku, itu bukan alasan untuk aku pun jadi teruk.

Aku ada telinga untuk dengar ceramah agama, aku ada mata untuk tengok bait-bait Quran, aku ada mulut untuk baca Quran dan aku ada tenaga, fizikal yang sempurna untuk tunaikan solat. Solat? Ye semua, aku tak pernah solat. Aku tahu abang-abang aku menyesal. Menyesal tak dapat mandikan jenzah dengan sempurna (aku dengar dari abang aku jugak yang diorang tengok je tak reti nak mandikan), tak dapat imamkan solat jenzah ayah.

Dan yang paling penting, kami macam takde amalan apa pun untuk ayah bawa dalam kbur. Allah… Semua, aku harap korang ambil lah iktibar dari cerita aku ni. Aku dah tengok pengakhiran hidup ayah aku. Korang nak ke pengakhiran ayah korang macam ayah aku? Seteruk mana pun ayah korang, tolonglah korang jangan lebih-lebih lagi jadi teruk. Korang sendiri kena sedar dan tahu yang mana baik dan buruk.

Ayah aku ada 4 orang anak lelaki. Bayangkan ye, sorang pun tak dapat nak imamkan solat jenzah ayah aku. Kalau aku pun anak lelaki ayah, confirm, aku pun tak boleh nak buat sebab aku tak tahu. Tolong korang, tolong sangat. Solatlah. Alhamdulillah, lepas ayah dah takde, kami semua solat. Abang-abang aku mula ke surau solat jemaah. Diorang mulakan dengan solat Maghrib je. Yang lain tu semua di rumah tapi cuba jugak solat walaupun berat.

Ada lah ke laut mula-mula tapi bila ibu keluarkan cerita ayah semua menangis. Ayah, sungguh caje nak jadi anak yang baik untuk ayah. Caje akan berubah, caje nak doa banyak-banyak untuk ayah. Caje nak ayah tak dis3ksa dekat bawah sana. Caje takut. Caje sayang sangat dekat ayah.. Allah, ampunkanlah dosa ayahku.

Aku sepatutnya dihukum juga, sebab aku sudah cukup besar untuk tahu hukum dosa pahala dan kewajipan solat. Jika ayah tak tegur aku solat, sepatutnya aku tegur jugak ayah untuk solat. Aku menyesal. Aku sangat-sangat menyesal ya Allah….. – Caje

Reaksi warganet

Shira fahmi – Walaupn confessor cerita aruwah ayah dia x pernah solat, minum ar4k, rokk dan jdi, aku doakn aruwah ayah confessor ditempatkn dlm kalangan org2 beriman.. Sape kita nk tentukan tmpt dia di sana. Mana kita tahu kalau dia sempat bertaubat sebelum aj4l. Mungkin dgn c4ncer tu Allah ampunkan dosa2 dia.

Aruwah ayah confessor ni mcm seorang bapa yg baik kt isteri dan anak2 dia.. Sbb tu keluarga dia sygkn dia. Jgn risau confessor.. Doakn utk aruwah ayah awk.. Doa ank yg soleh insyaAllah boleh selamatkn ayah awk dr api neraka.

Salwana othman – Takziah untuk Caje dan keluarga. Alhamdulillah anak-anak dan isteri aruwah ayah awak masih ambil berat tentang aruwah ayah awak di saat-saat nafasnya yang terakhir dan beliau dapat disemadikan dengan cara yang baik. Bukan tugas kita utk menghukum orang yang dah m4ti ni masuk syurga ke neraka.

Baguslah awak dan adik-beradik tak salahkan aruwah atas kekurangan beliau dalam memberi didikan agama kepada keluarganya. Teruskan doa yang elok-elok untuk ayah awak inshaaAllah semoga roh beliau dimasukkan dalam kalangan orang yang beriman.

Rusnani jaafar – Bila kita telah akil baligh, menjadi kewajipan solat atas diri kita, walaupun ibubapa kita tidak menyuruhnya atau menunjukkan melalui tauladan, sbenarnya terdapat banyak keluarga yang begini, x usah pandang jauh2 pandang pada keluarga sendiri pun dah cukup akan ada dikalangan adik beradik sebelah ibu/ayah yg tidak taat pada Allah.

Untuk keluarga begini memang sukar untuk jadi hamba Allah yg taat, kerana tiada bimbingan awal dari kecik2 melainkan datang kesedaran yang tinggi dari dlm diri Untuk anak ini, makcik faham situasi anak, dan belajarlah untuk istiqomah mengerjakan solat. Sama seperti dalam rumahtangga, jika ketua keluarga tidak solat, kewajipan solat pada isteri dan anak2 tetap berjalan.

tidak boleh diletakkan kesalahan tidak solat itu 100% keatas suami atau ibubapa yg tidak mengajar walaupun sudah tentu ibubapa tersebut akan tetap dipersoalkan tanggungjawabnya. Solat adalah kewajipan setiap insan, dan itulah pertanyaan tanggungjawab yg pertama akan ditanya didalam kbur kelak. Wallahuaklam.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.