Suami anak jenis xbo tegur. Aku letih. Bila minta izin suami nk brhenti kerja. Jwpn suami buat aku tersepit.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Asalam warga krt. apa saya buat untuk suami dah jadi tak ikhlas sebab saya banyak memendam rasa dengan sikap suami saya. Bab duit nak berkongsi tapi bab pengurusan anak, hal kerja rumah, kerja sekolah anak.

Segala berkaitan anak semua terletak dibahu saya seorang shj suami tak membantu pun. Saya minta nak berhenti kerja sebab letih pagi kerja balik kerja pn tak dapat rehat, saya mintak nak berhenti dan jaga anak kami di rumah, boleh jimat duit pengasuh untuk 2 orang anak juga tapi suami tak setuju sebab tak cukup duit kata nya kalau dia bekerja seorang.

Saya terlalu letih kadang2 saya tak sempat bangun awal sedia kan sarapan untuk suami dengan anak sebab terlajak tidur.. Betul2 saya letih.. Duit beli brg dapur pn suami berkira kalau saya ambil apa2 kadang dia jeling balik dr beli barang dapur tak bercakap dalam kereta, saya tau dia marah saya ambil barang dapur lebih.

Ambil pun untuk dia juga makan dengan anak2 kadang2 saya malas nak beli brg dapur guna duit dia sebab suka buat muka. lg lebih keluar duit saya dari suami sampai saya sendiri nk belanja pun tak ada. saya mengandung kadang2 saya lapar tapi terpaksa tahan perut balik kerja masak baru merasa makan nasi tapi dia duit dapur keluar tak sampai rm100 tapi nak makan sedap2 tiap hari.

Ya masak apa yang ada sahaja tapi bila dia tak suka makanan tu dia akan buat muka untuk terpaksa makan.. saya kecik hati sgt2 nak makan sedap tapi tak nak keluar duit lebih sbenarnya banyak lagi yang saya simpan tapi terlalu sedih dan saya pun tak tau nak cerita macam mana. Saya hrp suami yang ada di luar sana hargai lah isteri sebaik nya.

Kesian kn lah isteri korang bantu lah dia sama2 dlm urusan hal rumah tangga. Jgn malas nak galas tanggungjawap sebagai suami dan bapa. Perjalanan hidup suami juga perlu kan redha seorang isteri. Susah nak didik anak2 sekarang tambahan pula suami tak ambil kisah. Untuk berseronok dengan anak suami lah juara tapi untuk didikan agama pelajaran kebersihan dan beberapa perkara lain suami tak ambil kisah.

Semua saya kena tegur kena urus, kadang2 saya penat sgt dengan anak tak dengar kata, tak ambil kisah tentang pelajaran, solat, kebersihan diri. Adab pn tak da bila pergi mana. Anak lelaki yang sulung umur 12 tahun. Saya mnta izin suami nk hntr anak lelaki bljr kat tahfiz, kebetulan anak pun nak. Saya perhatikan dia seorang yang suka hati je nak buat apa, tak boleh ditegur.

Saya malu bila cikgu selalu komplen, saya jugak lah yang mengadap cikgu bila ada apa2 masalah. Kalau tegur buat muka, byk buat masalah kat sekolah dan jgk kt kwsn kejiranan. Bila jd macam ni saya terpaksa tahan malu minta maaf dengan cikgu dan orang lain. Solat main2, mengaji tipu2, bila depan ayah pijak semut tak mti. Bila saya marah dia tak suka.

Biarlah dia belajar agama supaya dalam diri terisi dengan agama islam, biarlah dia membesar dengan ilmu agama penuh didada supaya bila dewasa dia tak jadi manusia leka. Tanggungjawap dia bila dewasa nanti amat lah berat, tggjwp dengan ibu bapa, isteri dan anak2. Klu tak didik dr skrg macamana dia nak handle urusan hidup bila dewasa nanti. Anak perempuan umur 10 tahun.

Saya ajar kerja rumah dia tak suka buat, selalu nak main, suruh belajar baca buku buat home work pun tak jalan, solat, kebersihan tak jaga. Suami tak pernah suruh anak perempuan tlg saya kemas rumah, lipat baju ke apa. Saya bukan der4 tapi saya nak ajar sebab dia perempuan. Saya bg kerja2 rumah basic je tu pn liat sgt nak tlg buat.

Masing2 bangun pagi nak ada makanan, yang penting perut kenyang lebih dr tu dorang tak peduli termasuk lah suami saya sendiri bsikap macam tu lepas kenyang mengadap hp tgok movie. Semua ni salah suami saya sebab dr awal takde bg didikan dan contoh yang baik utk anak2, anak2 dah terbiasa bsikap macam tu. Dia tak tahu macam mana saya str3ss setiap hari fkir psl anak2, saya cuba bentuk anak2 saya tapi tak menjadi sebab takde sokongan dan galakan dr suami.

Saya terlalu letih dengan sikap anak2 dan suami, sgt2 tak membantu saya dalam urusan rumah tangga. Anak2 pn lebih suka dengan ayah dorang sebab ayah dorang tak marah tak tegur hanya biarkan je apa anak buat. Saya sorang je bertungkus lumus nak bentuk anak2. Anak2 pn kalau nak apa2 baru cari saya, selebih nya dorang tak berapa dengan saya.

Susah baru cari saya, nak duit cari saya, nk mnta apa2 cari saya sebab ayah dorang pn selalu ckp “ mintak kt mama “ Suami jarang marah anak2 tapi sekali jentik telinga pun dorang dah nangis, suami tak guna kan kelebihan tu untuk mendidik anak. Anak2 pn tak heran dengan saya, saya tanya anak perempuan saya boleh ke buat kan mama air, anak perempuan saya angkat bahu je depan ayah dia, suami saya pn diam tak ckp apa2.

Saya terasa sgt bila anak buat macam tu. Kadang2 saya rasa dah tak ikhlas nk buat apa pn kat rumah ni, rasa macam hamba untuk senang kan dorang je. Hari ni bgun pagi saya tak buat sarapan pu, saya tak ada mood sebab penat. Saya sedih sebab semua urusan saya kena fikir. Saya hanya tunggu masa nak bersalin je tak lama lg.

Saya duduk sorang2 saya menangis kenapa suami saya tak ingat dan tak fikir tggjwp dia sebagai ayah. Saya tak nak generasi saya rosak. Letih saya cuba buat itu ini utk kebaikan anak2 tapi takde sokongan dr suami, suami tak ambil peduli. Bila suami tunjuk sikap macam tu depan anak, anak pun tak kan dengar cakap saya.

Saya marah dorang tak suka, saya str3ss dengan keadaan sikap anak dan suami saya. Saya tegur baik2 tak jalan, kecewa dengan sikap suami saya, langsung takda sesungguhan nk didik anak. Anak dan suami tak menghargai saya, tak hormat saya cuma anak2 tak pernah melawan klu saya marah.

Reaksi warganet

Aika zulkiflie – Kalau aku dh mog0k tak masak dh hahahaha lantak korg ah nak makan apa… Bukan nak ajar jadi kej4m tp kdg2 terpaksa jadi isteri pemalas drpd isteri rajin supaya ayah n anak tau buat keje.. Cubalah sesekali tu akak stop masak rehat betul2.. huh nak bersalin tu sediakan dan uruskan persiapan nak bersalin jer kak.. focus pd diri akak n baby baru jer..

anak2 akak dh cukup besar boleh masuk dapur dan masak sendiri.. biarkan jer diaorg xmakan.. akak panggil tukang urut siap2 skali bawak makan utk akak makan berpantang.. settled utk diri sendiri dulu.. Kalau ayah n anak2 boleh self1sh kenapa akak xboleh.. Xyah ah nak ckp pasal syurga bawah tapak kaki suami skrg nie..

tt nie dh penat ment4l sgt2 tau.. kalau dia depr3ssion bg kesan pd kandungan dia weh.. kalau lepas bersalin dia mer0yan.. satu apa pun xguna dh.. baik kau pulangkan jer TT nie dekat family dia n kau amik org gaji lagi bagus ah.. kau bayar org gaji kau utk masak sedap2 n kemas umah.. jgn nikahkan isteri kalau nak di kulikan mcm hamba ambi..

Isteri bukan kuli batak suami okay.. nak jadi suami pimpin lah anak dan isteri tu elok2.. ni keluar duit belanje dapur pun berkira.. apa punya lelaki ah zaman skrg nie.. buat malu jer.

Reen asmaara – Tinggal kan anak2 dgn laki tu… biar padan muka dia org.. Awak fokus kat baby yg lahir tu jer…lepas ni kalau boleh… tolong lah jangan mengandung lagi puan… Keluarga awak penuh bermasalah…Dr laki… sampai ke anak… kesiannya awak..
Cuba lari bawak diri tu….biar dia org rasa susah nya bila tiada seorang isteri dan ibu disisi mereka…

Allahu…anak2 puan pun melampau sungguh… Kalau aku jadi mak. Budak2 tu. Dah lama makan penyapu dia org. dgn laki sekali aku tibai….ingat kita org perempuan ni bukan hamba kepada suami dan anak-anak.

Roha adrinna – Aku yg baca pun naik penat.. ini pulak awak yg hadap… kena btegas lepas nihh…jgn bagi muka sangat kat suami dan anak2… sbgai suami dan bapa… sepatutnya dia lagi kena pikir hal2 nihh semua…masa depan anak2… kena btegas laaa… biasa anak2 nihh lagi takut dan respect ngan ayah…

ayah biasa ckp sekali aje anak2 dah faham… dan sepatutnya suami tu bersyukur isteri bkeja .. sikit2 pun dapat meringankan beban nya…klu ada keluarga lagi…nti bpantang laa kat rumah mak ayah dulu… suami dan anak2 tuu pandai2 laa dia orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.