Aku kawin masa bljar. Bila mak tahu ak mgandg, nak dirodoknya perut ak. Rupanya dia kecewa dgn ak.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Za. Umur 29 tahun dah sudah 7 tahun berkahwin. Dan aku merupakan anak tunggal. Mak abah aku sihat lagi alhamdulillah. Aku ni buntu. Aku kurungkan diri dalam rumah dari bergaul dengan sesiapa.

Dunia aku hanya suami dan anak-anak. Cuma di sini, aku minta nasihat dan panduan dari sahabat-sahabat semua buat diri aku. Kenapa aku tak bergaul dengan dunia luar? Aku ni dulu, budak pandai. Kata mak aku lah. Aku sangat cemerlang zaman sekolah rendah dulu. Walhal, sekolah luar bandar saja. Aku kebanggaan mak aku.

Tapi tidaklah mak aku canang aku sana-sini dengan keputusan cemerlang aku waktu tu. Hakikatnya, aku tak pandai pun. Aku boleh skor sebab aku menghafal. Rezeki aku selepas UPSR, aku dapat bersekolah di sekolah kluster. Abah masa tu dah tak makan gaji. Abah menoreh dan jaga kebun sawit orang saja. Asalnya sebelum tu, aku ni jenis high confident level.

Bila aku ke sekolah menengah, aku jumpa kawan-kawan aku lagi hebat, dengan masa tu badan aku sedikit chubby sebab dah akil baligh, rupa pun tak cantik dan aku tengok hebat-hebat keluarga kawan aku semua tu, aku jadi lack of self esteem. Aku down sangat. Normalnya, homes1ckness ni awal-awal sekolah kan? Tak. Aku hujung tahun baru nangis-nangis sebab rasa tak competent duduk di situ.

Aku rasa diri aku bermasalah tapi aku tak tahu nak minta tolong kat siapa. Selalu ulang-alik ke bilik kaunseling sebab nak tumpang tengok y0utube je, tapi tak pernah nak tanya apa-apa pada kaunselor masa tu. Bila aku rasa, kosong di jiw4.. aku tanya mak aku, apa patut aku buat? Mak aku hanya jawab “tulah, tak solat. Set4n la semua tu.” Down.

Akhirnya, aku berjaya survive di SMK dan capai 6A dalam SPM. Aku rasa, aku hebat dah masa tu. Sebab dalam sejarah hidup, kali pertama aku dapat A dalam subjek BI. Mak aku hanya jawab, “Mak mimpi Za dapat 10A”. Ya Allah..down lagi. Lepas tu aku ke Matrik dan universiti tempatan. Kehidupan di Matrik sangat sekejap tapi membahagiakan walau padat.

Aku sukses bawa diri aku di matrik tapi di universiti, aku kecundang. Aku gagal habiskan ijazah aku. Tempoh ijazah aku tu, orang lain sempat habiskan buat degree dan master. Maybe PhD sekali. Tapi hujungnya, aku sendiri yang mohon berhenti belajar. Sebab? Macam-macam. Kewangan, komitmen keluarga dan lain-lain. Aku berhenti belajar tu 2016, hari ni dah 2021..

aku masih rahsiakan pada Mak. Sebab? Aku takut. Mak aku ni sekolah dia sampai darjah 6 saja. Em0si dia macam b0m jangka. Ada hari ok, kalau hari dia tak ok.. dia lempiaskan kepada aku. Bila dia marah-marah, hujungnya mesti dia akan cakap..”Maaf, mak marah-marah. Mak tak tahu (control em0si), mak tak sekolah.” Down.

Hari ni aku dah bersuami, tapi taat aku kepada mak aku lebih daripada suami aku. Sebab? Aku takut mak aku. Aku takut em0si mak aku begitu. Tak lagi dengan p4nas b4ran abah aku. Aku berkahwin masa belajar. Dengan izin keluarga. Bukan buat tak senonoh. Tak disangka, aku mengandung dalam tempoh belajar tu. Mak aku marah.

Mak aku nak r0dok-r0dok perut aku. Aku tahu, mak kecewa dengan aku. Mak sayang aku. Mak kalau marah, dia dah tak kenal siapa suami, siapa keluarga. Semua dia pkul rata. Aku takut kalau aku trigger marah mak aku. Aku penat nak handle situasi itu. Sebab? Dari aku kecil sampai ke besar, mak abah memang tak pernah lekang dari bergaduh. Ada saja nak digaduhkan.

Bila dedua tengah panas hati, semua barang dicampak. Aku yang jadi saksi, hari aku bagai dit0reh dgn kaca sakit. Penyudahnya, abah start enjin kereta terus keluar tak balik rumah. Mak masih mem4ki-m4ki dan terus call makcik-makcik. Aku? Macam tak wujud. Em0si mak pada episod-episod itu buat aku rasa takut sampai hari ni. Aku takut Mak.

Sebenarnya.. Mak sayang aku, mak tak nak aku jadi macam dia. Jadi apa? Jadi suri rumah. Pada dia, jadi surirumah ni susah. Kena bergantung pada suami semata. Nak pergi mana-mana kena orang bawa. Walhal, dulu waktu kecil, aku pernah cakap kat mak aku “besar nanti Za nak jadi cikgu waktu siang dan nak jadi nurse waktu malam”.

Dan pernah terlintas beberapa kali dalam hati, “Aku nak jadi macam mak aku.” Sebab?Mak aku yang jahitkan baju sekolah aku. Mak aku yang tunggu aku buat latihan UPSR sambil dia menjahit. Mak aku hantar dan jemput aku balik sekolah. Mak datang tiap tahun masa hari kecemerlangan. Hari ni Allah dah makbulkan doa aku. Aku kerja sebagai surirumah.

Tapi Mak tak redha siapa aku hari ni. Acapkali dia sebut, “Kan bagus kalau Za kerja, boleh tolong Mak, boleh tolong (beri duit) Abah.” Sebab tu aku kurung diri aku dari dunia luar. Aku kecewa dengan diri aku. Aku malu kalau jumpa dengan kenalan lama/sedara mara.. bila ditanya soalan ‘kerja apa sekarang?’. Aku rasa tak guna sebab tak boleh jadi financial support buat Mak Abah aku.

Aku rasa aku ni s1al sebab tak boleh buat Mak Abah aku bangga, aku takda jawatan, aku takde uniform, aku takde pangkat. Aku tak boleh penuhi expectations Mak aku. Kat kampung tu, ada satu jiran ni.. kalau bertandang ke rumah Mak, mesti dia cerita pasal anak-anaknya. Anaknya yang kerja bank, anaknya yang kerja nurse, anaknya beli emas, anaknya belikan itu.. belikan ini.

Makcik tu tak salah pun. Dah tu rezeki dia kan. Dia nak berkongsi cerita je. Mak pun mesti juga datang keinginan begitu kan? Yelah. Manusia kan. Aku tak salahkan Mak. Mak berhak tuntut semua tu. Yelah, dia kan Mak. Aku sambil jaga anak-anak, aku berniaga kecil-kecilan. Bulan-bulan, dapatlah beri Mak Abah RM150 setiap sorang, bawak lauk, bawa kuih bila bertandang.

Tapi masih lagi tak cukup nampaknya. Kalau makcik-makcik aku datang bawakkan Mak aku buah tangan, mesti lepas tu Mak akan bandingkan dengan apa aku beri tu. Ayat Mak be like… “Mak tengok Za bukannya ada duit pun.” Aku sedih. Aku sedih. Aku sedih. Mental aku penat. Cuma persoalan aku kat sini,

Memang betul ke.. kejayaan seorang anak itu diukur bila mampu beri kesenangan kepada ibu bapa mereka? Kalau ibu bapa mengeluh/ berkata, ‘kalau anak aku boleh beri duit kepada aku’.. anak tu dah jatuh hkum sebagai anak derhaka ke? Sudut ner4ka mana nanti anak tu akan duduk?

Ya, aku memang sentiasa dahagakan penghargaan dari Mak aku. Walau aku tak layak. Aku cuma seorang anak tak berguna. Itu saja. Aku mohon kata-kata yang baik dan murni saja. Aku yang mahu dihargai, – Za (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Aisyah nur – Simpati pada awak. Nak salahkan mak awak pun tak boleh jugak. Dalam kita berkata anak2 bukannya ladang persaraan hari tua kita, hakikatnya ntah2 bila sampai usia senja kita, kita mengharap anak2 sara hidup kita. Jangan salahkan mak ayah yang berharap anak2 bantu mereka diusia senja mereka. Mereka dah tak mampu bekerja.

Tapi demi sesuap nasi, tak larat pun terpaksa gagahkan diri untuk terus membanting tulang. Dan kita sebagai anak apa patut kita buat? Common sense. Bantulah ikut kemampuan kita. Tak mampu nak senarai apa yang patut orang itu ini buat. Sebab ujian kita masing2 tak sama. Apa pun moga dipermudahkan urusan tt dan keluarganya.

Norfarahian zulkifli – Sy berhenti kerja utk jaga anak dan saya memaang tak letak apa2 expectations pada anak. Pada saya, anak ni adalah pinjaman utk rasa bahagia. Bila2 Allah boleh ambik balik. Jadi hargai nikmat bersama anak ni selama masih ada. Utk diri sendiri? Walaupun sy surirumah, saya buat banyak jenis bisnes. Hasil niaga bagi parents, belikan hadiah diorang dan plg utama buat saving utk masa tua diri sendiri dan suami & anak.

Kita nak berharap pada anak? Macam mana kalau Allah pinjam kan anak tu sekejap je? Umur tak panjang. Macam mana kita nak survive? Sebab tu nak berjaya usaha sendiri. Jangan put that pressure tu your kids. Diorang pun akan ada kehidupan sendiri nanti. Stop the cycle. Kesian anak2.

Abidatul akmaliah – Dari apa yg puan luahkan, saranan saya berhenti mintak penghargaan dari orang lain. Mungkin mak puan perlukan bantuan kaunselor atau dr. Mungkin ada rasa di hati yg terpendam terlalu lama. Mungkin ada masalah psik0logi. Perlu check. Untuk puan, stop mintak penghargaan dari orang lain sbb ianya takkan pernah cukup.

Hargai diri puan sendiri dulu. Build yourself again. Buat pelan jangka masa panjang. Kalau betul into business, cari jalan untuk kembangkan. Jadi suri rumah bukanlah suatu kegagalan. Mungkin ramai sebenarnya nak sangat jadi suri rumah tapi tak kesampaian. Mungkin problem yang paling utama, low self-esteem dan kurang menghargai diri sendiri. Love yourself first then you can love others.

Kalau lepas ni puan rasa bersedia untuk sambung belajar balik, go for it. Kalau taknak pilih apa yg puan pilih. Paling penting, jangan pernah ulang apa yg ibu puan buat kepada puan terhadap anak2 puan. Salah satu perkara yg dapat bunuh kemampuan anak adalah vi0lence. I can say your mom did some violence towards you.

T0reh anak dengan kaca adalah tak normal bagi seorang manusia yang boleh berfikiran waras. Dan anak2 yang dibesarkan dalam situasi yang macam ni, mungkin akan ada masalah di masa depan.

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.