Kerana kisah silam, 2bulan aku jauhkn diri. Dia nangis2 mohon maaf. Aku betul2 tduduk.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam geng apa kabar? Moga sehatlah semua lagi-lagi zaman wabak ni. Banyak lak masa nak karang panjang-panjang, tak apalah aku nak gak share dengan korang semua. Bercinta dengan seorang gadis yang mana bekas pengih ddh.

Bahagia atau derita? Pengalaman ni sangat luar biasa dan aku pun tak sangka akan lalui perkara yang macam ni punya g1la. Kisah ni berlaku beberapa tahun dulu. Lama dah tapi aku ceritakan balik. Panjang namun aku cuba ringkas ya? Umur aku memasuki 34 tahun sekarang. Dulu zaman bujang, aku pernah bercinta 2 kali saje dengan perempuan sejak sekolah menengah.

Tapi sampai 1 tahap, aku rasa perempuan ni merimaskan. Lebih-lebih lagi masa zaman aku belajar di universiti. Kuat merajuk, marah tiba-tiba, asyik nak menang dan self1sh. Aku sayang sangat seorang perempuan ni malangnya dapat tahu dia jenis buaya darat. Apa korang ingat buaya darat tak ada version perempuan ke? Ada. Aku jadi malas nak bercinta lepas dapat tahu dia pasang lelaki lain.

Dipendekkan cerita aku tawar hati apabila dipermainkan. Sedangkan aku terlalu sayang. Dulu aku minta masa pada dia bila habis belajar aku akan segera cari kerja. Kumpul duit untuk melamar. Tapi lain pula yang jadi. Okey pasrah la mungkin tiada jodoh. Selama 2 tahun aku tutup hati aku. Belajar redha dan move sangat sangat perit.

Aku berdoa pada Allah, bukalah hati aku semula ketika ia bukan untuk disakitkan lagi. Alhamdulillah ia seakan terkabul. Sampai 1 masa, aku akhirnya tiba-tiba tergerak download 1 aplikasi dating. Kawan aku yang suruh. Aku ikut saja. Bila daftar memang ramai perempuan like, tapi hanya beberapa orang sahaja yang nampak serius.

Banyak yang cuba bermain-main saja. Panjang proses di sini, dekat 2-3 bulan aku cuma keluar dan masuk saja. Berbalas chat juga kadang ia kadang tidak. Tapi dalam ramai-ramai, cuma seorang sahaja yang melekat. Maksudnya perkenalan kami terus berlangsung lama di Whatsaap. Mula-mula aku tak letakkan harapan langsung. Tapi makin lama mengenali, makin jatuh suka.

Masuk bulan ke 8 kenal, kami akhirnya ambil keputusan berjumpa. Aku adalah orang Perak dan dia orang JB. Kami ambil keputusan berjumpa di tengah-tengah iaitu KL. Aku drive kereta dan dia naik bas. Aku jemput dia di TBS lalu. Mulalah detik pertama kami jumpa. Agak janggal sebab selama ini kami cuma berhubung di telefon. Kalini face to face. Hanya whatsaap atau call sahaja.

Orangnya tidaklah terlalu lawa namun cukup manis di mata aku. Selepas pertemuan pertama, aku rasa begitu berkenan kerana tertarik dengan perwatakannya yang pemalu + kelakar serta polos. Bila berjumpa depan-depan, lagi terserlah kecomelannya. Sepanjang 1 tahun lebih kenal, kami hanya berjumpa 2-5 kali sahaja. Sebabnya dia sibuk di kampung & aku pun lagi sibuk.

Kami jarang dating tapi selalu in contact by Whatsaap. Aku ajak dia untuk betul-betul serius. Akhirnya aku ungkapkan. Andai ada jodoh dan rezeki, aku nak menjadikannya sebagai isteri. Peribadinya sangat baik, sedikit kelakar tapi lemah lembut. Sebelum aku beranikan diri membuka semula hati dahulu, aku sudah niat dan berdoa “Allah kau berilah aku jodoh yang baik.

Tidak kira rupa, asalkan menyenangkan hati”. Aku tidak mencari yang cantik, aku mencari wanita yang berakhlak baik. Memahami kerja aku, ikhlas menyayangi aku dan sebagainya. Oh ya sebelum terlupa, aku mungkin seorang lelaki yang nampak smart di mata dia. Katanya pakai kereta besar dan kerja besar. Sesekali dia akan malu dan merendah diri sebab dia hanya bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket.

Awalnya aku berfikir aku perlu cari yang setaraf dengan aku. Tapi selepas beberapa wanita yang aku kenali, dia sajalah yang berjaya ambil hati aku. Dari segi wajah, mungkin dia tak secantik orang lain. Namun personalitinya buat aku jatuh sayang. Dia cuma bekas pelajar SPM yang tidak sambung belajar.

Kekangan menjaga ayah dan ibunya yang semakin tua ketika itu, dia decide bekerja di kampung saja. Dia sangat memahami dan bukan jenis mendesak. Mengongkong dan kuat merajuk? Tidak dan jarang sama sekali. Walaupun dia takde pendidikan yang tinggi, pemikiran dan akhlaknya jauh lebih matang drpd gadis berpangkat ijazah atau PHD yang pernah aku kenali sebelum ini.

(Segelintir sahaja bukan semua). Tapi sesuatu yang mengejutkan berlaku. Saat kasih sayang aku tengah menggunung, dia mendedahkan kisah silam yang sukar untuk aku terima. Ya. Dia membuka cerita bahawa dia adalah bekas pengih sy4bu. Pernah terlibat dengan banyak isu moral yang lain. s33ks bebas pun pernah dia lalukan.

Akibat rakan sebaya kan. Aku terdiam dalam panggilan. Dia menangis ceritakan segalanya. Ketika itu adalah 3 bulan sebelum aku bercadang nak meminang dia. “Awak perlu tahu. Awak berhak tahu pasal masa lampau saya”. Itulah ayat dia yang takkan aku lupakan. Aku terus m4tikan telefon. Aku remuk, tergamam kerana gadis yang aku sayang dan sangka baik rupanya bekas pengih?

Hati aku dah diracik 1000. Dada sesak dan aku mengeluh, Allah kenapa kau bagi aku dugaan macam ni selepas aku dah sayang dia? Keesokannya dia terus menghantar Whatsaap meminta maaf berkali-kali. Dia menelefon namun aku biarkan je. Aku perlukan masa. Aku terduduk. Wanita yang aku nak jadikan isteri, bekas pen4gih?

Dia jelaskan juga selepas setahun terjebak dengan benda tu dulu, dia berubah terus sebab ibunya mennggal. Dalam keadaan dia belum berubah dan masih budak jahat, ibunya mennggal sebab kena str0ke di bilik air. Jadi dia sangat ralat. Itulah semangat dia mula berubah perlahan-lahan. Ah, aku tak kisah. Yang penting dia dah tipu aku. Itulah tekanan yang aku rasa ketika itu.

Hampir 2 bulan aku mendiamkan diri. Hidup aku jadi sedih dan serabut. Pada satu malam selepas aku penat menangis, akul lipat sejadah dan baring atas katil. Aku tertidur dan wajah perempuan tu asyik muncul di dalam mimpi. Bila buka mata, basah alis mata aku penuh dengan air mata. Aku berdoa setiap malam minta Allah padamkan kasih sayang aku pada dia.

Sebab aku benci pada dia. Kerana aku tak dapat terima benda tu! Pen4gih, tiada dara pula tu? Walaupun banyak kali dia minta maaf, aku tetap sakit. Menangis meratap. Lelaki memang nampak kuat, tapi mereka sentiasa kalah dengan perempuan yang dia sayang. Akulah insan tu. Berbulan-bulan aku cuba lupakan tapi gagal hingga hati aku tak tenang. Aku sayangkan dia namun kisah silam dia cetuskan dilema.

Akhirnya aku menangis sepuasnya dan buat solat istikarah setiap malam. Setiap malam juga wajah dia muncul. Selepas membisu aku akhirnya menelefon dia. Malam itu kedua-duanya senyap tapi diselangi dengan air mata tersedu-sedu. Dia masih meminta maaf dan aku? Diam dan menangis. Aku tanya dia adakah dia benar-benar dah berubah?

Dia jawab ya, lillahitallah. Bila aku perhatikan semula peribadinya, ya dia perempuan yang baik. Aku? Aku lelaki yang kononnya hebat tapi kenapa sebegitu j1jik dengan perempuan yang dah bertaubat daripada masa silam dia? Apa hak aku untuk merasa j1jik dengan hamba Allah yang berusaha berubah? Siapa kita nak menghukm? Sedangkan kita sendiri penuh dengan dosa.

Selepas dapat banyak petunjuk, aku belajar menerima perlahan-lahan dan kembali mencintainya. Eh tidak. Yang sebenar-benarnya aku tak pernah berhenti menyayangi dia walaupun sesaat. Cuma ini adalah ujian untuk aku. Ujian untuk dia. Allah seakan menjawab doa aku. Semua dipermudahkan kembali. Aku yakin dia adalah jodoh yang dah diberikan pada aku.

Aku kena jaga dan lindungi dia. Cerita ni terus mekar. Alhamdulillah perkahwinan kami memasuki 3 tahun pada 2021 ni, ada seorang anak lelaki yang comel. Ya. Inilah kisah aku. Lelaki yang mulanya terpaksa belajar menerima jodoh. Jodoh aku adalah seorang perempuan bekas pengih ddh. Yang masa silamnya penuh kekotoran, namun ikhlas bertaubat.

Malah selepas berkahwin, aku semakin menyayanginya lebih daripada zaman bercinta. Dia wanita yang baik, sangat menyenangkan sampai sekarang. Yang kotor dan j1jik cuma masa silamnya, bukan dirinya yang sekarang. Tidak pernah aku bayangkan akan berjodoh dengan orang sebegitu, tapi inilah jodoh aku. Jodoh yang aku akan jaga dan sayang sampai mati. Derita? Tidak, aku sangat bahagia. Terima kasih Allah. – Idlan (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fadlin mid – Sebenarnya,saya sgt kagum dgn mereka yg mampu menerima kisah silam pasangan, tak kisah la lelaki atau perempuan.tapi pasangan tu pun bila ada yg mampu menerima seadanya, pastikan lah diri benar2 bertaubat. Dosa besar atau kecil,memang semua pun kena bertaubat. Tapi saya tak juga judge kalau ada yg tak mampu terima kisah silam pasangan (atas pilihan sendiri dan bukan mgsa).

tak mahu tak bermakna menghukm,cuma hati& penerimaan kita masing2 tak sama.walaupun benda dah jadi sejarah tapi level ikhlas kita berbeza.kalau tak mahu pun cukup sampai situ tapi jgn pertikai kan taubat mereka,sebab kita tak tau pengakhiran kita sendiri bagaimana. Buat confessor &isteri,moga bahagia hingga jannah.

Rinn haniss – Lelaki yg baik macam confessor, dah2 la tu sembunyi…sila la munculkan diri, bagi tau satu dunia bahawa masih ada lelaki yg baik2 seperti anda kat dunia nih…hehe…siapalah kita nak judge masa lampau seseorg lagi2 bila org tu dah bertaubat dan siapalah kita nak ukur taubat seseorg hamba kpd Allah…

moga confessor sekeluarga dirahmati Allah. Confession yg baik supaya mengajar manusia jgn terlalu menilai seseorg sehingga melupakan yg kita ni hanyalah hamba yg ada dosa tersendiri namun pintu taubat yg senantiasa terbuka buat hambaNya.

Matt empat – aku ade kwn yg mcm ni..lelaki.. dulu2 pen4gih..Allahu, tgk dulu kesian isteri n anak2..ramai yg kata2 nista, tp benarlah..di sebalik sang suami, ada sang isteri yg sentiasa mendoakan beliau..beliau kini taubatan nasuha..

1000% berubah selepas masuk pusat..ingat kawan2..pengakhiran kita bagaimana..jgnlah lihat seseorng dgn dosanya..lihatlah pengakhirannya bagaimana..somoga kita semua husnul khotimah..aamiin

Sumber Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.