Lps kawin, tiap thn kena pindah. Aku nekad beli rumh. Bila ajak suami pergi bank, dia mgelak. Rupa2nya ini yg dirahsiakn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya confession saya tersiar. Saya cuma mahu berkongsi cerita kami sekeluarga dan rumah. Mungkin dapat memberikan sedikit motivasi kepada mereka yang juga inginkan rumah pertama.

Pertama-tamanya saya harap sesiapa yang mengenali tulisan saya ini tidak mention nama saya mahupun tag fb saya diruangan komen. Saya tahu rakan-rakan saya ramai juga pembaca Confession. Saya seorang wanita, isteri dan mempunyai seorang anak berumur 2 tahun yang hensem. Telah berkahwin hampir 5 tahun.

Cerita kami dan rumah sudah lama dan panjang. Alhamdulillah akhirnya loan rumah pertama kami baru sahaja approve. Untuk orang lain mungkin mudah untuk membeli sebuah rumah. Tapi tak kurang ramai yang masih struggle memiliki rumah pertama walaupun dah banyak umur. Sebelum ini saya tidak kisah hidup menyewa. Sewa sampai akhir h4yat pun tak mengapa.

Tapi sejak berkahwin, hampir setiap tahun kami terpaksa berpindah rumah. Ada sahaja alasan tuan rumah. Rumah sewa pertama kami hanyalah rumah kampung 1 bilik. Berpapan. Masa ini belum ada anak. Ini sahaja yang sesuai dengan gaji suami. Rumah ni alamat pun tak pasti, kalau nak beli barang kat shoppee poslaju pun tak jumpa rumah kami.

Mesti kena guna alamat tuan rumah di bahagian hadapan. Bukan tu je, line telefon pun takda. Poslaju call pun tak dapat. Internet pun takda coverage. Terpaksalah saya masukkan streamyx kerana saya banyak bekerja (sendiri) menggunakan internet. Oh ya, saya bekerja sendiri dengan income turun naik. Masa single dulu income saya lebat sangat.

Tapi bila dah kawin, berpindah ke luar Selangor.. income saya hidup segan mati tak mahu. Suami saya pula bekerja bahagian kemahiran (wiring) dengan gaji harian RM80. Kalau tidak bekerja maka tiadalah gaji. Jika cuti sakit pun gaji tak jalan. Ahad cuti, tiadalah gaji. Cuma yang bagusnya company dia ada payslip, potongan KWSP dan Perkeso.

Setahun selepas itu alhamdulillah saya pregnant. Tapi ujian melanda. Company suami tak ada job dan banyak project yang pending claim. Ini berlarutan hampir setahun lamanya. Bayangkan suami bekerja tetapi gaji tak dapat berbulan-bulan. Kadang-kadang dapat pun 500-800 sahaja. Disebabkan saya seorang yang pandai berjimat dan membuat simpanan, jadi adalah lagi sumber kewangan kami.

Tapi makin lama makin surut simpanan. Bisness saya pun makin lama makin surut. Semasa pregnant 7 bulan, dengan tiba-tiba tuan rumah datang dan meminta kami berpindah. Katanya anak nak balik duduk sini. Di kawasan kami tinggal amat sukar mencari rumah sewa. Setelah berusaha, alhamdulillah bertemu sebuah rumah sewa taman 2 bilik. Rumahnya sangat kecil dan sempit.

Ruang tamu dan dapur lebih kecil berbanding rumah flat low-cost di Selangor. Kami tak ada modal deposit rumah sewa. Jadi saya masukkan rantai tangan di Ar-Rahnu untuk modal deposit. Berpindah randah, suami pula terkena Demam Campak. 2 minggu lah dia tak bekerja dan tiadalah gaji. Duit saya masih ada sedikit simpanan untuk coming baby. Kerana rumah yang bersepah baru berpindah, saya yang kemas.

Suami memang tak larat sebab dia sakit. Tiba-tiba saya bleeding. Terpaksa warded 4 hari. Mujurlah tiada apa-apa yang serius. Oleh sebab kejadian ini, saya bertekad selepas ini akan berusaha untuk beli rumah. Long to short story, rumah yang kami sewa ini pula baru sahaja 6 bulan owner beritahu nak balik duduk. Katanya agreement sewa 2 tahun tidak terpakai.

Belum sempat saya usahakan untuk cantikkan profile, barang pun banyak lagi masih dalam kotak. Belum sempat tebus rantai tangan di Ar-rahnu. Sekali lagi kami terpaksa berpindah. Dengan anak kecil yang sentiasa mahu melekat dan sedang dalam fasa anxienty seperation. Kami terpaksa menebalkan muka pinjam duit ibu bapa untuk bayar deposit sewa rumah yang baru.

Tiada jalan lain lagi mencari sumber kewangan, dengan keadaan gaji suami saya yang kadang-kadang seribu, kadang-kadang tak sampai seribu. Peritnyaaa berpindah lagi dalam keadaan kewangan yang sangat sempit dan anak yang masih kecil. Itulah kisahnya bila kita sewa rumah orang. Bila-bila masa sahaja kita akan dihalau keluar.

Saya sudah mula meminta suami belikan rumah secara serius. Saya ajak suami ke bank untuk semak kelayakan. Tapi dia sering menolak. Selepas diselidik, rupanya nama dia ada CTOS. Dia buat personal loan sebanyak 80K untuk keluarga yang berniaga tetapi akhirnya tak bayar. Ini berlaku semasa sebelum saya kenal suami saya lagi. Masa ini saya rasa terduduk. Terasa musnah impian untuk memiliki rumah.

Saya pula mustahil dapat beli rumah kerana berbisness sendiri yang tiada SSM, Current account dan LHDN. Malah saya sendiri tak tahu bagaimana nak declare LHDN. Perniagaan saya juga merosot. Dapat 2K, makan 4 bulan sekeluarga. Tapi saya usahakan buat pelbagai bisness online dan simpanan supaya sentiasa dapat backup sekiranya suami saya tak bergaji 2-3 bulan.

Masuk tahun baru 2020, saya serius nak beli rumah. Saya serius nak daftar SSM dan buat semua documentation. Simpanan saya buat sedikit demi sedikit. Saya juga cuba memohon pekerjaan. Kebetulan ada seorang rakan lama saya juga offer sebuah pekerjaan sebagai real estate negotiator.

Tetapi kobid melanda dan negara terpaksa PKP selama 3 bulan. Sekali lagi saya rasa dunia ini kelam. Baru sahaja buat simpanan 3K, tiba-tiba tak dapat berbisness. Untuk pengetahuan saya berbisness dalam bidang wedding. Sudahlah job tak ada, wedding client cancle dan saya terpaksa refund semua deposit client.

Suami saya yang bergaji hari juga tidak dapat bekerja. Kami putus sumber kewangan. Simpanan saya makin habis di tarah. Sewa rumah tetap perlu dibayar kerana owner loan LPPSA. Mujurlah kami tiada loan kereta. Semasa PKP ini saya ada berbisness kuih raya. Siang malam mengadap tepung. Alhamdulillah dapatlah juga kami membeli baju raya seorang sepasang dan bayar sewa rumah.

Tadi saya ada ceritakan berkenaan kawan offer bekerja sebagai Real Estate Negotiator. Yang ini lagilah tak nampak sinar kerana saya sendiri Zero Knowledge berkenaan real estate. Tetapi saya adalah juga pergi trainning dan kelas. Cuma masih tak nampak jalan. Semasa raya, PKP agak longgar dan kita dah boleh keluar dalam negeri sahaja. Masa inilah tiba-tiba “B0MM”.

Saya pun tak menyangka dengan tiba-tiba rezeki sangat murah. Tiba-tiba ramai tuan rumah mencari ejen hartanah untuk jual rumah. Saya berjaya jual 12 buah rumah dalam sebulan. Setiap hari saya keluar jumpa client. Suami duduk rumah jaga anak dan kemas rumah (sebab company dia belum beroperasi). Syukur alhamdulillah rezeki kami melimpah. Saya juga dah berkawan baik dengan ramai pegawai bank dan peguam.

Saya uruskan loan ramai client. Saya belajar banyak sangat selok belok real estate. Ketika ini tiba-tiba sahaja income saya sebulan 7 kali ganda gaji suami. Disebabkan saya semakin mahir, jadi saya sudah mula planning untuk memiliki rumah sendiri dengan gaji komisyen. Kami memang takkan boleh joint loan kerana nama suami saya ada CTOS.

Setiap 6 bulan saya pastikan claim komisyen. Pekerjaan saya ni ada pay voucher. Jadi setiap kali claim akan dapat pay voucher. Income yang agak selesa itu saya guna sedikit untuk keluarga dan diri. Selebihnya saya akan masukkan dalam Tabung Haji dan ASB untuk mencantikkan dokumen saving. PTPTN yang tertunggak, saya selesaikan.

Jangan lupa ambil surat selepas selesaikan tunggakan untuk di attach masa apply loan. Selama 6 bulan saya praktiskan. Banyakkan lagi jumlah dalam akaun saving. I-sinar suami, saya minta transfer ke akaun TH saya juga. Dia nak guna ckit ambil la.. Yang banyak tu semua masuk akaun saya. Deposit yang kami berjaya kumpul adalah 15% dari harga rumah.

Selepas 6 bulan, kami mula mencari rumah dan submit loan. Alhamdulillah dalam masa 2 hari sahaja loan dah lulus. Loan atas nama saya sahaja. Jika ada yang bertanya apa yang suami saya buat? Suami saya sangat banyak membantu dan memberikan sokongan. Meskipun gajinya kecil tapi dia tak pernah menjadi bossy. Dia yang selalu jaga anak bila saya keluar bekerja.

Dia lah yang rajin kemas rumah sebab saya memang tak sempat kemas. Dia juga lah yang pandai perbaiki apa-apa yang rosak. Semua wiring rumah sewa kami pun dia yang buatkan. Dia tak pernah berkira sekiranya berduit lebih sedikit. Dan dia juga yang berikan i-sinar untuk sinaran misi rumah kami. Oh ya, pasca PKP 1.0 ni pun company suami saya dah sedikit stabil. Job dah banyak, gaji dapat setiap bulan dan dia pun dapat elaun wiremen.

Syukur akhirnya hajat kami memiliki sebuah rumah untuk keluarga kecil kami akhirnya tercapai. Untuk mereka yang berhajat untuk memiliki rumah sendiri untuk keluarga tercinta, jangan putus asa. Teruskan usaha dengan bersungguh-sungguh. Niat yang baik untuk keluarga pasti akan dipermudahkan. Dan jangan lupa banyakkan mengali ilmu cara membeli rumah dan perbaiki profile kewangan.

Jangan lambat bayar hutang yang ada termasuk PTPTN. Untuk suami yang bergaji kecil, izinkanlah isteri bekerja untuk membantu misi membeli rumah. Tak apa dia bekerja setahun dua je. Lepas buat joint loan dan berjaya lulus, boleh berhenti. Atau jika tak mahu isteri bekerja, suami lah yang perlu bekerja keras buat 2,3 kerja yang ada payslip.

Kumpul deposit rumah supaya mudah loan lulus. All about ‘Kerjasama’. Jika suami isteri bekerjasama, insyaAllah semuanya akan lebih mudah. Saya doakan anda semua yang berjuang seperti saya juga akan berjaya suati hari nanti. Aaminn… – Puan Rumah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fiza najib – SubhanAllah terbaik puan! puan berusaha sebab tu Allah bagi rezki yg melimpah ruah atas sebab puan sendiri ikhlas utk sama2 bantu suami dlm rumah tangga. Kerjaya sbg REN pon mampu beli rumah asalkan memang komited dan usaha sungguh2 utk dptkn sales.

Sesiapa yg nak jd REN memang kena usaha hbs2 dan bergantung pada Allah sepenuhnya insyaAllah akan jd satu karier yg mmbanggakn mcm puan ni. Saya juga REN namun perjalanan hidup puan dan saya sama sekali tak sama namun part psl bisnes wedding tu betul. Saya wat pelamin mini tu cuma sb pkp mmg byk kesan sgt2 pd bisnes.

Namun saya masih lagi enjoy dengan bisnes sy sendiri.sentiasa positif dan tawakal pada Allah.Berkejaya sbg REN dan full time housewife utk anak2 saya pon dah cukup utk kepuasan sy sdri hihi. Pendek kata jangan give up! sentiasa bersyukur

Norizan mamat – Salam, Best bila dah melalui dugaan, ending dia happy, seronok hidup. Teringat awal masa mula nak hidup berdikari. Sewa rumah kat penang, bawah rumah macam cerita p ramlee tu yg mak mertua jahat tu. Rumah sewa yg memang daif jer, kena tunduk tunduk nak masuk. Pernah juga dok rumah macam bekas garaj kereta orang. Dok bilik sewa yg dok dgn tuan rumah pun pernah.

Macam macam la dugaan sementara nak stabil. Kerja pun gaji hari pernah, gaji sebulan nam ratus pernah. Hmmm…. Semua tu kenangan. Sebab sebelum makcik alami semua dugaan tu, dugaan masa kecil dan remaja pun sukar. Jadi, kita jadi kuat dgn dugaan tu. Semoga setiap kita yg diduga tetap kuat. Sentiasa yakin, tentu ada sinar kat depan.

Nidra nazri – Nice sharing puan saya pun dlm proses beli rumah pertama saya sendiri. Mmg betul mcm puan kongsikan, ptptn jgn biar tertunggak, at least bayaran bulanan sentiasa bergerak wlpn tak byk, janji byran dibuat. Lagi satu kereta, kalau bercita2 utk beli rumah pada usia muda, maka abaikan la keinginan utk beli kereta berjenama, beli yg asal boleh gerak ke tempat kerja dan utk guna dlm rutin harian je.

Melainkan org yg mmg betul2 berkemampuan lah. Ataupun, sekiranya gaji sikit and tambah pula kalau tiada keprluan utk beli kereta, tak perlu beli lg. Simpan duit utk investment yg mendatangkan faedah. Kereta ni liabiliti, ada susut nilai. Ikutlah kemampuan dan fikirkan kebaikan pada masa akan dtg, jgn ikut org. Lastly, credit card. Sebaiknya tak perlu guna langsung. Apa yg pasti rekod ccris mmg kena cantik baru senang lulus loan.

Sumber IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.