Pdapatn aku 10k sbln. Bila suami curang, kami buat prjanjian. Jika berulang, dia tahu apa akibatnya kelak.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Terdetik hati aku untuk menulis tajuk di atas berikutan satu kisah ‘P0ligami yang menyiksakan aku dan ibuku’ (Link di bawah) yang telah disiarkan pada 3 February 2012.

Bila ayh kawin lg, mak mula brubah. Hari2 mnangis minta “tolg” aku. Tgamam aku bila tahu sbb ayh kawin lg.

Alhamdullillah aku tiada di tempat penulis mahupun ibu penulis. Tetapi aku tahu rasa sakitnya apabila suami dalam diam mempunyai sc4ndal dengan perempuan lain. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan agama. Alhamdullilah ayah aku menunjukkan contoh terbaik untuk kami. Malang sekali aku berkahwin dengan lelaki yang sebaliknya, sangat berbeza dengan ayah dan adik adikku.

Sampai sekarang aku selalu bertanya ‘kenapa ibu dan ayah tak halang perkahwinan aku dulu’. Aku dapat rasa mereka kurang senang dengan suami aku apabila setiap kali suamiku datang ke rumah kerana mak dan ayahku cuba mengelak dari berjumpa suamiku. Tetapi itu lah, aku pun tak faham mengapa mereka tidak pernah halang aku berkawan dengan dia.

Aku tak mahu bercerita mengenai rumah tangga aku secara terperinci disini. Berbalik pada tajuk, aku ringkaskan mengapa perempuan sukar untuk menerima kenyataan yang suami mereka ingin berkahwin lain atau mempunyai perempuan lain walaupun untuk mengisi masa lapang.

Antara sebab utama mengapa perempuan sukar untuk menerima perbuatan suami yang meduakan isterinya adalah faktor kewangan si suami yang menyedihkan. Kebanyakan wanita akan cuba mencari pendapatan sendiri untuk menolong suami agar hidup lebih selesa dan tidak mahu membebankan suami. Dan secara reliatinya para isteri sekiranya mampu memang ingin hidup lebih selesa.

Kebanyakan isteri bersusah payah mencari rezeki yang mana sepatutnya para suami la yang perlu membanting tulang dan memerah otak mencari rezeki. Walaupun si isteri bekerja, mereka dirumah tetap melakukan kerja kerja rumah seperti biasa. Memastikan rumah bersih, baju dibasuh, anak tersiap dll. Dan atas faktor ini la mereka tidak mampu untuk menjadi rasional sekiranya suami curang.

Kerana pada isteri, mereka telah bersusah payah untuk menyenangkan suami dan anak anak, tetapi dicurangi pula sebagai balasan. Ya, ada segelintir para ustazah menasihatkan untuk kita bersabar, redha dan berserah pada Allah. Dan berdosa sekiranya meminta cerrai atas alasan suami ingin atau sudah berkahwin lain. Tetapi adakah berdosa kita ingin mencari bahagia kita sendiri sekiranya kita tidak mampu untuk redha dengan perbuatan suami.

Mengapa perlu membebankan fikiran dan em0si dengan meneruskan hidup bersama suami yang mensia siakan kesetiaan isteri? Dan sehingga kini aku masih tertanya tanya, adakah ustazah ustazah yang bekerja dan memberi ceramah kemerata-rata mampu untuk sabar dan redha sekiranya suami mereka mencurangi kesetian mereka?

Kebanyakan pasangan yang berkahwin mempunyai kehidupan yang bermula dari bawah dimana mereka bersama sama (berkongsi), Membayar keperluan rumah seperti perbelanjaan dapur, bil utiliti, pengasuh anak, perbelanjaan sekolah anak, sewa rumah, kereta dan sebagainya. Dan ramai juga yang bersama sama mengumpul duit untuk membeli aset terutama rumah.

Terdapat banyak kes juga dimana si isteri yang menanggung secara berlebihan perbelanjaan keluarga hingga tidak mampu untuk berbelanja untuk diri sendiri. Sekiranya, semua perbelanjaan di atas ditanggung sepenuhnya oleh suami, isteri anda MUNGKIN mampu menjadi rasional sekiranya si suami ingin berkahwin lain.

Dan akan bertambah tambah rasional sekiranya si suami mampu memewahkan si isteri seperti membelikan rumah atas nama mereka, Menyediakan pembantu rumah, menyediakan kereta dan membuat simpanan tetap untuk setiap bulan beserta kad kredit tanpa limit untuk perbelanjaan peribadi. Aku harap pembaca dapat memberi komen untuk point ini samada menyokong atau tidak point ini.

Antara alasan yang typical mengapa lelaki ingin berkahwin lain sedangkan si isteri banyak membantu mereka adalah kurang layanan atau perhatian dari isteri, isteri tidak mesra, dan isteri tidak berpenampilan menarik. Dan kebanyakan lelaki yang beralasan begini pula kebanyakan dari kalangan dari lelaki yang tidak mampu untuk memewahkan isteri mereka.

Untuk pengetahuan suami, sekiranya anda mampu untuk memewahkan isteri anda seperti yang saya nyatakan di perenggan di atas, nescaya isteri kamu mampu memberi layanan terbaik dan berpenampilan seperti Nora Danish ke Mira Filzah ke dan seangkatan dengannya. Mana mungkin perempuan yang tenaganya tidak segagah lelaki sudah penat bekerja dan memastikan makanan tersedia, anak dan rumah terjaga mampu untuk melayan dan bermesra setiap waktu.

Sedangkan handphone yang digunakan sepanjang waktu akan kehabisan bateri, inikan pula tenaga manusia. So please be rasional sebelum ingin berkahwin lain. Daripada kamu ingin berkahwin lain, adalah lebih baik kamu belanja wang tersebut untuk menyediakan pembantu kepada isteri kamu. Untuk para isteri yang telah banyak membantu suami tetapi telah dicurangi atau telah dimadukan, bertindaklah dengan bijak.

Sedikit perkongsian dari pengalaman aku. Aku telah berhenti membantu suami untuk biaya perbelanjaan keluarga, sekolah anak, belanja dapur, bil utili semua ditanggung sepenuhnya oleh suami. Gaji aku hampir 10k. Suami pula gaji separuh dari aku. Kalau dulu gaji aku 5-6k aku spend untuk family aku. Sekarang duit tersebut untuk simpanan aku sahaja.

Dulu, insurance anak (RM600), yuran bulanan tadika anak anak (RM1500), yuran tahunan tadika (RM4500), installment rumah (RM2500), semua atas tanggungan aku. Suami hanya perlu membayar perbelanjaan dapur (RM1000), astro (RM100), bil letrik dan air (300), bil telefon (RM300) dan wifi (RM200). Kami mempunya kereta secara berasingan, dia membayar keretanya dan aku membayar kereta aku sendiri.

Kini aku hanya perlu membayar installment rumah sahaja kerana rumah aku beli atas nama aku sejak dari bujang lagi. Lain lain perbelanjaan atas bahu suami setelah aku dapat tahu yang aku dicurangi. Setelah tiga tahun aku berhenti biaya keluarga aku, aku mampu menyimpan hampir 200k. Gaji suami pula sekarang memang cukup cukup, tiada lebih dan kadang kadang terkurang. Bila terkurang meminjam dari aku.

Dan aku akan tuntut setiap kali gaji masuk. Risau sekiranya dicurangi? Entahlah, aku serahkan kepada Allah. Tapi aku sudah buat perjanjian dengan suami dan biarlah perjanjian itu hanya kami yangg tahu. Alasan suami aku curang? Terpengaruh dengan rakan rakan. Ya kebanyakan rakan rakannya mempunyai sc4ndal dan aku pernah terserempak mereka dengan sc4ndal mereka di mall mall.

Aku pernah bagi tahu suami bahawa aku ingin beritahu isteri mereka, kesian isteri mereka di tipu. Beria ria suami bantah. Rupanya suami aku juga mempunyai sc4ndal dan dia mungkin risau kawan mereka juga memberitahu aku yang suami aku juga mempunyai sc4ndal. B0doh nya aku tidak mengesyaki apa apa waktu itu. Tapi sekarang aku tak risau samada suami aku ada sc4ndal atau tidak.

Sekiranya benda samada berulang, dia tahu apa akibatnya. Tak kisah menjadi janda? Perempuan sekarang bukan seperti lelaki, terutama yang mempunyai kerjaya stabil. Kalau lelaki memerlukan perempuan untuk melengkapkan hidup mereka, tidak untuk perempuan. Perempuan tidak semestinya memerlukan lelaki untuk melengkapkan hidup mereka.

Bagi perempuan, kehadiran anak anak sudah cukup membahagiakan. Bagi aku, sabar perlu ada batasnya, berbuat baik perlu ada caranya dan aku selalu berdoa agar tidak lagi dibodohi oleh suami sendiri. Aku lebih rela hidup tanpa suami daripada menjadi tunggangan si suami untuk kesenangannya. – Ratu (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Rahaya Mimha – P0ligami ni kalau mampu setiap sudut insha Allah ada isteri reda. Masalahnya ramai acah acah mampu. Betul la TT buat. Habiskan duit suami dulu. Tak cukup baru bantu. Kalau tak dia perasan duit dia banyak lagi kan.

Nur Zaini Azhar – Kalau ada sorang isteri pun masih belum boleh dikategorikan sebagai MAMPU (mampu dari banyak segi, bukan sekadar wang ringgit saja ye) simpan dululah angan angan nak pasang dua, tiga dan empat. Perkahwinan bukan hanya nak seronok je. Ia datang dengan tanggungjawab.

Jaa Ishak – Kenapa ibubapa TT tak menghalang, mungkin waktu tu, TT nampak bahagia dan gembira sangat dengan calon tu. Ibubapa taknak halang, dan hanya beri sokongan. Biasa emak ayah macam tu lah. Hanya doakan yang terbaik. Point lain saya sokong semua tindakan TT.

Bila perkara dah terjadi, kita lebih berwaspada dan lebih terbuka hati menerima apa jua keadaan yang bakal menimpa. Serahkan semuanya pada Allah. Ada jodoh, adalah. Sementara ada, jalani ia dengan baik dan bertanggungjawab. Andai kata takde jodoh, lepaskan saja. Tak perlu lagi dirayu. Apapun, sediakan payung sebelum hujan adalah langkah terbaik.

Adawiyah Shaarani – Guru besar saya p0ligami practiti0ner. Dua dua wife dia pun guru. Dalam situasi GB saya ni saya rasa ada exception, semua individu dalam tu senang. Dia pun ada side jobs apart from being teacher. Both family pun nampak baik dan tak bergaduh. The second wife umur 48, belum direzekikan anak.

Masa nikah second tu, second wife tu umur dah 42-43 belum pernah berkahwin. So disini saya verified betul p0ligami. Suami gained the respect from the first one. Menafkahi keluarga dengan baik. Dia pun dapat mendidik isteri menerima p0ligami. Bagi saya, suami kalau nak kawen lebih dia kena buatkan isteri pertama tu memghormati keputusan dia dengan cara menafkahi dan melayani dia dengan baik etc..

Sampai isteri pertama tanya diri sendiri, ‘kenapa aku nak halang dia berkahwin lain, layanan cukup dan dia dah sediakan semuanya’. (kalau nak tunggu suami sediakan unlimited credit card dan pembantu tu over la pulak) Pelik dengan suami yang tak mampu buat isteri pertama hormat dia. Tapi nak tambah another keluarga.

Farz Farrel – Ok, macam nie. Sebenarnya Islam sangat la melindungi wanita. Kita kena fight untuk Mahkamh Shariah berkuasa penuh dalam memberi kebenaran untuk suami berp0ligami. Sekarang ramai yang berp0ligami tanpa kebenaran mahkmah. Kalau mahkmah beri kebenaran, still tak boleh nak go or redho, si isteri BOLEH menuntut harta sepencarian ketika masih dalam perkahwinan.

Boleh rujuk lawyer. Bila dah dapat tuntut tetapi isteri still tak boleh nak redho, bila nampk muka suami rasa depr3ssed, tak rasa melayan suami sebagai ibadah, maka boleh menuntut cerrai khuluk, hukm harus. Nie saya berkongsi apa yang saya dengar dari live Ustazah Asma’ Harun tempoh hari. Maafkan saya kalau salah info. Wallahualam, boleh rujuk lawyer shariah for details..

Sumber IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.