Dlm bank tggl 200. Apa dia nak semua aku turuti. Bila suruh kerja aku dmarahi. Aku tsepit.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam min. Aku seorang isteri anak dah ade 2 orang pertama baru umur 1 tahun 6 bulan yang kedua bakal lahir bulan 1 2021 ni. sekarang aku nak cerita pasal laki aku min. Aku ni bermacam cara untuk bagi anak aku kenyang untuk cari duit.

Fikir macam mana nak besar kan anak aku min tapi laki aku tak midset pun dalam otak dia min dia asyik ponteng kerja dan tido je. Aku tgh type ni pun aku menangis, aku bukan apa aku ni jual bundle aku jual online aku nak kerja macam biasa tak boleh aku risau kan anak aku nanti kat rumah macam mana kalau bapak dia jage dia.

Makan dia pun tah kemana. aku sekarang cari duit adik beradik aku mak aku kalau aku perlu kan diaorang. diaorang selalu ada bagi duit kalau aku nak pinjam walaupun rm30 min janji susu anak aku lepas. Suami aku selalu berharap kan aku sebab dia tahu aku pandai cari duit aku ni muda lagi min umur aku baru 19 tahun anak dah nak masuk dua suami aku umur 28.

Aku bukan nak kate aku salah pilih lelaki tapi waktu pertama kali kenal dia tak ada la macam ni bile dah kawin jadi macam ni nafkah aku pun dia tak pernah bagi. kadang aku nak jugak merasa nafkah tu tapi aku tolak je tepi janji anak aku kenyang. Bilee aku ada duit je kan dia selalu buat perangai dia tak nak kerja duduk rumah main game apa dia nak semua aku dah bagi.

Dia nak ps4 aku beli kan dia nak makan sedap kalau boleh hari2 mcd dan apa dia nak aku dah tunaikan tapi dia tak pernah tunaikan apa yang aku nak. Aku cuma nak dia ada rasa tanggungjawap jadi seorang suami dan ayah je aku cuma nak tengok dia boleh kerja dan dapat gaji simpan untuk anak yang bakal lahir ni nanti duit hospital bill nanti macam mana pempes anak nanti dah berlain size susu dah berlain rasa.

Kadang aku ni rasa macam nak tinggal kan je dia min hari hari aku menangis aku kemas ruma aku menangis penat bile tengok rumah anak pulak sepah kan rumah penat nya dengn em0si sakit mengadung lagi. pagi pagi aku bangun aku tengok sebelah laki aku tak nak bagun pergi kerja padahal dah set alarm suruh bagun pergi kerja tapi dia kate 5minit la nanti pergi la.

Bile aku terlelap kejap aku tengok dia masih tak pergi kerja jawap nya mmg tak kerja la. Dalam bank aku ada rm200 je tinggal min duit ni tahan bape lama pun aku tak pasti aku tawakal je kalau dia kerja nanti boleh la pinjam boss dia min tapi itu pun dia tak fikir dia pemalas sangat nak kerja. aku ni mengadung2 aku sanggup pergi hantar barang customer jauh2 dia kat rumah main game.

Memang la anak aku suruh jage sekejap aku balik rumah je anak aku dngn tak mandi berserabai dibuat nya. Pernah satu hari ni aku hantar barang customer moto pulak ttbe rosak tak boleh start otak aku dah buntu aku tengah ngndung ni aku chat laki aku kate moto rosak ni tak boleh start tepi jalan. lepas tu dia tuduh aku bawak moto laju dia tak tahu ke moto dia ni tinggal nak campak laut je.

Time tu jugak dia nak bergaduh dengan aku time tu aku dah give up sangat nasib la kawan laki aku ni dia baik dngn aku sebab bile aku dah tak larat nak hantar barang aku bagi kawan laki aku ni upah suruh hantar barang baju yang aku jual. Kalau selagi aku larat aku akan pergi hantar aku tak kisah jauh mana janji pejalanan aku selamat.

Tolong bagi kate ii semangat pada aku. apa yang perlu aku buat dengan laki aku untuk dia boleh berfikir panjang. supaya tak berharap yang aku selalu ada duit.

Reaksi warganet

Roha adriana – Dari mula awak dh lemak kan dia…awak tunjuk yg awak serba boleh…tu yg dia dah terbiasa….sbb dia tau awak mmg pandai cari duit…mmg laki tak sedar di untung nihhh…awak masih muda… pjalanan masih jauh dik… lepas nihh jgn tambah ank lagi… kehidupan awak tak stabil…laki pulak malas bkeja…

harap awak btegas laa ngan dia… bagi kata dua ngan dia…nk teruskan tak pkahwinan kita nihhh…harap dia berubah..ank makin btambah…klu dia nk mkan sedap2 jgn layan laaa…ingat Mcd tuu murah ke…duit yg awak dapat tuu simpan baik2…jgn tunjuk kat dia… sorok2 kan sikit.

Dinan nabila – Stop tanggung dia. Bertegas. Berkira. Dia nak makan pandai2lah cari rezeki. Kesahkan makan awak dan anak je. Ada duit takyah tunjuk, sentiasa buat nampak sesak biar dia terdesak sikit nak keje.
Awak muda baru 19 tahun, dah nak pikul tanggungjawab berat.

mana anak, mana nak buat keja, mana nak jadi ketua keluarga, sebab yg sorang tu takde fungsi selain tambah menyusahkan. Oleh itu kalau awak kesiankan diri pandai2lah merancang jangan beranak rapat macam tangga, yang susahnya awak kena jadi mak dan bapak. Dia hanya jadi tuan sperma.

La reina – Dh mlas nk komen utk bini2 tak cerdik yg suka hmbakn diri biawakkn laki. Nnti dia sua p4lir mlm2 kau elok la blik, bg dia duit lagi, mnjkn lagi. Ps4 dh lama tu kak. Belikn yg latest p5 plak kt dia. Bebai mcm selipar. Dh tau laki perangai cam lanun, gatal kelntit belikn ps4 knp. Aku dlm account ade 8k pun kedekut aih. Nk belikn ps4 utk org bagai. Baik aku beli mkn. Xpun menabung kt asb.

Jdi perempuan ni kena cerdik. Tau syg, tapi otak tu pakai. Jgn simpan dlm c0li. X habis2 dgn confession bela biawak. Naik meluat. Laki tu bijak pandai amik ksempatan. Yg b0doh tu awk, mudah sngt termkn pujuk rayu, asyik kesian kt laki. Next!

Nurul syahirah – Adik, abaikan je ayat2 negatif tu.. dulu dugaan akak ni sebijik macam adik.. Tapi dugaan akak suami, mak mertua, bapa tiri mertua n adik2 ipar yang tak tahu malu n mata duitan.. Beranak anak no 1 n 2 pun rapat.. Akak boleh sabar 2-3 tahun je, nak bercerrai terfikirkan anak2.. Apa yang akak buat, akak terus berubah garang n akak tak kasi muka langsung kat suami n keluarga dia.

Kalau suami adik cop adik isteri derh4ka, adik cakap yg adik derh4ka dengan suami. Tapi suami derh4ka dengan Allah sebab abaikan anak bini, aniaya isteri n anak2.. Pas tu adik bawa dia g pejabat agama untuk kauseling.. Nanti kat kauseling, adik tuntut sekali segala nafkah.. Kalau tak jalan jugak, adik move on je.

Sumber kisah rumah tangga (KRT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.