Dugaan nikahi duda. Lps bsalin, 3thn suami mganggur. Bila kantoi mgatai, aku pula dmarahi.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Sebenarnya aku berkira kira untuk hantar confession kat sini. Yelaa…. aku bukan pandai sangat bercerita. Cuma aku dah tak larat nak pendam seorang diri.

Harap dapat la disiarkan confession ni supaya aku dapat kata kata semangat dari pembaca semua yer! First of all, nama aku Z, of course la bukan nama sebenar. Aku dah berkahwin hampir 3 tahun, ada seorang anak perempuan yang comel dan bijak berumur 2 tahun dan sedang hamil 7 minggu anak kedua. Suami aku biar aku namakan dia W… pun bukan nama sebenar.

Aku kahwin dengan suami aku masa tu dia duda dan ada seorang anak perempuan. Well, aku kenal dengan dia lepas dia menduda 2 tahun. Jangan korang kata aku sailang laki orang pula. Kitorang kenal tak lama, beberapa bulan je dan dia datang jumpa family aku bawak hajat untuk masuk meminang. Kiranya macam dari berkenalan sampai kahwin cuma ambik masa setahun.

Dan ini mungkin kesilapan aku sebab tak kenal hati budi dia betul betul… so sad… huhuhu… Straight to the point. Sebelum aku kenal suami aku, aku ada boyfriend. Aku namakan dia H. Aku bercinta dengan H ni agak lama, mungkin 6-7 tahun juga. Penat aihhh jaga jodoh orang lama lama. Masalah dengan H ni, kitorang bercinta secara PJJ. Dia kat utara sana… aku kat Negeri Sembilan.

Tapi kitorang jumpa 3 atau 4 bulan sekali. Sampailah satu waktu tu, H ni busy manjang. Call tidak, mesej tidak, jumpa memang tak laa… Owh ya, waktu ni H baru beli kereta jenama H. Jadi dia sibuk la nak berTT dengan kawan kawan club kereta dia. Busy modified kereta dia. Dan masa ni memang aku rasa diabaikan sangat. Dah la jauh, communication pula kurang.

Hmmm…. kesunyian la aku malam malam tiada orang nak text atau call. Long short story, aku pun mula la nak menghiburkan hati sendiri akibat kesunyian. Masa ni WeChat baru je diperkenalkan. Kalau korang biasa ngan features dia, mesti tau kan function “looking around”. So masa ni la aku jumpa W. jadi kitorang pun start berkenalan. Baru aku tau rupanya rumah W tak berapa jauh dari rumah aku.

Kitorang pun start conversation, end up set untuk jumpa lepas beberapa minggu brkenalan. Masa nak jumpa tu, aku minta W datang pick up aku kat rumah, so dia agree je. Dan kitorang pun date kat kedai mamak area rumah ni je. Lepas makan kitorang balik rumah dan sambung text lagi. This time around, aku dah mula lupakan H sikit sikit, sebab dia pun buat tak endah je dekat aku.

Orang tengah angau dengan kereta baru kan…. Aku kenal W bulan March 2016, kitorang bertunang bulan December 2016, dan nikah July 2017. Kejap je kan… so dalam bulan July 2016 tu, aku dah putuskan hubungan aku dengan H. Tapi H mula menyesal sebab abaikan aku, macam macam dia buat untuk dapatkan aku semula. Tapi hati aku dah tak nak kat dia. Mungkin juga sebab W lebih caring dan dekat dengan aku.

Jadi lepas aku bertunang dengan W, aku terus cut all communication aku dengan H. Semua media s0cial dia aku bl0ck. Dan aku dapat tau dia nikah dengan janda anak 2 bulan February 2017, awal 5 bulan sebelum tarikh pernikahan aku dengan W. Mungkin dia pun nak mengubat hati yang luka. Ok stop cerita pasal H sebab point aku kat sini sebenarnya adalah berkenaan W.

Dua minggu sebelum tarikh pernikahan, W kena buang kerja. Dan selepas kahwin, kitorang terus pindah masuk ke rumah sewa. Dalam keadaan W belum bekerja, alhamdulillah Tuhan permudahkan semuanya. Aku boleh dikategorikn sebagai wanita yang berkerjaya. Dengan pendapatan 5k sebulan, aku rasa takkan ada masalah kalau W tak kerja dalam tempoh sebulan dua ni.

Dan akhirnya selepas lebih kurang menganggur sebulan, W diterima bekerja di sebuah syarikat. Cuma gaji aku mungkin 2, 3x ganda dari gaji dia. Tapi takpe laa… asalkan dia bekerja. Lepas 6 bulan kahwin, aku disahkan mengandung anak pertama dan 3 bulan sebelum aku melahirkan anak aku, W resign sekali lagi. Kali ni dia jobless sangat lama.

Korang bayangkan, kandungan aku usia 7 bulan sampai anak aku umur 2 tahun setengah, dia masih tak kerja. Hampir 3 tahun dia tak kerja, dan aku seakan dah jadi ketua keluarga pula. Dari sewa rumah, utility, transport, makan, pakai, keperluan anak, pengasuh, dan lain lain semua aku siapkan. Korang rasa dengan gaji aku, cukup ke nak tanggung semua?

Oh ya, lupa nak bagitau… W ni jenis yang ada rupa dan sangat jaga penampilan. Kalau boleh baju dia, kasut dia, minyak wangi dia, handphone dia semua nak yang up to date. Jadi aku la tempat untuk dia merengek kalau nak sesuatu. Aku guna kad kredit sampai limit demi nak memenuhi nfsu acah acah bergaya dia tu. Kami mula diuji dengan masalah kewangan ngam ngam selepas aku bersalin.

Aku tak dapat bayar kad kredit (minimum payment lebih kurang rm2k sebulan). Masa ni W masih tak bekerja tapi dah kurang kan tabiat bershopping macam anak raja dia tu. Tapi alhamdulillah, rezeki anak aku sentiasa ada. Dari susu badan, pakaian, peralatan baby, duit, macam macam lagi la rezeki yang tak terjangka. Cuma aku dengan W dah mula terpaksa ikat perut.

Jarang makan di luar, jarang keluar berjalan, dan kadang aku sampai tiada duit nak isi minyak kereta. Terpaksa la W hantar aku pegi kerja naik motor beberapa minggu sebelum tunggu gaji yang seterusnya. Nafkah? Adelah 2, 3 kali dia bagi. Dan ya, anak dia dengan bekas isteri pun dia tak bagi nafkah. Aku memang takkan guna duit aku untuk nafkah anak dia dengan bekas isteri,

Sebab aku sampai sekarang masih tak ikhlas menerima anak dia. Tak taulah kenapa. Kadang kadang bila dia ambik anak dia tidur kat rumah kami, aku rasa tak selesa dan selalu buat tak acuh je. Mungkin sebab anak dia tu bukan dari drah daging aku. Memang susah untuk kita terima anak tiri dengan hati yang ikhlas. Tapii aku tiada la der4 anak dia. Cuma malas nak layan je.

Makan minum pakaian semua aku siapkan sama macam anak aku sendiri. Ok, cukup bab W jobless. Sekarang kita masuk bab perangai W. Bukan bermaksud aku nak buka a1b W. Tapi benda ni mula buat aku tawar hati. Disebabkn W ni ada rupa, dan status kat media s0cial dia div0rced sebelum ni, maka W ni ramai kawan kawan perempuan.

Even perkahwinan kami tiada satu pun gambar dia post kat media social dia. Jadi kebanyakan kawan kawan perempuan dia ingat dia masih single dad lagi. So, chatting, comment, macam dia tu tiada isteri. Dia pula tiada nak bagitahu yang dia dah kahwin dengan aku. Sampai la dia kant0i text benda benda kurang sopan dengan perempuan. Bukan sorang, tapi ramai dek nonnn!!

Segala buah bersepah dalam gallery phone dia. Yang kecik, yang besar, yang kepam, yang kecut semua ada. Aku mempersoalkan tindakan dia ni, tapi dia taknak mengaku. Pastu tuduh aku hack whatsapp dia, kacau privacy dia. Aku pula yang kena marah. Susah dia nak mengaku salah, eg0 dia memang tinggi melangit, which is dia memang susah nak minta maaf.

Dah terang lagi bersuluh memang kau yang salah kan…. nak salah kan aku lagi. Biasanya kalau ada perselisihan faham, aku yang akan minta maaf and tegur dia dulu. So aku pun dengan misi bagitahu semua betina sund4l tiada maruah yang pemurah belanja segala tok nenek buah buahan tempatan tu yang W ni suami aku.

Guess what? Semua tak tahu yang W ni dah kahwin dengan aku. Diorang still ingat W ni masih duda. So far, ada yang faham and say sorry, ada yang terus bl0ck aku, macam malu sendiri. Ingatkan W dah insofff dari buat trading buah buahan ni, tapi beberapa bulan lepas tu dia buat lagi perangai terkutuk dia. Aku pun tak faham apa masalah kaum lelaki ni, Dah ada yang halal, nak juga tempah dosa.

Aku ni pun tiada la tahap makcik makcik… lebih gebu, lebih cerah, lebih la semua kalau nak compare dengan penjual buah buahan tu semua. Ntah laa…. Ok, habis bab perangai kecurangan W dengan pengedar buah buahan. Ni masuk bab yang paling buat aku terasa jauh hati, tawar hati, dan rasa nak pergi mahkamh untuk failkan percerraian.

Aku tak pernah mengungkit pasal W jobless atau kaki perempuan. Cuma aku taktau sampai bila aku boleh bertahan dengan perangai dia yang 1 ni. PANAS BAR4N. Ya, W memang seorang yang bar4n. Sangat sangat bar4n. Dan yang paling aku tak tahan, bila dia m4ki hamun aku. Guysss….. Korang mesti tak percaya dia ni mulut puaka mengalahkan makcik bawang. Setiap yang keluar dari mulut dia mesti ada terselit kata kata carut4n.

Which is masa bercinta aku tak pernah dengar pun dia menc4rut. Benda mula terbongkar masa baru 2 atau 3 bulan kitorang kahwin. Aku minta tolong dia kemas barang dapur yang baru beli dari supermarket. Ayat aku lebih kurang camni la… ‘U tolong la kemaskan sekali. U pun bukan buat apa apa’. Terus dia hempas dan campak kuih tart nenas aku baru beli.

Berderai kuih tu…. tapi hati aku lebih berderai hingga jadi debu, berterbangan mengikut angin lalu. Sejak dari tu, dia dah mula tinggi suara, marah marah, taknak mengaku salah (so aku yang kena minta maaf walau bukan salah aku). Paling aku terkesan sekali, bila dia start m4ki hamun, sump4h seranah, dia akan kaitkan mak ayah aku sekali.

Contoh ayat dia…”mak bapak kau tak ajar ke? Mak kau tak ajar ke” (mak aku dah mennggal guyssss.. sobbs)… “Ayah kau tu nama je orang masjid tapi pengotor. Orang makan b4bi lagi elok perangai. Korang ni 1 keluarga tiada adab. Pemalas. Kau ni elok m4ti je. Pegi mampos lagi senang hidup aku”. Tu contoh… tapi banyak lagi kata kata kesat yang aku rasa nak menitis air mata kalau aku taip.

Kata kata yang keluar dari mulut suami aku. Lately ni dia mula start cakap… “aku tak tau sampai bila aku boleh tahan dengan kau ni. Aku fikir ni second marriage aku je”. So guys, kalau korang jadi aku, dan dengar dia cakap macamtu, korang rasa apa? Dan dia akan mula hempas, sepak, hentak, campak barang barang dalam rumah ni.

Kerusi patah, pinggan pecah, pintu rosak, mop penyapu semua jah4nam, permainan anak aku hancur… semua dia buat. Sakit hati…. betul betul sakit sebab semua barang barang tu aku beli pakai duit aku. Dia bukannya kerja pun nak beli semua tu. Lepas dah meng4muk, aku juga yang kena kemas semua tu. Yes!! Aku betul betul dah tawar hati dengan dia.

Sayang tu mungkin ada, tapi tak dapat tandingi rasa tawar hati ni. Banyak lagi yang buat aku selalu menangis sorang diri, tapi cukup la anak aku sebagai penguat semangat. Tak cukup 10 muka surat kalau aku cerita semua. Opps, lupa pula! W ni selalu kata aku pemalas. Malas kemas rumah. Malas masak. Malas jaga anak. Duduk main handphone je (Sedangkan aku WFH, mesti la selalu tengok phone).

Dia cukup pantang kalau aku tidur siang, ataupun nak tidur awal waktu malam, aku pun tak tau kenapa. Cuma aku tak la seteruk apa yang dia cakap. Biasa la kemas rumah, menyapu, mop 2 hari sekali. Mood masak pun kadang kadang datang dan pergi. Anak aku tak pernah selekeh, kuku sentiasa pendek, pampers aku takkan biarkan penuh. Aku suspect W ni ada peny4kit OCD.

Tak boleh tengok benda yang bukan berada di tempatnya. Contohnya remote tv tak boleh ada kat atas sofa, kena letak tepi tv. Botol susu kena letak kat sinki, tak boleh tinggalkan sebarang tempat, dan macam macam lagi la. Kalau dia Nampak remote tv kat sofa, dia akan menc4rut m4ki hamun aku macam dah tiada hari esok.

Tapi aku pelik gak, sebab kalau kat rumah keluarga dia pun tiada la sebersih dan sekemas rumah aku. Dengan bau kencing kucing, barang penuh sepanjang cabinet dapur, bilik air busuk, lantai berpasir tak bersapu, dinding tak cat, penuh lumut, adik beradik termasuk mak kuat bergaduh (W anak sulung dari isteri kedua aruwah bapa dia).

Ntah la… Nampak macam dia nak balas dendam denga kehidupan dia dan jadi dictator dengan jadikan aku mngsa. Aku sepatutnya kena kenal dia lebih lama sebelum setuju jadi isteri dia. Tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Mungkin ada rahmat yang aku sendiri tak nampak bila Tuhan uji aku macam ni. Dulu aku sombong dengan kerjaya aku, paras rupa aku, dan aku curang dengan H.

Sekarang ni aku dengan W kerap tidur bilik asing. Alasannya dia tak nak kacau aku tidurkan anak aku. So aku dengan anak aku tidur berdua, dia tidur bilik lain. Lagi memudahkan dia nak mencurangi aku. Time berhajat je dia datang dan tidur sebilik. Itu yang boleh termengandung anak kedua sekarang ni.

Jadi aku nak minta pembaca sekelian, kalau korang di tempat aku, apa korang buat? Follow the flow atau beri masa untuk dia berubah? Atau pegi kaunseling ke? Terus ke mahkamah failkan percerraian? Aku cuma nak kata kata semangat dan nasihat. Nak kecam pun aku bukan boleh buat apa kan? Sekarang ni hidup aku rasa down sangat. W jauhkan aku dari keluarga aku, suka demotivate aku dan selalu h1na aku.

Sekarang aku selalu berfikir yang aku boleh hidup tanpa dia. Sampai tahap aku doakan dia cepat m4ti sebab tak tahan dengan perangai dia tu. Sesungguhnya W adalah seorang manusia yang tak kenang dek untung! Please guysss….. I need your opinion…. untuk naikkan semangat aku supaya aku tak terus menerus down. Insan terpedaya,– Z (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Asrol Noni – Janda dia dah buat keputusan yg bijak dgn tinggalkan biawak hidup tu.harap sis juga sebijak jandanya. Buat apa nak pelihara biawak hidup xkenang budi xsenonoh perangai hodoh kaki perempuan camtu?? Dah lah xsetia xkerja..move on jlah..nk tunggu apa lagi.sis ni dia simpan sbb sbg bank dia je..

Encik Gagak – Macam biasa gais… Punca masalah ? Isteri bekerja ? Apa masalah isteri bekerja ? Masalah dia suami jadi hilang tanggungjawab. Semua dia akan passing kpd isteri dia. Korang nak salahkan lelaki. Aku okay je. Memang betul. Tapi point penting. Tanggungjawab mencari nafkah fully 100% bawah suami. Selagi dia tak boleh nak cover benda ni.

Hidup korang akan makan hati je dgn sikap suami. Suami yang bertanggungjawab dia sebaik mungkin akan elak isteri dia bekerja. Sebab apa ? Sebab dia faham apa itu fitnah wanita bila keluar bekerja, dia faham tanggungjawab isteri dirumah membantu hal ehwal rumahtangga. Tiada istilah duit tak cukup jika suami,isteri, solat, berdoa, minta dimurahkan rezeki.

Finally…. korang yang pilih suami masing-masing. Kalau rasa mcm salah pilih. Itu bukan salah aku yer. Jangan nak komen cakap lelaki itu ini. Belajar mengaku salah pilih suami. Jangan pulak tanya mcm mana nk pilih suami baik ? Ustaz pun belum tentu baik. Korang nak pilih suami, sila tanya Allah. Allah akan aturkan calon terbaik.

Nur Hafizah – Xyah p kaunseling. Tak pyh bg masa, tak pyh apa2. Just failkan terus. Lg cepat, lagi bagus. Nk suruh dia belajar sndiri ke, menyesal ke, biar dia buat semuantu di luar perkahwinan. Dlm keadaan memegang title duda buat kali kedua. Br dia pikir lebih sikit.

Anis Rahiman – Semua jawapan dh ada dlm confession sis.. suami menganggur xkeje, panas baran, curang. Tu baru sikit. Selebihnya sis senaraikn sndiri. Bkn nk menghasut tp sis blh fkir sendiri kn. Org kawin utk rsa bahagia bkn utk menangis sepanjang masa. Susah jnis xkenang dek untung. Bini dh sara hidup dia tp berani lg curang dan maki2. Buat la keputusan yg mna rsa terbaik utk msa depan sis.

Rosliza Akhil – Pi mahkamh failkan percerraian.senaraikan semua perbelanjaaan yg puan tanggung perangai dn perbuatannya…buat surat suruh hakim baca…nnt lg senang hakim nk buat kptusan.jgn takut puan boleh tanggung ank2..gaji byk kut.jgn takutlh..in shaa allah ada jln keluarnya tu .jgn siksa diri sendiri utk laki yg xguna seduitpun..

Sumber IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.