Bila ayh kawin lg, mak mula brubah. Hari2 mnangis minta “tolg” aku. Tgamam aku bila tahu sbb ayh kawin lg.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai nama aku Bunga. Umur aku 23 tahun. Masih seorang pelajar. Daripada tajuk, kalian pasti sudah tahu apa yang akan aku ingin sampaikan.

Tujuan aku menghantar confession ini, untuk meminta bantuan atau pandangan sesiapa yang mempunyai pengalaman mengenai tajuk yang akan aku ceritakan. Sejujurnya, aku buntu dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Maaf, confession ini agak panjang kerana aku akan cerita details apa yang berlaku. Maaf juga kerana aku bukanlah seorang penulis.

Ya. ayah aku telah bernikah satu lagi tanpa pengetahuan ibuku. Sudah sebulan lebih mereka telah berkahwin. 10/1/2021 ahad, merupakan hari di mana bermulanya sebuah ner4ka di rumah ini. Hari pertama di mana ibu tahu. Ibu menangis seharian tanpa henti. Semua cawan, harta benda di dalam rumah ini habis dipecahkan.

Pada malam sabtu 9/1/21, ayah dan ibu telah mula bergaduh. Instinct seorang isteri, telah tahu suami dia menyorokkan sesuatu. Ibu mahu ayahku jujur, tetapi ayah tidak jujur. Sehinggalah didesak di depan seorang ustaz baru ayah nak mengaku. Pada waktu itu, ibu teramat marah. Ibu punya marah sampai dia tak sedar dia pukl-pukl ayah aku.

Sampai dia tak sedar, dia drive kereta sampai terlanggar divider jalan. Selepas kejadian ayah mengaku, ibu balik dihantar oleh kawan ibu. Ayah masih bersama ustaz tadi. Aku menunggu ibu balik. Lepas ibu balik, ibu menangis semahunya dan ibu melepaskan rasa amarahnya dengan menghempas cawan, menendang meja.

Habis satu rumah hancur. Waktu itu aku seorang, aku tak kuat nak halang sebab aku kurus ibu sedikit chubby. Sampaikan ibu dah berubah menjadi orang lain, di mana dia mengugt menyuruh ayah balik waktu tu jugak kalau tak anak-anak dia semua m4ti. Waktu tu ayah masih bersama ustaz tadi. Waktu tu, ibu dah ambil p1sau yang ada di dapur.

Aku dan adik-adik sudah menangis kerana ketakutan. Ayah call p0lis kerana risau apa-apa akan jadi. Lepas polis datang, aku dan adik-adik berlari keluar. Habis kecoh satu lorong. Semua jiran melihat ibu meng4muk. Waktu meng4muk, ibu dengan ayah bertekak. Sampaikan ibu menyuc0k dada dia dengan p1sau. Aku dan adik-adik mampu menangis dan melihat dari luar.

Selepas keadaan kembali reda, kami semua mula mengemas rumah. Tiba-tiba, ibu jatuh. Dia mengadu, dia sakit perut. Ibu kene gastrik sebab satu hari tidak makan dan minum tapi dia tak nak ke klinik. Sakit-sakit ibu, ibu menangis lagi bagai tiada hari esok. Aku masih menjaga ibu, walaupun aku tahu malam tu aku ada exam. Sampaikan waktu menjawab exam, beberapa kali pintuku diketuk.

Kerana ayah kejap suruh call ambulans, kejap suruh siapkan ibu. Sampaikan aku tak sempat nak menghantar test pada malam tu. Sudahlah diuji ibu macam tu, diuji lagi tak sempat nak hantar test. Waktu tu aku menangis dan waktu tu aku sudah mula benci ayah. Kalau ayah tak kawin lagi pasti semua ni takkan jadi, dan aku akan hantar test on time.

Bagi aku, CGPA adalah amat penting. Selepas 10/1, dua minggu lebih ibu menangis tanpa miss sehari pon. Setiap pagi, petang malam dia akan menangis. Sampaikan, ibu tak menangis pon, tapi otak dan telinga aku ingatkan dia menangis. Ibu bagitahu, dia menangis sebab ayah tak jujur. Ayah tipu. Dia kata dia tak marah ayah kawin lagi, dia marah sebab ayah tak jujur.

Tapi setiap hari ibu akan sebut, kenapa kena kahwin lagi satu. Ibu tahu ayah tak mampu. Aku pun dah pening. Setiap hari mereka akan bertekak. Ibu punya menangis sampaikan, dia berubah jadi orang lain. Satu malam tu, lepas solat isyak dan mengaji, dia tak kenal semua orang dalam rumah, cara dia bagi aku menakutkan sebab dia act macam orang lain, bercakap sambil ketawa.

Lepastu dia tidur sekejap. Bangun tu, dia sedar balik macam biasa. Dia tanya kenapa tak kejut dia solat isyak, dia kata dah lama dia tidur. Aku tak tahulah ibu ni ada masalah apa atau dia saja berperlakuan begitu. Ayah kahwin dengan bekas kekasih dia. Alasan dia kawin sebab dia kata dia ikut sunnah. Alasan dia kawin kerana Allah. Sedangkan dia tak mampu.

Ibu pun kena kerja sebab nak topup apa yang tak cukup dalam rumah ni. Ayah cakap, perempuan tu kaya. Perempuan tu tak nak duit dia pon, perempuan tu pun tak mintak nafkah. Jadi apa motif korang kahwin? sekadar nak lunaskan cinta lama yang tak kesampaian? sakit hati aku dengar. perit. Ibu aku dengar lagi perit.

Ibu tak pernah tinggal solat, dia selalu mengaji. Tapi lepas kejadian ni dia, makin kerap dia solat, makin kerap dia mengaji, tapi em0si dia masih tak stabil. Setiap kali dia em0si, dia persoalkan kenapa tuhan tak bagi perasaan redha dekat dia. Bila dia em0si, dia cakap macam dah takda agama. Nak bnuh d1ri dan sebagainya.

Ayah senang cakap, ikhlaskan hati, redhakan hati. Bukan dia dekat tempat ibu aku. Ibu cakap dia jadi macam ni sebab mereka berdua. Masa ibu menangis, ibu akan cakap dekat ayah, tolonglah bantu dia pulihkan perasaan dia. Ye memang ayah aku bantu, ayah aku pujuk, ayah aku ikutkan kata ibu, tapi kadang, kata-kata ayah aku tu menyakitkan hati ibu.

Sebab dia tak faham perasaan kena kahwin lain. Boleh ayah cakap, bukan perempuan tu nak dekat dia tapi dia yang nak dekat perempuan tu. Manalah ibu tak meng4muk lagi. Ayah selalu cakap, mintak kekuatan dekat Allah, banyakkan solat. Tapi ibu dah buat dah semua tu. Tapi em0si dia masih sama. Aku ada pesan dekat ibu, pelan-pelan ikhlaskan hati, buatlah aktiviti apa-apa, busykan diri.

Tapi ibu cakap dia tak boleh. Otak dia asyik teringat dekat perampas tu dengan ayah. Bila ibu em0si, dia akan cakap apa yang dia rasa, dia hembus semuanya, itu membuatkan ayah juga em0si. Sekarang, aku tengah final exam. Tetapi aku tak boleh fokus sebab aku sentiasa dengar dieorang bertek4k. Ibu aku menangis. Aku rasa serabut. Aku rasa nak meng4muk.

Aku rasa nak lari rumah nak balik rumah sewa dekat uni. Tapi aku tak sampai hati nak tinggal ibu dalam keadaan macam ni, Aku dah penat. Telinga aku dah tak boleh dengar ibu aku menangis. Aku jadi s4kit hati bila dengar ibu menangis. Setiap hari aku akan menangis mengenangkan masalah dalam rumah ni, ditambah tekanan assignment yang menimbun dan final exam.

Tapi semua orang tak tahu. Aku cuma mampu diam, tapi dalam hati aku bagaikan gunung berapi yang tinggal tunggu masa nak meletp. Ayah dah cuba bawak mak berubat islam. Masih sama. Hati dia masih tak tenteram. Hati dia masih berkecamuk. Ayah akan call bini kedua dia tiap malam dekat luar rumah, mak akan senyap senyap tengok.

Aku pesan, tak payah tengok, sebab itu salah satu benda yang akan trigger em0si dia. Setiap kali dia menangis, ibu akan datang dekat aku dia akan cakap, ”tolonglah ibu, hati ibu sakit”. Aku tak mampu nak cakap banyak. Aku cuma mampu cakap, bersabarlah ibu. Ibu kuat. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku tak tahu nak bagi sokongan macam mana lagi.

Aku cuma mampu jadi pendengar jer. Tapi bila aku dengar apa ibu aku cerita. Hati aku jadi sakit. Aku marah dengan ayah. tapi aku tak mampu nak buat apa apa sebab aku hanyalah anak. Aku ada perancangan nak bawak ibu pergi ps1ki4tari, tapi aku takut kalau ibu akan ditahan wad, dan kena makan ubat. Ubat tu pasti akan memberikan kesan lain.

Sama ada tidur berlebihan dan sebagainya. Aku nak keluarga aku kembali macam biasa. Aku dah penat. Benda ni cukup buat ment4l aku koyak. Kadang aku rasa nak t0reh t0reh tangan aku. Rasa nak drive laju laju, dada aku ni sesak. Kalau boleh aku nak jerit sekuat hati. Dada aku sentiasa berdebar, jantung laju, tangan sentiasa shaking, hati rasa tak selesa.

Aku ada masalah anx1ety tapi aku masih mampu mengawal anx1ety aku. Sekarang yang aku risaukan adalah ibu. Ibu selalu cakap, bila semua benda ni nak berlalu. Haih. Kalau korang ada group support atau apa-apa pendapat tentang masalah aku, korang boleh tulis dekat komen. Aku akan baca satu satu. Tolonglah aku, Terima Kasih… – Bunga (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Faridah mat den – Bunga, adik kena kuat. Untuk ibu. Fokus waktu adik study. Kena ketepikan masalah drg dulu. Bila adik free, kena banyak luangkan masa dgn ibu. Ibu adik sangat terluka. Akk yang cuma baca confession adik pun, terasa remuk hati. Apatah lagi dia yang memikulnya. Adik x boleh sekadar cakap suruh ibu isi masa lapang. Apa yang dia perlukan skrg adalah peneman.

Teman dia berbual, berkebun cthnya, masak sama2 (waktu adik free), solat n ngaji sama2 dll. Ajak adik2 lain. Wujudkan satu semangat kekitaan antara ibu, adik dan adik beradik lain. Rapatkan ukhwah serapatnya. Biar ibu pulih semangat. Dan biar ibu faham, dia xde apa yg rugi pun kalau ayah xde. Sbb dia dh complete dgn anak2.

Shazana mohd – Dik, akak doakan kamu mampu harungi ujian ini dan moga akan hadir sinar bahagia until adult dan keluarga.. Adik yakinkan pada mak yang adik perlukan mak dalam hidup adik.. cari kaunselor rumah tangga dan minta ibu bercakap dan meluahkan perasaannya dengan kaunselor..dan supaya ibu perlu tahu hak-haknya apabila dip0ligami..

cth boleh tuntut harta sepencarian sbb p0ligami wlpun tidak berc3rai..adik pun boleh mandapatkan khidmat nasihat kaunselor.. mereka professional dan akan beri nasihat dan langkah2 terbaik dalam menangani emosi. Adik boleh FB search kaunselor rumah tangga dan boleh hubungi mereka ya. Please dapatkan bantuan dan sokongan em0si.

Nurul shafinaz – Kesiannya ibu awak dik. hancur hati dia dik…kenapa ayah khianati dia…bukan soal. mmpu atau tidak,tapi soal. pengkhian4tan dan satu kejutan yg mendadak untuk dia. Satu tr4uma yg seolah2 terhempas. s4kit hati ibu tu Tuhan je yang tahu..fahami ibu dik..ayah dan perempuan baru tu mmg xberhati perut walau sebaik mana mereka, mereka tetap kej4m..

peluk.ibu awak dik.. beri dia sedikit kebhagiaan.. biarkan dia meng4muk dahulu untuk.lepaskan beban yg dia tersimpan..dia xkuat dik..beri semangat pada dia…xthu akk nk ckp..peluk ibu awak kuat2..biar dia menangis.. bagi dia jerit kuat2..dlm keadaan pkp.lagi..aduhai..akk doakan ibu awak boleh bertenang..semoga Tuhan bantu ibu awak.

Sumber IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.