Puas suami cari kerja. Sbb xnk dilabel biawk idop, suami blk kmpg. Aku mula curiga, disana suami ddk sekali dgn adik ipar sebaya aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua, terima kasih kepada admin andainya confession ini disiarkan. Mungkin apa yang akan aku tulis akan membuat anda berfikir bahawa aku ment4l. Ya, mungkin aku sedikit ment4l.

Bukan g1la, cuma emosi kurang stabil dan menjadi beban kepada orang lain. Baru-baru ini aku melihat perkongsian seorang sahabat di mukabuku mengenai nasihat Prof. Dr. Muhaya untuk pasangan yang baru berkahwin. Kata beliau, kalau diri tak bahagia jangan kahwin dan susahkan orang.

Mungkin aku tidak bahagia sebelum mendirikan rumah tangga, dan natijahnya perkahwinan ini menjadi beban untuk kami. Niatku menulis bukan untuk mengaibkan sesiapa, jauh sekali menuding jari kepada orang lain. Dalam hal ini, masing-masing ada salahnya dan aku menulis untuk melepaskan beban didada dan semoga menjadi pengajaran kepada anda diluar sana.

Aku Reen. Berumur 28 tahun, seorang penjawat swasta, dan baru berkahwin tahun lepas dengan pilihan hati sendiri. Suamiku panggil saja Am, usianya 7 tahun lebih tua dariku. Am buat masa ini belum mendapat rezeki kerja baharu selepas diberhentikan kerja akibat ekonomi yang terjejas.

Perkenalan aku dan Am berlaku agak pantas, kami bertunang selepas 3 bulan berkenalan. Pada awalnya, kami bercadang untuk menangguhkan pernikahan kami sehingga keadaan stabil kerana kami berdua telah hilang pekerjaan disebabkan keadaan ekonomi yang merosot,

Namun selepas berbincang dengan kedua belah keluarga, majlis pernikahan diteruskan kerana orang tua kami tidak bersetuju sekiranya pertunangan kami berlanjutan terlalu lama. Lagi pula, tiada kepastian bila p4ndemik ini akan reda. Akhirnya kami bernikah di pejabat agama selepas genap setahun bertunang tanpa mengadakan majlis sesuai dengan SOP.

Selepas bernikah, kami tinggal di rumah keluargaku sementara kerana aku ketika itu bekerja sambilan sementara menunggu panggilan kerja yang lebih baik. Seminggu selepas diijabkabul, Am memberitahu dia ingin pulang ke rumah mertua kerana ingin menjaga ayahnya.

Kata Am, dia risau sekiranya ayah degil keluar rumah sesuka hati dalam keadaan kobid. Aku faham dan tidak ada masalah. Tapi, aku agak terkilan kerana setelah itu Am pula yang rancak mengatur aktiviti luar dengan kawan-kawannya. Hari ini memancing, esok lusa hiking, tulat melepak di kedai mamak.

Bila aku mengingatkan dia yang katanya dia disana untuk mengawasi ayahnya agar tidak keluar sesuka hati tanpa tujuan penting, Dia merajuk dan mengatakan aku tidak suka dia berjumpa kawan-kawannya. Katanya aku lebih suka dia terkurung dirumah. Sungguh, aku bukan ingin mengongkong.

Tapi apa yang aku lihat alasan yang diberikan semasa ingin pulang bertentangan dengan apa yang dilakukannya disana. Tambahan pula aku risau kerana wabak yang menimpa kita masih mengganas. Mungkin rezeki pengantin baru, sebulan kemudian aku mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik di ibu kota,

aku meminta izin Am untuk menerima tawaran tersebut kerana aku mempunyai komitmen kewangan. Alhamdulillah, Am izinkan. Maka aku pun berpindah seorang diri ke kota raya, memulakan tugas di tempat baharu. Tetapi, oleh kerana aku sendirian disana kadangkala aku merasa sunyi, lalu aku luahkan pada dia.

Memandangkan Am belum berjaya mendapatkan pekerjaan disana, dia mencadangkan agar dia pindah ke bandar menemaniku dan mencuba nasib disini. Hatiku gembira bukan kepalang. Memikirkan keselesaan kami tinggal berdua, aku berusaha mencari tempat tinggal yang lebih baik untuk kami.

Sewa rumah agak mahal, oleh itu aku memilih sebuah apartment studio sahaja walaupun sewanya 2 kali ganda lebih mahal daripada bilik yang kusewa diatas shoplot. Fikirku tak mengapa, asalkan kami selesa. Seminggu pertama setelah berpindah, aku lihat Am gigih kesana-kesini mencari pekerjaan.

Setiap hari dia akan keluar mencari kerja, tapi setiap kali dia hampa. Katanya sukar untuk dia mendapatkan pekerjaan kerana dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lain. Sedih sungguh aku bila melihat Am kecewa, dan seringkali aku cuba untuk menaikkan semangatnya semula.

Namun akhirnya Am seperti putus asa. Sebulan selepas berpindah, dia menyuarakan hasratnya untuk pulang kekampung sekali lagi. Katanya syarikat tempat dia bekerja sebelum p4ndemik menawarkan kerja sambilan. Waktu itu kes kobid semakin mencanak naik, jadi aku tidak setuju kerana mana mungkin syarikat Am dibenarkan beroperasi.

Tapi Am berkeras, dan sekali lagi aku ditinggalkan. Aku kecil hati tapi kupujuk juga diriku untuk berfikiran positif. Tapi beberapa hari selepas dia pulang, larangan merentas daerah dikenakan semula. Mungkin kerana rasa bersalah, dia pun berusaha mencari jalan untuk kembali tinggal denganku.

Am suami yang baik, meskipun tidak bekerja dia tidak pernah lokek membayar ketika kami membeli barang dapur, atau membayarkan makanan sekiranya kami makan diluar. Tapi memikirkan bahawa Am tidak bekerja dan bergantung dengan simpanannya sahaja, kerapkali aku akan berusaha agar aku yang membayar perbelanjaan tersebut.

Ya, salahku disini kerana tanpa kusedari perbuatanku ini merobek eg0 lelaki suamiku. Am juga sangat rajin membantuku didapur tanpa perlu diminta. Kadang-kadang pakaian kerjaku juga digosoknya untuk seminggu kerana katanya dia bosan dirumah hingga aku yang segan. Sungguh, aku sangat bersyukur dikurniakan suami yang baik dan tidak berkira.

3 bulan hidup sebumbung, akulah isteri paling bahagia walaupun hidup kami sederhana. Tapi, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Perkahwinan kami dilanda konflik kerana kemahuan yang tidak sehaluan. Am mengalami tekanan. Dia meluahkan bahawa dia merasa terkurung tinggal disini. Katanya jika dirumahnya di kampung setidaknya ada aktiviti yang lain boleh dilakukan, tapi tidak disini.

Aku tidak sampai hati melihat Am begitu, sedaya upaya aku cuba untuk hiburkan Am. Asal ada masa terluang aku ajak Am buat aktiviti yang dia suka, aku masakkan dia makanan kesukaannya walaupun aku oenat bekerja. Dan aku juga mencari inisiatif untuk mencari rumah sewa yang murah,

sedikit jauh dari tempat kerjaku tapi sekurang-kurangnya Am tidak tertekan jika kami tinggal di rumah yang lebih sempurna. Ketika aku suarakan pada Am tentang niatku berpindah, dia menyuruhku mencari housemate. Katanya risau jika aku tinggal sendiri, rupanya dia sudah berniat untuk pulang ke rumah mertuaku.

Rancangan berpindah pun terbatal. Pelbagai cara kulakukan namun seminggu sebelum hari raya Am meninggalkan aku untuk kali ketiga. Kerana larangan merentas daerah, aku tidak dapat balik kekampung dan beraya sendirian di ibu kota. Saat dia berkongsi aktiviti hari raya bersama keluarganya, aku cemburu.

Ya, cemburu kerana dia bersama keluarganya. Terasa diri ini sungguh b0doh kerana cemburu dengan keluarganya. Aku berasa seperti diriku ditinggalkan sendirian, dan rasa itu membuah menjadi amarah. Ditambah dengan k0nflik ditempat kerja, tinggal sendirian di ibu kota – ketiadaan Am membuat aku semakin serabut.

Yang membuatku marah bukan kerana dia meninggalkan aku. Tapi kerana dia pulang dan seolah-olah tiada niat untuk menjengukku sekali pun. Bahkan sebelum pergi dia berpesan agar aku mencari rakan berkongsi menyewa di studio. Maksudnya, dia tidak akan kembali tinggal denganku.

Aku ada berkongsi iklan jawatan kosong yang kukira bersesuaian dengannya, tapi tidak mendapat sebarang respon. Malah, ketika aku bertanya andainya dia mendapat pekerjaan disini, adakah dia masih ingin meneruskan niatnya, dia hanya menjawab bahawa dia perlu kembali ke kampungnya.

Am menyuruhku bersabar sehingga keadaan ekonomi stabil agar kami boleh kembali tinggal bersama, masalahnya kita sendiri tidak tahu bila ekonomi akan stabil. Dan dengan keadaan sekatan perjalanan yang tidak tahu bila penghujungnya, entah bila kami akan berjumpa lagi. Mungkin ada yang akan mempersendakan aku, setakat sebulan dua sudah mer0yan.

Tapi andainya anda tahu pasangan anda ada pilihan untuk tidak tinggal berjauhan, tapi mereka memilih pilihan yang menggembirakan mereka sahaja, adakah hati anda tidak akan sakit? Tanpa sedar layananku terhadap Am semakin dingin. Membalas mesej acuh tak acuh, bila bercakap di telefon pun hanya sepatah dua kata.

Perasaanku terhadap Am seolah-olah dan aku mempersiapkan diriku untuk hidup tanpa Am. Betapa jahatnya aku menghukum Am begitu. Layanan dinginku akhirnya menjadi penyebab kami bergaduh besar. Dan Am berterus-terang bahawa dia meninggalkanku kerana masalah kewangannya.

Katanya dia tidak mahu menjadi biawak hidup, dan dia memikirkan apa kata orang terutamanya keluargaku sekiranya dia terus tinggal bersamaku tanpa pekerjaan. Oleh itu dia pulang kekampung. Seharusnya aku faham, tapi tidak. Penjelasannya seperti menyimbah minyak kepada amarahku, aku mempersoalkan apa bezanya dia pulang tapi disana pun dia tetap tidak bekerja?

Dan bagaimana dia membuat kesimpulan rezekinya disini bila semua peluang pekerjaan yang aku kongsikan hanya dipandang sepi? Berkali-kali aku katakan padanya sebelum ini, aku tak kisah hidup susah dengannya. Biarlah makanan bercatu, biarlah sewa rumah kubayar sementara bukan kerana aku ingin show off,

tapi kerana tanggungjawabku sebagai isteri membantu suami dimasa susahnya. Biarlah susah bersama-sama, asalkan kami ada disisi satu sama lain melaluinya. Tapi aku lupa Am seorang lelaki yang punya eg0, dan eg0nya tercabar saat dia merasa gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Kemahuan kami tidak sama, tanpa Am disisi aku menjadi tidak bersemangat. Am ada mencadangkan aku berhenti kerja dan tinggal bersamanya di rumah mertua buat sementara. Sudah tentu aku tidak mahu. Bukannya pentingkan diri tapi aku tidak ingin menambah bebanan fikiran jika tinggal sebumbung dengan keluarganya.

Keluarganya baik, cuma bila sudah tinggal bersama tidak mustahil bunga pun boleh berbau tahi. Dan sejujurnya aku juga tidak selesa dengan adik iparku yang tinggal disana. Panggil saja dia N. Semasa aku disana, N sesuka hati masuk kedalam bilik Am dengan hanya berkemban.

Pernah juga satu hari aku terlelap di waktu siang, sewaktu aku terjaga Am tiada dibilik. Aku cari di ruang tamu dan dapur tidak ada sesiapa. Kukira Am keluar, bila aku call rupanya dia berada di bilik N. Aku tidak mahu berfikiran buruk, tapi bila melihat N seolah-olah tidak segan berbicara tentang hal kel4min dihadapan kami aku merasa janggal.

Beza umur N dan aku hanya setahun, sedangkan aku yang sudah berkahwin pun malu berbicara tentang hal begitu dengan abangku, kenapa N tidak. Dan disebabkan ini juga aku mempunyai trust issue dengan Am walaupun dia hanya berada dirumah. Entahlah, rasanya otakku sudah tidak betul. Kadang-kadang sedih, kadang-kadang rasa bersalah memikirkan mungkin am tidak tahan denganku

kerana aku pentingkan diri sendiri seperti yang selalu dia ucapkan padaku. Aku tertekan dengan keadaan ini sehingga prestasi kerjaku ditegur oleh ketua jabatanku. Aku sudah penat s4kit hati. Lebih baik buat benda yang aku suka. Biarlah orang meng3cam aku tidak sabar menghadapi ujian diawal pernikahan.

Mungkin aku akan menyesal, tapi sekurang-kurangnya aku sudah memberikan yang terbaik untuk hubungan kami. Aku pasrah dengan apa yang bakal terjadi. Maafkan aku andainya nukilanku menimbulkan rasa jelik dihati kalian. Aku tidak ada teman bercerita.

Dengan menulis disini sahaja dapat kulepaskan beban didada. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca. Si Ment4l, – Reen (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur izaty – Jangan berhenti kerja.. happykan diri sendiri dulu. Kukuhkan kewangan tt.. Dia asyik lari dan lari dari masalah. Tapi tak cuba selesaikan. Betullah apa tt cakap, dok bandar takde keje.. apa beza dok kampung. Tetap takde keje.. lebih baik duduk bersama suami isteri, susah pun sama-sama.. tapi ni lari kampung sbb takut jadi biawak hidup.

Padahal boleh je dia buat grab/ foodpanda/ security guard/ cashier/ shopeeexpress/ pembantu kedai makan sementara dpt kerja bidang dia. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. pendapat saya, kumbang bukan seekor. Carilah kumbang yang lebih baik.

Tak kisah miskin macam mana pun.. asalkan ada usaha. Bukannya lari camtu.. pulak dah batas antara adik beradik tak terjaga. Adoii am am.

Mozainash ismail – Sis, you are what you think! Kenapa anggap yourself ment4l sedangkan you masih boleh berfikir dan meluah rasa di sini? Wake up!! Jgn quit kerja & at the moment fokus pada diri & kerja. Your husband? Let him be for a while. Now you’ve a long distance marriage…it’s okay.

Jgn burden em0si you dgn fikirkan aktiviti2 dia di kg. It seems he’s not ready utk ada tanggungjawab. Yes, dia tak wajar tinggalkan you alone struggle for a living. Macam tak matang pun ye. Tak fikir your safety and your em0tion. Tapi, apa pun congrats sis, you’re actually way better than him.

Biarpun you sedih dgn sikap your husband, you kena be strong and happy2 kan diri you. Buktikan you boleh survive with or without him dgn you sekarang. Biar terbeliak bijik mata dia tengok how happy you are now. Bila cakap dgn dia, ceria2 je okay.

Dan, jgn lupa berdoa kat Allah mohon dipermudahkan urusan rumahtangga you. Dah, tak nak sedih2…you still ada your parents kan..Hugs.

Nur na – Orang kata 5 tahun pertama dugaan paling kuat. Tapi aku dah 13y pun dugaan x pernah surut. Cuma makin lama, kita dah makin faham dia. Dia pun dah makin faham kita. Nak cari titik persamaan tu memang makan masa dan perlu kesabaran tahap tertinggi. Aku tak sabar. Tapi suami sabar lebih.

Kalo ikut aku, setahun je kawen dah sejuta talak aku bagi. Akak doakan awak terus tabah. Tentang suami tu, buat masa sekarang biarkan dulu. Awak rawat hati dan diri awak dulu. Awak tak s4kit ment4l. Cuma awak terlalu makan hati. Kalau rasa tertekan sangat, tak salah mengadu pejabat agama.

Atau ngadu pada org yg awak percaya. Pej agama ni, wpun niat kita bukan nak cerrai tapi efeknya pada tanggapan suami kat kita tu akan jadi lain. Tapi kalo dah xde pilihan, ianya x salah. Tapi please jangan benti kerja. Cari rumah sewa lebih berbaloi untuk awak duk sorang.

Blk sewa lagi bagus. Tapi pasal adik dia tu, macam something wrong somewhere aje. Dah la asyik nak balik duk umah mak aje. Hurmmm tapi xyah la buruk sangka. Doakan yg baik2 InshaAllah semoga awak temui bahagia.