“Jom kita pergi atas bukit sana”. Tiba2 suara btukar, ketawa kecil. Bderau drh, kwn dirasuk tgh highway.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Cerita aku bukan lah luahan, tapi pengalaman yang bagi aku pengalaman yang tak boleh aku lupa. Sekali gus aku aku harap ada pengajaran dalam kisah aku ini untuk korang ambil kalau ada.

Okay direct tentang tajuk, aku dan kawan aku bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur pada lewat petang atas urusan kerja. Kami bertugas sebagai penjawat awam di tempat kerja yang sama, perjalanan diteruskan hinggalah sampai di lebuh raya pantai timur jam 2 pagi.

Sebelum masuk lebuh raya perjalanan semua okay, memang aku tak tidur dengan niat nak teman borak kawan aku. Lupa nak bagitau, yang memandu kereta kawan aku dan aku duduk sebelah. Sedang asyik aku borak tentang macam2 perkara, tiba2 kawan aku diam. Aku bercerita pun dia tak respon

hinggalah aku nampak muka dia dah berubah lain macam mata tak berkelip. Aku tanya dia “kau okay tak diamm je?” Hati dah rasa tak sedap hati, tapi aku perasan pergerakan kereta makin perlahan. Hinggalah dia buka mulut, keluar suara garau macam orang tua,

“jom kita pergi atas bukit sana” Berderau d4rah aku waktu tu boleh kata macam takde d4rah dah.. kecut abes perut ni. Aku sorok ketakutan aku, kot2 kawan aku ni nak kenakan aku, aku tengking kawan aku, “oi kau nak ngantuk biar aku lah yang bawak pulak!”

Tapi mujurlah kereta makin perlahan, kepala kawan aku ni tertunduk dekat stearing. Kereta berhenti tengah2 jalan dalam gelap. Aku kecut perut jangan cerita lah, aku bukan lah pemberani sangat.. tapi dah takde pilihan, nak lari cari orang pun tengah2 hutan, mana ada orang!

Aku keluar dari kereta terus terkam dekat kawan aku.. aku tolak dia tempat duduk sebelah. Nak tak nak aku kena gerakkan kereta ni, takkan nak tunggu sini tengah gelap tepi hutan?? Dalam keadaan kaki tengah lembik tu aku gagahkan jugak tekan pedal, dalam kepala aku fikir

kena keluar dari LPT ke kawasan bandar cari kawasan yang ramai penduduk. Tengah aku memandu kawan aku tu tegur, “kau nak bawak aku pergi mana, naik bukit belah sana” mata berlalak pandang aku, aku tengok sekali terus alih muka. Benda paling aku risau kalau kawan aku bertindak agresif pada aku yang sedang memandu.

Perjalanan nak keluar ke kawasan bandar kemaman nak dekat setengah jam jugak. Takut sangat2 lemah habis tangan dan kaki, makin kecut bila “orang tua” tu bukak suara sambil bedehem sesekali ketawa kecil. Alhamdulillah akhirnya berjaya keluar ke kawasan penduduk, tapi jam 3 pagi mana ada orang,

aku fikir nak pergi balai polis tapi tak jadi lepas jumpa stesen minyak. Sampai stesen minyak, cepat2 aku m4ti enjin berlari ke kaunter mintak tolong abang kaunter stesen minyak. Aku cuba tanya dia ada tak kenal ustaz2 yang boleh tengokkan orang kena sampuk.

Syukur ayah saudara dia Ustaz yang pandai berubat dan syukur jugak ayah saudara dia tu angkat call jam 3 pagi, kalau tak aku dah tak tahu nak buat apa. Dipermudahkan, Ustaz Hamid sudi datang ke stesen minyak tu ambik kami, terus di bawa ke rumah ustaz. Hati dah lega sangat2 ya Allah berbanding masa dekat survive nak keluar dari LPT, Allahu.

Tak cukup sampai dekat situ, sampai dekat laman rumah Ustaz, aku nampak dengan jelas seorang perempuan berbaju kebaya klasik, pegang payung kain macam payung raja2 dan orang kahwin tu pandang tepat dekat aku. Dia berdiri bawah pokok luar pagar, jam 3 pagi datang dari mana? Tengok sekali terus aih muka buat2 tak nampak.

Kawan aku makin bengis, “orang tua misteri” tak mau di bawa masuk rumah, mujurlah anak2 Ustaz Hamid pun ada sekali bantu usung masuk rumah. Pendek cerita, syukur kawan aku sedar tapi lemah badan. Kata Ustaz Hamid, biasalah mungkin ada terlanggar hak dia masa lalu mana mana jalan,

sebab itu lah sebelum perjalanan biar ada pendinding, sekurang2nya baca lah ayat kursi. Kata Ustaz Hamid, mujurlah masa kawan kena rasuk tu dia tak tekan minyak dan pulas stearing bagi terbabas kereta, kalau benda tu buat macamtu mungkin boleh jadi kemlangan m4ut.

Moralnya dekat sini buat pemandu kenderaan, jangan kita tinggal doa atau pendinding dengan ayat2 al quran sebelum mulakan perjalanan. Tak mustahil kem4langan m4ut yang dah berlaku di luar sana pun terjadi dari gangguan makhluk2 ghaib jahat ini, sebagai orang islam jangan kita tinggalkan doa.

Tak dinafikan sebelum perjalanan hari tu memang aku tak de langsung ingat nak doa mintak perjalanan selamat. Bila jadi peristiwa ni ianya begitu beri pengajaran pada aku. Sekarang memang doa keluar rumah dah tak tinggal, tawakal pada Allah.

Sekurang2nya andai kita ditakdirkan m4ti sekalipun diluar sana, kita m4ti dalam keadaan bertawakal kepadanya. – Dr Khairi (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fazeli rosli – K nak share sikit. Kejadian ni berlaku beberapa tahun lepas, masa tu awal pagi bersiap nak balik perak rumah atok belah ayah, bersama keluarga, disebabkan pagi so x baca ayat pendiding, bergerak melalui jalan sungai Koyan ke Cameron Highland sepanjang jalan hutan tebal kiri kanan dengan kabus yang banyak,

sampai satu selekoh kereta tiba tiba terhuyung hayang seperti dua dua tayar depan pancit dan berpusing 360 darjah, seperti saya melawan stereng kereta yang berpusing sendiri, nasib baik tiada kenderaan yg lalu, setelah ibu saya melaungkan Allahuakbar baru kereta yg saya pandu terlepas jadi biasa,

kami berhenti tepi bahu jalan untuk memeriksa kenderaan, tak ada sebarang tayar yg pancit, jalan berpasir mahu pun berminyak. Kata penduduk baru minggu lepas seorang m4ut & tempat itu selalu kemlangan.

Zuriati razali – Teringat kisah sama di LPT 2 tahun 2014 masa otw balik dari kota bharu ke Kuantan. Pukul 12 tgh malam time kejadian.. LPT 2 belum buka sepenuhnya lagi. Kalau nak balik kuantan kena exit Paka.. Tengah elok bawak kereta atas highway, tiba2 kereta duduk dalam hutan tebal.

Masa tu aruwah ayah yg bawak, ganti aku yg dah penat bawak kereta dr KL-Kuantan-Kota Bharu-Kuala Terengganu dalam sehari.. Panik la kami anak beranak sekejap.. Mcmana tiba2 ada kt dalam hutan. Mak aku baca macam2 ayat. Aku mintak aruwah abah buat u turn sambil baca ayat kursi..

Elok u turn, kereta rupanya duduk tengah2 jalan.. Syukur xde kereta lain yang lalu… Kalau x, mungkin boleh jd punca eks1den… Lepas kejadian tu mmg x berani lalu LPT 2 melepasi jam 6pm… Ampunnnnn tamau dah.

Nurna nafiz – Nk share jgk. Bbrp tahun lps sy ke pantai timur atas urusan kerja. Sy jupe sorg rakan di sana. Dia cerita sorg staff dia bru bbrp bulan berkahwin dgn org utara. Wife x keje lg msa tu sbb bru ikut dia pindah. Jadi, wife ni setiap hari hantar suaminya ke tmpt kerja x jauh dr umh mereka.

Wife ni kdg pkai bju t shirt kain batik je g hntr sbb x turun kete pn. Suatu hari wife ni hntr suami dia mcm biasa sblm jam 8. Then balik rumah. Dlm tengah hari gitu, suami dia dpt call dari mertuanya d utara memaklumkn wife dia dh smpi ke kg dlm keadaan separuh sedar.

Terkejut la husband dia mcm mn wife dia bleh drive dr pantai timur blik ke kg dia. Kabarnya wife dia pn x igt mcm mn dia drive slps hntr husband dia.

Aishah che pa – Bau2 busuk ni jgn tegur.. pernah kena sekali, mulut celupar sgt kan.. masa tu kt rumah kakak, aku menumpang kt rumah dia, kebetulan abg ipar demam, kmi ramai2 tgk tv, tiba2 aku bau busuk g1la, terus tanya abg ipar kentut ke..sbb selalu org demam ni kentut dia busuk g1la..

dia cakap tak kentut pun.. igt dia main2, pastu terus dok cakap heee mkn bangkai ka apa ni busuk nak mampuih (selalu gurau kasar dgn abg ipar, dia pun kemain kdg kentut tk kabo) lepas tu terus aku lari ke dapur, masalahnya bau busuk tu mcm ikut aku ke dapur, ehh macam aku pulak yg kentut..

ckp dgn akak, weh kentut bau smpai kt dapur smbil gelak2.. yg akak ni dh diam terus dia ckp dh2 ttp tv jom masuk tido.. tinggal aku terkulat kulat.. terus masuk bilik.. mlm tu mmg langsung tak dpt tido, bilik rasa panas bahang even tingkap dh buka luas.. bila pejam rasa mcm ada org nk terkam…aku jenis tak boleh nampak, tp boleh rasa..

benda tu ada kt depan pintu bilik ats kt dinding. Aku punya amalan sebelum tido bc alfatihah,3qul,ayt qursi sapu 1 bdn.. tu tu ada dlm bilik tp tak boleh nk dekat.. smpai ke pagi,. Lepas azan subj baru hilang.. dia marah kot aku ckp mkn bangkai bau busuk.