Baru kawen, tp dh 2bln ngndung, lahir ank kuIit geIap rmbut kerintg, xsama lgsg dgn aku dan istri. Mertua selalu sindir2 ttg keturunn aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, mohon admin hidekan profil aku

Aku bernikah tahun lepas, isteri aku seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, reti masak. Pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai. Selepas 2 bulan nikah, isteri aku disahkan hamil 2 bulan ada ke patut? Bila malam pertama je aku dah tahu memang dia pernah disentuh,

bila aku tanya kenapa boleh jadi macam ni? Pertama dia tak mengaku, aku paksa dia mengaku akhirnya dia pun mengaku. Dia cakap masa aku pergi ke umrah dia pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang dia kenal di media s0cial dan masa tu kami sudah pun bertunang.

Dan aku tanya berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira. Dan masa aku dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dengan lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu aku dah mula berubah, aku tak boleh terima dia buat macam ni kat aku. Aku tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yang aku dapat.

Sejak malam pertama kami bernikah tu, aku jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati aku dah hancur berkeping keping. Aku selalu bayangkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain. Jangan salahkan aku sebab dia lah aku jadi macam ni. Aku tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah dia rupa rupanya sudah rosak.

Jangan salahkan aku kalau aku berfikir seperti ini sebab masa aku nikah, isteri aku sudah bukan perawan. Selepas kami nikah, adalah aku sentuh dia dalam 3 kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan memang aku rasa j1jik nak sentuh dia.

Dah 3 kali sentuh je takkan dah hamil? 2 bulan nikah, 2 bulan juga dia hamil? Tak masuk akal kan? Jangan jangan masa nikah dengan aku dia memang dah hamilkan anak orang lain. Aku ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia?

Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak berpisah lepas lahirkan anak, sebab aku tak hargai dia. Aku tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Aku jaga dia sebaik mungkin.

Aku tak pernah buat benda jahat, aku hormat dia, aku nak jaga kesucian dia, tapi ini yang dia balas kat aku. Aku sedih campur kecewa. Nak berpisah dia tu tak mungkin sebab aku nak dia jadi pasangan aku sampai bila bila sebab hanya dia seorang sahaja wanita yang aku cinta. Tapi kenapa dia buat semua ni?

Ya Allah Walaupun dia buat semua ni min, aku masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang aku bagi. Cuma nafkah batin je aku tak bagi sebab bila bersama dia, aku terbayang bayang dia akan bersama orang lain. Aku jadi tr4uma. Bukan aku tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, aku teringat benda tu.

Bukan senang aku nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah aku kerja biasa biasa je. Walaupun kerja gov gred aku renda takat spm je. Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri aku khatam al quran berkali kali.

Mereka dari keluarga yang hebat. Kaya raya dan terhormat. Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yang datang ke kota hanya untuk mencari rezeki. Aku tahu aku salah sebab buat dia begini. Tapi aku cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin.

Rasa sayang aku pada dia mula nak kembali. Aku nak cuba lupakan kisah silam dia. Yang jadi masalah min, lepas isteri aku melahirkan anak, anak tu kulit gelap, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku. Lagi lagi aku ni berkulit cerah isteri aku pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu kulit gelap rambut dia keriting.

Aku cuba bersangka baik, aku cuba sayang anak tu dan anak tu pun manja dengan aku. Panggil aku daddy, sayang aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayang kami. Tapi aku masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu sindir sindir kenapa rupa anak tu lain?

Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu aku terpaksa telan h1naan itu. Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab aku nak dia duduk rumah jaga anak. Nafkah dia pun aku tunaikan. Aku dah mula mula nak sentuh dia cuma aku masih curiga dengan anak itu,

anak perempuan yang dibinti nama aku. Perlu ke aku senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku. In sha Allah aku terima kalau sebaliknya? Ada kah aku boleh jadi wali anak itu, macam mana dengan surat lahirnya yang di bin nama aku?

Aku buntu. Aku taknak berpisah tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku masih sayangkan dia. Cuma aku rasa tak selesa macam ni. Keluarga aku semua tak tahu pasal ni. Mak ayah aku sayangkan anak tu. Tolong aku…

Reaksi warganet

Azmi khecik – Dah sah2 kau tahu dia dh trlanjur, ptutnya kau kene terima dia seadanya…. mgkin disebabkn d0sa d0sa kita sblum ini , mgkin smua ni allah bagi kdg2 smua ada sebabnya dan hikmahnya kenapa kita dpt jodoh yg dh tidak perawan …. kenap kita diduga pakage siap mngandungkn ank org lain… Fkirkan d0sa kita sbgai lelaki pnh tak buat silap sblum2 ini..

Budiman riz – Tuan tanah yg saya hormati, sebaiknya baiknya tuan,test dna,kalau terbukti,dia bukan d4rah daging tuan,maka pergilah tempat konsling,ini demi kebaikan anak tersebut dimasa hadapan ye kalau lelaki,tanpa wali pun dia boleh nikah,tapi kalau perempuan,bagaimana status perkahwinan dia kelak jika tuan jadi wali,

yg kedua,apa bila tuan dah test dna terpulang pada hati tuan yg mana yg terbaik, kalau tuan sungguh menyayangi istri tuan, didiklah dia dan jangan sia siakan dia, apetahlagi tuan sendiri tau istri tuan penuh dg ilmu ugama,akan tetapi tinggal tuan sahaja yg tinggal hanya meluruskan,

itu suatu nikmat rezki yg tuan harus syukuri, masalah anak,kalaupun terbukti, ianya bukan keturuna tuan janganlah sedikitpun tuan kurangkan kasih sayang terhdapanya,sebab anak tersebut tidaklah tahu menahu akan segalanya apa yg terjadi sebelum ianya dilhirkan kedunia ini,

masalah perbezaan warna kulit,sesungguhnya allah tak pernah sekalipun membezakan syurganya,untuk makhlunya baik yg berkulit hitam mahupun yg berkulit cerah,

Farhana rizman – Mashaa Allah bersangka baik la semua .. Klau itu anak luar nikah nurse xkan dftr buku pink tu ada detail bapak, korang tanya la nurse2 dyowg je pandai kira wktu2 subur ni .. aku kurang pandai sikit .. Klau trikh nikah, subur dan trikh bpe bln kandungan tu mencurigakan nurse automatik akan tanya yg sebaliknya fhm2 la kan ..

nurse terus dpt detect tu anak luar nikah, tpi ini tidak nurse kira waktu subur apa semua n lepas so detail bapak ada dkt buku pink bermakna anak tu sah taraf.. Klau x sah taraf mana mngkin lepas berbintikan suami nya .. fhm x wey aku explain ni .

Mat kadok – kat situ pun dh nmpk.dia dh ready awl bro.siap bole sound xpelah lepas ank lahir kita bercerrai.jgn jd b0doh sgt bro,bukan sekali dua terlanjur,byk kali sgt,sampai masa tunang pun sama.lps kawen aku xtau lah klu2 ko g keja dia je kat rumah.bila dh byk kali menipu senang je bole maaf..

mmg dia xheran dh bro.jln penyelesaian yg btl2 adil.ko buat ujian dna kat anak tu. pastu suruh bersumpah dan ngaku btl2 masa kawen ada pernah terlanjur lg ke x.klu smuanya ok, terima jelah.hati ko pun dh puas.baru kasih syg tu ikhlas dan kekal lama

Sumber : KRT