“Lps nie jgn pandai2 angkt phone abg”. Mula bfikir bukan2 ttg suami. Rupa2nya 13tahn aku bkawin dgn lelaki pend0sa.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. terima kasih pihak admin jika menyiarkan luahan hati saya ini. Tak tahu nak mulakan macam mana.

Bagaimana perjalanan hidup dalam rumahtangga selama 13 tahun yang mengubah 360 darjah keseluruhan hidup saya ini. Saya kini berumur 42 tahun. Memulakan karier sebagai pegawai kerajaan dan bertemu jodoh diusia saya 28 tahun. Jodoh yang saya anggap sangat mudah dan cepat aturannya

dan akhirnya saya sah menjadi seorang isteri kepada seorang duda anak dua. Suami berperwatakan lembut, good looking dan penyayang. Dari segi pekerjaan pun, saya dan suami sama-sama berpendapatan sangat stabil walaupun tidak mewah. Maka sejak majlis perkahwinan yang meriah itu, hiduplah saya sebagai seorang isteri

disamping suami dan menjadi ibu tiri kepada anak-anaknya dari perkahwinan pertamanya dulu (bercerrai hidup). Alhamdulillah semuanya smooth dan berjalan lancar dan saya sangat sayangkan anak-anak tiri saya. Suami sangat romantik, sering hadiahkan saya macam-macam dan ringan tulang membantu saya uruskan kerja rumah.

Rajin solat. Yang wajib dan yang sunat semua beliau buat. Pendek kata, memang suami saya adalah suami idaman anak dara zaman sekarang. Selepas beberapa bulan pertama kami berkahwin ada satu ins1den yang membuahkan bibit syak wasangka saya kepada suami. Satu hari sewaktu suami mandi, hp Nokia 3310 suami berbunyi (ketika itu tak ada lagi andr0id macam sekarang ni).

Saya jawab panggilan tersebut sebab di skrin tertera nama pemanggil rakan lelakinya yang pernah diperkenalkan kepada saya. Tetapi senyap suara si pemanggil apabila saya mula memberi salam dan saya memberi tahu bahawa suami saya sedang mandi. Tiada bunyi balasan daripada pemanggil dan dia menamatkan panggilan begitu saja.

Selesai saja suami mandi saya beritahu suami bahawa rakannya tadi call. Suami bergegas ambil hp dan ke bilik lain untuk contact semula rakannya itu. Tetapi selepas saja suami call semula, suami datang kepada saya dan memberi amaran dengan suara keras, “Lepas ni jangan pandai-pandai nak angkat call phone abg, diaorang nak cakap dengan abg bukan dengan Waffaa”.

Itu lah pertama kali suami berkeras dengan saya. Saya terdiam tetapi mula mengesyaki sesuatu. Untuk makluman pembaca semua, sewaktu kami bertunang suami pernah membawa rakannya itu bersama ketika kami membeli barang hantaran. Tetapi sikap rakannya itu sangat pelik pada saya kerana sangat dingin dengan saya walaupun baru berjumpa.

Dia hanya berbual dengan suami itupun kadang-kadang saya lihat suami berbisik dengannya macam pasangan kekasih lagaknya. Tetapi entahlah barangkali sudah Allah tetapkan bahawa itu lah jodoh saya, tidak terfikir saya perkara yang bukan-bukan kecuali saya anggap rakannya itu sangat pemalu.

Selepas ins1den jawab panggilan itu memang saya sudah rasa tidak sedap hati dan pernah sekali suami keluar berjumpa rakan, dan apabila pulang ke rumah saya lihat cincin perkahwinan yang saya berikan kepadanya tiada di jarinya lagi tetapi diganti dengan cincin lain.

Apabila saya bertanya, suami beritahu dia minat dengan cincin rakannya itu dan mahu pinjam dan cincin perkahwinan kami suami simpan. Tetapi sampai kesudah sehingga sudah 13 tahun perkahwinan saya tak pernah berjumpa lagi cincin perkahwinan yang saya berikan itu. Rasanya pembaca sudah boleh mengagak plot ceritera perkahwinan kami.

Ye, ins1den demi ins1den saya sudah dapat hint dan bukti yang saya lupuskan kemudiannya kerana mahu menutup a1b beliau bahawa imam saya adalah lelaki pend0sa! Beliau b1s3ksu4l. Setelah melahirkan anak pertama dan kedua hingga kandungan seterusnya, macam-macam yang saya jumpa. Bukan setakat video p0rn0 sejenis dan akaun laman s0sial PLU,

malah hantaran whatapps gambar hampir tel4nj4ng dan chatting nak ajak fun dan sebagainya. J1jik. Tetapi lelaki itulah yang saya agungkan sebagai suami dan lelaki itu lah juga yang menggauli saya bila dia berkehendak. Tetapi apabila ditanya beliau tidak mengaku, saya memfitnah dan beliau mengancam pencerraian.

Perkataan cerrai itu lah yang paling saya takuti kerana dari mula saya mengetahui sisi gelap suami, saya tidak pernah rasa mahu membuangnya kerana cinta dan mahu membimbing beliau keluar dari n4fsu sesama sejenis. Allah.. beratnya rasa tatkala saya menaip setiap ayat dalam ni. Mungkin saya terperangkap dengan cinta palsu suami

atau mungkin suami betul-betul cintakan saya tetapi sukar untuk berubah? Mungkin benarkah saya memfitnah? tetapi apa pula yang saya lihat di phone beliau dan ins1den-ins1den lain yang tidak mampu saya ceritakan disini?Isu ini lah yang sentiasa bermain di fikiran saya sehingga menghilangkan kepercayaan saya kepada suami.

Isu ini juga yang mengubah diri saya menjadi sangat perungut dan sentiasa pemarah. Kerana saya rasa saya dipergunakan. Tetapi walau apa pun saya tetap setia disisi suami. Tidak pernah putus berdoa agar beliau bertaubat nasuha dan menjadi normal. Saya sama sekali tidak akan membuang beliau.

Namun saya percaya Allah berkehendak yang lain. Suatu hari ketika PKPB saya berjaya membuka hp suami (yang sentiasa dalam mod password), alangkah hancur hati saya apabila melihat perbualan whatapps suami dengan seorang lelaki Inggeris yang saya syak adalah kekasih beliau.

“i love you so much” “i miss you a lot, really a lot”. “i just got fight with wife..again..” “miss to k1ss those liips and nose too” “my love” “i just want you 100% and your sweet kiss3s”. Dan gambar-gambar selfie muka mengg0da mereka berdua umpama sedang kegersangan diselang selikan dengan icon whatapps

berbentuk hati dan icon kiss yang selama ni saya sangka hanya untuk saya. Saya sudah tidak mampu berpura-pura tidak peduli atau tidak kisah kerana saya takut keturunan saya yang akan mendapat musibahnya. Maka terjadilah pertengkaran di antara kami baru-baru ini yang menyebabkan suami memkul saya dan anak.

Terkeluar dari mulutnya bahawa “lagi sedap main dengan j4ntan daripada main dengan saya.” Malah, sejak dua tahun kebelakangan ini memang suami kerap membandingkan saya dengan ex wife nya dulu. Bayangkan kesetiaan saya dan kesabaran saya hidup dengannya tanpa berbelah bagi selama 13 tahun

dibandingkan dengan ex wife nya yang cuma boleh bertahan dengannya hanya 5 tahun saja. Sangat tidak adil buat saya. Apatah lagi jika soal kesedapan berhubungan batin dibandingkan saya yang halal ini dengan j4ntan sejenis. Usaha apa yang saya tak lakukan sejak mengetahui sisi gelapnya?

Saya pernah bayar beribu ringgit dan attend kursus perkahwinan untuk mencari ilmu menyedapkan suami. Saya explore setiap term yang digunakan oleh mereka ni. Saya buat solat hajat untuk suami agar suami berubah sampai terabaikan doa untuk anak-anak dan diri sendiri.

Saya pergi jumpa ustaz untuk ubatkan dia. Saya anggap beliau s4kit kerana bern4fsu seperti itu dan pasti ada ubatnya. Tapi saya gagal. Saya menyerah. Saya kalah. Saya sedar kini saya bukanlah intan terpilih untuk ubahkan dia. Saya boleh tahan lagi jika saya yang dipkul tapi bukan anak-anak.

Saya nampak anak-anak ketakutan. Saya tak mahu suatu masa nanti bila anak-anak dah besar anak-anak akan menyalahkan saya kerana pentingkan cinta daripada mereka. Lagipun betulkah suami saya mencintai saya? Jika cinta kenapa berulang-ulang isu ini terjadi. Saya perlu kuat untuk melangkah. Ini jihad saya. Keluar dari cinta yang saya agungkan.

Barangkali ini balasan kerana terlalu cintakan suami daripada Allah yang menciptakan rasa cinta itu. Rasa sangat susah. Perit dan luluhnya hati saya ini. Sehingga sekarang saya masih belum membuat apa-apa tuntutan mahkmah. Saya kena kuat memulakan semula hidup dengan anak-anak bermula dari kosong.

A1b beliau saya masih genggam kemas kerana saya tidak mahu anak-anak tahu walaupun beliau sendiri yang membuang anak-anak. Entahlah tindakan saya ini betul atau tidak. Selamat tinggal cinta. In shaa Allah Waffaa bersatu semula di syurga itu pun jika amalan kita selama ni diterima Allah.

Jika saya mampu katakan kepada beliau sesuatu ini adalah antaranya yang saya pernah baca : Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi rahimahullah berkata, “Taubat yang benar terkumpul di dalamnya empat hal, istighfar dengan lisannya, meninggalkan d0sa dengan badannya, meniatkan untuk tidak mengulanginya dan meninggalkan teman-teman buruknya.” (wallahualam). – Waffaa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Elvina cute – pendapat ikhlas sy, tinggalkan sje lelaki seperti ini, membanding2kn puan, selera yg tdk normal, pkul puan dn anak2, keras dlm berbicara, di mana kelebihan seorng SUAMI yg perlu diagung2kn? drpd membuang mse menunggu utk berubah, lebih baik puan bersedia dgn kekuatan baru bersama ank2

utk ke arah kehidupan yg lebih bahagia bersama ank2 puan…bertindak laa secepatnya, jngan sia2kn hari2 berlalu kosong…sy doakan akan ade hari2 bahagia menunggu puan dn ank2 puan..aamiiin3yra.

Zulhilmi hassan – Hi confessor. Saya kasihankan awak pada masa sama saya j1j1k dengan perangai suami. Saya tak boleh brain ayat “main dengan j4ntan lagi sedap..” auto dalam kepala saya “ewwww, what are you talking about?”. Percayalah confessor, kalau dia benar cintakan awak,

dia akan tinggalkan perbuatan j1jik itu apabila dia menikahi awak. Sejujurnya apa yang saya rasakan dia cuma berkahwin untuk mengaburi mata masyarakat. Maaf jika guris perasaan awak tapi awak perlu sedar. Awak berhak bahagia, bukannya memendam duka seperti sekarang.

Apa gunanya kekal dalam perkahwinan sekiranya awak tak bahagia? Awak berharap dia berubah? Janganlah awak mengharapkan sesuatu yang tak pasti, sesuatu yang awak tidak boleh kawal. Saya selalu bebel kat sini “you have to take control of your life”.

Jika perkara itu awak boleh kawal maka itu awak boleh berharap tapi mengharapkan seseorang tu berubah maka berhenti lah berharap. Dia sahaja boleh mengubah dirinya. Moga awak diberi kekuatan untuk cari kebahagian sendiri. Everyone deserve to be happy with or without a lover. Mana mana pun boleh.

Hayati mie – lelaki orang pun sekarang n4zak walaupun ada halal d depan mata..hari tu baca p3d0 walaupun laki orang..yang ni b1s3x pulak..makin runtuh la institusi rumah tangga macam ni.. tapi bila husband cakap lebih sedap main dengan jantan tu..bukan dah jatuh hukum ke..tapi hukum ape saya xpasti..

puan xbermula dari bawah..puan masih ada kerjaya..ada anak ke? atau anak tiri tu?kalau anak lelaki, selamatkanlah anak tersebut dari d g0da oleh c bapa..hari tu, selamatkan anak perempuan dari bapa..n4zak moral lelaki sekarang walaupun d lihat luaran, boleh proceed untuk ke gerbang perkahwinan.

Sumber iium