“Dh la gelap, muka xikut aku”. Rasa kosong bila tgok ank sulong aku. Bila mgadu dkt suami, dia buat xtahu smbil marah. Aku buntu

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi baca luahan ku. Harap para pembaca dapat bantu berikan nasihat yang berguna untuk masalah yang aku akan cerita kan ni.

Nama ku Farah. Aku ialah seorang isteri dan mak kepada dua orang putera. Sebelum ni aku bekerja sebagai pensyarah tetapi berhenti setelah melahirkan anak kedua ku. Penat nak pjj dengan suami aku. Yelah macam mana aku nak handle kerja dengan handle dua orang anak lagi.

Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti dan pindah duduk bersama dengan suami ku. Anak ku yang sulung berumur 3 tahun dan yang kedua berumur 6 bulan. Sebelum aku teruskan penceritaan, aku cerita dulu punca masalah yang aku hadap sekarang ni.

Sewaktu aku mengandungkan anak sulung ku, aku banyak makan hati berulamkan jantung dengan perangai ‘anak mak’ suami ku. Aku tak nak cerita lebih hal tu aku terus skip part delivery. Aku beranak tanpa ditemani suami. Hanya mak dan ayah aku yang temankan aku dari mula masuk hospital sampai la aku melahirkan anak sulung ku.

Terima kasih mak dan ayah sanggup susah payah kehulu kehilir temankan farah. Suami ku sibuk bekerja dan tidak dapat pulang. Keluarga mertua ku langsung tidak datang menjenguk. Dalam tempoh berpantang, aku selalu juga hantar gambar anak ku di dalam whatsapp group keluarga mertua ku.

Tapi selalunya aku akan dapat response yang kulit anak aku gelap. Atau anak ku muka ikut ayah mertua ku. Atau muka adik ipar ku. Atau muka suami ku. Langsung tak ada sedikit yang ikut muka aku. Aku taktau la orang lain fikir ni hal kecil tapi aku mula makan hati.

Aku jadi benci dengan anak aku kerana dia langsung tak ada ikut muka aku. Dalam tempoh berpantang aku jadi str3ss. Aku sekadar jadi tempat melahirkan anak ku sahaja. Rasa kosong bila lihat anak aku. Susu aku makin berkurang. Aku cuma mampu susukan anak aku selama sebulan sahaja.

Aku cuba lawan perasaan benci terhadap anak aku. Lama kelamaan aku makin sayang dengan anak aku. Tapi kata kata kulit anak aku gelap, muka langsung tak ikut muka aku masih ada berkicauan tapi aku buat buat tak dengar. Aku ada suarakan hal ni pada suami aku tolong jangan bagi orang lain cakap macam ni pasal anak aku.

Aku takut aku benci balik anak aku. Suami aku buat tak tahu malah dimarahnya aku lagi. Kata apa salahnya kalau anak aku ikut muka keluarga dia tak ikut muka aku. Banyak kali juga kami bergaduh hal ni.

Aku mula terima yang anak aku tak ikut muka aku langsung dan secara jujurnya aku memang tak ada masalah. Jadi masalah bila aku terpaksa dengar benda ni berulang ulang kali selama 3 tahun. Anak sulung ku kian membesar dan dia banyak menghabiskan masa dengan keluarga mertua ku.

Setiap minggu aku akan disuruh hantar anak sulung ku ke rumah mertua ku. Perangai anak aku langsung tak boleh ditegur dan perangainya banyak mengikut keluarga mertua aku. Aku jadi benci marah. Aku tahan diri dari pkul anak aku tapi bila dah penat bekerja aku terlepas juga pkul dia.

Kadang kadang aku menangis tengok muka anak aku bila dia tidur. Kesian kenapa dia dikurniakan mak macam aku. 3 tahun berlalu aku dikurniakan anak kedua ku. Kali ni aku ambil keputusan untuk ajak suami ku pindah jauh dari rumah mertua ku. Suami ku setuju.

Kami jadi lebih gembira dan alhamdulillah kami langsung tidak bergaduh. Berbeza bila kami duduk dekat dengan mertua. Setiap hari ada sahaja aku tak puas hati. Setiap hari ada saja muka keluarga mertua ku di rumah aku. Weekend pula kena pergi rumah mereka.

Sama seperti dahulu, aku selalu hantar gambar anak anak aku dalam whatsapp group mertua ku. Aku jadi pelik. Mereka tak akan puji anak kedua ku. Mereka akan puji anak sulung ku sahaja. Comel hensem dan segalanya yang baik baik. Untuk pengetahuan semua, anak kedua ku banyak ikut muka ku.

Selalunya orang akan lebih puji anak kedua ku putih comel dan sebagainya. Aku cuba nak abaikan tapi makin lama makin terserlah perangai mereka yang seakan mengenepikan anak kedua ku. Anak sulung ku pula makin lama perangainya memang ikut keluarga mertua ku. Perangai apa aku tak nak bagitahu.

Senang cerita perangai dia opposite dari perangai ku. Setiap hari anak aku akan minta nak balik rumah mertua ku. Macam macam aku belikan untuk dia. Apa yang dia nak terus aku belikan. Tapi masih dia nak balik rumah mertua aku. Aku makin benci dengan dia.

Kalau cium dan peluk anak sulung ku pun sekadar cium dan peluk langsung tiada perasaan kasih dan sayang. Berbeza bila aku cium dan peluk anak kedua ku. Aku tidak mahu perasaan ni berlarutan. Aku tidak mahu jadi mak yang benci dengan anak dia sendiri. Para pembaca sekalian, tolong bantu aku hilangkan rasa benci ni. – Farah (Bukan nama sebenar)

Reaksi wargenat

Nur asmihan – Nak komen panjang tapi malas pulak nak menaip..cuma nak cakap sampai sekarang tak boleh nak hadam mak yang jenis tak boleh terima kalu anak2 tak ikut muka dia..ape salahnya klu ikut muka ayah atau family belah ayah?dah memang benihnya dari ayah kan…

ikut muka sape tu bukan kuasa kita yang tentukan.. Lagi satu bila baca ni rasanya yang ade penyakit hati tu tt sebenarnya… biarlah orang nak pilih kasih anak cucu yang mana dorg nak sayang yang penting kita mak ni jangan nak pilih kasih dgn anak2..budak2 ni boleh rasa sape yang betul2 sayang dia..

so jgn salahkan ank klu dia lebih rapat dgn family mentua bila maknya sendiri pun ade rasa benci kat anak tu.. Hmm terpanjang jugak komen ni.

Chintayon – Patutnya tt happy, muka anak ikut mcm husband. kalau tk nt kena fitnah pla bukan benih suami. lagi haru nk menahan. Kalau husband berkulit gelap, tt berkulit putih memang akan ad anak yg ikut ayah or mak. Anak2 lahir ikut ciri2 yg ada pada ibu & bapa, bukannya diorg dpt pilih warna kulit or rupa diorg.

Takkn tt tk tahu pasal ne sedangkan tt educated, kerja pun sbgi pensyarah.. anak sulung tu da terbiasa dgn keluarga mentua, lgpun tt sendiri setuju nk hntr kat rumah mentua. you reap what you sow. Lagi satu yg pelik, bila org ckp ank sulung tt gelap, tt terasa. bila org kata anak sulung hensem then anak kedua tk dipuji, tt kecik hati. Actually apa yg tt nk sbnrya ?

Cik ros – Kau ni meroyan beranak kot. Dah la pilih kasih. Mak macam kau la nanti anak buat confession kat sini pulak. Luah mak pilih kasih sejak dia kecik. Hanya kerana warna kulit dan oaras rupa kau pilih kasih.
Tak nak anak hitam jgn la kawen dgn org hitam.

Tak nak muka suami kau.. Kau kawen la dgn org muka lebih kurang mcm kau jer. Allah baru uji anak hitam dan muka tak sama mcm kau pun dah gelabah benci dan pukul budak tu. Tak paham la aku mak mcm ni. Padahal bawa bdk tu 9 bln dan beranak bdk tu. “Perangai anak aku langsung tak boleh ditegur dan perangainya banyak mengikut keluarga mertua aku.

Aku jadi benci marah. Aku tahan diri dari pkul anak aku tapi bila dah penat bekerja aku terlepas juga pukul dia.”. Budak tu baru 3 tahun kau label dia ikut perangai keluarga mentua. Perangai kau lgi teruk dr dorang sbenarnya. Elok kau buat rawatan ps1k1atri la. Kalau kau kategori normal elok kau lempang diri sndiri.