“Rmhtgga hambar, xde spark”. Sbb sibuk lyn cerita k0rea dkt stahun xlayan suami, mlm tu juga aku tarik suami, rasa ringan lps tu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya perkenalkan diri dahulu. Seorang wanita, berumur awal 30an. Sudah berkahwin selama 5 tahun dan setakat ini kami mempunyai seorang cahaya mata.

Kami bertugas sebagai orang kata time PKP ni ‘frontliner’ lah. Memang betul-betul ‘front’ duk jolok hidung ke tekak pesakit tu. Sebelum jadi frontliner ni kami berdua sibuk bekerja oncall postcall macam orang tak waras. Demi membesarkan anak kami yang sentiasa dibawah jagaan orang lain

kerana kami terikat dengan tugas yang lebih mementingkan ny4wa pes4kit daripada nywa anak sendiri. Rumahtangga kami hanya berpaksikan anak seusai kerja. Rumahtangga kami berasaskan hanya anak semata. Sehingga kami lupa menjadi suami-isteri.

Tiada gelak tawa, tiada ramah mesra, tiada borak kosong di waktu senggang. Tiada adegan cuit-muit mesra seperti awal perkahwinan. Basically hubungan kami hanya dua insan yang membesarkan anak dan sibuk sangat bekerja. Hambar.. dan sesungguhnya aku sedih. Rindu. Tapi hmm itulah pendam.

Malah kami tiada adegan bersama hampir setahun. Beriaa aku ingat eh suami selingkuh ke, ada perempuan lain ke. Tapi hasil penyelidikan bertauliah secara persendirian memang takda bayang-bayang orang ketiga. Kami kerja satu hospital.

Memang aku kenal semua in/out staff yang kerja dan orang yang suami aku berkawan, berborak. Sehinggalah PKP terjadi dan Ramadan tiba. Awal-awal apabila diumumkan PKP. Mak aku terkandas dirumah kami, dan sejak dari itu mak tolong jaga anak kami sebab sekolah dan taska kan tutup.

Tup tup muncul pulak cerita korea World Of The Married tu. Mak aku boleh layan cerita tu sampai episod 12 sekarang ni. Pada masa yang sama, dia paksa aku tengok sekali. Aku pun join lah sekaki tanpa rela. Saje saje tengok time lunch hour.

Satu episod aku amik masa 3 hari baru habis. Yelah aku kerja tengok pesakit kobid manada masa nak tengok sampai habis sekaligus. Tapi cerita tu sumpah buat aku cuak sebab lelaki tu cukup licik sorok hasil hubungan sulit dia dengan perempuan lain.

Aku duk terbayang suami aku buat benda sama ke. Sampai lah kami berbalah. Ye brbalah sebab cerita korea tu. Brblah sebab tiba-tiba aku meletup aku cakap “Saya rasa awak ni macam Mamat ni lah. Sorok perempuan lain belakang isteri”. Suami aku apalagi em0 lah dia tiba-tiba kena tuduh.

Hasil pergaduhan (lebih kepada argue mulut) aku pindah tidur bilik lain. Aku nangis teruk satu malam tu. Yang lebih menyedihkan bila mak aku sendiri cakap rumahtangga aku nampak hambar. Takda spark. Macam member je. Terus aku menangis tak berlagu dan aku ceritakan hampir semua pada mak aku.

Aku rindu nak bermesra dengan suami aku. Aku rindu nak peluk dia, nak bergurau dengan dia. Setahun beb semua ni dah tak lagi berlaku sebab KERJA.. tahu macam ni aku tak nak jadi penjawat kesihatan. Aku dan suami akhirnya tak bercakap selama 3 hari

dan pertama kalinya tidur asing juga 3 hari. Esoknya merupakan hari pertama berpuasa. Dan merupakan hari dimana suami aku akhirnya ajak berbincang untuk selesaikan segala kemelut dalaman kami. Aku hamburkan semua isi hati aku, semua keinginan dan kerinduan aku pada rumahtangga kami yang macam dulu.

Aku menangis sambil aku luahkan segala. To my surprise, suami aku pun nangis.. huwa! Dia peluk aku kuat-kuat. Dia cakap dia pun rindu. Dia cakap dia ingat aku yang selingkuh LOL. Dan kami reconcile. Sungguhpun sebenarnya ada saki baki eg0, em0si yang belum sehabisnya selesai.

Aku cakap kat suami, “Sepanjang ramadan ni kita solat jemaah boleh? Solat jemaah tuk mana-mana waktu solat yang ada” Aku tak tahu macam mana tetiba tercetusnya permintaan macam tu. Sebab kami tak pernah solat berjemaah. Dan aku terkejut, suami aku setuju.

Dan sepanjang 19 hari berpuasa ni, kami berjaya solat jemaah bersama tanpa gagal. Ada yang jemaah time maghrib, kadang subuh, kadang zohor lepas postcall. Kerja kami kadang-kadang tak berjumpa. Ada kejap dia kerja malam, aku kat rumah. Aku oncall 36 jam, dia kat rumah.

Asal mana yang boleh, kami solat bersama. Sejak kami solat berjemaah bersama (pertama kalinya selepas 5 tahun berkahwin), ya Allah, kau nak tau apa jadi? Hubungan kami pulih. Pulih yang macam tak terbayang dek akal. Dan terasa manisnya lebih dari masa awal-awal berkahwin.

Kalau ada emoji nangis tu dah lama aku attached kat sini. Hiba, syahdu, sedih, terharu semua ada. Manisnya rumahtangga datangnya kembali bila kami mula solat berjemaah. Kalau aku tahu, dari awal kahwin kitorg solat berjemaah macam ni. Hubungan kami macam orang baru bercinta sampai mak aku tegur.

Mak aku kata rumah kami rasa ‘ringan dan tenang’. Allah. Terima kasih ya Allah. Betul lah, solat berjemaah ni pengikat hati. Dalam solat berjemaah, kita akan diajar untuk taat kepada imam, solat di awal waktu iaitu menepati masa, menutup aurat dan sebagainya.

Ini dapat disamakan dengan sebuah perkahwinan di mana ia menuntut isteri untuk patuh kepada suami selagi mendatangkan kebaikan begitu juga anak-anak patuh kepada orang tua. Dan banyak hikmah solat jemaah bersama suami. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Sekiranya ada salah faham ianya tak berpanjangan kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa mesti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing.

Rumah kita akan disukai oleh Malaikat Rahmat kerana malaikat Rahmat menyukai rumah-rumah yang rukuk yang dan sujud (solat). Patutlah mak rasa ‘ringan’. Dah masuk 10 malam terakhir ni, jom pakat-pakat solat berjemaah dengan suami. Semoga dirahmati dan perkahwinan dilindungi.

Oh ye, hasil aku dan suami kembali berbaik, aku mengandung anak kedua. Lama aku tunggu guys. Doakan urusan kami dipermudahkan. Thank you! – Dr. Frontliner (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet:

Rofidah azmin – Dedua salah paham. Tq bertugas utk negara, berkorban utk kami. Kami duduk kat umah bebaik, kami x pegi beraya. Alhamdulillah n happy for both of u.

Haliza Haljah – Barakallahufeekummm Dr. Mula mula baca nak ng4muk dah tadi, bila Dr pi tuduh suami, eh tapi tak jadi bila suami Dr buat lawak ingat Dr yg selingkuh. Haih la macam macam cerita kat IIUM ni kan.. All the best Dr more years to gooo.

Azizi Azuari – Sebenarnya kehidupan kne letakkan Allah dihadapan kita.. Hatta nk tido pn dahulukn allah dgn doa.. Bgun tido dahulukn allah..

InsyaAllah semoga kite tergolong dlm golongan yg dpt redha allah.. Yg sntiasa dpt rahmat allah.. Sentiasa memiliki kasih syg allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.