“Menumpang kasih suami”. 4thn kawen hati suami masih pd Iza. Bila tahu Iza kawen suami mula brubh. Aku buntu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Luahan perasaan seorang menantu yang ingin menumpang kasih seorang ibu. Luahan perasaan seorang isteri yang inginkan kekuatan untuk jujur kepada suami.

Aku namakan diriku Farah (bukan nama sebenar). Berkerjaya. Umur 35. Seorang anak yatim piatu seawal umur 10 tahun. Hanya ada aku dan abang. Alhamdulillah kami berdua berjaya dalam bidang masing-masing dan kami pun sudah berumah tangga. Mungkin aku bernasib baik dalam pelajaran dan kerjaya tapi bukan dalam bab kasih sayang.

Aku berkenalan dengan suamiku yang aku namakan sebagai Fazeer selepas habis SPM. Cinta pertamaku dan kami sama-sama belajar di Universiti yang sama. Kami berkawan dan akhirnya bercinta. Tapi aku bukan cinta pertama nya. Aku tidak pernah ambil tahu siapa bekas kekasihnya,

nama nya or apa2 yang berkaitan dengan his past dari mula berkawan sehingga kami bersama. Sehinggalah tahun kedua kami bersama, aku terbaca chat Fazeer (bukan nama sebenar) dengan perempuan yang aku namakan Iza. Aku tak ready lagi nak tanya siapa iza dan hubungan mereka.

Aku stalk dekat fb and jumpa FB Iza dan keluarga Iza ada dalam friendlist Fazeer. Aku biarkan dulu semua itu dan aku anggap yang mereka hanya berkawan. Lama kelamaan kami jauh dan kurang komunikasi tapi kami masih bersama kerana dia telah membawaku berjumpa dengan keluarga nya.

Habis belajar sementara tunggu convo, kami berdua masing-masing focus cari kerja dan hubungan kami masih tidak berubah. Mungkin kerana aku terlalu sayang dan dia tidak sampai hati untuk berterus terang. Dalam masa yang sama, naluri aku sebagai seorang perempuan tahu yang dia dan Iza bersama.

So aku jadi detektif conan st4lk mereka berdua, Dan baru aku tahu yang Iza adalah first love Fazeer dan keluarga mereka masing2 kenal sebab berasal dari kampung yang sama. Dan tanpa aku sedar, mereka menjalinkan hubungan di belakang ku.

Tapi aku dengan b0dohnya mendiamkan diri kerana aku terlalu sayang dengan Fazeer. Terus terang, Fazeer sangat baik, dia ada semua ciri2 yang perempuan nak kecuali satu… dia tak sayang aku. Tiba masa kami convo, aku beritahu Fazeer yang aku tidak akan pergi sebab family aku tiada.

Abang kerja di Kuwait and bawa family dia bersama. Fazeer pujuk aku pergi dan janji yang dia dan keluarga dia ada untuk aku. So aku dengan hati gembira setuju tapi selepas majlis convo, dia tinggalkan aku sebab nak celebrate dengan Iza. Itu pun aku tahu sebab Iza post dekat instagram.

Selepas convo, kami berdua dapat kerja dan mula busy dengan kerjaya masing2. Hubungan dia dan Iza semakin bahagia tapi kami masih bersama sebab nak cover depan parent dia. Family dia anggap dan layan aku macam anak sendiri. Ibu Fazeer selalu rancang pasal majlis kami dan aku selalu pujuk hati sendiri supaya jangan terlalu berharap.

One day, aku terserempak dengan mereka berdua di kedai makan. Mungkin sebab aku memang dah lama tahu tentang hubungan mereka, aku cool dan lebih bertenang. Kami bertiga duduk sama dan berbincang. Fazeer berterus terang tentang hubungan mereka dan confess yang dia hanya sayangkan Iza dari dulu sampai sekarang.

Dia langsung tiada perasaan kepadaku dan anggap aku hanya seorang sahabat. Iza pula sedia maklum tentang aku dan confess yang mereka terpaksa berdiam diri sebab kerana aku, Fazeer tak berani nak bawa Iza jumpa keluarga. Mereka terus terang yang keluarga Iza merestui hubungan mereka dan tengah rancang untuk bertunang.

Aku diam dan aku cuma mampu cakap yang aku akan undur diri. Hanya Allah tahu betapa aku sayangkan Fazeer dan hancurnya hati aku. Seminggu selepas kejadian, aku pergi ke rumah Fazeer dan aku mintak maaf kepada keluarganya sekiranya aku mungkin tidak dapat jumpa mereka lagi selepas ini.

Mereka dah tahu kejadian sebenar dari mulut Fazeer sendiri dan ibunya terlalu kecewa kerana dia sayangkan aku. K0nflik bermula apabila ibunya menyuruh Fazeer memilih aku dan berkahwin pada tahun itu juga. Macam2 jadi antara aku, Iza dan Fazeer dan akhirnya kami bertunang.

Aku tak tahu apa perasaan Fazeer. Tapi aku tahu yang aku terpaksa dengan kehendak ibunya. Aku mainkan peranan untuk melambatkan pernikahan kami. Aku mohon untuk transfer ke negeri lain dan selama 2 tahun kami bertunang, aku sentiasa beri peluang kepada Fazeer untuk memutuskan hubungan kami dan bernikah dengan Iza.

Aku tak nak kerana aku, Fazeer hilang Iza. Tapi rancangan dan takdir Allah, kami pun bernikah. Selepas nikah, aku minta Fazeer sayang aku sebagai seorang isteri amanah yang Allah beri. Dan aku berjanji selagi aku isterinya, aku akan jalankan tanggungjawab sebgai seorang isteri.

Fazeer seorang yang bertanggungjawab, sayang kedua ibu bapa nya, dia jaga aku, cukup makan minum aku. Hubungan dia dan Iza pun putus dan mereka tidak lagi berhubung. Tapi aku tahu sayang dia hanya untuk Iza. Aku terjumpa gambar Iza dalam walletnya. Aku check handphone, media s0cial semua tiada lagi Iza.

Kami tidak pernah honeymoon, bercuti bersama kerana kami hanya mesra di depan keluarganya sahaja. Di rumah, kami tetap tidur sebilik, sama2 turun kerja dan dia rajin bantu aku buat kerja rumah. Tapi Fazeer sayangkan aku tak lebih dari Iza. Tahun ke 3 kami berkahwin, Fazeer membawa aku mengerjakan umrah.

Aku terkejut tapi aku bersyukur kerana dia menghormati aku sebagai isterinya dan mbawa aku ke rumah Allah. Di sana aku doa yang terbaik untuk kami berdua dan aku doakan suami aku bukak hati nya untuk aku. Selepas balik dari umrah, kami semakin baik dan dia mula bermesra dengan aku.

Tapi selepas dia terima kad undangan pernikahan Iza, dia mula berubah dan menjauhkan diri dari aku. Aku tahu dia kecewa. Balik dari rumah, dia mandi.. solat.. makan.. rehat dan tidur. Rutin setiap hari. Hari ini genap tahun ke 4 kami bersama. Aku sedih kerana aku tak mampu menandingi Iza.

Aku sedih kerana aku bukan lah isteri yang terbaik untuk dia. Aku sedih kerana aku, dia tak gembira. Dan kerana aku, Fazeer tak dapat bersama cinta sejatinya. Kadang kadang aku terfikir untuk minta dilepaskan, tapi aku rindu kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Ibu bapa mertuaku amat menyayangi ku dan aku tak mahu kehilangan mereka. Dan aku selalu ingin terus terang kepada Fazeer yang aku mahu dia sayangkan aku selayaknya seorang isteri. – Farah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Marini othman – Rasanya awak dah buat yang terbaik dan jalankan tanggungjawab dgn baik.
Suami pun dah buat yg terbaik dan jalankan tanggungjawab dengan baik. Iza pun tak ganggu rumahtangga awak setelah awak berkahwin. Mungkin Iza ada istimewanya tersendiri.

Tapi pasti awakpun ada keistimewaan yg tersendiri. Sebab akhirnya dia pilih awak.
Bersyukur dulu utk itu. Iya.. hati dan perasaan yg paling dalam ni.. Allah pemegangnya. Minta dari Allah bukan dari suami.

Tapi teruskan be the best version and the most beautiful version of you. Buat kerana Allah…sebab bila kita buat kerana manusia kita akan kecewa. Buat kerana Allah…sebab itulah yg akan berikan awak senyuman bahagia.

Sabrina salleh – Dear, sayangi diri dulu please. Kalau awk nk teruskan lagi hubungn ni bagi dia masa. Dan tak tahu berapa lama y dia perlukan utk move on. Sesuatu y bukan dlm kawalan awk biarkan sbb klau awk cuba juga nk mengawal takut nnti awk y akan cedera.

Bagi suami awk masa utk dia terima takdir. Syukur sbb sayang mcm mana pun dia tak buat perkara y tak betul. Awk dpt mertua y sayang kan awk, fokus y tu. In Shaa Allah awk dpt hadiah kan cucu utk mereka nnti. Soal anak, adakah anak akan jadi pengerat kasih sayang?

Susah nk cakap tp jgn berharap sbb takut kecewa lagi teruk. Setiap org perlu melalui Fasa sedih. Bagi dia masa k… Mcm awk cerita dh buat mcm2 utk berpisah tp jadi jugak kahwin maknanya mmg dh jodoh awk. Ujian setiap org tak sama.

Izzati aisyie – Puan, sy letih la dgn cerita perempuan yg weak mcm puan. Sbb sy pun sgt weak dl. Sy berk0rban segalanya utk suami sy. Sy carikkan dia kerja, sy tggung hutang dia ms awal kawin, duit berhabis sbb konon2 sama2 susah. Even dh berkali Kali kant0i dgn perempuan yg berlainan,

mak & mertua sy tetap pujuk utk sy ‘fikir anak’ sbb Kami ade 2 org putera. Puan, sebab dia sy depr3ssion. Sebab dia sy anx1ety. Sebab dia sy on ubat. Puan tau x, gmbr sy dgn dia xde pun dia upload kt socmed dia. Kalau ade pun gmbr yg sy tgkp. setahun sekali pun ssh.

Sy sabar, sabar, sabar sampai la kali ke 8.
Puasa baru ni sy jmpa lagi msg dia dgn perempuan. Lepas ape yg sy k0rbankan, sy rasa that’s it. Sy benci jadi weak. Sy benci berk0rban utk org yg tak hargai sy. Sy bazirkan 8 tahun dgn org yg tak bangga sy jadi isteri dia.

Now sy proceed dgn tuntutan cerrai. Dia d3ra sy ment4lly. Sy dh xde perasaan kt dia Puan. Semua tawar. Xde sedih dh. So sy harap puan jgn la jadi bpdoh mcm sy. Tarik diri awal2 dr jantan yg x reti hargai Kita. Kita blh berk0rban utk org yg hargai Kita Puan, bkn utk jantan keparat yg asik ingt betina lain dlm hidup dia (oopss em0). Good luck puan.

Sumber iium