B0dhnya aku. Ke hulu ke hilir isteri pergi mgurut sbb ditudh lambat mgandg. Aku diamkan wlpn tahu kita sibuk.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya buat admin dan pembaca page ini. Aku rasa terpanggil untuk confess disini selepas membaca confession ni,

200km jarak umh mertua, tiap mggu wajib balik. Bila xbalik mcm2 ditudhnya. Beria2 cari salh aku. Aku nekad wlpn ap yg jadi.

Entahlah, terasa seperti confession ni adalah tulisan isteri aku. Sesak dada aku rasakan selepas baca point of view seorang isteri. Jika sebelum ni aku lihat isteri ‘diser4ng’ (read: dis1ndir, dimarah, dim4ki) oleh mak dan adik perempuan aku, aku sebagai suami dan anak lelaki, nampak biasa-biasa saja.

Maklumlah dah lali dengan ‘bahasa’ mereka sebagai anak sendiri. Rupanya isteri aku dah tanggung derita lama hanya kerana mulut mereka. Disaat Pal3stin diser4ng physically, disaat ada isteri dikasari physically, isteriku diser4ng ment4lly! Sayang, abang memohon sejuta kemaafan di atas segala salah silap abang, dan juga keluarga abang.

Teringat lagi tahun pertama perkahwinan kita, kita berjaya balik ke rumah family abang hampir setiap hujung minggu walaupun kita sama-sama sibuk bekerja. Abang teringat lagi sayang yang selalu belanja mereka makan dan jalan-jalan. Tapi sayangnya jika sesekali kita tak dapat balik,

adik perempuan abang tuduh sayang ikat kaki abang-ibarat sayanglah suami yang control abang. Adik pula disokong oleh mak abang. Abang cuma butakan mata waktu itu dan diamkan diri saja dan tak pertahankan sayang. Bod0hnya abang. Teringat lagi waktu tu, sayang belum mengandung selepas setahun berkahwin,

mereka suruh sayang urut ke sana ke sini, seolah menyalahkan sayang punca lambat mengandung. Sedangkan waktu itu, kita sama2 penat dan tiada masa bersama untuk sama-sama berusaha. Sekali lagi abang diam dan tak back up sayang, b0dohnya abang. Abang ingat lagi kita berdua pergi bercuti berbulan madu pada hujung minggu dan tak balik ke rumah family abang,

Tapi sayang berkeras untuk singgah sebentar ke rumah mereka untuk kirimkan buah strawberry, sekali lagi sayang diser4ng adik abang, katanya pergi bercuti boleh, balik rumah mak ayah tak boleh. Dan sekali lagi abang diam tak pertahankan sayang, b0dohnya abang. Sedangkan dalam setahun jika ada 52 minggu, hampir 45 minggu kita balik ke sana,

hanya beberapa kali saja tak dapat balik. Mereka tetap tak nampak kebaikan sayang, malah keburukan yang sedikit tu juga yang dicanang-canangkan. Yang disindir-sindirkan. Selepas setahun sayang dah tak mampu bertahan, Alhamdulillah Allah rezekikan untuk kita duduk sendiri di rumah kita.

Dan tiada alasan lagi bagi mereka untuk tuntut kita pulang ke rumah mereka setiap minggu. Kerana sebelum ini mereka beri alasan, 2 hari di rumah mereka, 5 hari di rumah family sayang. Selepas hidup sendiri, barulah ada rezeki untuk sayang lekat zuriat kita. Alhamdulillah.

Walaupun kita dah tetapkan untuk pulang ke rumah keluarga masing2 sebulan sekali, family abang tetap datang ke rumah kita setiap 2 minggu. Abang tahu sayang tertekan kerana baru nak hidup dengan penuh privasi dengan abang, tapi tetap diganggu. Silap abang kerana tak tegas dengan mereka.

B0dohnya abang. Sampailah waktu abang ditamatkan kontrak, abang rasa down dan inferior dengan sayang. Lihat kejayaan sayang & achievement sayang, sayang mmg wanita yang hebat. Abang rasa rendah diri. Ketika itulah abang hanyut bila ada betina yang datang dlm hidup abang.

Yang sentiasa memuji kehebatan & kejayaan abang dengan hanya memandang sisi kebahagiaan di instagram kita. Sedangkan segala2 yang diperlihatkan adalah milik sayang. Abang hanyut, lalai dan terbuai dengan dunia tipu-tipu. Dan abang percaya, jika betina itu tahu segala kejayaan adalah milik sayang,

sebelah mata pun dia takkan pandang abang. Abang menipu dan ditipu dalam dunia khayalan ciptaan abang sendiri. Sedangkan yang bersusah payah ketika kejatuhan abang, adalah sayang. Abang teringat lagi nasihat sayang untuk abang hidupkan kembali karier abang, demi majukan diri dan keluarga tetapi dibiar sepi oleh abang.

Abang masih dibuai dalam khayalan. Sampailah sayang mengadu pada mak abang, untuk memperbetulkan silap abang yang culas nafkah ketika itu. Bukan sahaja sayang dituduh sukakan abang hanya ketika abang berduit oleh mak abang, malah ibu ayah sayang juga dituduh sukakan menantu(abang) ketika abang berduit.

Ya, abang baca whatsapp mereka. Berat tuduhan mereka, sedangkan ibu ayah sayang terlalu baik dengan abang. Mulianya hati mereka. B0dohnya abang. Sehinggalah abang tersasar jauh, dan abang teringat lagi, sayang meminta untuk family abang datang ke rumah kita untuk ambil abang semula.

Tapi selepas abang merayu tak mahu ikut mereka dan merayu tak mahu tinggalkan sayang, abang lah manusia paling bahagia selepas dianugerahkan peluang kedua oleh sayang. Dan pada waktu ini, selepas segala kesakitan dan pengkhianatan yang sayang rasai, family abang masih sama seperti dulu, tiada empathy untuk sayang.

Abang faham jika sayang dah tak dapat terima mereka lagi. Abang anggap ini adalah balasan untuk abang, sebab sia-siakan sayang dulu. Biarlah abang tanggung sendiri dosa ‘derhaka’ terhadap mereka, asalkan em0si dan kesihatan ment4l sayang terjaga. Ambillah masa seberapa lama yang sayang mahu. abang takkan paksa sayang terima mereka kembali.

Walaupun sayang dah tawar hati dengan mereka, namun sayang tetap ingatkan abang untuk selalu pulang jenguk mereka. Mulianya hati sayang. Cuma mungkin buat masa ini, hati abang belum terbuka lagi untuk pulang. Sebab abang tak mahu tinggal-tinggalkan sayang lagi. Abang serik.

Alhamdulillah berkat kesabaran sayang, abang direzekikan kerja baru, malah yang lebih baik dan lebih stabil. Abang percaya ini rezeki sayang dan anak2. Abang berjanji untuk jaga tanggungjawab abang sehabis baik selepas ini. Abang doakan Allah sembuhkan segala kelukaan sayang,

beri sayang kekuatan dan ketabahan untuk jalani hidup mendatang bersama abang dan anak-anak kita. Abang juga doakan moga terbuka hati keluarga abang untuk sedar kesilapan mereka dan dapat menerima sayang seperti anak sendiri. Semoga tiada lagi mereka tutup mata atas segala kesilapan abang terhadap sayang selepas ini.

Tegurlah anak lelakimu ini jika tersasar, jika betul sayang pada diri ini. Dan abang doakan moga hubungan ini dapat jernih kembali. Para pembaca sekalian, mohon doakan hubungan aku dan isteri utuh sehingga ke syurga. Peringatan untuk kaum lelaki, selepas berkahwin, anggaplah isteri sebagai tag-team.

Saling2 mempertahankan sesama sendiri. Jika isteri berterusan ‘diser4ng’ oleh keluarga kita, keluarkanlah isteri daripada situasi itu, sebelum hubungan makin keruh. Tak adil jika sebelah pihak saja asyik beralah dan bersabar manakala pihak satu lagi berterusan menghentam. Kita sebagai suamilah pelindung isteri kita. Jangan sampai kebaikan isteri dipijak dan dipergunakan.

Takut tiada lagi kemaafan nanti jika hati isteri terlalu terluka. Malah lebih teruk lagi, takut bukan sahaja family kita menganiaya isteri kita, takut kita juga terjebak menganiaya isteri kita, dek kerana terpengaruh dengan mereka. Maafkan Abang, Sayang. Doakan aku! Semoga menjadi pengajaran buat semua. – Abang yang berdosa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Sofiah aminullah – Sis nk luahkan sikit pandangan sis. Sis faham kalau org yg dianiaya confess kt sini, although sis tk galakkan..tp sis fhm, maybe dia tkde tmpt nk luahkan dan org sekeliling dia mmg kayu kot, smpi dia terpaksa menulis utk relase str3ss. Tp kenapa org yg nk mntk maaf kena confess kt sini ye? Tk fhm!.

Kenapa tak ngadap muka isteri tu mntk maaf, beli bunga ke, bwk jln2 ke (lps pkp la), beli emas ke (klu tk mampu beli Pandora ke)..rasanya mcm tkde hasil gi mntk maaf kt confession ni. Isteri ni (yg tk materilistic la) senang je nk pujuk. Kau jgn buat onar lg, kau tunjukkan betul2 kau dh berubah,

bg nafkah sewajarnya, sama2 galas tggjwb urusan rumah (bukan tlg ye, sama2 buat!), InsyaAllah dia ok nnt. Tu kalau dia tk tawar hati lg la. Sesekali bg hadiah, tk mampu beli mhl2, belikan coklat yg dia suka..tu pun dia dah boleh senyum lebar k.

Qisara aisyah – Bro u have great wife n u owe her for yr entire life. Die m4ti 3x lahirkn zuriat utk bro, die kene ment4l torture dih1na disakitkn hati oleh family ko, ko curang die terluke, die yg byk tanggung anak2 n keluarga & byk lagi kesilapan ko pade die.

Moga bro istiqomah utk sayangi n pr0tect yr wife. Lepas ni, klu wat slh lagi tiada peluang kedua. Die mabe akn brpisah sbb da penat n tawar hati dgn bro. She deserve better. So watch out. Hargai n sayangi die smp akhir hayat. Jauhi die drpd keluarga toksik ko.

Balik kg tiap minggu tu xboleh blah. Psycho btol family ko. Mane la nak ade privasi laki bini. Now xpayahla blk kg lagi, sbb family ko tu t0ksik. Bende2 t0ksik ni elok dibuang dlm longkang n dijauhi. Bahaya blh bwk mati n sakit mental.

Hartinie mohd – Keluarga mertuamu t0ksik! Takde kerja lain ke anak beranak tu ser4ng menantu, aku rasa kalau adik dia kawin dapat mil or iparduai lagi teruk drpd yg dia buat kat anak orang baru padan muka. Orang tu dah kawin bio la dia hidup cara dia yg ko sibuk apesal.

Cuma aku nak pesan le, kadang bila selalu jumpa memang ada je tak kena, cuba kalau jarang balik baru la ada rindu2 so takyah kerap sgt balik lebih baik uruskan rumahtangga yang baru dibina. Setel

Sumber iium