Mlm hari lahirku, aku dicerraikn saat 5bln mgandg ank kembar. Dgn ank 8org, tgamam aku dgr alasan suami.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya telah berkahwin pada usia yang agak awal daripada kawan- kawan dan juga berkahwin dengan lelaki pilihan hati saya. Saya dan juga suami telah berkenalan daripada bangku sekolah sehingga kami berkahwin.

Sehingga kini saya telah melahirkan 8 orang anak lelaki. Pada awal usia perkahwinan Kami, semuanya baik-baik belaka dan dia adalah suami yang amat bertanggungjawab serta menyediakan cukup makan pakai untuk saya dan anak-anak sehingga saya melahirkan anak yang keempat dalam masa 4 tahun perkahwinan.

Pada tahun yang kelima perkahwinan, suami saya telah menunjukkan tanda- tanda yang pelik dimana dia banyak berahsia dan kurang bercakap dengan saya. Rupa2 nya dia susah ada jantung hati (andartu). Kami adalah sebaya, pada masa itu kami baru berumur 28 tahun dan perempuan you berumur almost 40 tahun.

Mereka selalu ber chatting sesama sendiri dan kami suami isteri kerap bergaduh sehingga dia sendiri yang mengaku yang dia sudah ada seorang perempuan yang amat mengambil berat pasal dirinya bukan seperti saya. Saya amat sedih mengenangkan nasib saya yang mempunyai anak2 yang masih kecik.

Tapi setelah berapa bulan saling berbalas messages dan berjumpa, saya telah menghantar text message pada perempuan itu dan dia tidak lagi mengganggu Kami sekeluarga. Perempuan itu agak educated so dia paham kepada situasi Kami. Tak cukup dengan itu selepas 2 tahun semasa saya mengandungkan anaknyang kelima,

suami saya telah menjalankan hubungan dengan seorang janda (still isteri orang) yang sedang mengandung dan baru dicerraikan oleh suaminya. Suami saya boleh cakap yang dia kesiankan perempuan itu dengan anak2 nya sedangkan saya anak beranak tidak dipedulikan.

Hubungan itu berpanjangan sehingga perempuan itu melahirkan anaknya. Dia (suami) telah meminjamkan duit dan masa untuk perempuan itu dan anak2nya kerana kesiankan bayi yang tidak berbapa itu sedangkan Kami juga mempunyai anak yang kecik2.

Berapa luluhnya hati saya bila mengenangkan yang selalu menolong saya dan anak2 adalah keluarga saya sendiri sebab keluarga saya tidak tahu yang saya telah diperlakukan sebegitu. Mereka ingat yang suami saya susah sebb dia hanyalah berniaga menjual makanan digerai yang telah diusahakan sejak ibunya hidup lagi.

Hubungan mereka berlanjutan sehingga lah saya megandungkan anak kembar saya. Pada masa itu saya telah dicerraikan pada usia kandungan saya 5 bulan. Dia menyatakan yang saya bukan perempuan yang baik dah mungkin juga anak kembar dalam kandungan saya itu bukan anaknya.

Betapa luluhnya hati saya lagi kerana saya telah dicerraikan pada malam harijadi saya. Actually in between tu, dia memang Ada banyak affair dalam 2-3 orang masa dia buat kegiatan2 NGO dia. Ye tuan puan, dia adalah seorang yang boleh dikatakan famous dikalangan NGO2 di Malaysia ni ye.

Ramai kawan2 dan juga rakan2 NGO yang telah terpedaya dengan janji2 dia tuan puan. Sehinggakan semua orang nampak saya lah yang salah dalam keadaan ini. Untuk info tuan puan, setelah saya dicerraikan masa mengandung keluarga saya telah menghalau dia keluar daripada rumah keluarga kami.

Tetapi kami telah merujuk semula sebab mengenangkan anak2 yang didalam kandungan saya. Memang saya mengaku yang saya memang b0doh…. Beberapa tahun kemudian saya telah mengandung anak yang kelapan (walaupun kami tinggal tak sama rumah tapi saya still menjalankan kewajipan saya sebagai isteri).

Dia meminta until pulang masuk kerumah keluarga saya, dimana saya memohon menangis2 meminta ahli keluarga saya memaafkan dia. Alhamdulillah, kami bahagia selepas itu. Saya ingatkan panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari.

Lagi sekali dia menyatakan yang dia tidak bahagia dan ingin mencari kebahagiaan diluar sana sehingga meminta jika saya sudi dimadukan…. Dengan seorang anak dara yang macam t0mboy. Saya kata kalau camtu lepaskan saya, dia cakap time will tell. Sampailah je hari ini saya masih terkontang kanting tidak dipedulikan olehnya.

Actually masih banyak lagi cerita in depth tapi saya rumuskan je semua. Sekianlah luahan hati saya, doakan semoga saya tabah menjalani hari2 mendatang dengan 8 orang anak lelaki saya….. Aamiin….. – Alayna (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zulhimi hassan – Ada sekali tu saya buat roti bakar dengan baked beans, letak dalam pinggan, bawa ke ruang tamu kemudian letakkan pinggan roti bakar tu atas sofa sekejap sebab nak cari remote tv, manatah dia pi. Bila dah jumpa remote tv saya duduk atas sofa, alkisah terduduk pula atas pinggan roti bakar tu. Perasaan saya masa tu samalah selepas saya baca confession ni.

GERAM ya amat ya ampun. Curang satu pilihan. Suami bukan kurang perhatian. Dia manusia yang tak berhati perut, menggunakan alasan kasihankan orang lain, keluarga sendiri diabaikan. Benarlah peribahasa kita belajar dulu, kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan

(lebih kurang, saya tak ingat peribahasanya, lagipun saya tengah geram). Tapi puan juga salah sebab sepatutnya you should cut your losses earlier. Bila anak dah lapan orang, saya lebihkan kesian anak anak puan. Membesar dalam keadaan ayah mereka tak mengakui anak. Penting untuk kita merancang keluarga.

Saya ada baca tentang kepentingan merancang keluarga tapi nanti saya bebel kat sini panjang sangat pulak dah. My only advice to you confessor is you have to try to be the best version of mum to your kids. Besarkan mereka sebaik mungkin. Mereka berhak dibesarkan dengan baik.

They should be treated as a person not just as a number. Moga dipermudahkan urusan puan dan puan memang perlukan bantuan dari keluarga puan saya rasa. Susah untuk puan seorang. Berusaha dan berdoa selalu. Jangan putus asa.

Mawar blue – 4 tahun kawin dapat 4 anak.. Setahun ada 12 bulan.. Pragnent 9 bulan.. Maknanya 9 bulan tu mesti penat kan..Balance 3 bulan.. Lepastu berpantang 44 hari bersamaan sebulan Setengah2.. Ada balance sebulan Setengah untuk segar kan badan sebelum pragnent lagi.

4 tahun yg sibuk dengan kitaran yg sama.. Sihat ke fizikal Dan ment4l tu..? Awak pun tak sayang diri awak.. Macamana awak nak harap org lain syg awak..? 4 tahun yg sibuk tu masa bila nya awak dgn suami nak ber’cinta’?

Nur syamimi – Sudah2lah puan.. grow up please. 1st u kena sayangi diri u sendiri. 4 tahun 4 anak? Memang x merancang langsung ya? Kita merancang sebab sayangi diri kita tau dan kesian kat anak kecil jugak. Nak bg susu badan(kalau ada rezeki) sampai 2 tahun baru boleh fikir utk preggy balik.

Badan tak lunyai ke anak2 kecil rapat2 camtu? Ment4l health puan camne? Ok ke? Sudah2lah jadi hamba seorang suami yang sebok cari perempuan lain utk disayangi. Sudah2lah jadi tempat melampias n4fsu beliau sampai asyik mengandung je. Sudah2lah puan. Boleh tuntut fasakh

Carilah kebahagiaan dengan anak8 dan keluarga sendiri. Maaf kalau saya agak kasar. Taat pada suami memang yang utama tapi kalau suaminya betul2 bertanggungjawab. Kalau setakat nak jadi penderma sperma..baik takyah. Sorry..im so angry with this kind of story. Semoga puan cepat2 sedar, walk out from the t0xic person and be happy with your life.

Sumber iium