“Terima sajalh jodh takat tu je. Bina hidp baru”. Dlm edah, pujk suami utk rujuk. Jwpn mertua buat aku tdiam. Aku nekad.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi Assalammualaikum. Nama aku Lela Majnun. Aku top fan dalam page ni. Kalau dah nama top fan ni mestilah aku ni sejenis rajin komen dan like isu-isu yang dibentangkan.

Aku selalu akan muncul kalau isu yang melibatkan rumahtangga. Tapi aku bukan kaki kec4m tau. Aku suka komen berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui. Lagi-lagi kalau isu pasal suami bermasalah, mertua meroyan dan seangkatannya. Kalau nak cerita pasal suami bermasalah ni,

aku cuma nak cakap ianya berpunca dari didikan emaknya juga. Kalau ada yang mengadu mak mertua itu ini, pasti lepastu confessor akan cerita suami dia culas nafkah lah, curang, kaki pkul, dan macam-macam kaki lagi lah. Nak aje aku kakikan. Kalau hasil didikan yang baik, inshAllah dia akan jadi anak dan suami yang baik.

Ini kalau didikan entah ke mana, asek nak menangkan anak walaupun anak buat salah, itu namanya keluarga t0ksik. Yang jadi mgsanya orang lain. Yang menderitanya anak orang. Tak usahlah nak cakap ayat walaupun menantu, ibu ayah tetap sayang macam anak sendiri. Jangan jadi hip0krit.

Sedangkan belakang menantu kau mengutuk dia 7 hari 7 malam tak sudah. Apa yang susahnya nak terima kekurangan anak orang lain. Anak sendiri pun belum tentu baik. Kalau nak diceritakan pengalaman aku, rasanya sampai PKP 4.0 pun belum tentu habis. Tapi untuk kehidupan aku yang sekarang, aku dah cukup bersyukur Alhamdulillah.

Mungkin apa yang terjadi banyak hikmahnya. Aku pemegang title j4nda hampir 2 tahun. Semuanya tak semudah yang disangka. Ada masa ok ada masa k0yak jugak. Tapi cepat-cepatlah cari Allah untuk pulihkan semula jiw4 yang k0yak tu. Cukuplah 5 tahun aku hidup dalam kehidupan t0ksik yang dah mengahancurkan jiw4 dan diri aku dalam diam-diam.

Dulunya Aku dikenali dengan perangai g1la-g1la, suka menghiburkan orang lain. Tapi sejak aku berkawin, aku tak kenal siapa diri aku. Aku jadi pemarah, pendiam, em0si tak stabil. Semuanya gara-gara suami yang takda common sense. Yang berkaki jdi, berkaki prn0, dan kaki game.

Aku mengadu pada mertua dengan harapan dia boleh nasihatkan anaknya. Tapi harapan tinggal harapan. Aku pula yang dipersalahkan. Aku juga dituduh penyebab anaknya jadi anak derh4ka. Inilah mertua yang katanya sayang kan aku macam anak sendiri.

Poodaahh.. Aku sanggup keluarkan duit untuk keluarga mertua walaupun aku sendiri terpaksa mengikat perut. Aku sanggup lebihkan keluarga mertua dari mak ayah aku sendiri. Kesudahannya itu semua sia-sia. Aku terpaksa buat pilihan untuk hidup aku dan anak-anak. Aku bagi tempoh setahun untuk suami berubah.

Aku bagi dia peluang lepas dia kant0i curang. Berubah hanya beberapa minggu. Aku teruskan untuk berpisah. Sebab hati aku dah tawar sangat. Ibarat air c0ke kepci yang dibiar tanpa diminum. Aku tahu suami pun dah tak boleh nak teruskan perkawinan kami. Sebab dia cakap dia tak boleh nak berubah.

Jadi kami buat fast track cerrai. Semuanya berjalan lancar dalam sehari. Dalam tempoh eddah masing-masing masih tak boleh nak terima takdir. Aku pun masih mengharap dia. Sekali lagi aku minta bantuan mak mertua untuk pujuk suami. Tapi jawapan mertua bagi adalah ‘terima sajalah jodoh takat tu je.

Bina hidup baru’. Ibarat ponti4nak dicucuk paku di tengkuk. Aku terdiam bila mertua cakap begitu. Memang sah lah dia tak pernah suka aku jadi menantu dia selama ni. Suami pun bagitahu dia tak nak rujuk dengan aku lagi. Sehari lepas tarikh eddah tiba-tiba suami datang balik merayu nak nikah balik.

Masa tu hati aku dah betul-betul kosong. Aku tak layan. Aku bawak diri dan anak-anak balik kampung. Tapi sehari dua saja dia merayu. Lepastu diam. Dan tiba-tiba dengar cerita dah ada girlfriend baru. Hai lah lelaki tak guna. Sekarang aku bahagia dengan anak-anak. Aku bahagiakan mak ayah aku.

Aku sanggup berhabis duit untuk family aku. Alhamdulillah rezeki aku tak pernah putus. Lepas ilestari, isinar pulak. Bersinar-sinar hidup aku. Haha. Bekas suami? Nafkah untuk anak dia bank in. Tapi dah lama tak datang jumpa anak dan tanya pasal anak. Mungkin sedang dilamun cinta dengan girlfriend cinanya.

Atau mungkin sedang bert4rung dengan peny4kit ment4lnya. Bekas Family mertua? Aku dah bl0ck diorang. Aku dah termin4ted semua barang yang diguna atas nama aku. Padan muka. Aku dah boleh tersenyum, buat lawak b0doh, dan gembirakan orang lain macam dulu-dulu. Aku dah tak peduli dengan title aku.

Orang nak mengata itu terpulang. Yang penting aku dah tak hidup dalam persekitaran t0ksik. Sekarang aku fokus untuk kerjaya, belajar, anak-anak dan family je dulu. Sibukkan diri selalu. Supaya tak teringat benda yang menyakitkan.

Dan selalu doa supaya Allah berikan ketenangan dalam j1wa dan hidup. Akhir kata dari aku selaku salah seorang ton fan, Jangan biarkan hidup anda diselubungi t0ksik. Yang baik dijadikan amalan, yang tak baik dijadikan sempadan. – Lela Majnun (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur aisyah – I feel u sis, penceritaan yang bagus, tersusun je ayat. Ngape ya dapat fam mertua cmnii, asik menangkan anak lelaki dia, padahal bini yang duk sebantal dengan dia, dapat family mertua camni baik cmna pn kita cuba ambik hati dorang atlast drama air mata jugak dorang mainkan,

da penat da jaga hati orang sekeliling, biaqla digelar menantu hantu, hidup mesti diteruskan, enough said, sy doakan kebahagian tuk sis, semoga ketemu jodoh yang baik2.

Niki risyha – Saya pun suka baca iium confession ni. Sebab nak cari solusi dgn masalah sy. Haritu ada terbaca confession psl mertua tak suka menantu perempuan. Tapi ramai kec4m confessor. But sis punya confession is one of the bukti in real life. Hahaha good job sis. Tapi sy cuma nk tye. Disebabkan sy dlm prncangan nk kawen.

Kbyakkan kalau kes mcm ni mak mertua ni b4 anak kawen suka menantu, lpas kawen jd x suka. So disebab kan bakal mertua sy x suka sy, means sy still kene kawen jugak ke. Mungkin lepas kawin jd syg. Ke kena bpisah jugak sebab awal2 da kene rejek. Serba x kena betul hidup ni. Hahaha.

Cik qaseh – Kdg2 org sekeliling tak faham dn kerap persoalkan kenapa isteri tak redha, tak terima ujian yg datang? Knp tak sabar, knp x pertahankan rumah tangga? Tak takut ke jd j4nda?? Aku sndiri x faham. Ape hak wanita/isteri, jika hdup dgn psgn dn keluarga t0xic? Bahagia ke?

Terus makan hati? Tak layak ke isteri/wanita nak capai bahagia? Untuk tt, tabahkan hati. Hidup sendiri mmg x senang. Tp lbh baik dr hidup tak bahagia dgn lelaki & keluarga mertua t0xic. Bahagia itu pilihan.

Kita yg kena corakkan & cari bahagia tu. Jgn peduli kata2 org.

Org yg nmpk bahagia, belum tentu hidupnya bahagia. Bezanye , mereka takde kekuatan untuk melangkah.

Sumber iium