Pelik, sejak abh sakit, beria2 dia nk jagakn. Bila abh minta ambil duit, tgamam abh duit xcukp. Kak long siasat, rupa2 inilah “tanggang moden”.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum serta salam pkp, pkpb, pkpp dan pk pk lah sendiri. Aku harap confessions aku ini disiarkan dan dapatlah mendapat iktibar kepada peminat tegar pages ni.

Ini adalah kisah benar yang aku rasa kau kena tahu sebab perkara ini terjadi dalam keluarga aku. Nama aku Hun dan belum berkahwin, anak bongsu 5 beradik dalam keluarga Encik Han dan Puan Jah (bukan nama sebenar untuk mengelakkan sedara mara mengesyaki), Encik Han dan Puan Jah ada 5 orang anak, 4 perempuan dan seorang lelaki.

Yang sulung aku panggil Kak Long yang garang, yang kedua aku panggil Kak Ngah yang selalu dibuuli, yang ketiga aku panggil Kude, keempat Kak Lang yang sentiasa menjadi mangsa f1tnah, dan aku Hun si bongsu yang masih belum nak kahwin walaupun umur dah masuk 30-an.

Encik Han seorang pesara TNB dan Puan Jah seorang surirumah dari awal kahwin dengan Encik Han. Tetapi Encik Han telah kembali ke rahmatullah pada 2018. Maka Puan Jah kini bersamaku dan bergilir-gilir tinggal bersama anak-anak yang lain. Jadi persoalannya siapakah anak tanggang versi alaf baru itu?

ngehhh disinilah aku nak bercerita. Kan aku ada 3 kakak dan 1 abang, agak-agak siapalah yang menjadi tanggang versi moden ni? Dekat sini kakak-kakak aku semua jenis yang bertanggungjawab, kakak-kakak semua berkerjaya dalam bidang professional dan kak ngah aku lah paling berjaya

sebab kak ngah aku antara orang yang bergaji besar dan dialah yang sentiasa membantu adik-beradik. Aku pun berkerja juga dalam sektor aviation tapi disebabkan pandemic, aku diberhentikan dan menyambung pengajian yang lebih tinggi. Tetapi malang dalam keluarga aku ada seorang yang menjadi par4site

sehingga jiran-jiran pun tahu yang dia ni memang par4site dalam keluarga aku. Perkara ini bermula dari kecil, sewaktu kecil semua permintaan Kude anak lelaki tunggul tu akan dipenuhi, sedangkan aku anak bongsu pun jarang nak dapat apa yang Kude ni nak. Yang paling malang confirm lah si Kak Lang.

Semua benda Aruwah Abah akan kata “Ala Kak Lang pakai saja yang mana ada, Kak Ngah punya elok lagi”, masa tu aku kecik lagi dan dah memahami. Dari sekecil barang sampai sebesar barang yang Kak Lang punya tu adalah dari Kak Long dan Kak Ngah. Sama juga aku yang mewarisi semua barang mereka.

Tapi bukan macam Kude, Kude akan dapat barang yang baru, alasan nya dia anak lelaki. Disebabkan dari kecil aruwah Abah dah manjakan Kude, sehingga ke beranak pinak Kude tak pandai berdikari sendiri. Semua benda Kude akan minta dekat Umi sampaikan kami adik-beradik naik hantu.

Itu baru satu kisah, kisah yang sedikit dahsyat bila Kude ni fitnah kak Lang mencuri duit Kude. Walhal duit tu tak hilang malah masa tu Kak Lang menjadi mngsa aruwah Abah menghukum Kak Lang. Dah lah kak Lang kena rotan sampai berb1rat, duit belanja sekolah aruwah Abah tahan.

Masa tu bukan sekolah rendah ya, dah sekolah menengah. Kak Lang ni lemau orangnya tak reti melawan sebab tu jadi mngsa buuli si Kude jahanm ni, tapi aku bukan mngsa Kude, sebab aku akan melawan dengan bukti. Sampailah aku jumpa sebenarnya duit yang Kude kata Kak Lang curi tu ada, Kude ni kaki bohong juga.

Pernah Kude ni mencuri duit cikgu masa sekolah, tapi Kude tak mengaku. M4ti-m4ti kata cikgu tu yang menipu. Walhal, dah kant0i sebenarnya sebab dia plan dengan kawan dia, tapi kawan dia yang kant0ikan. So dekat sini boleh tahu lah perangai Kude macam mana.

Tapi apa tindakan aruwah Abah? Kude kena rotan? Tidak. Kude kena marah? Tidak. Kude cuma kena tegur dan aruwah Abah ganti duit cikgu tu. Masa tu nilai RM 300 nilainya besar ya. Bila dah besara zaman sekolah menengah Kude ni cuba nasib masuk asrama harian, dan seasrama dengan kak Ngah.

Disini pun Kude buat masalah, sampaikan aruwah Abah terpaksa pindahkan Kude disekolah harian biasa. Bayangkan Kude ditangkap pecahkan tabung surau waktu pagi. Dah lah waktu tu Kude baru form 2, alasan Kude abang-abang senior suruh. Walhal itu cuma alasan dia semata,

kalau senior yang paksa lepas kena tahan sebut saja lah nama senior kan? tapi Kude tak sebut. Dah lah kak Ngah masa tu Ketua Asrama Perempuan. Kak Ngah terpaksa buat siasatan sendiri dan akhirnya kantoi sebenarnya Kude yang plan sendiri tiada paksaan senior. Itu belum kes Kude mencuri barang-barang kawan biliknya.

Kude sebenarnya ada habit mencuri dan membohong dari kecil sampailah sekarang. Last sekali Kude dibuang asrama dan abah terpaksa pindahkan sekolah harian yang abah terpaksa hantar dan jemput setiap hari. Waktu PMR result Kude adalah A dan Kude mohon ke sekolah teknik berdekatan rumah.

Aruwah Abah macam biasa akan izinkanlah sebab Kude kata tu jurusan yang dia minat. Zaman sekolah menengah atas, Kude selalu minta duit aruwah Abah atas alasan untuk kelas tambahan, untuk bayaran itu lah, untuk bayaran ini lah padahal Kude ni berjoli dengan kawan-kawan sampai kena tangkap sebab ponteng sekolah.

Itu belum kes kantoi dengan aruwah Abah sebab hisp rokk. Apakah tindakan abah? macam biasa sebab Kude anak kesayangan, abah cuma nasihat saja. Rotan? Kude tak pernah kena rotan seperti mana kami anak perempuan. Masuk U pula, kakak-kakak semua masuk IPTA sahaja dan menerima biasiswa kerajaan.

Kude pun masuk U, tapi IPTS, sampai tahun 2, Kude berhenti alasan tak boleh bawak kosnya, Masuk Kolej IPTS, tahun akhir dah pun berhenti sebab pointer rendah, masuk kolej Komuniti pun sama juga kena buang sebab asyik ponteng saja, sudahnya hanya berbekalkan SPM yang biasa saja tu mohon kerja sana sini.

Dan kebetulan pakcik kami offer si Kude kerja dengan dia. Dekat sini Kude ambil kesempatan ambil duit client tapi tak sampai ke pakcik. Bila pakcik dedahkan Kude menafikan, macam biasa siapa kena bertanggungjawab? Kude ke? bukan tapi aruwah Abah.

Kemudian satu hari Kude kantoi kena tangkap basah dengan kekasih hatinya. Siapa yang jamin? Waktu tu aruwah Abah dan Umi sedang melaksanakan ibadah haji. Disebabkan tak nak risaukan aruwah abah dan umi, Kak Ngah lah yang jamin bukan Kak Long. Tahu kenapa? Kak Long memang tak pernah mengaku si Kude ni adik dia.

Sebab apa? Ha nanti aku cerita. Kak Ngah yang baik hati jamin Kude. Nak dijadikan cerita keluarga kekasih hati si Kude ni minta Kude bertanggungjawab dan kahwin dengan anaknya. Perempuan tu aku panggil si Payung. Payung ni dari family yang bermasalah juga. sebab sekampung dengan suami Kak Long.

Jadinya masa nak kahwin, family Payung minta hantaran 10K. fuhhh zaman tu aku rasa 10K agak besar, yelah dalam tahun 2010 kan. Sedangkan Kak Long dengan Kak Ngah kahwin pun aruwah abah tak letak nilai hantaran. Payung ni padahal tak kerja pun walaupun ada kelulusan.

Alasan minta 10K sebab ada kelulusan universiti. Macam biasa siapa akan keluarkan duit untuk Kude kahwin ni? Aruwah Abah lah. Tak pe demi anak lelaki tercinta 10K kecil saja. Tu nilai hantaran ya, kos majlis kahwin pun abah kena tanggung untuk dua-dua side. buat kenduri biasa tak pe lagi.

Ini fuhhh memang grand lah sebab buat dua-dua side di dewan. Tak pe aruwah abah yang sponsor demi untuk satu-satunya anak lelaki tercinta. Aku pun tak pasti berapa total kos untuk majlis kahwin si Kude ni, yang pasti lebih dari 50K termasuk hantaran dan majlis untuk dua side.

Oh lepas kahwin Kude nak upgrade kereta, padahal aruwah Abah dah belikan Kude kereta sebelum kahwin. Kereta H walau second hand aruwah Abah belikan juga, deposit kereta confirmlah duit aruwah Abah. Lepas kahwin Kude nak upgrade kereta tapi aruwah Abah kata nanti dulu. Aku rasa ini kali pertama aruwah Abah

suruh si Kude hold dulu sebab Kude dah ada kereta. Tapi last Kude ambil kereta baru Myvi untuk si Payung pula. Teka siapa keluarkan duit deposit? Aruwah Abah? Tak aruwah Abah dah penat nak keluar kan duit untuk Kude. Jeng jeng jeng kali ni aruwah Abah minta dengan Kak Long untuk deposit dan guarantor kereta si Kude.

Tapi Kak Long reject. Kak Long kata bukan untuk Hun atau Kak Lang. Maka, Kak Ngah yang lemau jadilah mgsa kali ini. Lepas isu beli kereta, tak lama pula aruwah Abah sakit. Di sini lah bermula belang si Kude tanggang moden. Aruwah Abah start keluar masuk hospital, macam biasa Kude akan jadi hero untuk ke depan pada mulanya untuk membantu.

Tapi macam biasa bila bantu confirmlah nak bayaran. Setiap kali hantar aruwah Abah, Kude akan minta duit minyak. Aku masa tu dah tahun akhir belajar. Semua akan tanya apa kerja Kude kan? Kude ni cuma ada SPM, kerja Kude cuma kilang tapi kerja dua tiga bulan berhenti, sebab apa?

sebab selalu ponteng dan malas nak kerja. Kemudian masuk kerja apa ntah, tahan dalam 6 bulan lebih kemudian macam biasa alasan Kude, kerja penat selalu kena overtime, cuti cuma sehari. Oh aku rasa Kude nak kerja as CEO, tak nak jadi kuli. Last sekali Kude buka kedai repair barangan eletrik tapi kejap buka kejap tutup. Ikut suka hati Kude.

Last sekali kedai dia tutup sebab Kude menipu business partner dia yang merupakan sepupu kami. Nah Kude dia punya perangai semua orang yang kenal dah tahu dah. Jadinya masa aruwah Abah sakit, Kude lah kononnya nak jaga ayah. Tapi Kude ni cuma hantar sekejap lepas tu call aku untuk settled kan, alasan Kude ada kerja urgent.

Kude dia punya part hantar aruwah Abah saja ke hospital. Sampailah satu hari, aruwah Abah nak keluarkan duit, jadinya aruwah Abah bagi aku kad bank dan keluarkan amount sebanyak 10K, dan aku keluarkan, tapi malangnya simpanan aruwah Abah cuma tinggal ratus sahaja.

Aku cuba tanya abah berapa nilai akhir simpanan aruwah Abah dalam akaun. Aruwah Abah kata ada dalam berbelas ribu lagi. Aku cuba dapatkan kepastian. Aku minta izin aruwah Abah untuk buat online banking. Sebab aku akan cuba dapatkan statement bank abah secara full.

Finally, aku sangat terkejut saving aruwah Abah rupanya banyak, lebih dari belas K, tapi hampir setiap hari akan ada pengeluaran sebanyak 1K dari akaun aruwah Abah. Dekat sini lah aku dan Kak Long buat penyiasatan atas kehilangan duit akaun aruwah Abah. Aku masa tengok full statement aku menangis kenapalah Kude sanggup buat macam ni.

Umi dah tak mampu nak masuk campur, sebab selama ini Umi dah banyak pendam perasaan dengan perangai Kude. Jadinya Kak Long mengambil peranan sebagai g4ngster dalam hal ini. Maka, bermulalah per4ng saudara antara Kude dan Kak Long. Aku dan Kak Long cuba mengumpul segala bukti.

Dah terbukti selama ni duit akaun aruwah Abah dikeluarkan oleh si Kude dengan menggunakan kad bank aruwah Abah. Sebab dulu aruwah Abah pernah minta tolong Kude keluarkan duit aruwah Abah untuk beli barang dapur. Isu pasal duit pun sebenarnya jadi isu juga, selama ni si Kude tak pernah hulurkan duit dekat aruwah Abah atau Umi.

Aku pun tak tahu lah si Kude perabiskan duit enjoy ke mana. Tapi setakat yang aku tengok Kude dengan kereta Hondanya yang sentiasa silih ganti sport rim, bini si Payung dah upgrade kereta Vios pula. Walhal si Payung jual barang online, kenapa si Kude selalu tak cukup duit minta aruwah Abah Umi bila datang rumah.

Ok get back to the story pasal duit dalam akaun aruwah Abah. Kak Long dah dapat bukti terus saja cari si Kude, datang ke rumah sewa Kude, dan macam biasa seperti Ah Long minta duitnya. Kak Long terus sembur si Kude. Oh ya Kak Long dah buat laporan polis terlebih dahulu. Mulanya aruwah Abah dan Umi tak bagi kak Long nak buat laporan polis,

Tapi Kak Long gertak aruwah Abah dan Umi kalau tak semua anak perempuan lepas ni tak akan balik dan aruwah Abah sampai bebila akan tanggung hutang untuk si Kude. Maka setelah kak Long syco aruwah Abah, aruwah Abah buat juga laporan polis sebab dah ada bukti kukuh.

Aku rasa macam panjang juga confessions aku. Jadinya aku akan sambung next confessions pasal tanggang versi moden. Stay tune aku akan sambung lagi apakah nasib keluarga kami selepas ini. – Hun anak Haji Han (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Halimah alwi – Bagus sgt klu kisah ini tak diceritakan. Semua org tau bila malas pasti b0doh pastu jd penyangak plus biawak. Hidup nak senang n pastilah dia tuju pd emak bapak yg bentuk dia kearah tu. Akhir idup adalah dlm penjara n sentiasa menyusahkn org.

Bila kahwin dia sedekahkn pd dunia barisan biawak mcm dia. Saling tak tumpah. Bergaya sakan tp hutang. Skrip ni ada diseluruh dunia. Salah didikan bermula dr mak bapak. Ini lah permulaan kehancuran negara. Prianya hanyalah taugeh.

Abdullah ibnu – ni bukan kude lagi dh ni.. ni Najis Mughallazah dah ni.. tapi harap adik beradik perempuan janganlah buang dia.. ingat sabda Nabi saw “Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi”. [Riwayat al-Bukhari, ditanya oleh para sahabat selepas itu: “menolong org yg dizalimi itu kami faham.. membantu orang yg menzalimi itu bagai mana?”

Rasulullah SAW bersabda lagi: “bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi. Adapun yang zalim itu, bantulah dia dengan cara menegahnya dan yang dizalimi pula bantulah dia (daripada kezaliman penzalim)” sb kalau x dihentikan perangai dia.. dia akan menzalimi orang lain pula.

Hajar abyard – Cerita lebih kurang anakku Sazali jgk ni.. “kalau 10thn dulu bapak melakukan demikian, barangkali sazali boleh jadi baik. Tapi sekarang sudah terlambat pak, bapak y bersalah dalam soal ini. Bapak membesarkan sazali dgn secara membabi buta saja.

Segala apa kemahuan sazali bapak tunaikan, segala apa hajat sazali bapak sempurnakan, sehingga sazali bercakap bohong sama bapak, menipu utk kepentingan diri, tetapi bapak hanya Anakku Sazali”.

Sumber iium